SOALAN-SOALAN UNTUK NAJIB

Adakah menjadi kesalahan bagi Muhyiddin Yassin bersuara di luar, selain daripada dalam mesyuarat MT UMNO?
Apakah Muhyiddin, walaupun masih berjawatan nombor dua dalam parti, tetapi telah digugurkan daripada kedudukan dalam kerajaan, hanya perlu diam dan tidak perlu lagi berkata apa-apa, terutama membuat teguran kepada pemimpin, parti dan negara?
Apakah Muhyiddin hanya boleh bercakap dan bersuara dalam mesyuarat MT UMNO saja, tetapi tidak dalam program-program parti dan kemasyarakatan yang lain?
Jika Muhyiddin hanya boleh bercakap dalam mesyuarat atau dalam perjumpaan tertutup kepada ahli-ahli UMNO sahaja, mengapa beliau dilarang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?
Mengapa juga mesyuarat pelbagai jawatankuasa yang biasa dipengerusikannya sebelum ini atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO, turut dibekukan sebaik jawatannya dalam kerajaan dilucutkan?
Berbanding Muhyiddin yang bercakap dengan ikhlas, jujur serta dengan niat menegakkan kebenaran, apakah ia lebih buruk daripada pemimpin-pemimpin UMNO lain yang berbunga-bunga memuji Perdana Menteri, tetapi semuanya adalah pujian palsu terutama berkaitan wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang secara umumnya budak-budak sekolah pun benar atau salah mengenainya?
Apakah jika ingin mengkritik dan memperkatakan sesuatu kebenaran, ia mesti dilakukan dalam mesyuarat MT saja, manakala jika ingin memuji, menggilap dan melambung Perdana Menteri, ia sebebasnya boleh dilakukan secara terbuka?
Demi keadilan, bukankah jika mengkritik secara terbuka tidak dibenarkan, maka memuji secara terbuka, lebih-lebih lagi pujian yang menyebabkan rakyat tertawa mendengarnya, seharusnya dianggap tidak beretika juga?
Akhirnya, jika Najib dapat memberi jawapan yang meyakinkan kepada semua persoalan ini, maka dipersilakanlah, terutama sempena sudah 40 tahun usianya bersepak-terajang dalam politik, sama ada menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat terus keahlian Muhyiddin dalam mesyuarat MT akan datang ini. 
Nota: Tukang kipas, kaki bodek, pengampu, penerima dan pengharap dedak juga dipersilakan untuk tolong jawab bagi pihak Najib yang mereka kasihi itu. (SH 23/02/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

35
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHrina idzharlufangAli Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Ringkasan cerita:
PM berak & kencing, selepas itu dibungkuskan lalu diberikan kpd semua menteri-menteri. Pasti ada yg x tahu, akan makan dgn lahab oleh kelazatannya. Tentunya ada yg akan meminta tambahan tahi & kencing yg diberikan oleh PM.
Namun ada yg tahu akan perihal tahi & kencing yang busuk,jijik, hancing, najis & sbgnya akan melempar @ membuangnya…
Begitulah movie cerita PM Najis yg memecahkan rekod "box-office" antarabangsa dan seluruh planet di cakerawala ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Maybe perkataan KONSPIRASI akan diguna pakai selepas ini..kita Tunggu dan lihat jer lahhhhh….
DSAI sampai kesudah maintain dgn perkataan KONSPIRASI….

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Sekarang ni org yg bodek yg cari makan dedak yg nak cadangkan TSM digantung dari jawatan TPresident semua mangkuk ayun belaka ayuh TS terus bertindak senhingga umno ni lingkup rakyat dah menyampah dah kami bersama tsm aaammiiinnn

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Sekarang ni org yg bodek yg cari makan dedak yg nak cadangkan TSM digantung dari jawatan TPresident semua mangkuk ayun belaka ayuh TS terus bertindak senhingga umno ni lingkup rakyat dah menyampah dah kami bersama tsm aaammiiinnn

Anonymous
Guest
Anonymous

..dan Nazri yg berlagak dan bersifat spt 'anjing' Najib juga patut jawab.

Anonymous
Guest
Anonymous

tepat sekali soalan2 yang dikemukakan..si Muhyiddin ni dah kena handcarf dan mulut kena plaster kalau dia bersama syaitan2 dalam MT..so macamana nak luahkan kritikan kalau syaitan2 tu pula buat pekak dan buat buta ja?
Saya bukan ahli UMNO, tapi yang Tuhan suruh berlaku adil walaupun terhadap diri sendiri, so jangan pula kerana membenci suatu kaum or in this case satu manusia, semua tindakan yang tak adil dilakukan kepadanya.
BTW…saya harap UMNO lingkup forever, saya nak tengok kemana halatuju syaitan2 ni selepas itu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan,

Dari pagi saya berfikir jika semua blog di sekat apa tindakan yang boleh diambil.

Kerana notis mengatakan kesalahan undang-undang tetapi tanpa kebenaran mahkamah. Sosma pun dibawa ke mahkamah. Membunuh pun dibawa mahkamah. Money laundering pun masuk mahkamah.

Tapi bila menyekat blog, terus guna akta komunikasi begitu sahaja.

Berapa lama sekatan tersebut? Jika blogger membawa kes ke mahkamah, ianya akan membuang masa. Jadi apakah jalan penyelesaiannya.

Anonymous
Guest
Anonymous

http://wargamarhaen.blogspot.my/2016/02/penerbangan-dhaka-kul-untuk-hari-ini-23.html

bila pulak bangla dimansuhkan pengambilannya.. 2-3 hari, penerbangan bangladesh bertalu2 masyuk..kahkahkah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Berdebat terbuka, tak berani.
Sekarang Berblog pulak nak ditakutkan sedangkan ianya terbuka dan dua-dua masing-masing mempunyai blog pro rakyat dan pro UMNO.

Demokrasi ialah pilihan. Jika pimpinan Najib tidak berani memberi pilihan pada rakyat itu tanda pemimpin pengecut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Syarat baru jadi ahli umno… lidah dipotong sebaik sahaja tandatangan jadi ahli umno.

Anonymous
Guest
Anonymous

Potong kote sekali…

rina idzhar
Guest
rina idzhar

Kita kna tgk situasi n fenomena jib. Kalau seseorg PM buat betoi2 mengikut apa itu sains politik, jg kebajikan rakyat n betoi2 buat yg baik pd rakyat, bila ada isu ia tak memberi kesan kalau dikritik oleh pihak lawan atau org dlm sendiri sbb rakyat boleh menilai contohnya seperti Tun. Tp kalau buat byk yg tak baik bg rakyat contohnya mengamalkan kemewahan, anak n isteri bermewah ia memberi kesan dihati rakyat. Jd bila timbul lg isu yg xbaik, seseorg itu akan rs cemas dan mula utk sekat, singkir org yg kritik utk melindungi diri sbb dia tahu rakyat xsokong dia.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kami dari luar negara masih boleh buka blog yg di block di Malaysia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya syorkan UMNO simpan hanya jawatan Presiden. Jawatan yang lain-lain boleh dimansuhkan sebab tidak ada fungsi langsung. Amacam?

Anonymous
Guest
Anonymous

Berputar-putar mencari makan bagi yang miskin,tetapi yang menyalah guna kuasa berputar-putar bagi mencari jalan keluar.Kelentong apa saja bagi menyelamatkan diri.Dont worry be happy tak akan kemana dalam putaran anda, salah-salah tersepak kaki sendiri akan tersembam juga.Tunggu dan lihat,bersbarlah!.

Anonymous
Guest
Anonymous

Democracy are dying in Malaysia…

Anonymous
Guest
Anonymous

Klu blog ni tutup kita demo kat skmm dan ludah muka syed kera ramai2

Anonymous
Guest
Anonymous

Jaga2 Shahbudin, banyak blog dah kena block spt Rakyatmarhaen, Dinturtle baru bebarapa jam tadi blog Mountdweller dah selamat diblock. Mungkin block ni akan menyusul. Selain blog pro UMNO, blog OmakKau dgn Ibu Hasyim, 2 blog aja yg akan selamat dari diblock sebab 2 blog ni banyak menolong kerajaan dgn menghentam DAP dan Amanah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku cuba buka blog Mountdweller beberapa kali tadi, memang tidak boleh dibuka. Mungkin blog itu telah disekat. Mereka fikir dengan menyekat aliran maklumat, rakyat akan percaya dengan dakyah mereka, piraah mabuk UMNO/BN!

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau ikut Blog Shah yang sepatutnya kena sekat….

Agaknya, buat satu demi satu dan bermula dari blog yang tidak terlalu panas adalah lebih selamat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Semakin disekat semakin meluat rakyat kepada mereka.
Hari ini siapa nak baca surat khabar dah?
Lain yg berlaku lain yg dikhabarkan
Utusan Msia dan Tv3, taik pun mereka kata emas.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mappudulung bengong. Cakaplah apa pun pelabur luar akan bawa masuk ke dalam negara berkarung karung billion. Namun pru 14 nanti tak ada orang nak tolong pangkah kau wahai mappudulung kangkung. Mati kangkanglah kau nanti

Ali
Guest
Ali

Apa la ada pada umno lg.dedah saja semua bg rakyat tau,tengok siapa yg panas bontot.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dedak terlalu penuh dalam mulut dan perut kenyang malah sengkak sampai nak bersuara pun dah tak boleh. Cuma mampu angguk angguk macam belatuk saja. Strategi Najib menjadi kerana dia tahu dalam UMNO BN ni golongan ketagih tegar dedak memang ramai. Dgn duit "derma" berbillion, bukan susah untuk bekalkan dedak kepada golongan berkenaan. Dan hari ini puak kenyang dedak hanya mampu angguk angguk setuju dengan Najib tanpa mampu bersuara. Lagi banyak dedak ditelan lagi kuat angguk angguk pada tuan pemberi dedak. Kabinet Malaysia adalah kabinet dedak

Anonymous
Guest
Anonymous

Jwpn utk soalan en.budin tu simple sj..tp disebabkan demokrasi dlm msia dh ditukar menjdi democrazy,so jwpnnya xboleh ditrima oleh akal waras kita. Semuanya jd lintang pukang..on top nya kpla pnyamun,yg jd org2 bwhn pulak penyangak dan samseng.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita lihat bagaimana pemimpin melayu memegang kuasa. Baik UMNO mahupun PAS.

Berbagai helah digunakan untuk mempertahankan presiden yang mabuk.

Adalah menjadi kesalahan besar apabila mendedahkan kebenaran dan untuk menutup nya individu berkenaan di katakan melanggar displin parti dan niatnya semata-mata untuk memecat individu-individu tersebut.

Jika selepas dipecat, presidennya berubah tak apa lah juga tapi dengan kaki ampunya naik tocang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno tak relevan lagi. Full stop.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju. Kita lihat 2 naib presiden yg mungkin ganti najib. Langsung tidak meyakinkan umno mampu meneraju negara ke hadapan

Anonymous
Guest
Anonymous

Yg sekor tu langsung tak boleh pakai macam taik ayam candu tetapi ada hati nak jadi PM. Hairan sungguh aku dgn mamat sekor ni. Tak reti nak ukur baju di badan sendiri
Sanggup main cah keting. Ini paksaan namanya.
Ketua wanita skrng pun terkinja kinja tergedik gedik tak tentu tempat. Tengoklah diri sendiri tu dulu. Tak guna masuk kampong keluar kampong konon nak beri penerangan sebab orang kampong pun kenal siapa dia mustahil orang nak percaya. Bagi kain batik orang ambillah tapi nak bagi undi lagi jauh panggang dari api

Anonymous
Guest
Anonymous

Muhyiddin mempersoalkan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri kerana menerima duit derma dan kegagalan 1MDB .

Muhyidin tidak mempersoalkan mengapa beliau dilarang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?

UMNO melantik Muhyiddin untuk membantu Presiden bukan membantu Perdana Menteri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak payah nak jadi loyar buruk la 23:41. Nak bantu presiden macam mana lagi kalau presiden sendiri tak menunjukkan keperluan berterus terang bila ahli bertanya. Ahli kurang puashati dengan tiada nya jawapan yang boleh diterima akal dan sentiasa berubah-ubah. Suruh presiden kamu tu pegi saman Wall Street Journal cepat sikit. Boleh saman malu berbilion-bilion dollar..bila menang boleh tolong bayarkan hutang 1mdb. Ada gak baik nya..tak payah rakyat kena bayar. Kehendak rakyat senang aje..kalu tak buat,buktikan tak buat dengsn terangkan satu persatu macamana boleh ada deposit RM42 juta. Tunjuk dari mana datang nya. Presiden pernah jawab tak tuduhan ni ? Banyak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

23:41 I'll let fly a certain facts (bukan FITNAH yer) for you to nail into your dumb-head! Najib was lying through his teeth bending like hell saying he's not a thief stupid enough to bring the loot into the country and stashed it in his bloody PRIVATE-PERSONAL ACCOUNT, got it??? Managed to dragged and thanking Haron Din to legitimised his 'first lie' but, but, but….that was before all hell broke loose and it was indeed 'The LOOT' made its way into his bloody 'PRIVATE_PERSONAL ACCOUNT', are you with me till now 23:41??? Following that you see all LAP-DOGS jumping and… Read more »

lufang
Guest
lufang

Semua olang mesti ikut apa pemimbin cekap maa aa ,tatak bolih tanya and mesti tatak buat apa pemimpin tatak kasi buat .

Itu macam baru atak kesetiaan kapada pemimpin dan negala ,baru betut maa aa .

Anonymous
Guest
Anonymous

Muhyiddin bantu dah la tu.. Bantu tegur apa yg tak betoi.. Bukan ikot apa yg salah

Anonymous
Guest
Anonymous

Heeeee …dahsyatnya tegur pun tak boleh. Makin angkuh skrng ni.
Menteri2 ramai mana? Rakyat ramai mana? Isssshhhhhh….takutnya aku