PAK LAH, KU LI, HADI AWANG – SIAPA BAKAL PENASIHAT PETRONAS?

Berdasarkan perbualan serta tinjauan dengan beberapa pihak, sekurang-kurangnya tiga nama menduduki kebarangkalian paling tinggi untuk mengisi jawatan penasihat Petronas menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatannya semalam.

Mereka ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Hadi Awang.
Tun Abdullah atau Pak Lah mungkin menjadi pilihan jika tradisi pemegang jawatan itu daripada kalangan bekas Perdana Menteri ingin dikekalkan oleh Najib. 
Sebelum Tun Mahathir, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Hussein juga pernah duduk di kerusi tersebut.
Selain itu, dengan perlantikan Pak Lah juga dipercayai dapat mengukuhkan lagi hubungan Najib dengan Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO yang dilihat agak “suam-suam kuku”  sejak timbulnya isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.
Tengku Razaleigh atau Ku Li, jika dilantik, tidak lain bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Najib dan mengecilkan lagi kumpulan Tun Mahathir yang menentangnya.
Ku Li sebelum ini pernah duduk semeja dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin ketika membantah Sosma, tetapi pendirian Ahli Parlimen Gua Musang itu bagaimanapun tidak sehaluan dengan bekas Perdana Menteri itu berkaitan Deklarasi Rakyat.
Ku Li bukanlah asing dengan Petronas, selain menubuhkan syarikat minyak negara itu, beliau juga merupakan Pengerusi Petroleum yang pertama sebaik ia ditubuhkan.
Dalam perkembangan politik mutakhir ini, Ku Li juga dikatakan beberapa kali dipanggil bertemu Najib, tetapi tujuan dan topik perbincangannya tidak dapat dipastikan.
Hadi Awang pula, walaupun ternampak agak mustahil untuk dilantik menjadi penasihat Petronas berikutan pengetahuannya yang mungkin terbatas dalam hal-hal berkaitan petroleum, pengurusan dan perniagaan antarabangsa, tetapi tidak mengejutkan jika Najib berbuat demikian dengan tujuan menambat hati Pas untuk menyokongnya secara rasmi.
Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sudah diberikan jawatan CEO Yayasan Kesederhanaan Global yang diwujudkan oleh Najib.
Apakah Hadi Awang, bakal menjadi orang kedua dalam Pas, selepas Nasharuddin, yang akan terpaut hati “makan gaji” dengan kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Najib?
Berdasarkan tiga nama tersebut, siapakah pilihan Najib agaknya? Pak Lah, Ku Li atau Hadi Awang?
Buat sementara, di samping berserah kepada ketentuan Tuhan, yang paling berhajat juga bolehlah mulai melobi, berangan-angan dan berdoa agar jawatan itu jatuh ke ribaan. (SH 12/03/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

39
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHjamilHussin Syen uchop Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Jauh panggang dari api… Kau ni budin tak habis2 kutuk hadi.. Pemakan dedak LGE

Anonymous
Guest
Anonymous

Pak Lah – sebagai seorang ayah, saya tahu ayah Najib sangat berbangga dengan anak nya.

KU Li – jangan kaitkan saya dengan deklarasi rakyat.

Hj Hadi – beri peluang pada Najib dan kita akan perbetulkan keadaan.

Risikonya ialah dua orang akan merajuk dan mungkin akan menjadi penentang Najib. Hj Hadi telah mulakan tindakan dengan penubuhan blok ke 3…

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan kita berteka-teki siapa yang jadi penasihat Petronas dan Gabenor Bank Negara. Siapa pun tidak akan menguntungkan rakyat atau negara.

Mereka yang sanggup mendapat jawatan tersebut adalah pekerja di bawab Najib. Mereka tidak akan melakukan apa-apa untuk perubahan.

Tanggungjawab tersebut bukan mengangkat martabat mereka sebaliknya menjatuhkan maruah mereka yang sudah tidak bermaruah. Kalau dulu dapat C- (tolak) sekarang dapat E- (tolak).

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Eloklah jawatan tu diiklankan nanti ramailah penyangak2 yg mohon

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Eloklah jawatan tu diiklankan nanti ramailah penyangak2 yg mohon

Anonymous
Guest
Anonymous

nik abduh al snookerki calon yang sesuai, senang diperbudak-badakan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya cadangkan Tuan Rani Kulop sebab dia pandai buat repot. Itu satu kepakaran yang penting bagi Petronas.

jamil
Guest
jamil

http://www.sarawakreport.org.prx.proxyunblocker.org

Bagaimana RM 170 juta dari SRC masuk ke akaun Najib pada November 2011

Anonymous
Guest
Anonymous

Irwan serigar sape. Bole jelaskn

Kami budk baru belajar

Anonymous
Guest
Anonymous

Ketua perbendaharaan kewangan

Salah seorang AJK 1MDB

Umpama tikus2 jatuh keberas

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya mohon mencadang agar Hj Hadi dilantik sebagai Pengerusi Petronas dan Gabenor Bank Negara sekaligus. Ini adalah kerana Hj Hadi adalah di kalangan orang yang suci di Malaysia ini. Tambahan pula kehebatannya dalam memberi nasihat dalam segenap aspek keduniaan dan akhirat. Tambahan pula,beliau boleh dibantu Ustaz Haron Din maka seluruh pelusuk dunia termasuk alam jin dapat memberi sokongan kepada Najib. Ini adalah sejarah yg paling hebat dpt dikecapi PAS bila mana Hj Hadi memegang jawatan sebagai Presiden, Tim Ketua Ulamak Sedunia, Pengerusi Petronas dan Gabenor Bank Negara. Pakatan Harapan pasti terkejut tahap Gaban.

Anonymous
Guest
Anonymous

Alamak…terkentut dengar cadangan ini! Habis batal air sembahyang aku.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahmad bashah paling layak

Hussin S
Guest
Hussin S

Entah-entah najib dah sediakan jawatan tu untuk dirinya sendiri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pak Shah, WSJ baru melaporkan bahwa Jibby lantik Irwan Serigar mengganti Puan Zeti di Bank Negara pada bulan depan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Abis laaa duit…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang kampong semua sudah tahu bah. Mestilah dia lantik Irwan Serigar

yen uchop
Guest
yen uchop

Dengan pengalaman candat sotong dan tembak tupai, Aji Adi boleh aplikasilan pengalamannya sebagai punah sihat petronas, lagi puyla petroleum ada didiTerenggani dinegheri dia dan jyga lantikan sebagai gabnor bank negara, akua tak akan komn apa apa dah yang menentang, aku pakai walak saja.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang gua nampak, Pak Lah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Selagi BN berkuasa siapa pun jadi Pengerusi tak kesah asal bukan geng ANC dan Pakatan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dengan mengecualikan diri dari 58 penandatangan deklarasi rakyat ku li sudah memberi isyarat bahawa dia bersedia menjawat jawatan penasihat petronas. Pak Lah pun sama tp dia akan diberi jawatan lain yg x perlu sedar ketika mesyuarat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya cadangkan supaya dijadikan Duta Tilam Vono, bersama gandingan ziana anak zain. Baru ngam. Girlpren lama tuuh. Luka lama berdara kembali.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi tengok punggong rosmah pun dah tak berkelip biji mata

Anonymous
Guest
Anonymous

Ku li,pak lah,hj hadi bukan org Rosmah jadi tak mungkin.

Yg pilih bukan agong atsu najib.

Yg pilih Rosmah.

Jadi org tu mesti boleh diperbudakn.

Anonymous
Guest
Anonymous

Itu macam kalu, …kak mah kasi lantik diri kak mah sendiri la.

Anonymous
Guest
Anonymous

Komentar kat atas kata "Jadi org tu mesti boleh diperbudakn."
Maknanya penasihat mesti lah seorang budak. Kalau camtu saya cadangkan rahim thamby kecik. Amacam? Setuju?

Anonymous
Guest
Anonymous

….thambi chik? Atau thanga chik

Anonymous
Guest
Anonymous

SOALAN-SOALAN UNTUK MANUSIA YANG SUKA BERFIKIR: (1) Jika seorang ketua negara selalu memecat atau menukar menteri dan pengarah, siapakah yang bermasalah sebenarnya? (2) Jika ketua negara sangat suka melantik badut dan pelawak menjadi menterinya supaya mereka boleh mengampu dan menghiburkan beliau dan menyakitkan hati rakyat sepanjang masa, siapakah yang bodoh sebenarnya? (3) Jika ekonomi negara merundum dan rakyat hidup menderita, siapakah yang bertanggung-jawab mewujudkan keadaan buruk ini? (4) Jika negara kekurangan wang, siapakah yang berjoli sakan menghabiskan wang? (5) Jika pelbagai tabung-tabung mengalami kekurangan wang, siapakah yang ahli silap mata yang pandai menghilangkan wang? (6) Mengapa hutang negara sekarang terus… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini petikan komen satu blog.. ———–Sejarah melayu jadi bodoh ni, tiada berkesudahannya. Bodohnya pulak bukan 2-3 lapis.. dah beribu2 lapis. Dari zaman awal sejarah Melaka, melayu cukup simpleton hidupnya. Hanya tahu jimak, judi, ugut orang, pow sikik2, jadilah. Cukup buat makan anak bini. Sejarah moden juga, setelah 500 tahun kejatuhan Melaka, struktur feudal melayu tidak berubah banyak. Sama saja kelakunya. Malah bodohnya menjadi lebih kritikal dan bertempek2 mcm taik lembu atas jalan tar di kampung2 pedalaman. Raja semakin ramai, kaum bangsawan berjujuk2 bertambah, rakyat terus semakin berahi makan dedak. Menterinya tetap bodoh seperti zaman Melaka purba dulu jugak. Tiada bezanya.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

PRU14 ada ke?

roslan othman
Guest
roslan othman

En Din,
Era Najib ini saya tengok mudah je untuk mendapatkan sebarang jawatan yg penting dalam kerajaan Najib ,syarat nya :

1. Kuat Ampu dan bodek terutam pada Rosmah,

2. Boleh rekaraya cerita yang kasi dua laki bini ini syok,

3.Boleh bagi idea camna nak kaya dengan mudah, walaupun idea bangang contoh masuk wang dalam akaun sendiri lepas claim terima derma.

4. Cepat cepat cuci najis kotor yang dibuat najib walaupun dengan alasan bodoh(kerja ini sangat mahir dibuat oleh said kruak ,Rahman dahlan d.l.l

5. Jadi anjing salak kuat bila najib kena komen teruk ( kerja ini biasa bagi Nazri Aziz)

sekian.

Anonymous
Guest
Anonymous

Adakah ku li bakal di senaraikan pemakan dedak terbaru najib?…sama2 kita nantikan…

E AH
Guest
E AH

Mamak pengampu dinamakan Gabenor Bank Negara baharu untuk mengantikan Zeti. Tiada yang mustahil dan salah bagi Najib untuk melantik raja pengampu mengantikan Dr Mahathir Mohamad

Anonymous
Guest
Anonymous

Nan mansor boleh jadi punahsihat petronas

Anonymous
Guest
Anonymous

Tengku palsu aka Ular Sawa UMNO apa yg dia tahu? Pikul tong gas petronas boleh la.

Anonymous
Guest
Anonymous

Paling layak, Hadi Awang. Sokong!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Paling layak hj hadi jadi gabenor bank negara

Anonymous
Guest
Anonymous

Sumer post2 ni.. bagi ja kat Hadi Awang.. dia semua pandai..pandai uturn ikut cara Isle….

Anonymous
Guest
Anonymous

Would Love to see Hadi Awang Jadi Penasihat Petronas…Bolih geng dengan pak arab dengan pakain Semutar dan kain sarong!!
Dia akan mengharumkan lagi nama Petronas.