LEBIH SETUJU DENGAN AZMIN BERBANDING MUKHRIZ

Berikutan wujud tafsiran yang mungkin berbeza, rasanya penting untuk diulang sekali lagi empat tujuan asas Deklarasi Rakyat yang ditandatangani beberapa tokoh ternama pada Jumaat lalu:-
1 – penyingkiran Najib Razak sebagai Perdana Menteri menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan, 
2 – penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya,
3 – pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan
4 – pemulihan intergriti institusi yang dilemahkan seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.
Dalam hal ini, walaupun Mukhriz Mahathir mengatakan deklarasi itu hanya  bertujuan untuk menukar Najib sebagai Perdana Menteri dengan pemimpin lain daripada BN, ia sebenarnya tidaklah menepati keseluruhan matlamat yang ingin dicapai.
Berikutan amalan “cash is king” yang berleluasa dan kawalan penuh Najib terhadap institusi awam sekarang, siapakah pemimpin UMNO yang sanggup menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri semata-mata untuk menyelamatkan parti?
Jika Muhyiddin Yassin, Shafid Apdal dan Mukhriz sendiri dipecat selepas ini berikutan turut menandatangani deklarasi itu, tidakkah yang tinggal dalam UMNO hanya penyokong setia Najib belaka?
Lalu, bagaimana caranya untuk menukar Najib dengan pemimpin UMNO atau BN yang lain?
Dalam pada itu, tidakkah juga selain Najib, rakan-rakan persekongkolan dengannya juga patut disingkirkan sama?
Bagaimana mahu menukar Najib dan rakan-rakan persekongkolannya jika bukan melalui pilihanraya?
Berdasarkan matlamat ketiga dan keempat dalam deklarasi itu pula, bukankah ia memerlukan kekuatan yang lebih menyeluruh dan tidak sekadar penyingkiran Najib semata-mata?
Bolehkah undang-undang dan perjanjian baru serta pemulihan institusi dalam kerajaan dilakukan jika hanya Najib yang disingkirkan?
Lantaran itu, pendirian dan tafsiran Azmin Ali  yang menyebut deklarasi itu bukan semata-mata untuk menyingkirkan Najib, tetapi juga bertujuan melihat reformasi menyeluruh dalam sistem negara, rasanya lebih menepati dan menjiwai keseluruhan maksud yang ingin dicapai berbanding pendirian Mukhriz.
Dalam jangka pendek, penyingkiran Najib adalah matlamatnya, tetapi kerana ia sukar dicapai, ia mesti disekalikan dengan matlamat jangka panjang iaitu merubah dan memulihkan sistem yang akhirnya akan membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negara.
Tun Mahathir yang mengepalai deklarasi itu setelah mengambil keputusan keluar UMNO, tentunya sudah mendalami sehalus-halusnya keempat-empat matlamat tersebut ketika merangkanya sebelum membentangkannya sendiri kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan mereka mengenainya.
Ia bukan bermakna Tun Mahathir membenci UMNO sepenuhnya, tetapi kerana beliau lebih sayangkan negara melebihi segala-galanya. 
Lagi pula dengan terus menyokong UMNO yang bermakna mempertahankan Najib, turut bererti bersekongkol membawa kemusnahan kepada negara. (SH 06/03/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

53
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymoussemenyihJoe HarryRD.NordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Memang patut pun mukhriz dh xjd menteri lagi. Alih2 nak BN ja yg memerintah..padahal rkyat dh cop BN tu parti pemusnah negara. Dalam kdaan mcm ni mukhriz seharusnya berhenti myebut parti mana yg akan dipilih calonnya utk memerintah skiranya deklarasi tu berjaya. Sy stuju dengan Azmin.

semenyih
Guest
semenyih

asalkan jangan DAP sudahlah.ataupun melayu yg kuli DAP.ayuh Muslim bersatu dan kuatkan semangat!DAP dari mula lagi dah rasis tapi Melayu terlalu berlembut kerana nak ambil hati.Selagi Kita Muslim tak bersatu selagi itulah kita tak akan maju dunia akhirat.Lihatlah apa yang jadi pada Muslims di China.Adakah mereka diberi muka dan disembah bagai nak rak macam Cina di Malaysia?Itulah Melayu tak fikir 50 tahun ahead,orang kafir bertepuh sorak dan merancang nak pecah belahkan kita,tapi kenapa kita masih lalai walaupun benda tu terang terang dihadapan mata.memang patut pun Melayu hilang didunia!Maksalleh control maksalleh,bangsa India control Indian, bangsa Cina control Cina,orang Afrika control African… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Walau apa pun deklarasi rakyat adalah input berhasil kepada penyatuan, usul yang tuntas dan melambangkan keadaan sebenar kepada keperluan sebuah idea besar yang lebih bermatlamat.
Deklarasi Rakyat ini bukan menjual negara atau bukan mahu merompak wang negara. Deklarasi Rakyat sebenarnya untuk tatapan mereka yang ada dalam UMNO supaya menghitung diri mereka. Hari permulaan ini biar sekelumit yang mulakan. Dihari berikut akan datang pasti menjadi perjuangan rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan2 puan yg komen mcm2 dlam blog ini sya lulus srp je undilah sya jdi p.m dlm 10 tahun semua rakyat malaysia jutawan seperti norway dan malaysia akan jadi juara dunia fifa.percaya?undi sya

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Gear 1, minta penjelasan dari najib pasal 1mdb, macam2 dia bohong sampai dalam parlimen dibohongnyaGear 2, minta mkt desak najib undur atau diundurkan. Mkt ikrar sokong najib sebulat suara.Gear 3, buat laporan polis supaya siasatan dibuat terhadap najib. Pelapor ditangkap dan disiasat atas alasan berniat jahat dan berkonspirasi mengulingkan kerajaan. Gear 4, parlimen mendesak supaya pac menyiasat 1mdb. Malangnya anggota pac, pdrm, sprm dan ag diganggu dan ditukar.. Malah timbalan dan naib presiden serta mb dipecat dan digantung kerana mempersoalkan 1mdb dan 2.6b.PILIHAN APA LAGI YANG RAKYAT ADA???Gear 5, gear terakhir.. tetus pecut san jangan toleh belakang lagi… keluar parti… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang mana dan bagaimana ?

Seolah-olah tidak boleh diperbaiki langsung. Jika Najib terus berkuasa dan UMNO terus memerintah lagi 10 tahun… tak ada harapan lah Malaysia lebih maju dan lebih baik dari negara lain.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pembangkang pun orang politik juga. Mereka pun sebahagian drp kerajaan juga. Gaji mereka pun kerajaan yg bayar.
Setiap kali pilihanraya mereka bertanding. Knp najib dgn kabinet 1MDB nya hari ni mula berkata mereka ini musuh sebab berkawan dgn Tun M?
Mengapa najib tak kata Pas yg telah mengkafirkan semua ahli umno tu musuh?
Kenapa najib boleh berkawan dgn hj hadi awang dan Tun M tak boleh berkawan dgn kit siang? Knp najib boleh berkawan dgn pairin drp pbs?

RD.
Guest
RD.

Kita Siang sanggup diperkudakan oleh Dr.M kerana beliau yakin PRU 14 akan tertangguh sampai bila-bila selagi Najib PM.
Mereka yang bersekongkol dengan Najib sudah tentu akan ke penjara jika Najib jatuh. Najib juga berkuasa untuk istihar darurat selepas MKN digubah, baru-baru ini. Hanya alasan saja yang dicari. Sekarang digemburkan 'ancaman Daesh, kesultanan telah letak proksi mereka di DUN Sabah, Geng-Baju merah dan lain-lain.

Baca seterusnya JMD, di no.3:- I don't think there will be any GE14.

Anonymous
Guest
Anonymous

sayalah org yg layak jadi pm..kenapa
Susah nk cari

Anonymous
Guest
Anonymous

Setakat hantar sokong deklarasi macam saya…
Tak payahlah cadangkan diri sendiri. Hihi

Anonymous
Guest
Anonymous

Selepas najib, ahmad bashah paling layak calon PM. Kalu timbalan pm ahmad maslan….lagi power

Anonymous
Guest
Anonymous

sekarang ni fokus kita kepada najib and the dedak gang….siapa jd p.m kita bincang lepas najib Dan rosmah dlm penjara ok!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita boleh bincang lepas ni tapi tang siapa jadi PM tak boleh bincang bincang bro kerana ia milik majoriti tanpa diskaun.

Anonymous
Guest
Anonymous

Gabungkan Mahathir-Anwar Ibrahim.
Tumbangkan UMNO dalam pilihanraya.
Mahathir dan Anwar Ibrahim walaupun tidak bertanding tapi lantik Mahathir jadi PM dan Anwar Ibrahim jadi TPM.
Selepas 3 tahun, untuk sekelian kali, adakan pilihanraya raya yang Bersih.

Joe Harry
Guest
Joe Harry

00.15
Bukan tak layak tapi kedua2nya tun dan anwar tak cukup syarat. Kena jadi MP dulu..

Anonymous
Guest
Anonymous

Kena bolehkan jugak. Sekurang-kurangnya berikan mereka tempat yang selamat untuk bertanding atas tiket bebas. Jika menjadi, mereka berdua di beri tempoh paling lama 3 tahun. Setelah menyelaraskan semua sektor dan institusi, paling penting ialah mengadakan pilihanraya yang bersih. Kemenangan yang diberikan kepada kumpulan gerakan rakyat bukan untuk menjadi kerajaan yang kekal. Rakyat hanya berikan mandat untuk sementara sahaja dan dalam masa tersebut mereka berdua atau sesiapa pun tidak boleh tangkap atau dakwa Najib dan mereka yang bersekongkol dengannya sebab mungkin rakyat memang suka dengan apa yang mereka lakukan sekarang. Dan jika Pakatan Harapan yang menang pada pilihanraya tersebut, barulah Najib… Read more »

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tun pernah berkata 5tahun tak lama maka Bn mesti dikuburkan dengan terkuburnya Bn maka akan lenyaplah umno barulah anjing2 yg menyalak itu akan diam dan berkeliaran tanpa umno org melayu akan lebih berjaya dan berdikari

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tun pernah berkata 5tahun tak lama maka Bn mesti dikuburkan dengan terkuburnya Bn maka akan lenyaplah umno barulah anjing2 yg menyalak itu akan diam dan berkeliaran tanpa umno org melayu akan lebih berjaya dan berdikari

RD.
Guest
RD.

Kalau BN terus memerintah lebih baik untuk Negara. Tapi mesti buang Najib dan geng penjilat tegar dikalangan Menteri Kabinet. Lebih-lebih lagi yang terlampau kaya tanpa sebab munasabah. Sekurang-kurangnya kroni UMNO, kebanyakannya sudah diketahui dan mereka semua sudah 'kenyang' belaka. Oleh yang demikian, peluang untuk mereka pelahap dengan lebih rakus lagi, mudah dikesan dan dibendong. Tetapi, kalau diganti dengan Geng lain seperti PAS, DAP/PAN atau PKR, saya khuatir mereka juga punyai ramai kroni-kroni yang kesemuanya, sudah tentu 'lapar' kerana tidak perolehi sebanyak peluang kontrak dan habuan seperti yang diperolehi BN. Kroni-kroni mereka pun Rakyat belum kenal sepenuhnya. Oleh yang demikian, sudah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukak pekung di dada nampak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Baik UMNO. Baik Pakatan Harapan. Yang perlu di perbetulkan dan di pulihkan ialah intergriti institusi seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.

Jika masalah tersebut diselesaikan, parti mana pun yang berkuasa tidak akan sesuka hati mengulangi kesalahan yang dulu.

Untuk berlaku adil seperti mana tuntutan rakyat, Mahathir dan Anwar Ibrahim perlu pulihkan Malaysia dengan pilihanraya yang bersih dimana mereka berdua tidak boleh berkempen atau bertanding atas nama parti atau wakil bebas.

Rakyat lah menentukan samada BN atau Pakatan Harapan.

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Bab kroni…Setiap kali nak pru, parti perlu duit, bkn sikit tapi banyak.. dari duit deposit, poster bendera, upah, meja panas, kenderaan dan lain2.Parti tak ada duit, perlu penaja (penderma). bukan bagi saja tapi pelaburan. Bila yang ditaja itu menang maka kenalah bagi projek. Kalau tak ada projek kenalah bagi lesen balak, pasir dan pelbagai.. semua parti kat malaysia perlu penaja.Penaja itulah kroni… cuma najib saja yang bodoh, nak makan sendiri, tak nak asa kronibla konon ditubuhnya 1mdb… tapi pakat sapu macam ikan seluang makan taik, sekejap je 42b.. bila dah tersedar, nak tuduh sapa pasai semua pakat sapu.. najib tanggung… Read more »

Ami k
Guest
Ami k

Kalau setakat nak turunkan najib, penggantinya mungkin zahid atau Hishamuddin. Tidak ada bezanya dgn pemerentahan skrg. Lagi bangla diutamakan
adalah.

Kalau hendak mengubah Malaysia menjadi negara maju kena ubah keseluruhan. Menteri2 mkn dedak yg ada skrg tak kan membawa apa2 perubahan.

Di Malaysia ramai orang2 yg lebih muda dan pintar bukan di kalangan umno.

RD.
Guest
RD.

Selepas Najib turun, Muhyiddin pangku sementara jawatan PM. Adakan Pemilihan UMNO dengan segera. Pastikan 1000%-tiada 'politik WANG'. Buka semua jawatan untuk ditandingi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Untuk pegang jawatan berkenaan, setiap masa ianya perlu dapat sokongan 51% sokongan. Ada ker?

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang yang jadi PM dan TPM tidak boleh berparti.

Jika syarat ini tidak menjadi kriteria, masalah sukar diselesaikan.

Samada Mahathir, Anwar Ibrahim atau Muhyiddin… mereka tidak di bolehkan berparti. Sayangkan parti pun tidak di bolehkan. Mereka hanya memberi keutamaan pada negara bukan kuasa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jalan penyelesaian ialah lupakan UMNO dan tubuh parti lain mengantikan UMNO. Seperti mana AMANAH ganti PAS.

Kedua-dua UMNO dan PAS perlu dikuburkan.

Kedua-dua AMANAH dan parti baru ganti UMNO perlulah lahirkan Melayu Baru.

Maka itu di cadangkan solusi mengenai siapa ganti Najib ialah:

Dengan berani mengembalikan tampok pemerintahan kepada Mahathir dan Anwar Ibrahim seperti mana ketika mereka menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk tempuh tertentu sekurang-kurang nya 3 tahun.

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Tun Det sudah berusia 90 tahunlah.
Dia memang kuat keazaman, tapi untuk jadi Perdana Menteri perlukan orang muda yang ada integriti tinggi.
Takat ni, belum nampak pun sesiapa lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Minah, minah

Lim Guan Eng masih muda

Integriti LGE setinggi Penang Hill

Dan keilmuan beliau seluas pulau tambakan

Takkan tak layak?

He he

Anonymous
Guest
Anonymous

Antara Mukriz dan Azmin, pilihan rakyat adalas jelas.

Antara Mukhriz dan Azmin, pilihan "deklarasi dot dot" hanya depa yang tahu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan umur tapi kesihatan. Tun masih boleh berjalan tanpa tongkat.
Fikiran masih waras.

Sebagai PM Tun tidak perlu main golf, tidak perlu jumpa pak arab untuk bodek, tidak perlu tidur semasa dalam mesyuarat@majlis, tidak perlu keluar negara untuk bershopping …

Dia hanya perlukan otak dan berfikir. Pejabat dalam rumah dia pun boleh di pertimbangkan. Dengan di sediakan seorang doktor sepanjang masa.

Kerjasama Mahathir dan Anwar diperlukan untuk meletak Malaysia di kedudukan yang betul.

Maka itu kerjasama mereka berdua perlu di tekan supaya dapat diterima oleh rajyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 22 23

Akhirnya kau mengaku cina lebih baik dari melayu.

Kau hina melayu yang makan dedak.

HAHAHA…

Anonymous
Guest
Anonymous

love najib ngan rosmah

Deen Caai
Guest
Deen Caai

Najib pm paling terbaik sekali… sayang najib ngan rosmah

Deen Caai
Guest
Deen Caai

Najib pm paling terbaik sekali… sayang najib ngan rosmah

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku hairan kenapa najib dgn kabinet 1MDBnya panas punggong sekarang ni.
Dulu percaya sgt Cash is King.
Dulu kata bila Tun M keluar umno tidak akan meninggalkan impak kpd umno.
Jenderal2 regime najib dgn sombong dan lantang berkata umno makin kuat dan makin utoh. Sehingga mereka bertindak menutup blog2 anti najib kononnya memberikan maklumat yg tidak betul dan menghasut rakyat.
Mengapa tak tutup saja utusan dan tv3. Media ini pun secara terang terangan menipu rakyat jelata daripada kebenaran.
Kalau Cash is King maknanya kebenaran tidak penting. Kebenaran boleh dinafikan asalkan ada Cash.
Apa itu Cash. Cash tu dedaklah.
Jadi knp perlu takut dgn rakyat jelata sekarang ni???

Anonymous
Guest
Anonymous

Ramai sangat MELAYU masih di takuk pemikiran PEMIKIR ULUNG SI LOKMAN ADAM. Mungkin yg berbeza dgn Lokman Adam ni cuma ada 100 orang saja.

Jika benar 95% Melayu UMNO PAS PKR adalah seperti Lokman Adam.. jangan haraplah ada perubahan.

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Saya juga setuju dengan Azmin tetapiiiii……….
ye saya rasa berat nak sokong Azmin, sebab dia pun
ada kes 30 Billion masuk dalam akaun syarikat sahabatnya.
Apa jadi dengna duit Kerajaan Selangor tu sekarang..??

Anonymous
Guest
Anonymous

Minah rempit krna ingat Kalaulah pemimpin pakatan yang kena fitnah laju macam roket kena siasat.Tak perlu deklarasi, cukup fitnah tanpa bukti beza dengan umngok, biar bukti bertimbun2 buat buta ja.

Anonymous
Guest
Anonymous

minah, ko pegi report la cepat. lembab nak mampus, slow, bengap. bawak skali bukti 30billien tu. sembang mulut taik

joharijoe
Guest
joharijoe

Minah, ko tau tak 30 billion tu banyak mana? Jgn main sedap mulut je. ko ingat ni duit rupiah ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Kenapa pulak minah yg korang marah. Sepatutnya korang mintalah Asmin berikan bukti duit sebanyak itu masih ada dalam akaun kerajaan negeri dan bukan akaun lain. Itu tanggung jawab Asmin dan bukan Minah.

Anti bebel standard

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangankan 30b. Kalau pembangkang ada masukn akaun 50 hinggit pun akan dikorek sampai lubang cacing.. Anwar yg tidak ada menyamun duit rakyat pun bole difitnah. Kalau Anwar masukkn duit hasil menyamun duitvrakyat dlm akaunnya 50 hinggit pun akan disebut ditv3suku hari2.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pada tahun 1998 WSJ melaporkan sebanyak USD 1 billion di songlap dan dipindahkan ke akaun Swiss. Soalannya ialah siapa yang dimaksudkan?

Anonymous
Guest
Anonymous

Tali lembu korban pun jadi barang kes…

Anonymous
Guest
Anonymous

1 billion ?

Bila masa duit itu masuk ke akaun orang nya? Tak kan sampai hari ini masih dalam akaun Swiss?

Anonymous
Guest
Anonymous

Dlm akaun Ambank ada lah lol!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Beza pendapat pemakan dedak dengan pejuang rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Skrng ni fool ass zakar..she pun makin naik tocang.
Masih menaruh harapan untuk dipilih bertanding sekali lagi. Siapa nak sokong kau lagi fool ass oiii.
Dah lah kalah dlm pru 13 dulu. Kerusi pun tak ada. Menumpang pula kat jasa. Dapatlah jadi KP. Itu pun masih tak sedar diri lagi tu. Masih ada hati lagi nak bersuara. Punya tak tahu malu punya manusia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mukhriz jawab soalan "adakah tujuan untuk hapuskan UMNO?"

jadi jawapannya tidak hanya singkir najib saja

Ali
Guest
Ali

Betul,BN mesti d hapuskan..biar putus benih terus.

Anonymous
Guest
Anonymous

Soalnya mampukah Pakatan Harapkan Pagar membawa perubahan sedangkan rumah mereka sendiri masih berada ditakuk lama?

Makanya bijak pandai mana yang akan percaya bahawa dalam pakatan ini ada kemampuan merubah sesuatu walhal apa yang nampak tidaklah sebegitu.

Dan bila dalam pakatan ini ada beberapa parti yang menjadikan jawatan supreme sebagai berjawatan tetap dan kekal ubah sangatlah tu.