MAHATHIR – ANWAR SUDAH BERGABUNG, LAGI TERTUTUP LALUAN NAJIB NAK LARI…

Tanpa menunggu lebih lama setelah meninggalkan UMNO, Tun Mahathir Mohamad terus mengorak langkahnya dengan membentuk persefahaman dengan parti-parti pembangkang untuk menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menteri.
Esok, jam 3.30 petang dan bertempat di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri itu akan mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan seterusnya akan menandatangi deklarasi bersama untuk menuntut pengunduran Najib.
Selain pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan dan beberapa wakil rakyat Pas yang akan turut hadir, yang lebih menarik ialah bila Nurul Izzah Anwar sendiri turut mengadakan sidang akhbar bagi mengalu-alukan program bersama Tun Mahathir itu.
“Ya, esok kami akan mengadakan sidang akhbar bersama Tun Mahathir pada jam 3.30 petang dan ia dilakukan dengan semangat keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut negara.
“Bukan isu dendam, peribadi atau marah, tetapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah yang konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi,” tegas anak sulung Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Dengan sedianya Nurul Izzah khususnya dan PKR amnya dalam menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir esok, ia sudah boleh dianggap leburnya permusuhan antara Anwar dan keluarganya dengan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Bermakna Tun Mahathir dan Anwar sekarang sudah “sehati sejiwa” dan “selagu seirama” dalam perjuangan menyingkirkan Najib yang dianggap beban dan  lebih “durjana” kepada negara.
Jika dulu PKR ditubuhkan tidak lain untuk menjatuhkan Tun Mahathir, kini kedua-duanya menampakkan sudah saling bekerjasama menjatuhkan Najib dan menyelamatkan negara serta melupakan luka-luka lama mereka.
Walaupun Anwar kini di dalam penjara, tentunya kesediaan Nurul Izzah dan PKR menjalinkan persefahaman itu sudah pun mendapat restu daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri.
Jika gandingan Tun Mahathir dan Anwar dalam kerajaan dulu pernah dianggap  terbaik untuk negara, tidak mustahil bercantumnya kedua-dua mereka kali ini, gelombang kebangkitan rakyat lebih bergelora untuk terus “memukul” dan “membadai”  Najib.
Lebih dari itu, walaupun keputusan Muhyiddin Yassin untuk terus bersama UMNO, ia juga tidak lagi memberi kelebihan kepada Najib memandangkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menyatakan persetujuan untuk hadir dalam perhimpunan anti Najib pada 27 Mac nanti.
Akhirnya, kalau pun dalam tempoh yang singkat itu Najib tidak berjaya diundurkan, beliau hampir pasti akan terdampar oleh keputusan pengundi dalam PRU 14 nanti berikutan bergabungnya Tun Mahathir dengan Anwar serta apa yang dilakukan oleh Muhyiddin ini. (SH 03/03/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

47
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Miss VeeAnonymousField Marshal Amdibrahim darusmad Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Miss Vee
Guest
Miss Vee

Kecoh Dah …. Satu Dunia Dah Tahu !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya yakin DSAI orang yg berjiwa besar. Saya yakin baru lani TDMM baru sedar yang mana kaca dan yang mana intan. Kalau betul depa ini bergabung dalam satu group nak tumbangkan DSNTAR, harus DNSTAR menyerah kalah.

Apa pun tunggu dan lihat. Boleh jadi group ini sedang melaksanakan amar makrof nahi mungkar bagi memastikan kesejahtetaan kehidupan rakyat negara ini.

Walaupun jika ditadbir oleh BN, tetapi BN jenis yg kira ok ok belajar drp kesilapan dan keegoan selama ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Api dah mula merebak.
Kita tengoklah sejauh mana
Zahid Hamidi bertindak.
Cerdik ke bangang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Muhyiddin kata:
Saya masuk UMNO bukan kerana Najib.
Lagi cantik kalau Muhyiddin kata:
Jangan buat UMNO mak bapak kau punya.

mad
Guest
mad

saya bukanlah penyokong mahathir sejak di bangku sekolah di tahun 80an dan kerana mahathir juga saya anti bn, tapi dalam situasi sekarang saya lebih membenci najib. maka saya sekarang sokong usaha mahathir.
the enemy of my enemy is my friend

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada satu kueh koci, luar tepung dalam inti, Tun/ Anwar 1 janji, mana Najib mau lari?

Ada satu kueh bangkit, taruk kelapa sama gula,sengketa lama jangan ungkit, gabung semula demi negara!

Anonymous
Guest
Anonymous

Saudara Anon 20:38, Kalo betoi nak selamatkan negara..umno perlu dikuburkan segera. Setakat pejatuhkan najib dan ganti ngan orang umno jugak..kompem wal hasil balik asal. Jgn cepat terpesona dgn tindakan Tun Mahathir kuar dari Umno..dia cuma buat-buat merajuk utk tarik simpati dari orang umno khasnya sbg cara tekan najib hingga letak jawatan dgn segera..taktik yg sama macam masa Pak Lah dulu..tu pasai Muhyidin, Mukhriz dan Shapie Apdal tak kuar dari Umno..kalo najib terpaksa akur dgn tekanan yg pelbagai..dari luar dan dalam umno..nescaya Muhyidin akan dilantik menjadi PM dan Mukriz akan dibawa balik ke federal utk dijadikan TPM dan seterusnya jadi PM.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Cakap memang senang …kau tuduh la tun macam2, ada kau tanya diri kau, kalau bukan tun, sapa lagi nak buat gerakan buang najib? So far ada tak? Nak buang umno bukan senang, sebab orang kampong pro umno banyak tak faham isu derma, 1mdb, TH, etc. Tapi sekarang lebih senang (senang sikit laaa, tak banyak) kalau tun sendiri jadi ketuanya. Orang kampong baru sedar ni kes serious. Itu tujuannya tun keluar, nak sedarkan penyokong tegar umno di luar bandar, dan juga pro BN sabah sarawak. Hasilnya kita tak tau jadi ka tak, janji ada cuba. Tun tu doktor, satu ubat tak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku rasalah.
PM anak beranak cukuplah
Razak & Najib saja.
Janganlah nak tambah
Mahathir & Mukhriz.
Bagilah orang lain pula.

Raja Kumbang
Guest
Raja Kumbang

Rasa nak muntah pulak bila ada yang buat kesimpulan TDM akan bekerjasama dengan anuar. Di kan dalam penjara, apa yang dia boleh buat. Rasanya TDM tak lah desperate sgt sampai nak make up dgn anuar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mengapa hak Anwar Ibrahim untuk berjumpa Peguam di sekat dan hanya keluarga Anwar Ibrahim sahaja yang boleh berjumpa Anwar Ibrahim? Mengapa sampai sekarang Anwar Ibrahim dikawal ketat semasa di mahkamah? Siapakah yang menguna akaun FB Anwar Ibrahim ?

PH perlu mendapatkan pandangan Anwar Ibrahim sebelum memutuskan apa-apa tindakan.

Tun tidak ada penyokong seperti Anwar Ibrahim. Tun keluar UMNO dan yang ikut seorang ahli UMNO yang kebetulan ada lah isterinya.

Yang terpenjara ialah jasad Anwar Ibrahim tetapi suara perjuangan nya sampai ke hutan belantara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tun m cuma aplikasikan kaedah the enemy of my enemy is my friend saja.Tidak ada yang berubah tanggapannya terhadap anwar ibrahim.Sebab buat masa ini najib lebih berbahaya kepada negara berbanding anwar yang sudah dijinakkan di dalam penjara menerima hukuman atas kesalahannya.

Kepentingan negara mengatasi kepentingan individu.Itu sifat negarawan.

Ketepikan dulu perbezaan buat sementara.Kita selesaikan masalah bersama yang lebih utama.Beruk yang degil mesti dijatuhkan dari pokok.

kerenggge
Guest
kerenggge

Selama beberapa waktu ini saya melihat orang bercakap mengnai najib, baik luar maupun dalam negara, baik akhbar zionist di sini atau di sana,tetapi saya masih cuba menenangkan diri. Masih melihat-lihat(jauh) perkara tersembunyi. Sungguhpun pada 2009 ketika menatap wajahnya di sebuah akhbar ketika di pejabat, naluri saya tetiba berkata 'mati dia ni', namun saya tidak mengetahui kenapa saya benaluri demikian pada saat itu. Tahun lepas, saya tertanya di dalam hati, siapakah sebenarnya utusan dajal di Malaysia? Mengapa 'perkara2x dalam negara' seperti supaya cepat2x dilangsaikan (DENGAN APA CARA SEKALIPUN)? Adakah dajjal sudah mengungatkan utusannya, time has a limit… we cannot wait any… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Zionist, Dajjal pulak. Pakai teori makluk asing akan tawan 1mesia la pulak. Baru lah power, Star Wars.

My Kakak
Guest
My Kakak

Mampukah semangat mengalahkan cash?

Anonymous
Guest
Anonymous

Suap BRIM mereka makan;
Suruh bertindak mereka tak mahu.

~ Pantun Melayu Negro..

Anonymous
Guest
Anonymous

Cash hanya untuk pemimpin tertentu dalam MT. Dedak untuk semua ahli UMNO yang disuruh makan, mereka makan. Disuruh mengkaji, mereka tidak tahu.

Hanya masa akan menentukan … tapi sejarah menunjukkan pemimpin yang guna cash akhirnya bersendirian.

Anonymous
Guest
Anonymous

Gabungan dua tokoh yg telah tewas.Mula-mula Anwar di tewaskan oleh Mahahtir dgn memecatnya dari jatan TPM,kemudian Mahahtir pula di tewaskan oleh Gerakan Reformasi dan Laman Mahafiraun,hingga terpaksa teresak-esak berlakun mahu meletak jawatan mengharapkan simpati.Berikutnya Anwar di tewaskan pula oleh Najib dalam PRU 13,walau pun Anwar yg berdendang lagu 'tanya sama Najib'.Sekarang Mahahtir pula di tewaskan oleh PM Najib,sehingga terpaksa merajuk keluar dari Umno utk juga meraih simpati kerana gagal menjatuhkan Najib.Kalau nak di kirakan di antara mereka bertiga,Anwar dan Mahahtir adalah mereka yg pernah tewas,tapi Najib masih belum pernah tertewas.Agaknya siapa pula yg akan tewas selepas ini?.Rasanya Najib akan tetap… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib belum tewas sebab kuasa PM yang ada padanya.

Jika Mahathir boleh tewas kerana gerakan reformasi, Najib juga akan tewas dengan gerakan rakyat yang di pimpin oleh Mahathir sendiri.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Saya doakan agar Tun dan DSAI bersama pemimpin arti bangkang dapat bersatu dan mempastikan pemimpin durjana tidak bermaharajalela bersama2 dgn penvampu2nya dan terkubur aaammmiiinnn terus berjuang Tun untuk rakyat

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Saya doakan agar Tun dan DSAI bersama pemimpin arti bangkang dapat bersatu dan mempastikan pemimpin durjana tidak bermaharajalela bersama2 dgn penvampu2nya dan terkubur aaammmiiinnn terus berjuang Tun untuk rakyat

Anonymous
Guest
Anonymous

Tun nak selamatkan negara, bukan umno. Jadi siapa2 pon boleh join dia, termasuk pembangkang. Logiknya, pembangkang sepatutnya biar najib terus jadi PM, sebab BN makin parah. Tapi pembangkang nak pertukaran, jelas tujuannya untuk selamatkan negara. Mungkin sebab tu Tun sedia terima mereka. PAS pulak tak payah harap, bukan dia faham pon isu 1MDB. Pasal ceramah boleh laaa

E AH
Guest
E AH

Anwar, sebagai sebuah institusi, berjaya memimpin kumpulan-kumpulan pembangkang yang bertelagah menjadi satu menentang BN. Dengan sumber kewangan yang terhad, akses kepada umum terbatas dan serangan bertalu-talu seluruh jentera parti lawan terhadap dirinya, berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN di Parlimen serta merampas 4 negeri Semenanjung selain mempertahankan Kelantan. Bukan sekali, sebaliknya dua kali Anwar menempah tiket cemerlang yakni PRU12 dan PRU13. Kualiti ini tidak ada pada mana-mana pemimpin UMNO-BN. Dr Mahathir sedar tanpa 'dedak' UMNO-BN sudah lama berkubur. Amalan 'dedak' yang dimulakannya itu kini memakan diri. Tidak cukup menghukum dirinya, budaya 'dedak', pembunuhan karektor, cium tangan yang melarat kepada sembah kaki… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak checkmate PAS dan Hj Hadi, biarlah Mahathir dan Anwar Ibrahim bergabung.

Anwar Ibrahim dalam penjara bukan salah Mahathir. Ini kes Saiful yang berjumpa Najib.

Kes Anwar yang melibatkan Mahathir dah lama selesai. Bukankah Anwar Ibrahim telah menjadi Ketua Pembangkang dan di penjara sebagai Ketua Pembangkang.

Anonymous
Guest
Anonymous

hadi@pilkuda dan pas harus sedar.
dalam pru13 lalu mereka dapat
banyak kerusi kerana kredibiliti anwar.
dalam pru14 nanti tanpa anwar dan
keadaan semasa pas akan terkubur.

E AH
Guest
E AH

Nurul Izzah Anwar menafikan akan mengadakan sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad. Sebaliknya beliau menawarkan kesanggupan untuk bekerjasama sekiranya Dr Mahathir bersetuju dengan langkah PKR melakukan reformasi menyeluruh sistem pentadbiran negara. Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah pula menegaskan kerjasama PH – Dr Mahathir, sekiranya berlaku, adalah minimal dan terhad kepada menyelamatkan negara dari kerosakkan berterusan oleh kepimpinan negara sedia ada. Dari dahulu saya dan kebanyakkan rakyat Malaysia mengimpikan perdamaian Dr Mahathir Mohamad – Anwar Ibrahim. Dan perdamaian yang membawa kepada kerjasama Dr Mahathir – Anwar adalah kunci kepada pengakhiran kebobrokan dan jenayah pengurusan peringkat tinggi. Ramai mendoakan dan merasakan hanya… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Singkirkan Anwar bukan satu kesilapan tapi sesuatu yang perlu dilakukan…kita tak perlukan pemimpin punya selera dua alam…

Anonymous
Guest
Anonymous

An in 00:03. Mana lu tau anwar dua Alan. Jubut lu dah biasa kena sondol ka…

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 00.03.
Apa, lu nampak ke Anwar
liwat bini atau emak kau.
Bangang!

ibrahim darus
Guest
ibrahim darus

Mmm
Mahkamah tu silap kot !
Sperm yang ada dalam dubur Saiful tu bukan Anwar punya kot ! Ni mesti salah DNA.

Anonymous
Guest
Anonymous

Itu semua komplotlah, bahlol.

Anonymous
Guest
Anonymous

Itu konspirasi…air mani Anwar bersepah merata-rata sebabtu orang boleh masukkan kedalam dubur Saiful.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jgn takbur 2106 jangan sampai malaikat yg jentik telinga kau pula.

Anonymous
Guest
Anonymous

Berapa kali Najib boleh memperalatkan SPRM … Muhyiddin terang-terang tunjukkan bukti, sepatutnya tindakan telah di ambil ke atas Muhyiddin.

Dulu yang buat kerja ini cuma pembangkang boleh lah reka cipta segala fitnah tapi kali ini bukan seorang tapi ramai orang UMNO yang terlibat. Macamana nak guna operasi lalang…

Lagi lama Najib diam lagi bagus.

Anonymous
Guest
Anonymous

Haha.. pakat2 merapu.. ingat senang ka nak terajang Najib.. Mageran dan Operasi Lalang sedang menunggu.. tangkap saja boh dalam kepala2 masam ni.. selamat la Najib.. Polis, SPRM, dan seluruh jabatan gomen sedia menganjingkan diri utk Najib. Melayu oh Melayu.. spesis kehidupan penuh tahyul.. hanya wujud pahlawan2 tahyul.. tetiba 2016.. mcm jin mata satu.. terjaga dari lena.. tetiba sang penakut segala bacul merancang bangun nak berjuang.. lawak ketahian apakah ini?? Plan A Plan B Plan C hingga Plan Z. X mungkin Najib berdiam diri. Najib tahu melayu pengecut.. Ahmad Maslan pun org x berani jentik telinga.. malah boo pun x berani..… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Hahahaha Anon 21:06. Ada juga kebenaran hujah2 kamu tuu..

Ada satu kaum sakti;
Luar suci dalam benci;
Hatinya lembut macam roti;
Walau ditipu berkali-kali.

Sorong papan tarik papan;
Buah keranji diatas perahu;
Suap BRIM mereka makan;
Suruh bertindak mereka tak mahu.

~ Pantun Melayu Negro..

Anonymous
Guest
Anonymous

umno n bn hanya benteng najib n rosmah. kasi dedak pd mt…ketua bahagian….sayap2 umno…dia ingat dah dapat bertahan.

wahai ahli2 umno dan ketua2 cawangan… pm n isteri hanyalah biawak hidup….. jangan dipikul 2 orang ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tanpa Pas di sisi, mimpi akan kekal sebagai mimpi. Buang karan.

Apapun tahniah Zaid Ibrahim bila jadi orng Melayu terakhir menyatukan dua insan yang terpisah lama.

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat apa berpakat dgn lebai lebai tu.Mereka ni kalau ada kenduri mereka datanglah.
Kalau tak ada kenduri mereka akan buat U Turn. Hampar serban kat tepi jln minta derma mereka nak lah.
Kalau tabur dedak menderu deru mereka dtg berebut menggalahkan ayam kampong dan itik serati

Anonymous
Guest
Anonymous

Episod penyudah penuh syahdu, BersamaMU 27/3. he he

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahathir yang hina Anwar Ibrahim sehina-hinanya… Mahathir juga yang angkat semula Anwar Ibrahim semulia-mulianya…..

PAS semakin mundur. Hj Hadi sebagai ulamak sepatutnya bersama Anwar Ibrahim dan mempertahankan maruah saudaranya sendiri tetapi ini tidak, Mahathir yang muliakan Anwar Ibrahim.

Kalau emas tetap emas. Kalau loyang tetap loyang. Emas nilai nya semakin tinggi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahu kah Tun Mahathir bergabung dengan Anwar Ibrahim yang di percayai sebagai seorang peliwat ?

Selama ini UMNO memang jahat. Tun Mahathir tidak bersalah yang bersalah ialah UMNO.

Kebenaran akhir nya terbukti …

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang paling penting selamatkan negara ini dulu daripada lembah yg paling hina. Maruah anakbangsa sekarang dan akan datang bergantung kepada nama baik dan maruah negara ini.
Busuk nama negara maka busuklah maruah anakbangsa. Hinanya negara maka hinalah nama anakbangsa.
Tolong selamatkan negara ini dulu kerana hutang boleh membuatkan negara ini tergadai. Hutang boleh membuatkan negara ini dijajah.

Anonymous
Guest
Anonymous

nak tengok juga apa yg lee hsien loong… obama…pm australia ….dpt membantu gelombang penentangan najib ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat sendiri. Jgn harap pada bantuan luar, nanti terhutang body, susah jadinya. Thailand berpuluh2 kali tukar pemimpin, mrk buat sendiri x pakai bantuan luar. Ada paham?

Anonymous
Guest
Anonymous

Masa bertindak bermula….moga menjadi sejarah yang paling manis…Dan apapun berlaku, rakyat hendak melihat kejatuhan najib,rosmah bersama kuncu2nya dalam keadaan paling hina….itu harapan kami semua…

Field Marshal Amd
Guest
Field Marshal Amd

Amiinnn Ya Allah…Amiinn Ya Allah…Amiinn Ya Allah