TERGAMAKKAH WAN AHMAD TERIMA "DERMA" MAT SABU?

Inilah yang dinamakan solidariti.
Sekumpulan anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka “Sahabat Mat Sabu” kini tampil memulakan inisiatif mengutip derma bagi membantu Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang berkemungkinan dijatuhkan muflis jika gagal membayar gantirugi sebanyak RM200 ribu kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar.
Tampilnya anak-anak muda itu berbuat demikian kerana merasakan Mat Sabu kini dalam kesusahan, selain menganggap isu yang dibangkitkannya sehingga diheret ke mahkamah, turut berkaitan kepentingan rakyat.
Isu yang menyebabkan Mat Sabu disaman dan kemudian dikehendaki membayar gantirugi kepada Wan Omar ialah berkaitan Projek IC di Sabah. Perkara itu dibangkitkannya ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Pas.
Menurut maklumat terkini, difahamkan hampir RM20 ribu berjaya dikutip pada hari pertama kempen diadakan.
Berdasarkan semangat kebangkitan rakyat, tidak mustahil derma untuk membantu Mat Sabu itu akan beroleh kejayaan dalam waktu yang tidak terlalu lama.
Jika setiap orang sedia menderma RM10 sekalipun, ia sebenarnya dapat menyumbang nilai yang bermakna dalam menyahut erti solidariti anak-anak muda itu.
Cumanya, oleh kerana ia merupakan kutipan daripada rakyat, tergamakkah Wan Ahmad menerima  “derma gantirugi”  itu atau beliau akan menyedekahkan wang tersebut kepada pihak-pihak lain? (SH 17/02/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

20
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Obat Tradisional Insomnia paling AmpuhObat Kuat Pria AlamiAnonymouslufangShahbudin Husin Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Obat Tradisional Insomnia paling Ampuh
Guest
Obat Tradisional Insomnia paling Ampuh

keren abis

Obat Kuat Pria Alami
Guest
Obat Kuat Pria Alami

nice and perfect

Anonymous
Guest
Anonymous

Marilah kita menderma seiklas hati utk bang mat. Harap ada no akaun bank supaya derma dapat disalurkan dgn mudah.senua pesera bersih anda mesti menderma utk perjuangan .perjuangan bangsa malaysia utk masa depan yg adil dan saksama

Anonymous
Guest
Anonymous

Gaji masuk nanti sye derma nak derma juga…moga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat…amin..

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib ke, Mat Sabu ke, BN ke, Pembangkang ke, semuanya sama saja.

Semuanya memperbodohkan rakyat. Semuanya kencing rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang2 melayu islam kat malaysia ramai yg spesis Wan Ahmad. Menyamun duit rakyat pun sanggup apalagi duit yang rakyat sedekah. Kadang2 malu menjadi melayu islam { tak semua begitu, tapi hampir semua menteri melayu islam begitu}. Negara lain wpun kapir tetapi mereka masih ada maruah diri, menteri2 mereka sanggup letak jawatan walau hanya dituduh ada affair dgn artis. Di Malaysia pula dah satu dunia mengutuk perbuatan rasuah tapi masih berpaut pada jawatan kalau bole sampai mati. Ini kah sikap melayu islam.

Anonymous
Guest
Anonymous

WA tak kemaruk duit tu. Kalu dpt pun, isyalah akan ada masjid atau tahfiz yg merasa. Termasuk org miskin. Isyalah.
Buatlah byak2 lgi tuduhan, moga ramai lgi boleh saman MSabun.
Belia Solidariti ni org kaya2.

Anonymous
Guest
Anonymous

Lawan tetap lawan.Belia benci sektor 3D (DEDAK, DALIH, DUNGU)

Anonymous
Guest
Anonymous

Hai….ada macai WA yang tolong jawabkan….

Anonymous
Guest
Anonymous

Bagus lahhhh…kalau derma kpd Mat Sabu yg dibayr kepada Wan tu pergi Masjid dan Tahfiz. Dapat pahala juga penderma2 kpd Mat Sabu.

Project IC tu memang betul. Kalau tak, tak kan Umno/Bn bolih menang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saudara mat sabu anda bkn sendirian kita lawan untuk malaysia yg lebih baik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa nama…apa nama…
Bagi acc nmbr. Kalau ada rakyat yg perihatin, InsyaAllah akan di masukkan ke dlm acc dgn niat berdasarkan semangat kebangkitan rakyat melawan penyelewengan pemimpin.

Anonymous
Guest
Anonymous

Makcik ni ibu tunggal…5 tahun lagi masuk 6 series. Makcik dah menderma. Anda semua bila lagi?

Anonymous
Guest
Anonymous

Ikut resmi derma 2.6 bilion, pakai sikit dan yang tidak dipakai dikembalikan kepada penderma.Pakai 50 kembalikan 150.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau dedak pun dia rembat, ini kan pulak memang hak dia. Halal Haram pun tak peduli, inikan pulak duit dari rakyat atau tidak.

Tapi jika kes tersebut atas kapasiti dia sebagai Timbalan Pengerusi SPR, duit tersebut bukan dia yang berhak, begitulah agak nya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sya nak derma untuk sokong mat sabu.sya pengawal keselamatan dan duit kerja titik peluh saya

Anonymous
Guest
Anonymous

Inshaallah Tuhan akan menggantikan duit derma kamu dgn lebeh lagi.