WAYANG NAJIB KELUAR MESYUARAT

Sekonyong-konyongnya Najib Razak meninggalkan mesyuarat MT UMNO semalam kerana tidak mahu dirinya terlibat dalam membuat keputusan berhubung penggantungan jawatan Muhyiddin Yassin.
Sekonyong-konyongnya juga Zahid Hamidi turut keluar daripada bilik mesyuarat itu kerana sebab yang sama.
Lalu diserahkan pengendalian mesyuarat kepada Hishammuddin Hussein yang akhirnya menjadikan “orang Johor jadi kepala menggantung pemimpin Johor juga”.
Tetapi yang mendapat manfaat secara langsung daripada penggantungan Muhyiddin sebagai timbalan presiden UMNO ialah Najib dan Zahid, manakala balanya terpaksa dipikul oleh Hishammuddin.
Yang paling terkesan, Hishammuddin akan berdepan dengan kebencian orang UMNO Johor sendiri selepas ini dan jika politik negeri itu terus bergolak, apatah lagi jika jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya akan datang, beliaulah yang paling diungkit kesalahannya.
Walaupun Najib cuba menunjukkan beliau tidak terlibat mahu dalam keputusan menggantung Muhyiddin itu, ia sebenarnya tidak bermakna apa-apa kerana Zahid juga “diajaknya” meninggalkan mesyuarat itu.
Dengan Hishammuddin, sepupu Najib yang mempengerusikan mesyuarat, keputusan yang berpaksikan “taat setia” dan “tidak derhaka”  tentunya sudah boleh dijangka.
Kenapa tidak dibiarkan Zahid terus berada dalam bilik mesyuarat dan mempengerusikan perbincangan?
Apakah Najib bimbang jika Zahid yang mempengerusikan mesyuarat, mungkin beliau dan Muhyiddin sama-sama akan digantung atas nama untuk menyelamatkan masa depan UMNO?
Adakah bibit-bibit curiga sudah mula bercambah dalam hati Najib?
Logikkah alasan bahawa oleh kerana kedua-dua mereka ada kepentingan di sebalik penggantungan Muhyiddin itu, maka Zahid perlu meninggalkan mesyuarat bersama-sama dengan Najib?
Sejak bila pemimpin UMNO takut kepentingan mereka diketahui umum?
Inilah wayang berbagai motif yang cuba dipentaskan Najib. Di sebalik kononnya tidak mahu terlibat dalam menggantung Muhyiddin dan memberikan kenaikan darjat kepada Zahid, Najib tidak berselindung mula menyimpan rasa curiga terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu yang kini sudah menjadi orang nombor duanya.
Meskipun Zahid adalah bekas pegawainya, Najib barangkali tidak lupa bahawa timbalannya itu turut pernah meninggalkan Anwar Ibrahim yang lebih diidolakannya sebelum ini.
Memberi laluan kepada Hishammuddin mengepalai keputusan menggantung Muhyiddin, kepercayaan Najib jelas belum tertumpah kepada Zahid. (SH 27/02/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm
Subscribe
Notify of
guest

60 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ali
Ali
27 February 2016 10:18 am

TMY asyik gi luar negara je…duit dia dah byk pun yg korang sibuk nak tolak dia naik buat apa..rafizi tu org paling layak..

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 9:54 am

Ok tsmy tak tau nak buat apa?apa kata kita freeze di tempat yg kita berada selama lima minit je sebagai tanda protes habis solat jumaat.klu bawa kenderaan berhenti serta merta ditempat.4×sampai 27 mac?apa mcm ada yg setuju?

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 9:34 am

Saya dah habak,menteri2 kat malaysia ni cap ayam aje. Mana ada sehebat Anwar Ibrahim…Anwar je yg bole buat mcm tu.

Memang ada semangat perjuangan yg kental. Menteri ni semangat perjuangan diri sendiri je bukan untuk rakyat.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 11:02 am
Reply to  Anonymous

Hok ni sy sokong..klu DSAI org sbrgn,mustahil barisan alternatif bleh jd check n balance mcm hrni. Regardless of the so called liwat matter..i dont believe it either.we cannot find someone like him anymore. Thanks to tun M.. Malays have limited potential leaders..n he had sabotaged the best one.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 9:29 am

Gantung jawatan UMNO Muhyiddin tak masuk jel brader.

Songlap biliyon biliyon tu – Putrajaya kata pergi, Sungai Buloh kata mari. 2 tahun lagi jer.

Tak perlu buat wayang. Orang dah tak percaya apa pun dah. Bezanya samaada kepala lanun tenggelam seorang atau tenggelam dengan kapal-kapalnya sekali. Makin hari makin kearah berkubur dengan kapal-kapal sekali. Elok juga tu.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 8:24 am

Muhyideen tak de telor. Lebih baik dia rebus telornya di Pagoh. Memalukan orang Johor.

Kalau dia dtg meeting diMT, dia bolih bagitahu MT dedak Umno, SPRM, BN dan Gani Patail dh brief dia mengenai RM2.6billion dan SCRI case dan dh nak dakwa Najib. Najib memang kaki rasuah. Bolih bagitahu MT, kamu semua nak gantung aku atau Najib.

Berkokok diluar apa guna???? Ada platform diMT, tak berani nak cakap. Dayus punya Muhyideen. Tok sah balik Msia lahhhh. Bodoh mcm Mukriz juga. Dh letak jawatan, baru berkokok.

NordinabilaH
NordinabilaH
27 February 2016 6:58 am

Inilah wayang org umno kerana banyak penyamun berada disitu dan ada yg menyalak tak habis2 jadi TSM ayuh alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan dan berani kerana benar ayoh aaammmiiinnnn TMY we ara for u

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 7:55 am
Reply to  NordinabilaH

TMY pun kecut telur bro. Tak payah la nak cakap we are for you. Dia pun takut. TMY bukan pejuang hanya retorik ja. Dia sepatutnya dah jelajah Malaysia bersama Tun dan Shafie. Bagitau rakyat masa dia dipecat dari jawatan TPM. Bagi dia buat sendiri la bro. Ada aku kisah…hihihihi

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 6:46 am

Muhyiddin ni retorik politiknya mcm power.Tapi jurus penyudahnya tak power langsung.Tak mampu buat musuh goyang apatah lagi tumbang.Asik ulang ayat2 sama jer. Cuba baca kenyataan media setelah dia digantung.Dia ada cakap dolu2 ada beberapa pemimpin utama UMNO jumpa dia mengadu pasal peel pelik Najib dengan bini dan mintak Muhyiddin betulkan keadaan supaya umno tak ditolak rakyat. Tapi bila Muhyiddin sound Najib,pemimpin2 Umno ni pulak menjauhkan diri dari dia padahal dulu nangis2 ngadu kat Muhyiddin.Sepatutnya Muhyiddin just named those umno bigwigs like Tun M did with Pandikar Amin Mulia.Kasi diaorang kecut telor berak kapor siket jangan tau nak jaga perot sendri… Read more »

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 6:25 am

Budin..ko takyah la nak mengapi-apikan bangsa moron malaysia dengan criter najib tu najib ni..jahid tu jahid ni..setakat nyampah kat internet jer bangsa moron reti..bila jumpe jer daeng najib atau wak jahid tuh sume pakat berebut nak cium tangan..tersengih-sengih dan terhegeh-hegeh nak rapat..jangan criter time undi..minah tomboi pengerang tu pon boleh menang tanpa bertanding..pirrah..mampos la ko orang 1malaysia..hidop BANGLASIA!!

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 6:13 am

betul ka mahyudin tak defend diri dia, atau kau main dengar cakap orang je…pereksa lah dulu

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 5:04 am

Drama bodo apa plak ni??

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 5:14 am
Reply to  Anonymous

memang drama bodo bro…kalau tak buat drama bodo mana boleh hidup. dan org melayu amat percaya dan yakin dgn drama bodo

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 4:38 am

MT do not hv any choice. they hv to support the president even they knew najib hv stoken 1mdb money. if not they will b terminated. semua mau cari makan bro…
MT knew that umno will.not going to win in d next election. so they hv to support the president to make money another years to 2 years to come.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 4:10 am

Keluar meetinglah pulak nak tunjuk baik…dah jadi actor ni…boleh berlakun…ooppsss…lupa pulak anak tiri Najib kan tokey wayang kat Hollywood…buatlah filem Nothing2Hide Malaysian style…

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 3:31 am

Kalau aku jadi ahli MT lah, masa Najib dengan Zahid blah le aku bangun dari kerusi dan bagi pidato berapi-api hantam Najib HeHe

Aku berani jamin ahli2 MT yang lain pun semua tak puas hati dengan Najib.Mana tak nyer habis busuk nama masing2 disebabkan Najib berak merata-rata,tak basuh plak tu.Suruh depa plak basuh.

Tapi apa depa nak buat,kuasa di tangan Najib.Dan lebih seram Najib pandai guna dan bermain dengan kuasa macam mentor nya Mahathir bukan macam Pak Dol.

Aku agak depa semua just membatukan diri mengekalkan status quo sebab mereka sedar depa tak ada calon yang layak gantikan Najib

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 3:40 am
Reply to  Anonymous

Setakat bakat seperti najib berlambak lambak kat chow kit tu

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 3:10 am

Sudah beberapa kali MT berpeluang memperbaiki keadaan tetapi dengan angkuh mereka tunduk pada Najib semata-mata ingin menunjukkan mereka bersatu, kuat dan terus kukuh.

Sedangkan harapan ahli ialah masalah yang di buat Najib diselesaikan tidak kesampaian.

MT MT yakin semua Ketua-Ketua dalam Jabatan Kerajaan tidak akan berbuat apa-apa. Mereka hanya 'menurut perintah'

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 3:44 am
Reply to  Anonymous

MT? Pemuda? Dayus semua tu…Pemuda harapan bangsa? Cehh nampak saja dedak agama bangsa dan negara tolak ke tepi

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 2:48 am

Orang Johor memang pun pemakan dedak. Mereka tidak kisah samada pemimpin Mereka rasuah atau penjenayah asalkan mereka dapat dedak tetap akan disokong.

Cik Minah
Cik Minah
27 February 2016 3:49 am
Reply to  Anonymous

Hoi!!!!!!!……JANGAN KUTUK ORANG JOHOR, ye.Yang menyokong UMNO tu arwah bapa saya. Mak saya juga ditinggalkan wasiat dengan pesanan mestu UNDI UMNO…..HEHEHE.Mak saya sekarang dah terbaring, tak boleh bangun. Macam mana nak pergi mengundi??? Anak sendiri pun dia dah tak kenal, apa lagi lambang umno…..?????Jadi, pensel memangkah di tangan Y generation.Y generation di Johor samalah macam di tempat-tempat lain. Mereka terdedah kepada media social. Siang malam berborak di media social. Dalam media social 80% anti Najib, cuma 10% penyokong tegar dan 10% lagi pemakan dedak……..HAHAHAHA. Jadi, Pru14 nanti mungkin BN akan menang 70-80 kerusi saja – kebanyakannya di SABAH. Di Serawak,… Read more »

Sabtuyah Suut
Sabtuyah Suut
27 February 2016 4:17 am
Reply to  Anonymous

D swak kita pilih TOK NAN..kebanyakkan rakyat swak tanpa mgira bangsa suka TOK NAN. Rakyat swak tak akan ketepikan our CM di sebabkan punca masaalah angkara org lain.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 9:24 pm
Reply to  Anonymous

Di sabah ni umno harap pengundi luar bandar dan pengundi saluran 1 sahaja.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 2:47 am

Orang Johor memang pun pemakan dedak. Mereka tidak kisah samada pemimpin Mereka rasuah atau penjenayah asalkan mereka dapat dedak tetap akan disokong.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 2:35 am

Ingat Nothing2Hide…ingatlah Najib Razak…hahaha

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 3:16 am
Reply to  Anonymous

Makna nya Najib dengan Zahid bukan keluar lah tapi 'menyorok'.

Saya rasa mereka ada juga buat rakaman untuk mendengar siapa antara mereka yang teragak-agak atau yang memberi pendapat yang di anggap mengkritik.

Ada ke dikalangan MT bertanya tentang masalah sebenarnya iaitu 1MDB dan derma Pak Arab ?

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 6:25 am
Reply to  Anonymous

Xperlu tnya lah..pakat2 mkn sorang sikit…bukan haram pun..dah orang bagi…hentam saja…hahaha

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 2:03 am

Najib ni memang penakut dan cakap tak serupa bikin. Kalau hebat sangat, buatlah keputusan tanpa guna mkt. Keluar mesyuarat konon. Puiiiiii …kau tunggulah tekanan dari puak zahid tak lama je lagi.

nazir ishak Ishak
nazir ishak Ishak
27 February 2016 1:58 am

Kaduk naik junjung….. blh gelak jelah dgn apa yg berlaku…..

nazir ishak Ishak
nazir ishak Ishak
27 February 2016 1:57 am

Kaduk naik junjung….. blh gelak jelah dgn apa yg berlaku…..

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 1:47 am

Ye…setuju.Bos takut buat keputusan tak popular, suruh pegawai dia. pegawai yang kena maki staff lain..yang bodoh pegawai! Bos dah tentulah penyangak!

mohamad khairil
mohamad khairil
27 February 2016 1:23 am

Hishammuddin seperti dipergunakan la ni..

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 1:12 am

Ada satu mat najib, sangat penakut gemar lari, tolak dia amat wajib, tolak semua dedak menteri.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 1:00 am

Jika betul Najib bimbang Zahid yang mempengerusikan mesyuarat,kerana mungkin dia dan Muhyiddin sama-sama akan digantung oleh Zahid atas nama untuk menyelamatkan masa depan UMNO, maka yang bangang nya ialah Hishamuddin… sebab sepatut nya Hishamuddin gantung kan ketiga-tiga sekali…

Baru lah betul-betul untuk parti.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 12:59 am

Kat johor ni hanya 30% yg ada kesedaran dan yg lain2 masih setia dgn umnongok terutama dikawsan luar bandar…jadi kalu nak harapkan org johor bangkit melawan…sya rasa agak mustahil buat masa ini

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 12:39 am

Jika begini hubungan antara Najib dan Zahid, ada harapan Zahid kena di dulukan oleh Najib. Alasan Zahid nak dulukan Najib cukup dan kuat….

Lebih baik tunduk pada Zahid daripada Najib yang bergelumang dengan berbagai-bagai masalah, apalagi desakan rakyat supaya Najib berundur semakin kuat.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 12:36 am

Dah dua kali bodoh Mamat sekor ni. Dulu kes cium keris dan skrng pickup bala ni pulak kerana kononnya nak tunjukkan 'setia'. Kala arwah Tun Hussein masih hidup, dah lama kena maki. Agaknya diaorang ingat rakyat semua ni bodoh2 belaka, tak tahu tipu helah sandiwara ini. Bangang Dan bangsat betul.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 3:37 am
Reply to  Anonymous

Bapok nak jadi PM. Cehhhhhh

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 12:14 am

Mahathir sendiri dalam mesyuarat semasa memecat Anwar yang juga dipanggil membela diri ?

Anonymous
Anonymous
26 February 2016 11:51 pm

Salah Muhyideen jugak. Tak bolih salah sesiapa. Muhyideen tak macm Anwar, yg berani berdepan dgn MT yg dikuasai Mahathir dulu utk menentang tindakan terhadap dia & membela diri. Muhyideen..pengecut. Perangai dia..tembak dan lepas tu cabut lari & meyorok. Kalau dia datang meeting dan mempertahankan dirinya didlm MT yg tidak dihadiri Najib dan Zahid, munkin lain keputusannya. Dia bolih ckp diantara aku dan Najib, MT patut gantung Najib yg terlibat dlm rasuah dan salahguna kuasa. Sekarang, MT yg makan dedak bolih ckp, keputusan diambil walaupun tanpa mendengar pembelaan & penjelasan Muhyideen, sebab Muhyideen cabut lari oversea dn tak mahu hadir &… Read more »

JinKerjaKacauKampong@J3K
JinKerjaKacauKampong@J3K
27 February 2016 4:12 am
Reply to  Anonymous

…101% setuju…silap Puan Sri Moohhhyidin…awat tak mai meeting pertahan diri…

lufang
lufang
27 February 2016 8:39 am
Reply to  Anonymous

Tatak bolih kasi sama itu Mohyudin sama itu Aluar maa aa . Aluar atak manyak luit maa aa ,sana kampen sini kaempen .Mahyudin , Wa ingat tatak itu macam banyak punya luit lor rr ,apa macam mau lapat sokongan maa aa .

Anonymous
Anonymous
26 February 2016 11:31 pm

budin…semua org tahu modus operandi najib..setiap langkah najib nak ambil. semua org boleh baca. najib we are not that stupid. tapi saya hairan…org johor hanya mendiam kan diri. kemungkinan org johor taat pada umno yg d katakan parti keramat.. persoalan nye…adakah parti umno masih keramat lagi????? wake up all johorean..especially malay..umno bukan keramat lagi. pemimpin umno dari atas hingga ke bawah semua fikir macamana nak buat duit dan kedudukan. ini lah bangsa melayu.. i really hope TMJ bertahu org melayu johor. bangun jgn tidor.. saya bagi contoh…umno johor setuju keputusan AG semua org tahu AG menipu. sudah lah org johor…kami… Read more »

lufang
lufang
27 February 2016 12:12 am
Reply to  Anonymous

Wa manyak ingat sutak tatak halapan lagi maa aa ,lalam UMNO atak Melayu lagi kaa ?.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 12:46 am
Reply to  Anonymous

Don't worry too much.
Saya suka sahaja Mahyidin di pecat, bukan dia berhenti sendiri. Dengan ini, bolehlah dia bertanding CALON BEBAS. Pendek kata, di Johor CALON BEBAS akan bertanding di semua kerusi, boleh menubuh sebuah kerajaan kalaju menang. Saya sudah pasti akan pangkah BEBAS.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 1:04 am
Reply to  Anonymous

Kita semua ada crisis kepercayaan.

Apa lagi Parti yang bertunjangkan agama PAS sendiri berpaling tadah.

JinKerjaKacauKampong@J3K
JinKerjaKacauKampong@J3K
27 February 2016 4:07 am
Reply to  Anonymous

…setuju…

ibrahim darus
ibrahim darus
27 February 2016 4:35 am
Reply to  Anonymous

Sekarang orang Johor sangat kuat menyokong pasukan bola sepak mereka – Johor Darul Takzim. Tak ada masa nak sokong TSMY atau UMNO
. Kemenangan pasukan bola sepak JDT lebih menarik dan memberi lebih kegembiraan dari mengamati situasi politik UMNO dan Tanah Air.

Anonymous
Anonymous
26 February 2016 11:20 pm

apa yang diperkatakan najib….saya amat PERCAYA.

DIULANGI SAYA AMAT PERCAYA….

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 12:24 am
Reply to  Anonymous

Rasanya Anon tertinggal perkataan " MENGENAI" ……

Anonymous
Anonymous
26 February 2016 11:16 pm

Jgn risau En Budin.. melayu UMNO ni spesis lemau. Dah banyak kes dah bising pong pangpong pang nak lawan.. spesis perut boyot ni mana berani melawan. Org berperut boyot ni, tiada fikrah melawan. Sapa berani bet?? Sembang mmg hebat. Kes Mukhriz diganti Ahmad Bashah? GKCM? Tak payah listkan lagi berjuta2 kes.. sekadar hiasan je tu.. Takat cakap, berani kerana benar.. bebudak tadika pun boleh. Ikrar nak bangun melawan, mcm kes2 pegawai2 dlm jabatan kerajaan jugak… SPRM nak melawan rasuah.. satu word ja saya boleh chanting, "kaplavuto". Ini ayat suci saya slps solat subuh pagi ni. Suka x suka, terima saja… Read more »

razak adom
razak adom
26 February 2016 11:51 pm
Reply to  Anonymous

setuju,,,,,

Razak
Razak
27 February 2016 3:10 am
Reply to  Anonymous

Cakap tak serupa bikin. Orang berjuang kerana kebenaran tak guna nama samaran.

JinKerjaKacauKampong@J3K
JinKerjaKacauKampong@J3K
27 February 2016 4:06 am
Reply to  Anonymous

…maaf bang… kaplavuto tu apa…nak seimbas kepala butoh saja bunyi…walau apa pun…tabik bang…melayu sembang banyak kuat…100 parsen adinda setuju…

Anonymous
Anonymous
26 February 2016 11:11 pm

Ayuh rakyat JOHOR….bangkitlah nyatakan pendirian anda.umno mula bertapak di Johor.ayuh rakyat johor.
Umno makin pincang angkara pemimpin yg rakus.pemimpin yg hanya pentingkan kedudukan dan jawatan.penyelewengan,rasuah,menipu rakyat dam hidup rakyat makin terbeban ankara mereka.
Ayuh rakyat johor dan semua ahli umno.

lufang
lufang
27 February 2016 12:08 am
Reply to  Anonymous

Itu celita UMNO mula kat Johor ,lama punya celita maa aa ,sutak tatak bolih pakai lagi maa aa .

Sikalang punya celita ,siapa atak kuasa ,bolih kasi hantam siapa lia suka maa aa ,siapa kasi tentang semua kasi habit lor rr ,tatak kila Johor ka apa ka semua kasi habit .

Ini sikalang bukan lulu-lulu punya Johor maa aa , Johor sikalang mau tengok siapa atak kuasa ,atak wang punya maa aa .

Solli lah Tan seri ,you sendili fight maa aa ,lain olang semua sutak takut lor rr.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 1:01 am
Reply to  Anonymous

lufang tak malu ke yang orang Bangla, Myanmar dan Nepal boleh bertutur dalam Bahasa Melayu lebih baik daripada lufang?

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 1:19 am
Reply to  Anonymous

Lufang…gunakan bahasa malaysia dengan betul.

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 2:13 am
Reply to  Anonymous

mati hidup balik pun..melayu johor tak akan bangkit. malayu johor masih lihat umno sebuah parti keramat walaupun melayu johor tahu tahu pemimpin penyamun…sungguh memalukan. melayu johor, melayu johor…semua tak boleh pakai. sembang aje lebih

Anonymous
Anonymous
27 February 2016 2:22 am
Reply to  Anonymous

Rakyat johor,ayuh bangun.
Jangan nanti di samakan dengan rakyat sabah dan serawak yang penyokong totok [email protected] penyokong tegar walaupun penyelewengan sudah nyata.