KALAU DAH SAMPAI TIGA KALI, MAKCIK FELDA PUN LARI

Sehingga ini sudah tiga kali akhbar perniagaan terkemuka dunia, The Wall Street Journal atau WSJ mendedahkan secara terbuka ke seluruh dunia mengenai skandal kewangan yang melibatkan Najib Razak.
Pertama, tentang wang berjumlah AS$681 juta atau RM2,600 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kedua, mengatakan wang itu bukan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya  datang daripada beberapa akuan berkaitan 1MDB dan yang terbaru ini, mendedahkan pula bahawa sebenarnya lebih AS$1 bilion atau lebih kurang RM4,300 juta telah pun dimasukkan ke akaun Najib.
Woww…ini belanja guna duit atau makan nasi berlaukkan duit?
Malangnya, dengan dakwaan yang sebegitu mencemarkan namanya sendiri, keturunan Tun Razak, rakyat dan negara keseluruhannya, masih juga tiada keberanian di pihak Najib untuk mengambil sebarang tindakan saman terhadap WSJ.
Dalam dakwaan terbaru oleh WSJ, bukan saja perkataan saman tidak berani lagi disebut, malah Najib juga dilihat keberatan untuk memberi sebarang komen dan ulasan mengenainya.
Mengapa? Rakyat kini tertanya-tanya, kalau benar ianya fitnah, kenapa takut berhujah di mahkamah?
Atau,  jangan-jangan apa yang ditanggapi oleh Tun Mahathir Mohamad ini memang ada benarnya.
Iyalah, kalau sudah sampai tiga kali dibaling batu, tetapi tidak juga berani melawan, makcik Felda pun tidak sukar memahami siapa salah, siapa benarnya. (SH 01/03/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm
Subscribe
Notify of
guest

48 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
10 March 2016 1:18 am

WSJ tu yg kamu percaya sanggat? biar kita marah , biar kita benci dengan Najib , ok …tapi gunakanlah waras akal sebelum gunakan jari dan lidah , tahun 90, Wsj kata Iraq ada senjata pemusnah besar2an, dia canang satu duni berulang kali, setiap hari , satu dunia percaya bulat2, satu dunia setuju , maka Iraq pun diserang 25 negara sampai lunyai hancur , Mahatir juga diserang oleh WSj dengan segala kata, tapi mahatir tak saman pun Wsj , sekarang Najib diserang oleh Wsj mahatir suruh saman ! dah tahu Wsj tu pencipta sensasi, reka cerita, dah ada bukti wsj pembohong… Read more »

james bourne
james bourne
1 March 2016 4:16 pm

Bagaimana klu kita ramai2 memberi sokongan padu kpd DSN menyaman WSJ, INI bkn soal suit tp soal maruah beliau dan juga org melayu, yg kedua kita desak u.s mengambil tindakan terhadap WSJ atau kita boikot mereka. Juga mendesak agar WSJ mengemukakan bukti segera atau kita tarik diri drp Tppa

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 4:41 pm
Reply to  james bourne

Gerenti dia tak akan berani. Orang mcm ni mana ada pendirian. Dia takut berpijak di bumi nyata. Sebab tu dia memilih untuk berdiam diri bila diasak dan membiarkan saja menteri2 kabinet 1MDB menjawap untuk dia. Itu lah strategy madpudullung wassatiyah yg terulung.
Wassatiyah atau Wa..tak..payah skrng ni?

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 5:50 pm
Reply to  james bourne

Untung lagi diamkan diri selagi ada macai pemakan dedak tolong jawabkan.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 3:50 pm

The ugly truth is..everything is possible when it comes to issues regarding najib. He is a monster. Will do anything to survive. The only thing that impossible for him is to sue wsj or sarawak report.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 2:44 pm

Forum world Transparency lari, Nothing to hide tak mari, Wall Street Journal semakin diminati sehingga rakyat dah hilang sabar menanti… bila saman nak jadi?
Mana kuasa Perdana Menteri mana pergi TSA Ali?

Ami k
Ami k
1 March 2016 2:38 pm

Agaknya 42b hutang 1MDB tu sebenarnya untuk joli la gamaknya. Selebihnya bahagikan kt jo lo dn kuncu2nya.

Hanya Allah sahaja lah yang tahu kemana duit tu. Apa yang nyata rskyat yg susah. Semua bajet dipotong. Pengambilan pekerja sektor awam pun dikurangksn. Bisiswa ditarik.

Yg peliknya menteri2 kabinet semua sokong. Ye lah depa dah bnyk duit mkn 7 keturunan tak habis. Rakyat yg kais pagi makan pagi…bangla diutamakan.

Wallahualam

Ahmad Ikbal Yusof
Ahmad Ikbal Yusof
1 March 2016 2:05 pm

Selasa ni bukan….selasa depan…tunggguuuuu… Sabo

Ahmad Ikbal Yusof
Ahmad Ikbal Yusof
1 March 2016 2:04 pm

Selasa ni bukan….selasa depan…tunggguuuuu… Sabo

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 2:00 pm

Jgn kaco mappudulung dia sdg buat umrah tu.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 1:44 pm

Kalau tak berani saman janganlah berloyar buruk.Jangan jadi macam ayam ketagihan dedak.Tidak tergadai biar seinci tanah negara dan tidak tercemar maruah negara kalau menyaman wsj.Mengaku sebagai pendekar seharusnya diikuti dengan pembuktian sebagai pendekar seperti yang dikata.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 2:02 pm
Reply to  Anonymous

Kalau dorang berani dari tahun 1998 lagi dah patutnya dorang saman WSJ tu bro.

Yang peliknya kenapa AG swiss pada tahun tu tak buat apa apa walhal WSJ sebut terang terang BANk SWiSs!

Ini kes tarak teloq atau AG Swiss tak percayakan WSJ???

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 2:23 pm
Reply to  Anonymous

Mengaku pendekar tapi pendekar takda teloq kot..

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 4:30 pm
Reply to  Anonymous

Dia terpaksa pergi umrah kerana nak tunjuk kpd pak cik dan mak cik felda ni yg dia baik dan dia serba betul. Dia pun nak tunjuk kpd pemimpin dunia yg dia ni baik.
Amal ibadat ni antara kita dgn tuhan bukan antara kita dgn manusia

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 5:42 pm
Reply to  Anonymous

Anon 00:30,

Saya setuju sangat dengan pendapat saudara.kalau amal ibadat menunaikan umrah itu urusan dia dengan tuhan, tapi kalau setakat menunaikan umrah untuk menunjuk2 kepada pak cik mak cik felda bahawa dia baik da dapat title haji itu namanya haji bohong.Haji bohong ialah haji yang belum menyelesaikan permasaalhan dirinya sendiri.ianya cuma kosmetik untuk mencantikkan muka yang jelek.

Anonymous
Anonymous
2 March 2016 12:20 am
Reply to  Anonymous

Sah kah dia buat umrah dalam keadaan berhutang???

Anonymous
Anonymous
2 March 2016 11:32 am
Reply to  Anonymous

Gua pun blh pergi umrah tiap2 bulan bro. Semua duit rakyat tanggung…

NordinabilaH
NordinabilaH
1 March 2016 1:20 pm

Yang anihnya penyamun2 umno masih lagi nak sokong pada hal satu dunia dah tahu mungkin terlalu banyak dedak dah ditaburkan esok jawablah diakhirat kelak aaammmiiiinnn

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 12:12 pm

rupa-rupanya WSJ ulang semula skrip 1998, hmm

muring.com
muring.com
1 March 2016 11:12 am

Berani kerana benar….

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 1:47 pm
Reply to  muring.com

Berani kerana mengaku pahlawan boges yang terakhir.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 10:41 am

Dengan RM 2,600 juta Malaysia telah menduduki tangga ke tiga Negara yang paling tinggi dengan rasuah. Maka selepas ini harapan kita cerah untuk bertahta di tangga pertama.

Kita bercakap hal negara, ada yang tidur. Bila dia bangun tidur, tahu-tahu dia bercakap Najib seorang anak yang membanggakan.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 10:34 am

RM 4,300 juta tu mana pulak datang nya? Kalau nak komen pun apa yang Najib nak komen. Tunggu je lah. Kalau Najib komen pun Najib menipu. Lebih baik tak komen sekurang-kurangnya Najib tidak menipu. Tak kan pulak Najib nak jawab tidak masuk akal sebab dia mewarisi harta keluarga yang kaya, bangsawan. Harun Din sampai sekarang masih tak percaya Najib masukkan RM 2,600 juta ke akaun peribadi Najib. Yang ini RM 4,300 juta pulak, lagi dia tak percaya. Bila Anwar Ibrahim tidak memanggil saksi, macam-macam tuduhan kata Anwar Ibrahim takut. Kini giliran Najib pulak takut. Jangan kan nak saman, nak bukak… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 10:07 am

Bro.

Hebat betul kau bro.

Pergi kat Putrajaya ke Parlimen ke… siram petrol atas badan dan pegang lighter …tak payah tunggu orang lain .. 29.9 juta tu semua tak berani macam bro..

Mana boleh itu sudah di kira bunuh diri… Tak macam ini bro… pasal bro hebat sangat …. bro duduk kat mana-mana bro jangan makan-makan , bro mogok lapar.

Mali Muyung
Mali Muyung
1 March 2016 10:07 am

Mudah2an najib penamat pemerentahan umno. Hendaknya, teori rahman tu ada kebenaranya.
Budak sekolah pinjan ptptn d kejar mcm pencuri org lain swindled billion of ringgits ok pula.
D mana justice?

Mali Muyung
Mali Muyung
1 March 2016 10:05 am

Mudah2an najib penamat pemerentahan umno. Hendaknya, teori rahman tu ada kebenaranya.
Budak sekolah pinjan ptptn d kejar mcm pencuri org lain swindled billion of ringgits ok pula.
D mana justice?

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:57 am

Bukan shj Umno parti korup, Msia juga negara korup. Pemimpin Umno bolih sapu bukan US$1billion tetapi lebeh pada itu. makCik dan PakCik Felda serta Khalid Twitter tetap akan sokong Pemimpin sebegini.

Dlm negara macm2 jabatan Islam ada termasuk Mufti. Mereka tak akan berkata apa2. Tapi kalau isu2 yg remeh, mcm nak rak mereka berkataw.

Welcome to corrupt land.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:39 am

Mat Sabu kata.. rembatlah 10 billion USD pun.. rakyat x akan berbuat apa2 punya..

Aku x heran Najib x berani saman WSJ. Yg lebih heran.. kenapa rakyat 28.8 juta penakut nak lawan jentera gomen 1.2 juta? Lagi biol.. 29.99 juta penakut nak lawan Najib yg penakut ni..kahkahkah..

Apalah bengong rakyat negara dunia jetiga ni.. bising2.. tapi harap org lain melawan.. hanya tahu hasut kawan melawan.. adu dombakan kawan.. kawan kene tangkap, kita yg lari..

Pengecut wal kepalabutuh…

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:33 am

Nazri najis kata Tun baling gelas pun gelas tak pecah.hoi nazri, Tun tu terkenal satu dunia, kau apa ada? Tun byk jasanya pada negara, kau? Najib pun letak kau Kat pelancongan, cuci bas pelancong aje lah kau.itu yang kau layak!

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:27 am

Anjing kurap pun, kalau kena terajamg 3 kali pun mungkin akan melawan balik. Ada manusia kadang kadang lebih hina martabat dari seekor anjing kurap.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:22 am

Tunggu sajalah kenyataan rasmi dari kerajaan Arab Saudi yang dijangka bila2 masa. Lepas tu semua akan ternganga dan melopong !

roslan othman
roslan othman
1 March 2016 9:41 am
Reply to  Anonymous

Aku takut bukan melopong lagi org neluat ada la sebab tak habis habis nenipu,sekarang tak guna dah apa saja kenyataan dari najib atau pihak nak bela dia dah tak guna,hanya masuk makamah dan buktikan semua tak betul itu caranya atau tubuh suruhanjaya sisiatan diraja yg bebas.

roslan othman
roslan othman
1 March 2016 9:41 am
Reply to  Anonymous

Aku takut bukan melopong lagi org neluat ada la sebab tak habis habis nenipu,sekarang tak guna dah apa saja kenyataan dari najib atau pihak nak bela dia dah tak guna,hanya masuk makamah dan buktikan semua tak betul itu caranya atau tubuh suruhanjaya sisiatan diraja yg bebas.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:15 am

Sama ada najib saman wsj tidak penting. Yang penting sekarang ni ialah adakah AG akan mengheret beliau ke mahkamah ? Jawapannya sudah pasti TIDAK. Jadi wsj bolehlah buat bising 100 kali pon tak kisah. Pokoknya tidak akan ada apa2 kesan terhadap najib.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:10 am

Woit mappudulung kratingdaeng sunburn ini hari selasa panggil chuni sapi peguam hebat seantero klu tak ckp pandi kuti skali saman wsj.yg hasfarizam dia jaguh mahkamah kmpg takpyahla nanti dia minta penjelasan yg dia sendiri ta jlas.woit nazris lu myk maki tun tggu lu kjap lgi diajar rame2.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:04 am

Jangan ingat pencuri akan mengaku mencuri walaupun kepalanya diketuk berkali2.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 11:37 am
Reply to  Anonymous

Ada ker orang akan mengaku berat di tengah jalan? Si katek pun tak akan mengaku.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 8:55 am

Pahlawan boges pernah berkata biar bumi terbelah dua, tapi masaalahnya keberanian itu bukan untuk menyaman wsj atau sarawak report.Hari ini hari selasa hari yang sudah dijanjikan hari nak saman wsj.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 11:35 am
Reply to  Anonymous

Kalau bumi terbelah dua lama dah mappudulung tu ditelan oleh bumi.Jangan takburlah wahai pahlawan bugis oiii

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 8:45 am

Ada satu pemimpin negara,dalam bank berbiliun ada, orang siasat satu dunia, buat cool muka selamba.

roslan othman
roslan othman
1 March 2016 8:45 am

Si Najib lanun ini satu hal ,si pemakan dedak macam menteri ,ketua jabatan yang sokong serta ketua bahagian umno yang semua beriman dengan najib sebab kedudukan dunia juga kita faham la..memang tak berguna ,tapi yang paling saya tak faham dan pelik ,masih ada ahli umno,pengikut pengikut atas pagar masih dok tak terima kenyataan bahawa Najib ini dah tak bawa faedah dan tak berguna langsung untuk bangsa melayu ,agama islam malah negara seluruhnya, nak tunggu sampai umno hancur dan negara pun lingkup baru nak sedar kut ,hai tsk tau ls melayu ini ,dulu depa pandai kata dekat ahli PAS dan PKR… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:25 am
Reply to  roslan othman

Dedak yang agen Najib bagi masih belum habis lagi…… Memang kena diam dan buat bodoh macam ketua bahagian. Malaysia nak hancur ke nak binasa ke…..dia punya pasal lah.

Ahli penyamun mesti sokong ketua penyamun….. Itu nasihat ahli majlis tertinggi penyamun.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 8:42 am

Pondan betul. Dah kena serang 3 kali pun masih 'sabar'? Itu bukan sabar…itu pengecut!!!

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 8:37 am

zaid hamidi cakap najib coooollllll aje…

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 8:35 am

kita doa semoga allah beri petunjok kebenaran. in shaa allah

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 8:22 am

Memang tak dinafikan lagi Najib ni memang PETUALANG NEGARA. Orang berjalan memang bersikap BACUL, DAYUS dan PENAKUT untuk bersemuka dengan pihak yang menuduh. Sifat2 ini cukup ketara ada pada PETUALANG NEGARA INI. Najib berpeluang bersemuka secara JANTAN dgn WSJ di mahkamah kerana tak siapa menghalangnya berbuat begitu. Tapi dasar pesalah, sikap DAYUS, BACUL dan PENAKUT menyebabkan PETUALANG NEGARA INI tak ada kekuatan berbuat demikian. Malah di Malaysia sendiri, karektor DAYUS, BACUL dan PENGECUT krn bersalah ini cuba disembunyikan dengan penggunaan BALACI APANDI agar NAJIB tidak diadili di mahkamah. Kenalan dalam dan luar negara Mahkamah bagaimana puaka dan bantu kepada Najib?.… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:52 am
Reply to  Anonymous

Jgn bimbang,Parti Lebai akan membantu dengan menghantar penasihat penasihat yg suci dan maksum untuk menasihati Najib dan gerombolannya.
Ada fulus, semua lulus.

Anonymous
Anonymous
1 March 2016 9:17 pm
Reply to  Anonymous

Apa kata kita syorkan semua pak lebai pakai baju melayu warna PINK sedondon untuk mengambarkan mereka Pink Pinter putar.