KEKAL PUN TIDAK LAGI BERMAKNA, DIPECAT ADA JUGA BAIKNYA

Jika Muhyiddin Yassin tidak berani buat hal, takut dengan gertakan Tengku Adnan dan seterusnya kekal dalam UMNO:- 
– Jawatan Timbalan Presiden UMNOnya tetap digantung dan tidak mungkin dikembalikan lagi, sebaliknya Zahid Hamidi yang “enjoy free” dengan jawatannya itu.
– 99 peratus kebarangkalian tidak dicalonkan semula bertanding atas tiket UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.
– Berjuang dalam UMNO sudah dikira tamat buat Muhyiddin kerana nilai perjuangan kini hanya jika sedia membodek, mengampu, memuji dan memuja, bukan lagi untuk menyatakan kebenaran.
– Kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, tetapi tidak mustahil  jika ada pemakan dedak daripada kalangan bekas penyokong dan orang kuatnya sendiri yang akan mencabar beliau dalam pemilihan pada 2018 nanti dan seterusnya mampu mengenepikannya.
– Kalau pun masih berjawatan dalam UMNO, persoalannya di mana dan apa jadi kepada UMNO selepas PRU 14 nanti?
– Lebih mungkin berada dalam kategori RTM iaitu “rehat tunggu mati” dan perlahan-lahan akan dilupakan.
– Tidak akan berlaku sebarang reformasi institusi sebagaimana yang dicita-cita mahu diperjuangkannya, malah “diktator baru” seperti yang didakwanya akan terus berkuasa dalam negara ini.
Sebaliknya jika tidak gentar untuk melawan, berani buat hal dan sedia dipecat daripada UMNO:- 
– Akan terus disanjung rakyat dan dianggap pejuang dalam membetulkan beberapa kelemahan dalam pentadbran negara.
– Boleh memilih sama ada bergerak dengan identiti Bebas yang anti Najib, menubuhkan parti baru atau menyertai mana-mana parti politik lain yang sedia ada. Pokoknya sokongan rakyat sentiasa ada.
– Bila-bila masa boleh bertanding semula di Pagoh dan dengan sokongan pembangkang serta kesediaan mereka memberi laluan satu lawan satu dengan BN, harapan untuk kekal sebagai Ahli Parlimen tetap tinggi.
– Tidak mati dalam karier politik, malah jika kena gaya dan betul tawar-menawarnya, boleh kembali semula memegang jawatan dalam kerajaan baru untuk sama-sama memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam pelbagai institusi yang pernah dibangkitkannya.
– Sekiranya BN dapat dikalahkan dalam pilihanraya akan datang berikutan beban Najib yang tentunya kian memberat, silap-silap boleh memegang semula sebagai Timbalan Perdana Menteri atau jika nasibnya lebih baik, tidak mustahil melonjak sebagai Perdana Menteri sama ada dalam kerajaan baru atau melalui pembentukan sebuah kerajaan campuran.
Pilihan kini di tangan Muhyiddin untuk memikirkan sama ada mahu terus “hidup” dan diingati atau membiarkan dirinya “mati” begitu saja. (SH 28/02/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

41
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHbat8lufang Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Saya dulu kesian pada TSMY, tp lepas rakyat bg sokongan utk melawan, beliau dilihat lambat bertindak. Akhirnya terus tersungkur. DSMY bukan seorang fighter macam DSAI

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya syorkan Tun M, TSMY, DSMM,Dato Khairuddin, Matthias, Anina dan raksn-rakan menubuhkan parti multi-racial. Ajak Nazir Razak sekali pun xpe. Parti ni x mungkin boleh menang election by itself tapi boleh menjadi kingmaker apabila berlaku stalemate result election kelak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Time to fight back. Come on u can do it. Kalau berani kerana benar pasti Allah akan tolong. Ada bukti dedahkan utk semua rakyat tengok dan nilai. Jgn bagi bukti kat pdrm nanti depa hilangkan brg kes pulak. Join dgn pembangkang atau buat parti baru pakat dgn veteran2 yg pengalaman dan org yg x suka parti najisb

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Dalam keadaan sekarang TSMY mesti bergerak pantas jagan bermadah lagi klu sebagai Tim Pre pun tak boleh cakap sekarang TSMY harus tidak lagi cakap berselindung keluarkan apa yg sebenarnya berlaku sebelum ni biar terang lagi bersuluk yg menyalak seperti binatang tu pedulikan saja

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Dalam keadaan sekarang TSMY mesti bergerak pantas jagan bermadah lagi klu sebagai Tim Pre pun tak boleh cakap sekarang TSMY harus tidak lagi cakap berselindung keluarkan apa yg sebenarnya berlaku sebelum ni biar terang lagi bersuluk yg menyalak seperti binatang tu pedulikan saja

Anonymous
Guest
Anonymous

Satu pesanan buat TSMY.
Masa utk bercerita telah tamat. Sekarang adalah masa utk LAKSANA….maka marilah bersama2 rakyat memulakan langkah utk bertindak.Majulah kehadapan…siap sediakan pasukan utk serangan habis2 an. Takde pun TSMY telah di pinggiran….totok umno bukan masalah atau halangan utk bertindak…sbb totok lah kita bertindak. Come on……ada bran?

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebagaimana kita hendak dia ke hadapan menerajui gelombang bangkit, ianya hampir mustahil akan berlaku. Simply, TSMY is not a fighter.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa susah2 …najib tangkap TSMY sumbat dlm penjara…semua kecut perut…

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju Anon 11.28

Mengundi cara senarai cai pun fitnah juga ke
Kes pil kuda pun fitnah juga ke
Mengutuk wan Azizah secara terangan cara islam ke
Membela Najib yang satu dunia tahu korup cara islam ke

Anonymous
Guest
Anonymous

Do it or die!

Anonymous
Guest
Anonymous

MT bukan hakim atau satu badan suruhanjaya di raja.
Peranan mereka umpama sebagai juri 'realiti' berdasarkan performance dan komitmen.

Apakah point-point atau kelebihan yang MT berikan pada Najib sehingga dia di umumkan sebagai Johan sedangkan suara Najib suara menipu dan fokus Najib dah lari.

Alahai juri-juri UMNO tak boleh dipakai…tapi untuk di beli.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jgn lg mengharap utk umno memperbetulkan diri.
Time to form new party, can gather support from all the xumnos, umnos who lost confident with present situation, umno/bns suppoters, umno/bns sympatizers. And should form coalition with all other interested parties. Rasanya easily can steal all the umno/bn's votes.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pak Budin tak payah la pujuk2 orang tua tue.Tak adanya dia berani.Kepentingan anak2 dan sanak saudaranya dalam perniagaan dia takut terjejas kalau dia lebih2.Lagi pulak Muhyiddin ni takde daya penarik.Tadak crowd puller.Cuma bergantung retorik politik yang disampaikan dalam nada mendatar macam sang profesor memberi syarahan, diulang-ulang perkara sama pulak tu.Naik muak jugak. Harapan kita hanya pada Tun M.Tun M bila sudah memakai baju zirah,takkan tanggal lagi selagi musuh tak mati atau dia yang mati.Anak bini tolak tepi.Anak emasnya Mukhriz terpelanting pun dia tak peduli.Ketua penagih dedak tegar RPK pernah cadang kat Najib supaya tangkap anak Mahathir atas kesalahan manipulasi pasaran… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Come on mahyudin….sila bergabung dgn rafizi buat roadshow seluruh dunia Dan terangkan kepada semua apa yang kamu tahu Dan sebenarnya berlaku mengenai 1mbabi!!!!dalam politik tiada istilah kawan Dan lawan yang kekal….rebutlah peluang yang tersisa ini sebelum anda yang berada dipihak Benar Pula diketawakan rakyat yang sudah bosan menunggu…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau Pas tak banggang memberi talian hayat Najib korup mungkin pembangkang dah jadi semakin kuat.

Orang melayu semakin binggong, nak undi umno, umno dan penuh najis yang busuknya boleh dihidu merata2.

Nak undi Pas, Pas yg kununnya menegakkan islam tapi menyokong umno najis.

Nak sokong Amanah dan Pkr. Parti ni asik bercakaran. Tapi masih boleh tahan la.

Yang untung Dap semua cina sokong dap.

Melayu bakal tercirit, kecuali parti pembangkang bersatu pas amanah dan pkr.

bat8
Guest
bat8

Lupakan PAS.Yang menyokong Najib ialah HH dan geng sahaja. Nak bawa taawun dgn UMNO untuk diluluskan oleh Muktamar pun takut. HH dan geng hanya memperkudakan PAS yang dia kuasai untuk mendapat habuan drp Najib untuk dia dan geng je.Bukan untuk ahli atau PAS atau petjuangan Islam pun.

jangan keliru dgn PAS dibawah HH…semua wayang opera cina je…

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 08:37. Kalo tak tau cerita pasal politik PAS jangan buat fitnah. LKS DAP pun ada rasa tak mustahil DAP akan kaotim dgn PAS satu hari nanti. Dengan syarat jangan gadaikan prinsip apa yang Allah perintahkan. Bila DAP dgn sombong kata "no hudud" kita bercerai dgnnya. Kalau betul PAS kaotim dgn UMNO (NAJIB), indikatornya semasa huru hara MB Kedah. TGHA boleh keloi YB Ahmad Yahya untuk sokong Basha pilihan Najib. Oleh sbb PAS ada prinsip, ianya tak jadi begitu. Pun begitu tidak bermakna mengekalkan Mukhriz bersetuju dgn Mukhriz tetapi cara UMNO ganti MB tak mengikut saluran yg betul bukan melalui… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau sebut pasal PAS semuamya fitnah,ini ada lah akibat penyokong yang wala buta hati.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas cerai DAP ker?
Bukan DAP yang ceraikan pas?
Cakap selalu bohong. Bila orang tegur kata fitnah pulak.
Sendiri pun tak betul ada hati nak jamin syurga kat orang lain.

lufang
Guest
lufang

En Budin , Wa manyak ingat PRU 14 nanti eaa aa ,UMNO tatak lagi jadi kuasa busat dalam Parliman maa aa ,pasat Bulayu punya undi manyak sutak pechah-pechah maa aa .Wa pon ingat kelajaan negeli pon semua habit lor rr ,Perlis and Sabah mungkin bolih kekal maa aa, UMNO pegang lain habit maa aa ,BN akan pechah juga lor rr. DAP akan jadi teraju besar lalam parlimen ,pasat 95% Cina undi pegi pada DAP tapi tatak bolih tuboh kelajaan mesti mau gabung sama lain parti ,siapa itu parti mau tengok siapa bolih kelejasama maa aa.Kelajaan Negeli pon itu macam maa… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

50-50 kasi dedak boleh jadi 100 lah. Bodoh punya lubang
Memanglah politik dalam Malayia dah ikut trend baru.
Trending makan dedak dan trending paksa rakyat supaya mesti percaya kpd pembohongan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sokongan ahli Umno terhadap Muhyideen ialah lebih kurang 20-30% shj. Terhadap Najib munkin 10%. Tidak ada seorang pemimpin dlm Umno sekarang yg ada sokongan melebehi 10% dari ahli2nya. Nazri dan Nan Mansor munkin 1% pun tak de. Hilang jawatan, banyak tu lah pengikut2 mereka. Umno adalah satu party yg korup dimana 'cash is king'. Sesiapa yg ada cash dan jawatan, disitulah langau2 Umno berkiblat. Muhyideen di gantung sebab langau2 dlm MT berkiblatkan kpd 'cash dan jawatan' yg dipegang olih Najib skrang. Umno satu parti yg korup dan tidak mempunyai moral dan nilai2 islam. Pedoman hidup langau2 ialah 'cash and position'.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Lebai lebai pas memang cukup suka kahwin muta'ah sebab boleh buat U Turn.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahyuddin tak sehebat Anwar untuk menubuhkan parti baru.

Mahyuddin sedang dihukum kerana pernah menjatuhkan pak Lah untuk memberi laluan kpd Najib. Sedangkn semua orang tahu Najib tidak bersih sejak dulu lagi.

Walaubagaimana pun simpati kpd Mahyuddin. Jalan bermaruah keluar sahaja drp totok umno dan bergabung dgn reformasi.

Tegakkan kebenaran untuk rakyat bukan untuk jawatan .

Anonymous
Guest
Anonymous

Asyik2 sedang dihukum.. Yg lepas tu tetap salah. Dan berlalu.. Itu kesalahan peribadi dan politik beliau. Pada masa kini muhyidin sanggup berdiri dilandasan betul semula.. Ini yg patut kita sokong dan bersama2.. Yg utama sekarang masalah negara.. Adalah baik cuba selesai masalah utama dahulu.. Yg lain akan menyusul

Anonymous
Guest
Anonymous

Hawa nafsu rosmah cukup luar biasa

Anonymous
Guest
Anonymous

Muhyiddin telah dianiayai oleh Najib dan pemimpin UMNO yang didalam MT. Muhyiddin tidak boleh berehat begitu sahaja. Muhyiddin kena terus ceritakan mengenai Najib yang songlap duit melalui 1MDB. Alangkah baik sekiranya Muhyiddin gegar kan Najib dan kuncu-kuncunya dengan mengatakan saya ada bukti. Saya lihat beberapa bukti dan sebagai TPM dan yang didakwa ialah PM maka saya telah di beri dokumen-dokumen tersebut. Saya telah bersedia dan menjangkakan semua ini. Gerenti lah kena pecat. Sekali lagi sibebal-bebal dalam MT kena bermesyuarat. Ketahui lah wahai saudaraku, mereka beranggapan saudara tidak berani, tidak berkemampuan dan berjiwa kecil…bukti kan Muhyiddin Yasin adalah anak Pagoh dan… Read more »

bat8
Guest
bat8

Muhyidin boleh menang melawan Najib kalau dia berani. Persoalannya sekarang ialah muhyidin berani atau penakut. Sanggupkah dia dan keluarga menghadapi tekanan seperti Anwar dan keluarga alami. Saya lebih merasakan Muhyidin xsanggup…itu bezanya Muhyidin dgn Anwar….

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa pun berani kalau ada sokongan. Tapi dalam kemelut ini lebih byk kawan yg suka tikam belakang drp kawan yg jujur dan ikhlas dlm perjuangan. Dulu monyet2 tu juga yg pergi jumpa Tun M mengadu hal najib. Bila Tun M bersuara monyet2 tu menjadi takut dan menjauhkan diri drp Tun M.Sama juga dgn TSMY. Monyet tu juga yg approached dia. Bila TSMY bersuara monyet2 tu pun tinggalkan dia dan akhirnya sebulat suara menyokong pemecatan dia. Yang tinggal sekarang hanya kita rakyat biasa. Kalau kita tidak berlaku jujur dgn Tun M dan TSMY negara ni akan bankrab dan hancur.Monyet2 tu nak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya bersetuju benar dengan pandangan saudara SH,Bawa Johor keluar dari tanggan BN.Yang eloknya TSMY buat laporan polis atas salah laku terhadap DSN dengan bukti yang ada pada beliau.

Anonymous
Guest
Anonymous

SDT is Giving a very constructive alternatives, however, it depends on TSMY. As per Anon 5:06, he/she got a point and solid point that is, why? Had TSMY acted upon the day Gani Patail briefed him then, he would have nip the problem from the bud! But, he wants to play mr Nice Guy and not be seen as toppling Najib or the PRESIDENT-PIRATE. Hence, what he is seeing now politics is not playing nice! Having said that, it wasn't politics, it was DAYLIGHT HIGHWAY ROBBERY and PILFERING followed by DECEPTION closely linked to TREACHERY! The Pirate went to even… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam kontek Malaysia tidak boleh ada rampasan kuasa atau krisis yang belum pernah terjadi di Malaysia dimana PM nya di dakwa. Kita tidak ada pengalaman sebegitu teruk. 13 May bukan rampasan kuasa tapi atas sebab ego dan terkejut kerana dikalahkan parti yang kerdil. Keadaan ini di mainkan UMNO dengan memberitahu rakyat apa jadi pada 13 May. Sebelum ini dalam UMNO semua Presiden nya bertukar dengan cara 'peralihan kuasa'. Kerana mahu Malaysia dilandaskan yang betul. Mereka berundur tanpa ada angin ribut taufan puting beliung dan ombak yang menggulung-gulung seperti tsunami. Najib dan MT telah langgar budaya tersebut ia itu 'peralihan kuasa'… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

I understood where you coming from 7:59 but there was never an inference of 'rampasan kuasa', only an 'assumption' TSMY was simply being PASSIVE! And, for that inaction, the scandal had snow-balled to the current 'LAWLESS' situation, by that I meant is the Law of the Land (Malaysia) has become UNTO UPON NAJIB where his desperate activities in all that are being said is a hallmark of an individual like a 'CORNERED CAT'.

With your last 3 paragraphs, I absolutely agree with you!

Thanks.

MLN

bat8
Guest
bat8

Muhyidin is not of Anwar's stature, not even close to mat sabu.He rose to become DPM thru sheer easy passage. I dont think he will come out with blazing gun like Anwar. But he is smart enuff to recognise tat he has the upperhand to fight Najib all the way. The biggest problem he has to resolve first is tat does he brave enuff to fight tis bloody battle Najib. Adakah muhyidin berani atau penakut?

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak rampas kuasa macam mana? Jenderal ATM pun dipilih oleh najib sendiri. Ini ada lah fakta.

Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO panas sebab Muhyiddin mengaku melihat bukti untuk mendakwa Najib.
Bukan nak menipu, tapi kena sampaikan message cerita ini dengan sedikit 'cerita tambahan' mengenai perangai buruk Najib dan rasa 'jijik' dengan beberapa pemimpin UMNO.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku nak tanya kpd semua pemimpin UMNO. Kamu berjuang kerana agama bangsa dan negara atau kamu berjuang untuk perut kamu sendiri?
Mana ikrar sumpah dan janji kamu kpd anak bangsa?
Akan tiba masanya kamu akan dihancurkan oleh tamak haloba dan tipu daya kamu sendiri.
Hak rakyat yg menjadi darah daging kamu selama ini akan menjadi barah yg akan menyeksa kamu sehingga ke akhir hayat.

Anonymous
Guest
Anonymous

En Budin.. Muhyiddin ni slow dan lembam. Org sedia sokong pun, sbb dah sedia ada jawatan dan berkuasa.

Jika harapkan kemampuan tersendiri, x ada apa yg istimewa pun. Walaupun suhu politik mmg memihak kpdnya, Muhyiddin ni x mampu tandingi Muhammad Taib xmb Selangor yg sertai AMANAH slps PAS.

Muhyiddin nak buat parti apa? Parti Mat Sembab boleh la.

Anonymous
Guest
Anonymous

common man….mahyudin…jgn lembab sgt….we know u can do it..kuatkan semangat..we back u. nobody trust umno anymore…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tsmy a hero will always rise will you be one or surrender without a fight?the rakyat is with you what are you waiting for?be a legend in this life and remembered till the end of time.come on tsmy show us what you are made of allahu akbar

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya anti umno, bukan anti najib…hahaha lawak sakan!!!

Amar maaruf
Nahi mungkar
Dapat fulus
Terus bertukar