KENAPA BARU SEKARANG, ZAHID?

Di Sarawak pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan semua pekerja asing, termasuk daripada Bangladesh, berkuatkuasa serta merta.
Katanya, penangguhan itu dilakukan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh industri serta untuk meneliti keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.
Soalnya, kenapa baru sekarang mahu mengkaji keperluan pasaran? Kenapa kajian tidak dilakukan sebelum mulut terbuka melafazkan kata-kata?
Adakah penangguhan akan tetap dilakukan jika rakyat tidak membantah dan berdiam diri saja?
Mengapa sebelum ini begitu gah mengumumkan keperluan pekerja asing kononnya untuk keperluan industri serta mengatakan belia kita begitu memilih pekerjaan?
Mengapa anak sendiri pun turut sama bersuara seolah-olah membawa masuk pekerja asing adalah pilihan yang muktamad yang perlu dilakukan sebelum dunia kiamat?
Adakah ini menunjukkan keputusan berhubung kemasukan pekerja Bangladesh yang diumumkan sendiri oleh Zahid sebelum ini tidak berdasarkan kajian dan keperluan pasaran, sebaliknya hanya kerana adanya bisikan  “orang halus”, arahan dalam mimpi atau pesan daripada alam ghaib semata-mata?
Oppsss….adakah penangguhan kemasukan pekerja asing ini turut ada kaitan dengan pengumuman adik Zahid semalam berhubung keputusan syarikatnya tidak lagi menjalankan perniagaan berkaitan dengan kerajaan, termasuk di kementerian yang diterajui oleh abangnya?
Tetapi, yang nyatanya inilah kesan daripada bangkitnya rakyat bersuara dan membantah kebanjiran pekerja asing yang ternampak di mana-mana sejak kebelakangan ini.
Sekurang-kurangnya ini memperlihatkan “suara rakyat tetap suara keramat” dan kebangkitan rakyat memungkinkan sesuatu itu dapat ditolak ke tepi.
Kepada rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, marilah kita terus bangkit dan bersuara, bukan saja berkaitan pekerja asing, tapi juga dalam melakukan tekanan dan perubahan berhubung isu-isu lain yang lebih besar daripada itu. (SH 19/02/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

38
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Obat Tradisional Batuk Berdarah paling AmpuhVig Power Capsule Green WorldNordinabilaHAnonymousELBI RISALAH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Obat Tradisional Batuk Berdarah paling Ampuh
Guest
Obat Tradisional Batuk Berdarah paling Ampuh

keren abis

Vig Power Capsule Green World
Guest
Vig Power Capsule Green World

nice and perfect

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Saya pun tak tahu kita suka2 je tangguh ambil pekerja asing aku takut itu wayang je dlm diam2 kelulusan diberi ada pula sykt kata tak buat lagi itu betul tetapi ingat kita boleh buat banyak cara jadi proxsi syarikat lain pun boleh dan macam2 lagi kenapa sekarang baru nak bersuara selama ini apa yg dah dibuat banyak baik atau buruknya pd negara fikir2kanlah

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Saya pun tak tahu kita suka2 je tangguh ambil pekerja asing aku takut itu wayang je dlm diam2 kelulusan diberi ada pula sykt kata tak buat lagi itu betul tetapi ingat kita boleh buat banyak cara jadi proxsi syarikat lain pun boleh dan macam2 lagi kenapa sekarang baru nak bersuara selama ini apa yg dah dibuat banyak baik atau buruknya pd negara fikir2kanlah

Anonymous
Guest
Anonymous

Memang betul perlukan 1.5 juta.
Kira satu sarikat kepunyaan Zahid ambik 2,000 pekerja warga Bangla …

Itu Zahid … baru sorang.

Dan yang Zahid cakap permintaan Majikan©Syarikat, dia saja dah dikira ada 80-90 Majikan@Syarikat !

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan apa,ditangguhkan aje bukan dibatalkan. Lagipun ada kebarangkalian nak digantikan dengan orang Korea. Maklumlah ramai orang kita dah kemaruk dengan Korea.

Anonymous
Guest
Anonymous

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/1-5-juta-pekerja-bangladesh-bukan-untuk-malaysia-sahaja-1.487065 "Menterinya, Datuk Seri Richard Riot berkata, angka berkenaan (1.5 juta) sebenarnya merujuk kepada bilangan rakyat Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara negara mereka bagi mendapatkan peluang pekerjaan di 139 buah negara serata dunia termasuk Malaysia"…. Putrajaya da umumkan nak bawak masuk 1.5 juta..utusan malaysia pun umumkan angka yang sama…alih alih 1.5 juta tu merujuk kepada angka yang dikeluarkan oleh Kementerian di Bangladesh untuk menempatkan rakyat mereka yang diperlukan di 139 BUAH NEGARA… Malaysia dengan suka hatinya sanggup nak terima semua 1.5 juta pekerja bagi pihak 138 buah negara lain… bila rakyat da bising, baru… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Flip flop cam nie nak tadbir negara? Ni kalu kat private sector, CEO atau HR Director dah kena buang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat 1 mappudulung 0.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mappudulung ting tong ting tong.

Anonymous
Guest
Anonymous

Alamak!! Tak jadi ke bro. Aduhai banyak betul rugi ni. Aku baru nak order bentley

Anonymous
Guest
Anonymous

Betuilah kata orang tua2 dahulu.Kerana seekor kerbau, semua pembodek kerbau terpalit lumpur.

Anonymous
Guest
Anonymous

Haha mana boleh telan semua..kena share dengan Kak Birkin dulu

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini dinamakan PUTARJAYA dari PUTRAJAYA.PRU 14 undi rakyat tolak pemimpin sektor 3D (DEDAK, DALIH, DUNGGU) vs PASNOK (sikulutut + bn umngok)

ELBI RISALAH
Guest
ELBI RISALAH

Sama ada rakyat hormat atau mencela seseorang pemimpin, ia adalah berkait rapat dengan tindakan dan kata-kata pemimpin itu sendiri….

Itulah sebabnya orang tua2 berpesan, nak bercakap tolong buka mulut dulu ! Kalau agak2 mulut tu berbau busuk, baik tak payah cakaplah….Itulah jalan paling selamat !

Anonymous
Guest
Anonymous

jangan buat mcm tabung haji sudah la…bila rakyat bising, trus kata nak jual tanah tu..tapi rupanya bebulan lepas tu baru tau yang tanah tu tidak dijual… sama gak macam kes ni..skang buat statement tangguh..tau tau je da dibawa masuk semua pekerja asing…nanti bagi statement sebab da sign mou..kena patuh etc… rakyat pun terpaksa terima sebab semua pekerja tu da sampai tanah air kita..takde apa yang boleh dibuat…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau tak jadi tak dapatlah zahid nak beli jet peribadinya sendiri

Anonymous
Guest
Anonymous

Kan utusan umno dh cakap Zahid bangang dan bodoh dan majallah Massa ckp Zahid ada potensi menjadi pemimpin kaki rasuah. Tu sebab sokong Najib rasuha bagai nak rak.

Anak dan adiknya kena condemn bagai nk rak. Sebab adiknya dh kena sound tu fasal Zahid batalkan keputusan dia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pujuklah anak ko tu zahid oiii…tak dapat bangla pun tak pa. Azees rahim ada.Naina merican pun ada. Rasa sama saja. Suruhlah dia try dulu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Berita di radio menyampaikan bahawa MoU kemasukan Bangla telah di tanda-tangani.

Masuk tetap masuk. Jika rancangan asal angkut guna kapal kargo, di ubah guna kapal nelayan yang di ubah-suai.

Jika rancangan asal bawa masuk dalam kumpulan 600, di kurangkan ke 250 orang. Jumlah 1.5 juta tak kurang. Jadual mengangkut di tambah kekerapnnya.

Percaya lah sebagai se orang ayah yang baik, Zahid tidak sampai hati membuat anak gadis nya bersedih.

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Siapa tak kenal TPM Malaysia ni,menteri tin kosong(bising lebih),sembang kencang,cakap berdegar-degar tapi Habuk pun tarak,ayat tangguh tu sebenarnya perjanjian dah di tandatangi(tangguh sementara je tu),semua cakap menteri kat Malaysia ni tak boleh pakai/ dipercayai,cakap tak serupa bikin, akhirnya rakyat yg akan jadi mangsa, berapa banyak kes yg melibatkan warga asing takkan diorg tak nampak kesan buruk yg akan berlaku,kita doakan perkara ni berlaku ke atas keluarga mereka baru mereka tahu langit tu tinggi ke rendah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Betoi ka tak jadi niaga..

Anonymous
Guest
Anonymous

Nampak sgt menteri2 ni mmg nak kaya kan kroni2 dan saudara mara dia. Pantang dapat pangkat ..bila nampak $$.. kelabu mata ..pelbagai polisi di reka asal duit masuk poket mereka. Mereka Tak peduli wlpun rakyat merana. Moga Allah laknat pemimpin2 yg menzalimi rakyat nya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 15:23,

Yg PASTI Tuhan melaknati RAKYAT yg mendukung pemimpin2 yg zalim.

Amin..

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid pun nak jadi billionaire…takkan PM je

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa tak de baca blog steadyaku? Cepat buka sekarang ada posting senarai Syarikat yang member ni ada kongsi….jangan terkejut…bukan billion lagi….brazilian terus!

Anonymous
Guest
Anonymous

kan dah sign utk 3 thn? ni semua nak cover line aje. Percaya lah…mereka akan dibawa masuk juga. Bukan tak biasa rakyat kena kencing.

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul kata kau brooo..kita dh bnyak kali kena kncing

Anonymous
Guest
Anonymous

Kencing sajalah apa yg dia mahu.. biasanya Zahid dan Najib akan buat senyap2 ja..

Projek ni mudah.. senyap2 ja..dah bertahun dan berzaman dah dok buat.. polis-sprm-imegresen-dan-sumer-jabatan under saper?? Under dongoi2 ni la jugak..

Pekerja gomen mmg xder masalah kalau dpt minyak pelincir..sistem depa dok kelola halal haram makruh sumat..mufti2 berperut boyot ja..

Xkan kot xreti nak paham semiotik kerjabuat melayu2 haramjadah ni..

mansor
Guest
mansor

bercakap tak berfikir adalah bebal….Utusan Malaysia pun pernah kata Zahid bebal…ini susahnya jika bakal PM Malaysia tak cerdik…abis la negara dijual kepada asing….nampaknya Malaysia akan mewarisi Najib 2.0….

Anonymous
Guest
Anonymous

Xjd ke?? Alhamdulillah…

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan x jadi.. dlm kabinet UMNO..apa2 boleh jadi.. tgk rang undang2 Kg Baru.. bleh present gitu2 ja..mau org Kb Baru buat lembik tengkuk.. mmg pindah la sumer atas alasan Nong Chik nak bantu.. bantu haper.. bantu melingkup harta melayu..

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau sesiapa masuk kedalam kawasan Batu Caves, ikut lorong terus dan tuju ke sebelah kanan. Disini ada tempat parkir bas persiaran dan juga sebuah bangsal. Dalam bangsal kita boleh lihat ramai warga India menumpang didalamnya. Saya difahamkan mereka ini dibenarkan menumpang disitu oleh pengurusan Batu Caves atas dasar simpati. Mereka ini dibawa masuk ke Malaysia tanpa ada pekerjaan yang menunggu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Berapa orang bro? Kesian…itu sajalah rezeki zahid dgn anak dara dia tu

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang saya difahamkan tak putus putus ada saja orang macam ni disitu.
Anak Dara?

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia nampak RM aje…itu yang jadi kelam kabut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Itu lah ko orang semua. Tak dapatlah zahid dgn anak dara dia buat bisnes dah.
Siaplah ko orang. Tak dapat BRIM lah kali ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Aman Shah Senarai syarikat yg dimiliki Zahid Hamidi Nama: Ahmad Zahid bin Hamidi, DatukID Baru: 530104-08-6055Alamat: 389, Jalan Bayu NyamanCountry Heights43000 Kajang, Selangor No Syarikat & Nama Syarikat 098342 Kulim Enterprise Sdn Bhd352275 Poliperkasa Realty Sdn Bhd358454 Innovation Wood Sdn Bhd284688 Eksekutif Kualiti Sdn Bhd153388 YGP Holdings Sdn Bhd118860 Yayasan Gerakbakti Kebangsaan017892 Federal Power Sdn Bhd272712 Kelana Impian Sdn Bhd235313 Excellent Sempuria (M) Sdn Bhd413100 Rainbow Bay Sdn Bhd064775 Measurement (Malaysia) Sdn Bhd377274 Dutaace Industries Sdn Bhd283239 Poliperkasa Sdn Bhd128885 Airod Sdn Bhd395240 Esprimax Sdn Bhd273972 BCM Electronics Corporation Sdn Bhd159826 Page Development Sdn Bhd159407 Sabahmas Plantations Sdn Bhd159414 Red… Read more »