Month: March 2016

BOLEHKAH PERDANA MENTERI YANG ADA BERIBU-RIBU JUTA DALAM AKAUN PERIBADI DIKEKALKAN LAGI?

Najib Razak hanya mula menjadi Perdana Menteri sejak 2009 atau kira-kira lebih enam tahun sehingga hari ini, tetapi barangkali rekodnya sukar ditandingi oleh mana-mana ketua negara dalam dunia ini dari segi kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya. Dalam hal yang satu itu, Najib bukan saja dianggap “juara” di antara semua Perdana Menteri Malaysia yang ada, […]

RM2,600 JUTA ATAU RM4,200 JUTA?

Selama ini berdasarkan pendedahan WSJ dan pengakuan Najib sendiri, kita hanya mengetahui jumlah wang yang masuk ke akaun peribadinya hanyalah berjumlah RM2,600 juta. Tetapi berdasarkan laporan terbaru ABC News dan jika dicampur dengan jumlah yang didedahkan oleh WSJ sebelum ini,  angka itu nampaknya tidak terpakai lagi kerana jumlah sebenar yang diterima Najib ialah sebanyak kira-kira […]

MALULAH WEH, "SESUATU DI LUAR JANGKAAN" DARI LELAKI 91 TAHUN PUN MASIH DITAKUTI…

Tidak ada manusia yang normal yang tidak terkejut dan “garu kepala”  dengan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan bahawa kata-kata Tun Mahathir Mohamad ingin melakukan “sesuatu yang di luar jangkaan” untuk menjatuhkan Najib, boleh dianggap sebagai menghasut. Malah jika bapanya, Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO masih […]

BERAPA LAMA LAGI NAJIB MAMPU BERTAHAN?

Sesuatu yang luar biasa mengenai Tun Mahathir Mohamad ialah tentang kesungguhan dan komitmennya yang tinggi terhadap perkara yang diperjuangkan dan ingin dicapainya. Sebagaimana beliau telah menunjukkan hakikat itu ketika membina dan membangunkan negara ini serta ketika memimpin UMNO sehingga kemenangan dua pertiga sentiasa menjadi dakapannya meskipun diranjau dengan pelbagai cabaran, begitulah kesungguhan dan komitmennya dalam […]

PENJELASAN TENGKU RAZALEIGH

Berikutan tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Najib Razak baru-baru ini menjadi perbualan ramai dan tanda tanya masyarakat sehingga Tun Mahathir Mohamad turut memberikan reaksinya,  malah blog ini juga ada membuat ulasan mengenainya,  maka di bawah ini disiarkan sepenuhnya penjelasan Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dihantar melalui email kepada saya. (SH 28/03/2016). […]

JANGAN LUPA, KONGRES RAKYAT DI SHAH ALAM CONVENTION CENTRE PETANG INI

Petang ini akan berlangsung Kongres Rakyat di Shah Alam Convention Centre atau SACC, dengan pendaftaran bermula pada jam 12.30 tengahari dan majlis akan berlangsung antara 2.00 petang dan dijangka berakhir pada 6.30 petang. Program ini diadakan secara tertutup dengan kehadiran berdasarkan jemputan sahaja dan bukannya perhimpunan terbuka sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Kongres Rakyat ini adalah susulan Deklarasi […]

DAKWAAN DALANG, KU LI MESTI TAMPIL DENGAN PENJELASAN

Berikutan tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani Deklarasi Kelantan untuk  menyokong kepimpinan Najib Razak, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mendakwa, Ahli Parlimen Gua Musang itulah dalang sebenar di sebalik usaha menyingkirkan Perdana Menteri sebelum ini melalui usul undi tidak percaya di Parlimen. Katanya, disebabkan usaha itu kini tidak menjadi kenyataan, Tengku Razaleigh lalu mengubah pendiriannya. […]

NAJIB TERDESAK?

Sebenarnya ini bukanlah berita yang penting sangat, apatah lagi ia cuma disiarkan oleh blog yang dikenali sebagai penerima dedak secara bulanan daripada pemimpin atasan. Malah, Najib pernah melabelkan blogger penerima dedak ini sebagai “bangang” kerana menembak sesama sendiri. Sejak Tun Mahathir Mohamad menggerakkan Deklarasi Rakyat dan esok pula akan berlangsung Kongres Rakyat di Shah Alam, di sebalik […]

JASA MENOLAK NAJIB LEBIH BESAR DARIPADA 22 TAHUN MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI

Dalam usia melebihi 90 tahun, Tun Mahathir Mohamad ternyata masih gagah dan tidak pernah habis ikhtiar dalam usahanya mahu menyingkirkan Najib Razak. Daripada menulis di blog, bercakap dengan media, menghadiri pelbagai program, membuat rayuan agar melakukan undi tidak percaya, mengusahakan Deklarasi Rakyat dan terbaru pula menyaman Najib di mahkamah. Dalam masa yang sama, Ahad 27 Mac ini […]

MUNGKINKAH KU LI PULA BAKAL DILANTIK GABENOR PULAU PINANG ATAU PENGERUSI PNB?

Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Beliau dilaporkan menandatangani deklarasi itu dalam satu pertemuan antara pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan dengan Najib, hari ini.  Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa turut memuatkan laporan dan gambar-gambar mengenai perkara itu di laman Facebooknya. Yang menjadi perbualan ramai, ke mana Tengku […]

NAJIB SEHARUSNYA DIBERI SEMANGAT, SAMAN MAHATHIR PELUANG TERBAIK BERSIHKAN DIRI

Apabila Tun Mahathir Mohamad bersama dua individu yang lain memfailkan saman terhadap Najib Razak atas dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara, pemimpin UMNO dan kerajaan seharusnya melihat ini  sebagai medan terbaik bagi Perdana Menteri untuk membersihkan dirinya. Jika benar Najib suci bersih dan tidak terkait apa-apa dengan sebarang kekotoran, sama ada berhubung 1MDB, wang RM2,600 […]

DAH TENGOK CERMIN??

Alhamdulillah, memang rasuah musuh kita… Tapi ada makcik Felda becok bertanya, dah berapa kali Najib tengok cermin sebelum keluarkan kenyataan tersebut? Seterusnya mari kita baca kenyataan Mahfuz Omar ini:- JANGAN LINDUNGI KM LIM GUAN ENG DAN JANGAN LINDUNGI PM NAJIB. 1. SPRM tidak boleh dilihat melindungi pelaku rasuah. SPRM juga tidak boleh dilihat menjadi menjadi […]

JANGAN LUPA, SHABERY CHEEK JUGA ADA SAHAMNYA…

Ketika heboh seluruh negara dengan tangkapan seorang pegawai berjawatan Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan Sukan atas dakwaan menyelewengkan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta sambil  menerima habuan peribadi kira-kira RM20 juta, tidak dapat dielakkan timbul sama desakan agar menterinya, Khairy Jamaluddin turut bertanggungjawab dan meletakkan jawatan. Lebih-lebih lagi dengan pengakuan KJ semalam bahawa pihaknya […]

UNTUNG KALAH DARIPADA MENANG

Barangkali untuk  tujuan agar UMNO cawangan-cawangan di Selangor menolak  Deklarasi Rakyat dan mengabaikan usul undi tidak percaya terhadap Najib Razak yang digesa oleh Tun Mahathir Mohamad, maka buat pertama kalinya dalam sejarah dunia – dulu, kini dan selamanya, diadakan pertandingan untuk menambah ahli dengan ganjarannya wang tunai yang begitu lumayan sekali. Bagi cawangan yang dapat […]

LUTUT DAN SIKU

Mati-mati ingatkan lutut dan siku hanya untuk menepis dan melawan, rupa-rupanya lutut dan siku juga boleh digunakan untuk keselesaan ketika bersimpuh dan duduk melutut. Bolehkah kemesraan dan saling ketawa ria itu cuba ditutup dengan kata-kata oleh Ketua Penerangan Pas bahawa “kita akan teguh berprinsip memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Kami akan perangi penyakit (ideologi yang […]