ALAMAKKK…….

Tidak cukup dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)  yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan berkaitan kandungan jelik di internet, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan mencadangkan undang-undang baru digubal bagi membolehkan penulis blog mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau KKMM.
Katanya, langkah itu sebagai usaha mengekang penulisan tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah, selain bertujuan untuk memastikan mutu penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika dan tidak menyalahgunakan kemudahan internet.
Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah pun mempunyai dua peruntukan penguatkuasaan berhubung kandungan internet iaitu Seksyen 211 (Larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll).
Melalui kedua-dua seksyen itu, sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Apakah masih tidak cukup dengan dua seksyen tersebut untuk mengawal serta mengawasi penulis blog dan pengguna laman sosial?
Dalam keadaan yang lain, sekatan terhadap blog juga sudah biasa dilakukan oleh SKMM terhadap beberapa laman yang dianggap melanggar undang-undang.
Oleh itu, dengan segala undang-undang sedia ada,  apa perlunya lagi dikuatkuasakan peraturan agar mereka mendaftar dengan KKMM?
Apakah kerana UMNO dan kerajaan kerapkali tewas dalam persaingan di internet, maka undang-undang itu mahu diwujudkan?
Tidakkah ini bertujuan mengekang lagi kebebasan bersuara rakyat setelah sebelum ini Peguam Negara turut bercadang mengetatkan undang-undang Akta Rahsia Rasmi atau OSA sehingga hukuman penjara seumur hidup terhadap mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan serta media yang melaporkannya?
Apa sudah jadi dengan negara ini dan di mana lagi letaknya kebebasan rakyat dalam bersuara?
Jika semua mahu dikekang, apa lagi yang tinggal?  (SH 21/02/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

26
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
NordinabilaHAnonymousAsrul SaniHasnal TamjehiHadi Abdullah Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kalau begitu mudah je d malaysia ni jangan adakan IT dan haramkan internit sebenarnya mereka ni takut rakyat tahu peragai menteri kejadian rasuahsalah guna kuasa kejafian pembunuhan yg berleluasa dan menjijikan perangai org politik itu je dan banyak lagi kuasa kat mereka buatlah suka hati depantuhan nanti tak ada kuasa tu aaammmiiiiinnn

Anonymous
Guest
Anonymous

Tgk saja perut dan lemak yg melilit di kepala Nur Jazlan ni.. berperut boyot mmg kerja dia pikir nak mentekendarah untuk perut diri sendiri saja.. lemak melilit di kepala takkan kita x paham lagi.. gemuk la..

Bila gemuk.. mustilah nak jaga perut ja yg dia tahu.. bukan nak jaga rakyat..

Sama dgn Najib dan bini dia.. berperut boyot.. ada ke org gemuk berperut boyot nak jaga perut org lain?? Dia kira perut dia sorang je la..

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kalau begitu mudah je d malaysia ni jangan adakan IT dan haramkan internit sebenarnya mereka ni takut rakyat tahu peragai menteri kejadian rasuahsalah guna kuasa kejafian pembunuhan yg berleluasa dan menjijikan perangai org politik itu je dan banyak lagi kuasa kat mereka buatlah suka hati depantuhan nanti tak ada kuasa tu aaammmiiiiinnn

Asrul Sani
Guest
Asrul Sani

Buat la Rang Undang-Undang Baru, siapa kritik Perdana Menteri hukum bunuh mandatori. Siapa tegur Menteri Kabinet Penjara Seumur Hidup. Barulah kau orang boleh melaksanakan ajenda rembat merembat, jual dan gadai negara tanpa sebarang bangkangan atau halangan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa kah signifikannya tarikh 40 tahun Najib dlm politik sehingga diberi primetime publisiti meluas dan PR blitz yg padu disemua media prokerajaan? Ini mungkin blunder lagi dari team PR Najib kerana Rakyat makin meluat tengok belanja banyak utk naikkan imej Najib dlm keadaan Rakyat disuruh berjimat, pakai barang 2nd hand, naik public transport, masak ditempat kerja, buat 2/3 kerja tambahan. Itu pun belum pun kering lagi seruan Najib jangan membazir duit menyambut dia dgn karpet merah dan jamuan mewah. Soalanya berapa budget utk perang saraf ini dan dari peruntukan mana? JPM? Bacaan Rakyat perang saraf menaikkan imej ini berkait rapat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Takat tu je menteri2 bangang punya IQ…bijik pelir pun dah tak da kut, kena kembiri oleh pahlawan boogeeess (yang dirinya juga terkembiri) yang terkenal si antiro dunia tu.
Lepas blog rasanya bangang2 ni akan daftar FB, Twitter pula..we chat, whatever chat2 la. ahjib pun dah umum hanya yang IQ below 2.0 ja layak jadi menteri, yang cerdik kerja buruh kasar saja la.
Pergi jahanam la menteri2 cabinet ahjib…puiiiii

Anonymous
Guest
Anonymous

Lepas ini buat pula akta menteri untuk kawal menteri supaya prestasi kerja menteri hanya untuk rakyat.Dibawah undang2 ini menteri kena istihar harta, tidak boleh buat statement bodoh sebab kebodohan boleh didakwa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Woi.. takat ni je ke org Johor mampu berpikir?? Ahmad Maslan pegi maner?? Jom la register list menteri bodoh. Noh Gadut pun boleh layan..

Anonymous
Guest
Anonymous

alang2 buat je akta menyatakan siapa yang mengeji najib digantung sampai mati kan senang….

Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

Kerajaan di hujung waktu… biasala… yg membodek akan terus membodek. Apa yg perlu kita buat, teruskan smpi maklumat yg benar pada marhaen. mintak rkyt ingat jgn mudah lupa pengkhianat sebenar. itu sahaja.

PRU14 2018 ni jgn lupa sbb RM50, kain batik, beras dan gula plak….. kalu lupa…. rkyt la yg jahanamkan malaysia…

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam Malaysia banyak kerja kosong iaitu menegakan benang basah pada musiam kemarau.Sesiapa yang mempunyai kebolehan sila daftar diri .Mungkin ini yang dimaksudkan oleh anon 06.32.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak jadi menteri bodoh pun.. kene daftar diri jugak. Senang rakyat pantau.

Anonymous
Guest
Anonymous

Duit yang ber baki dari 2.6 Billion yang dikatakan dihantar balek keluar ke bank di Singapore dah di UNFREEZED agak nya???? (AG's statement DEBUNKED as no prove that should come with it when he said the donation was returned yet Saudi FM said it was for INVESTMENT?) Tuh yang NR1 was traced ulang alek Singapore sebelum ke California??? Apa sudah ada deal, duit sudah released, balik dari USA buat 40 years in politic's dinner and now new incentives for the lackeys??? (people were banking on Nur Jazlan who seem to be the right man for the PAC's job until……everyone knew… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini Cadangan otak bodoh mereka yang mengaku mengamalkan demokrasi tapi bertindak zalim mengalahkan cara pemerintahan komunis.terlalu banyak undang2 nak kawal rakyat, undang2 kawal menteri@orang politik tak mampu nak buat, bodoh ker apa ni???

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau kena daftar senang nak beri dedak sebab bila tabur dedak blog Pro rakyat tak makan.

Ini satu cara untuk bulid up relationship dengan bloger-bloger seperti menjemput mereka untuk hadir majlis 40 tahun Najib sebagai tanda-hormat kepada bloger-bloger.

Bila di daftar dah jadi macam filem dan drama melayu pulak sebab perlu di tapis sebelum di paparkan dan kerja penapisan blog dilakukan oleh blogger UMNO yang dah tak ada kerja…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau Najib mempunyai kesabaran yang terhad, rakyat juga mempunyai kesabaran yang terhad. Jangan asak rakyat sehingga ke dinding……rakyat tak takut, akan bangkit menentang.

Apakah Najib mahu jadikan Malaysia seperti negara Mugabe ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana rakyat yg bangkit menentang? Sumer perut boyot belaker.. yg tau hanya makan dan mentekendarah ja..

Selagi ulamak2 kita berperut boyot.. jangan mimpilah nak melawan.. lihat sendiri Tontonwi..ulamak2 PAS yg boyot2 perutnya..

Hukum melawan belom tiba.. 500000 tahun lagi..kahkahkah

Anonymous
Guest
Anonymous

Bodoh dan bangan. Timbalan Menteri tak sedar dunia baru!!
Rahyat Net boleh kongsi "fitnah" di Facebook, Whatsapp, Instagram, Flikr, Tumblir, Twitter, Weibo, Instagram, Pinterest, Google+,…dan lagi dan lagi! Nur Jazlan tak sedarkah? Bodoh,bongkar, jahil….macamana? Nak daftar semua ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Malaysia sedang menuju ke arah negara komunis dan pemerintahan kuku besi nampaknya. Pemerintah sekarang berusaha untuk membisukan mana mana pihak yang vokal terhadap kesalahan dan salah urus pihak berkuasa. Pemerintah dan penguasa tidak yakin untuk berhadapan secara terbuka dengan penulis dan blogger yang vokal dan kritis kerana mereka tahu, bersemuka di mahkamah akan lebih membuka tembelang dan kerja kotor mereka selama ini. Maka cara atau kaedah kuku besi atau peraturan ala regim komunis kini cuba diguna pakai untuk menutup segala belang dan korupsi yang dilakukan pihak atasan yang berada dipuncak kuasa. Bila golongan haram jadda atau dajjal bertopeng manusia memegang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak jaga hati bos yg sedang sakit agaknya. Sedangkan ramai diluar sana sakit telinga mendengar bos masyuk berbiliun-biliun.

Anonymous
Guest
Anonymous

ALAMAKKKK abah kau budin!!!!!…

Hadi Abdullah
Guest
Hadi Abdullah

nurjazlan…ku sangka intan rupanya kaca.what a letdown

Anonymous
Guest
Anonymous

Musim ceramah akan kembali. Lebih memudahkan penyatuan rakyat dengan ucapan pemimpin ya membakar semangat di mana para hadirin saling kenal mengenali serta bermesra dengan pemimpinan negeri. Cuma tindakan ini hanya terkesan kepada bloger yang lebih berbakat dalam penulisan dari berbahas secara terbuka. Ramai blogger yang menyertakan 'View my complete profile' yang memudahkan tindakan di ambil berunsur fitnah dan yang sengaja di letakkan seperti mana pelukis ingin menjadikan hasil karya nya sebagai hak miliknya. Mutu penulisan dalam laman blog (komen-komen) atau pengguna laman sosial dibuat secara betul atau tidak , sah atau tidak , beretika dan tidak menyalahgunakan kemudahan internet betul… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

biarkanlah mereka gubal apa2 pun undang2…kelak undang mereka inilah akan memakan mereka balik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini sebenarnya suatu undang2 bodoh kerajaan barisan nasional.

troubadour
Guest
troubadour

Dark days…