KETEPIKAN CERITA2 LAMA, BEBAN SEMASA NEGARA IALAH NAJIB

Sesuatu yang harus disedari oleh semua pihak mengenai kemelut dalam negara sekarang ialah segala-galanya berpunca daripada hanya seorang manusia iaitu Najib Razak saja.
Negara rosak binasa, nama Malaysia dipandang hina di peringkat antarabangsa, rakyat sengsara dan UMNO semakin menuju ke pusara, tidak lain hanyalah berpunca daripada imej Perdana Menteri yang sudah dianggap tidak merosakkan segala-galanya.
Berbagai-bagai isu yang muncul satu persatu, kelemahan dalam mengurus negara, perlaksanaan undang-undang yang mengelirukan dan jentera awam dimusnahkan berikutan skandal kewangan yang secara langsung dan tidak langsung melibatkan dirinya, sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Di ketika era Tun Mahathir misalnya, meskipun banyak isu yang berlaku, namun ia hanyalah berkaitan politik dan kepimpinan, tetapi sekarang ini yang dipertahankan merupakan hal-hal peribadi Najib semata-mata.
1MDB berkaitan dirinya, wang RM2,600 juta (dakwaan terbaru WSJ mendakwa sebenarnya RM4,200 juta) berkaitan dirinya, dana RM42 juga daripada SRC International berkaitan dirinya, Peguam Negara dipecat kerana dirinya, pegawai SPRM diganggu kerana dirinya dan segala-galanya adalah berkaitan beliau belaka.
Oleh itu, dengan kedudukan negara yang begitu buruk, sedianya Tun Mahathir menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang, khususnya setelah perkara itu disambut dengan jiwa besar oleh Anwar Ibrahim sendiri, ia seharusnya diterima dengan lapang dada oleh kita semua.
Ia hakikatnya menggambarkan kedua-duanya, Anwar dan Tun Mahathir sedia melupakan persengketaan politik mereka untuk menyelamatkan negara ini.
Tidak perlu diungkit-ungkit lagi cerita-cerita semalam berkaitan Tun Mahathir atau Anwar di ketika ini. Perkara pokok yang ada di depan mata ialah Najib yang lebih merosakkan negara, bukannya cerita-cerita semalam.
Mengungkit dan membesar-besarkan cerita lama, sesetengahnya pula entah sahih, entahkan tidak, seolah-olah bermakna kira reda dengan segala kerosakan yang ada ini berterusan sampai bila-bila.
Tun Mahathir mungkin ada kesilapan masa lalunya ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, tetapi sekarang beliau sedang menebus segala kesilapan itu untuk kebaikan kita bersama.
Berkaitan Anwar pula, biarlah apa yang berlaku dulu hanya menjadi rahsia Tuhan untuk menentukan siapa benar dan siapa yang salah. Lagi pun, begitu banyak  elemen meragukan semasa perbicaraan yang telah menjadi tatapan seluruh dunia.
Ia bukanlah soal Anwar melakukan dosa tersebut atau sebaliknya, tetapi lebih berkaitan prinsip keadilan. Bukanlah asing kita mendengar begitu banyak tertuduh atas kesalahan membunuh sekali pun yang terlepas daripada hukuman kerana prinsip keadilan yang berjaya diperjuangkan.
Itulah undang-undang dan keadilan jika kita memahaminya. Tetapi ia tentunya berbeza dengan pelbagai isu yang membeliti Najib yang nyata melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Dalam pada itu, jasa Anwar dalam mewujudkan gabungan pembangkang yang kuat di negara ini haruslah juga jangan dilupakan. Disebabkan kesediaannya berkorbanlah berlakunya sistem semak yang seimbang yang kukuh sekarang, sedangkan jika Anwar berjiwa “cash is king”  atau “jenis pemakan dedak” dan tidak mengambil kita masa depan negara, sudah tentu senang lenang kehidupannya sekeluarga ketika ini.
Yang penting ialah sokongan dan pengaruh yang dicurahkannya kepada apa yang digerakkan oleh Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib. Ingatlah Anwar kini dalam penjara dan sama ada beliau akan menjadi Perdana Menteri atau tidak suatu hari nanti, biarlah masa yang menentukannya.
Namun, yang jauh lebih penting ialah apabila Najib dapat disingkirkan, peluang untuk memulihkan negara ini lebih ternampak jalannya. Sudah tentu apabila Najib disingkirkan, sebuah kerajaan campuran yang baru akan diwujudkan yang merangkumi kumpulan tertentu dalam UMNO dan juga parti-parti pembangkang yang hari ini saling bekerjasama dengan Tun Mahathir.
Tidak mungkin apabila Najib dapat ditumbangkan, wakil-wakil pembangkang ini akan diketepikan begitu saja. Mereka tentunya akan terus mempunyai peranan dalam memulihkan pelbagai kerosakan sistem dan institusi yang diakibatkan oleh Najib.
Kerjasama dan persefahaman ini juga, jika tidak berjaya menumbangkan Najib dalam waktu terdekat, ia turut menjadi pilihan selepas keputusan PRU 14 nanti. Gerakan dan jelajah Tun Mahathir mulai sekarang sehingga pilihanraya akan datang tentunya akan menyebabkan UMNO kehilangan banyak kerusi dan memberi kelebihan kepada parti-parti pembangkang  bersama kumpulan bekas Perdana Menteri itu untuk mendapatkan majoriti membentuk kerajaan.
Dilihat dari sudut mana pun, gerakan Tun Mahathir bersama parti-parti pembangkang ini akhirnya akan menjadikan Najib semakin tiada potensi untuk diundi rakyat. 
Cuma, bilakah kita mahu negara ini dipulihkan?
Jika mahu cepat, segeralah kita semua bangkit menolak Najib mulai sekarang dan jika boleh bertahan setahun dua lagi, tunggulah tarikh mengundi PRU 14 diumumkan. (SH 04/03/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

57
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Miss VeeRakyat DiperbodohAnonymousJinKerjaKacauKampong@J3KNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Miss Vee
Guest
Miss Vee

Berita gempar !!
Rahsia Besar Najib Akhirnya Terbongkar !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Anonymous
Guest
Anonymous

Klu 58 pemimpin ditangkap satu malaysia tak kira bangsa ugama tua muda buat laporan polis terhadap pm mapudulung.cuti ka cuti sakit ka kita lapor ramai2 di seluruh balai polis setuju rakyat?kita tak pyah demo bakar org ka bakar diri sendiri ka itu citer lama.kita tunjuk the malaysia style pada dunia oppa malaysia style!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Jika tiba-tiba UMNO membuat keputusan dan akhirnya Najib berundur maka yang perlu di lakukan ialah penubuhan kerajaan campuran dan bukan lagi kuasa UMNO untuk menentukan siapa penganti Najib.

Dua tahun adalah cukup untuk memperbaiki segala kelemahan dan menjelang pilihanraya, kedua-dua pihak diberi peluang saksama. Dan ketika itu biar rakyat yang tentukan siapa yang sesuai jadi Perdana Menteri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau ikut urutan:

Pm1 Tmy
Pm2 Afdal
Pm3 Lks
Pm4 Sok Sek
Pm5 Asmin

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon0222 kmu jgn rasis.rakyat malaysia tau org melayu adalah majoriti jdi p.m knapa sebagai penyumbang ekonomi org cina jadi tpm 2 atau menteri kewangan?allah mencipta kita untuk hidup damai hanya manusia rakus yg melagakan untuk kepentingan diri sendiri.sudah waktu kita maju bersama dan adil demi negaraku.sya nasionalis

Anonymous
Guest
Anonymous

ayuh najib bom saja mereka ini macam altantuya atau taruh simen saja.alah bukan tak biasa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mudah2an Allah kembalikan DSAI ke arena politik secara rasmi..sy xpnah pcaya crita2 liwat tu smua. Sy berbangga sbg ank mlayu krn adanya pemimpin spt DSAI dlm malaysia ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia se benarnya telah lama … lama dah … diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dan diteruskan oleh Pakatan Harapan. Masalah negara bukan bermula 5 atau 6 tahun yang yang lepas, sekiranya Hj Hadi Al-Autaman tidak berpaling tadah, Pakatan tidak perlu bergabung dengan Kumpulan Mahathir. Buat sementara kita, baiklah …. kita korbankan Anwar kerana Anwar sanggup berkorban dengan mengenepi kepentingan dan dendam peribadi untuk menyelamatkan negara. Hanya orang yang memiliki hati yang mulia sanggup terkorban. Kita dulukan yang mana dulu. Iaitu Najib mesti undur. Untuk menjawab semua kebarangkalian dan persoalan bolehkah bekerjasama dan adakah kesalahan Mahathir telah di ketepikan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

selamatkan negara dari amno itu yang penting
baru boleh tukar sistem kalau tidak duk pakai
sistem amno jugak
mathadir ni nak tuakr najib saja itu dia punya
tujuan besar
jangan tertipu lagi bial amno dah ok pru 14 dia kutuk pakatan pulak

Anonymous
Guest
Anonymous

focus kasi najib jatuh dulu… umno tu kita buang time pilihanraya. kalau asyik focus itu ini nanti tak kemana

Anonymous
Guest
Anonymous

Kena sekali pukul bro. Kalau tak lahanat2 mcm rahman dahlan ..anak keruak ..nazri babi ..mail sabo ..azalina jantan semua boleh hidup balik ..ni semua muka tak malu punya

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemakan dedak pergi main jauh2lah. Syoh..syoh …syoh..kalau dedak habis makan sekam padi pulak ya.
Tak ada saja najib kau makan batu la.Pindah duduk kat rumah setinggan lah kau lepas ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pengajaran :
1) anwar memang sah peliwat atau dr m memang sah pemfitnah.
2) pencacai kena tipu hidup2 selama 18 tahun.
3) pencacai tanggung dosa selama 18 tahun kerana dok asyik kutuk dr m.
4) pencacai tanggung dosa selama 18 tahun kerana sokong seorang peliwat.
5) pencacai tanggung dosa setahun kerana sokong seorang pemfitnah.
6) 56 orang yg sign deklarasi adalah manusia hipokrit tahap tegar.
7) ahli neraka akan bertambah lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Awak tu confirm ahli syurga ke?… kalau diorg ahli neraka silap gaya awak nanti jd room mate…

Anonymous
Guest
Anonymous

Pengajaran kepada pemakan dedak lepas ni jadi gelandangan sajalah. Tiap tiap hari buka tong sampah kat tepi jln untuk cari makan

Rakyat Diperbodoh
Guest
Rakyat Diperbodoh

Assessment perlakuan dosa @ berbuat pahala; amalan diterima @ tertolak; haji yg mabrur @ sebaliknya; ahli syurga @ neraka – HANYA haq mutlaq Allah…! Siapa kita, memandai nak nilaikan…? Kalau kita yg diberi kuasa penilaian, alamatnya – yg x sekutu dgn kita, semuanya terhumban dlm nerakalah jwbnya…

Yg pasti – beza darjat antara manusia adalah nilai taqwanya. Taqwa = buat apa yg diperintah; tinggalkan apa yg ditegah…

Adakah ini cth terbaik individu yg lost + tak tahu apa 'nilai'2 yg harus dipelajari…?

Anonymous
Guest
Anonymous

Pengajaran yang paling berharga sekali Jangan… Jangan lagi percaya pada UMNO.

Rakyat Diperbodoh
Guest
Rakyat Diperbodoh

Ano 22:54,

Kunun, nk berckp atas platform agama. Citer pasal dosa, pahala. Tp, cenggini jer pemahaman ngko pasal agama…? Goyang beb, nak yakin dgn slogan yg sering diwar2kan dan dah menjd halwa telinga bahawasanya UMNO adalah tunjang yg 'membela' agama…

Andai katalah, si Ano 22:54 nih sebenar2nya adalah gambaran cara berfikir yg represent 'majoriti' rakyat; bukan sesuatu yg peliklah jika cara pemikiran PM dan barisan kabinetnya pun berada di tahap cipan…

Kepuk yg hanya dipenuhi 'hampas padi' berbanding beras; jika cuba dikutip secara rawak utk dijadikan 'pemimpin' populasi padi dlm kebuk tersebut, maka kebarangkalian utk hampas yg terpilih adalah tinggi…!

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya Allah, mudahkanlah urusan Tun M dan Rakan2..kami rakyat marhaen akan sentiasa bersama..yg tak bersama tu pemakan dedak mohon diberi taufik hidayah..demi masa depan anak cucu kita

Rakyat Diperbodoh
Guest
Rakyat Diperbodoh

Tapi dulu… Tun jugak yg ckp – baik pilih Syaitan yg dikenali; berbanding Malaikat yg tak tahu latar blkgnya…

Last2, betul2 perangai 'setan' yg terpilih daaaa…

Anyway, berlipat kali ganda lebih baik to choose back on track + belajar dr silap yg lalu; berbanding 'memilih' utk terus2 terpesong & diperbodoh2kan + lost & tak tahu apa yg harus dipelajari…!

Anonymous
Guest
Anonymous

ya betul tp sekarang ni malaikat yg x dikenali tu ialah najib yg berlakon baik bibir pink tp dah btukar rosakkan negara setelah bkuasa sbg pm

Anonymous
Guest
Anonymous

Terima kasih Tun dan yg lain2 kerana berusaha menyelamatkan negara kita yg tercinta.. Budi Tun akan dikenang sepanhang zaman..

Anonymous
Guest
Anonymous

Salam ..nak tanya sikit PAC ni public account committee atau private account committee ..pasal apa pulak nak OSA bagai ????

Anonymous
Guest
Anonymous

Tu laaa umno, perlekehkan lagi Tun…korang tengok dia punya power. Busuk busuk setengah juta undi BN dah hilang hari ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Terima kasih ayahnda Tun kerana tidak melupakan nasib rakyat yg hidup susah akibat najib

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan terima kasih pada Tun sahaja.

Terima kasih pada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Ling Leong Sik, Zahid Ibrahim dan semua rakyat Malaysia yang 'KAMI ANTI-NAJIB'

Apa pun, benci macamana, Mahathir sepatutnya dilayan sebagai Negarawan. Sebagaimana kita hormat pada Najib, layan dia sebagai Pandawan .

Anonymous
Guest
Anonymous

Waktu tun keluar umno..kemain lagi penjilat najip kata tak kisah…tak beri kesan…tak takut pun….blongang2 umno pun kononnya happy.

Tapi…sebenarnya mereka semua tengah kecut dan takut. Buktinya
1. Najip serta merta komen. Sedangkan dlm isu 1mdb, src, akaun kak rusma ada juta2 dll dia buat bodo mcm cipan je…
2. Sejak tun m keluar umno…blongang2 najip dok kutuk…bantai…hina tun m tak henti2. Eh? Kononnya tak kisah. Jadi apsal dok cerita pasal org tua tu lagi? Buatlah cerita lain…tapi dah kecut…kenalah bad mouthing tun m. Ye tak?

JinKerjaKacauKampong@J3K
Guest

..Tok Det ana tngok last2 ni suka sangat buh topi ala2 koboi atas kepala…elok juga kalau pakai baju 'kalis hujan' sama…mana tau tngah2 dok syok syarah hujan ribut meletop mai…tak kacau..haah…haah…kalut habis kali tu…

Rakyat Diperbodoh
Guest
Rakyat Diperbodoh

Yg jd beban pd negara, bkn Najib shj. Tak bertitik niktah disitu…

Najib & pengikut2 tegarnya….! Yg bkn sgj mempertahankan beliau; malah turut membenar & menfhalalkan segala yg bathil. Dia tak kan berada di persada jika tidak dipilih at the 1st place…

Anonymous
Guest
Anonymous

focus pada najib dulu…yg lain akan menyusul kita kasi penyepak

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kami berdoa agar cita2 murni Tun bersama barisan pemimpin untuk menyelamatkan negara serta rakyat yg teraniaya dari penyamun2 dan penyangak ini agar dimakbulkan oleh allah aaaaaammmiiìinnnnnn hidup Tun

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kami berdoa agar cita2 murni Tun bersama barisan pemimpin untuk menyelamatkan negara serta rakyat yg teraniaya dari penyamun2 dan penyangak ini agar dimakbulkan oleh allah aaaaaammmiiìinnnnnn hidup Tun

mydoc
Guest
mydoc

Hahaha…komen yg paling win. Tapi rasa2nya lagi baik kalu panda yang palsu hantar ke negeri Cina. Tak larat nak tanggung makan minum depa saja2 gitu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada nampak cahaya di hujung terowong.. firasat saya.. bukan mudah Najib nak mengalah.. bini dia mmg badak punya power..

Dengan segala kuasa jabatan2 kerajaan yg ada untuk menjaga Rosmah dan Najib.. pakatan terbaru ni hanya boleh buat kacau daun saja untuk terus selesa merembat duit tanpa batasan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Itu sebab peruntukkan untuk Najib di lebihkan.

Itu pun bahalol-bahalol MT tak nampak atau memang kesempatan untuk MT

Anonymous
Guest
Anonymous

MT= Makin Tamak. Makin Teruk. Macam Tonyok.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mungkin Najib sedang memikirkan mana nak sorok?

Buat lah dua kostum panda memgikut saiz kedua laki bini tersebut…

Panda yang dua ekor tu hantar pulang ke China .
Huhuhu

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila najib dah jatuh nanti…sila adakan program jelajah penampar najib satuuuuuuuuuu Malaysia!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

I setuju you

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa di atas awak adalah refleksi siapa diri awak.

Kalau awak di sebelah republikan, yang di atas itu adalah gambaran siapa awak.

Dan kalau awak di sebelah demokrat, yang di atas itu juga adalah gambaran siapa awak.

Hakikatnya sama ada demokrat atau republikan mereka adalah dua sisi berlainan tapi atas syiling yang sama.

Anonymous
Guest
Anonymous

kita berusaha sambil berdoa agar Maha Esa slmtkan Malaysia.

Anonymous
Guest
Anonymous

sebagai rakyat malaysia. saya amat bangga bila saya lihat semua parti politik bergabung untuk menyelamat kan malaysia.
saya doa pada allah beri kekuatan pada kami untuk menjatuhkan najib demi rakyat malaysia…amin

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Minta Allah ta'ala permudahkan urusan Tun M mengepalai kelompok gerakan massa(moga Allah berikan kesihatan& kekuatan kepada Tun M)untuk memastikan PM Najib turun serta-merta,Bangsa Melayu (khususnya) belajarlah berpolitik secara matang,Negara Malaysia inilah tanah tumpah & tanah perkuburan untuk kita semua, ketepikanlah sikap PHD(penyakit hasad dengki)anda semua,buruk-sangka,ego,adu-domba,khianat dan perangai buruk yg tak berkesudahan,jadilah bangsa Melayu yg bermaruah dengan kembali kepada tuntutan Agama (hidup dibentengi Agama dan takut dengan hukum Allah), singkirkan pemimpin yg terang-terangan ingin menjahanamkan negara kita. Selebihnya kita berdoa (tanpa henti) kepada Allah taala,kerana Allah jualah yg lebih mengetahui apa yg terbaik untuk Negara Malaysia,jadikanlah kerosakan yg berlaku hari ini… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

amin amin amin

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu korang doakan yg totok totok tapi sekarang doakan yang lunak lunak. Hmm, boleh tukar tukar sesuka hati ke bab segini?

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno memikul 2 biawak hidup, najib dan Rosmah. Itu hak Umno. Yang menjadi masalah, biawak hidup peliharaan Umno ni, terpaksa ditanggong olih rakyat Msia. Ini yg tak bolih ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

kau babi hidup di pelihara dapigs..

Anonymous
Guest
Anonymous

kalau dah dibayar.. janganlah sentap….

Anonymous
Guest
Anonymous

Kami tak ada masa untuk melayan pemakan pemakan dedak di sini

Anonymous
Guest
Anonymous

Kami tak ada masa untuk melayan pemakan pemakan dedak di sini.
Sekian terima kasih.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tida beban batu digalas. Untuk apa oppo dengan rela hati terima tawaran beawak-beawak Umnu agar oppo mendukung mereka?

Tersedak/terdesak? Kalau macam ini bolelah pemakan dedak pulangkan buah karas ke laman oppo: kata dulang paku serpih, oppo juga yang lebih!

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Lets berdoa cita3 kita untuk menzahirkan a New Malaysia bakal tetcapai.

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Sekali pandang potret najib sebelah agong..xmungkin dia akan khianat negara….mulut merah..mata kuyu hahaha..orang ramai akan terpedaya sbb dia very smart……

Anonymous
Guest
Anonymous

Toyol bertopeng manusia. Cakap macam orang berjiwa besar tapi sebaliknya hati hitam legam rakus dan tamak haloba.

Anonymous
Guest
Anonymous

Amerika adalah diktator dunia. Bila Amerika (diktator) tumbangkan diktator Irak, tiada kebaikan yang telah muncul melainkan kemusnahan dan kehancuran tiada penghujung. Ambillah iktibar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib dah sekongkol dgn mega korporat Amerika dan sedunia …tandatangani TPPA!

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Sayang pandang muka najib lama2..rasa x mungkin dia akan buat keje terkutuk nie …bibir merah, mata kuyu..nmpk baek sangat hahahaha. Atau Rosmah yang "control" najib…..