IMAM PUN ADA DISALAHKAN, BAGAIMANA ZAHID BOLEH KATA "JANGAN SALAHKAN SAYA"

Agak menjengkelkan apabila Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dan kerajaan tidak harus disalahkan berhubung rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja daripada Bangladesh untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Habis, kalau bukan menteri yang membuat keputusan dan kerajaan yang memerintah yang harus disalahkan, siapa lagi?
Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang harus diletakkan kesalahan itu?
Dalam hal ini Zahid seharusnya sedar bahawa menteri dan kerajaan bukannya “maksum”  sehingga semua perkara yang diputuskan seolah-olah betul belaka, malah imam surau pun akan ditegur dan dipersalahkan kalau bacaannya meragukan atau suaranya tidak berapa jelas kedengaran.
Jadi, apa masalahnya kalau ada teguran atau meletakkan kesalahan kepada beliau dan kerajaan berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu?
Terimalah hakikat bahawa kemasukan itu terlalu melampau dan hanya menimbulkan persepi semata-mata untuk memberi pendapatan kepada kerajaan melalui kutipan levi dan keuntungan berganda kepada syarikat yang diberi lesen membawa masuk pekerja terbabit.
Harus disedari bahawa kita bukan saja berhadapan dengan lambakan warga asing daripada Bangladesh, tetapi juga daripada Indonesia, China, Myanmar, Filipina, Nepal, Afrika dan sebagainya.
Itu pun sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Zahid bagaikan masih tiada perasaan apa-apa berkata, ” jangan salahkan saya, jangan salahkan kerajaan”.
Akuilah, ia memang salah menteri dan kerajaan yang sedang berkuasa, bukan salah sesiapa yang lain. (SH 14/02/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

40
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousKulup LopezlufangJoe HarryNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

TPM jari telunjuk ni suka sgt mencabar orang….

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila Timbalan Penyamun Malaysia bersuara..

1Malaysia Dalam Bahaya

Anonymous
Guest
Anonymous

Bawa masuk pelarian syria,pekerja bangla.nanti dia org hack komputer dan ckp mcm.lpas tu ckp isis sini la sana la.wahai menteri kamu semua kalu la ada sikit maruah pun takpa la smua menteri barang naik berundur dan ada kan satu pilihanraya.klu kmu smua baik rakyat pasti undi kamu balik,tpi jgn main kotor.

Anonymous
Guest
Anonymous

1.5 juta orang = 1.5 juta undi…. kalau betol le… boleh terus berkuasa lepas pru14.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mungkin salah TDM kut,dari negeri pertanian kapada negeri penindustrian agak-agaklah.Sebab kebelakang ini apa yang terjadi salah pemerintah dulu,bukan salah mereka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dasar kelentong puak umngok hanya pandai mengunakan pangkat dan kuasa saja.Bab-bab teknologi mengurangkan pengunaan tenaga manusia buta kayu kerana buta perut cash is king.Nampaknya negara kita tidak mampu (tiada akal bijak) untuk mencipta teknologi masa depan tapi hanya mampu mengharapkan tenaga tulang empat kerat bangla.

Anonymous
Guest
Anonymous

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Dasar jenis manusia hipokrit. Perasan hebat. Siapa? Tak kiralah siapa? Siapa makan cili , dia rasa pedas.

Anonymous
Guest
Anonymous

Assalam Bro,Aku cadang pada Shahbudin supaya siasat siapa yang menjadi mastermindnya.Boleh untung jutaan ringgit.Jangan-jangan ada kroni yasng terlibat ? TPM kita ni memang bengong macam ketua dia…….

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu penyokong dsai skrg beliau dlm penjara.zahid takda kuasa?ini bkn politik melayu tpi jawa.lgi bahaya bro

Anonymous
Guest
Anonymous

Sepanjang Zahid dilantik jadi menteri, berapa kali dia berkata benar dan berapa banyak kali dia menipu dan berbohong dihadapan rakyat ? Dan tanya pada ahli UMNO Baru, apa kehebatan dan keistimewaan Zahid selain dari rasuah kerana mereka tetap menyokong kepimpinan Zahid sehingga ke jawatan naib presiden ? Bagi rakyat Malaysia, ketrampilan Zahid sebagai pemimpin untuk negara amat menjijikkan kerana sikap samseng, putarbelit auta jadi fakta, cakap tak serupa bikin. Dalam banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau tiada satu pun yang memberi kebaikan kepada rakyat, semua nya berunsur amaran, ugutan, penghinaan, dan tindakan kasar melalui polis. Pernahkah kita dengar beliau mencadangkan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Harap2 para veteren UMNO yang fikirannya masih rasional dan waras dapat menegur Kerajaan BN yg ada lani. Tak dapat dinafikan inilah HASIL KERJATANGAN PENINGGALAN UMNO. So mana-mana yg dah sedar kediri tu bangunlah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Veteran umno? Huh..mcm kata bekas menteri besar perak Tajol rosli ketika perang saraf diantara Tun Mahathir dgn najib makin memuncak.
Its not that we love Tun Mahathir less but we love Msia more.
Veteran umno mcm ni yg kita nak?

Anonymous
Guest
Anonymous

Tajol rosli dedak mau? Dedak?
Pompuan cantik mau?

Anonymous
Guest
Anonymous

Polisi membenarkan kemasukan buruh asing bukanlah baru malah keperluannya mula disedari apabila landang sawit tumbuh macam cendawan lepas hujan dan visi sempurna 2020 hendak dicapai.

Dalam konteks binaan pula ia jadi keperluan wajib apabila jambatan PP 1, Daya Bumi, KLCC dan Putrajaya hendak dibina. Itu tak termasuk jambatan bengkok yang belum di kensel sepenuhnya.

Sudah tentu hujah yang akan digunakan ialah dulu tak sama. Dulu tak kesah kerana, dot, dot. Tambahan pula dulu tu jumlahnya tak sebanyak sekarang. Walhal hujah yang betul ialah: "apa yang orang dulu buat tak semestinya betul, apa yang tidak betul perlu ada beran untuk diperbetulkan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apabila dikritik tetang perobohan tapak warisan Dap beri alasan `bebiri hitam` iaitu pelan perancangan tapak warisan Meddley Bay telah dilluluskan oleh pentadbiran terdahulu dan Dap hanya ikut apa yang pihak dulu dulu buat.

Ini menunjukkan siapapun yang naik, apa saja projek yang mampu mengembangkan poket kroni akan diteruskan. Tiada keberanian untuk buat apa yg betul secara universalnya sebaliknya memilih untuk buat apa yg betul di mata politik dan kroni.

Makanya jangan terlalu berharap pembaharuan dan pembetulan akan berlaku kalau muka baru diberi peluang menaiki tangga kalau muka lama dalam parti keramat Dap masih mengawal tangga menggunakan tangan ghaib.

Anonymous
Guest
Anonymous

ANON 15:55 KITA SOKONG AJELAH UMNO – TERJAMIN HIDUP KITA.

DULU KINI & SELAMA2NYA.

AMIN!!!

Kulup Lopez
Guest
Kulup Lopez

Tumpor kita yeop. Polisi cash is king yg dibawa umno ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kamu tu siapa?..Pak Midi kampung Serkat Pontian tempat Mat Maslan ke?…Kamu MENTERI, cakap suka hati cakap je… Dalam keadaan ekonomi yang merundum dan rakyat menderita sekarang kamu nak bawa 1,500,000 rakyat asing datang bekerja di Malaysia.Ada lagi 2,500,0000 rakyat asing yang sah dan tak sah kini berada di tanah air yang tercinta ini…nak di tambah lagi?…. Cakap dan bertindak tak pakai otak…nama saja Dr…Yang penting fikirkan macamana nak mengatasi masaalah rakyat mengharungi hidup penuh kesempitan dan tekanan ekonomi yang begitu mendesak… Atau kamu hanya pentingkan tembolok kamu saja. Adik kamu dapat lesen bawa masuk pekerja bangla…duit masuk…duit masuk…poket penuh…itu yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid cuba cerita kekayaan yg ko kumpul dan dapat hari ni dgn keringat dan titik peluh sendiri atau dgn kuasa politik???
Tolong bagi pencerahan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Makan persen lah apa lagi

Anonymous
Guest
Anonymous

Kesalahan bodoh tidak boleh didakwa…kahkahkahakahkah…bolehland

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat tolak pemimpin serkap jarang/statement tidak bertanggungjawap.

1. Siapa dalang pekerja bangla 1.5 juta?

2. Mana statistik sebagai bukti keperluan mengambil 1.5 juta pekerja bangla?

3. Sektor mana yang sangat kritikal sehinggakan memerlukan 1.5 juta bangla?

4. Rakyat (pengundi) dari kawasan dun/mp mana yang tidak tahan berkerja dalam keadaan panas terik mentari/hujan, nyatakan dun/mp?

5. Siapa yang harus bertanggungjawap/dipersalahkan sila nyatakan tanpa berselindung.

Anonymous
Guest
Anonymous

barua ni tak layak jadi tpm. kaki penyamun. semua org tau

Anonymous
Guest
Anonymous

Semua menteri2 di malaysia ni jutawan berlaka. 1 tahun buat kerja untuk rakyat. 4 tahun buat kerja untuk bina empayar kekayaan sendiri. 4 + 1 dah cukup 1 penggal.
1 penggal dah jadi jutawan segera
2 penggal boleh jadi billioner.

Anonymous
Guest
Anonymous

pak menteri paling suka sekiranya statistik jenayah di Malaysia tinggi…peruntukkan menangani jenayah akan diberikan lebih untuk kdn untuk membeli keperluan anggota pdrm…setiap pembelian xkan xde persen untuk Pak menteri???kahkahkah….ambil contoh diselatan Thai…kes bangla ni sebagai contoh untuk memperolehi title billionaire secara sah memandangankan ketua penyamun mereka dah kantoi buat secara diam2…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ko org tipu aja trus pak muntri2.40 tahun hidup sya tun.m is the best statesman we ever had.agree guys?skrg smua muntri tongkol takda class.fikir da jgn jadi bangsat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Selalu ada alasan rakyat pilih kerja.malas dan mcm2.skrg kau bawa bangla smua kerja dia ambik jdi rakyat menganggur atau jadi penjenayah bru gomen ada mashuk duit jamin.mcm2 cara buat bisnis menteri kita semua ni.yg penting keluarga dia kenyang rakyat bole mampos

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Mula2 zahid kata fmm yang minta dimasukan pkerja asing sejumlah 1.5juta. Kemudian dinafikan pihak fmm yang menyatakn mereka tidak minta.
Atas rasa malu, zahid suruh fmm rujuk kepada ahli untuk mengesahkan ada minta atau tidak.
Persoalannya…kenapa tidak melalui persatuan(fmm)?? Kenapa kerajaan tidak mengeluarkan arahan, setiap permohonan pekerja asing mesti melalui persatuan??
Disini sudah nampak "permainan zahid dan kerajaan".
"Penderma" pun dah mati. Ada baki bagi balik. Nak hadapi pru14 dah tak ada "cash is king", maka merancanglah cara baru. Apa yang nak jadi pada rakyat dan negara, apa dia orang peduli, janji dapat berkuasa…

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kita ni sebagai ayah nak buat keputusan pun berfikir dan bincang dulu inikan menteri takan nak buat keputusan tak fikir dan bincang dulu mana otak2 dia orang ni agaknya letak kat bontot je org gila pun gunakan otak nak buat sesuatu tindakan kalau nak kayakan keroni dan keluaga carilah rezeki yg halal jangan nak menipu rakyat je aaaammmmiiiiinnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau kita pergi ke pejabat bahagian umno. Sambutan yg kita terima " Ada apa?" Sapaan cukup haram jadah. Dah lah tengok muka dia pun macam haram jadah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Baru2 ni.. gi buat aduan kat pejabat parlimen. MP x dak. Kluaq opis boy cum macai MP. Sembang punya sembang la masalah kampung. Banjir. Jambatan runtuh dan hanyut. Ketua Kampung pulak jenih UMNO buta hurup. Kita tolong la explain bagi pihak Ketua Kampung. Part paling WIN ialah, opis boy cum macai tu tanya, "Awak ni sapa?". Sudah di explain, bertubi2 dia katakan saya bukannya org yg layak buat aduan. Waktu kecemasan begini pun, masih berkira pangkat dan kedudukan lagi untuk buat aduan je pun. Kalo ginilah kelaku opis boy jer pun.. Israel kapir harbi pun aku sanggup undi drpd duduk… Read more »

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kita ni sebagai ayah nak buat keputusan pun berfikir dan bincang dulu inikan menteri takan nak buat keputusan tak fikir dan bincang dulu mana otak2 dia orang ni agaknya letak kat bontot je org gila pun gunakan otak nak buat sesuatu tindakan kalau nak kayakan keroni dan keluaga carilah rezeki yg halal jangan nak menipu rakyat je aaaammmmiiiiinnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

Jawapan setaraf bangkai….

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Masalah umno dan para menterinya, mereka fikir mereka ni maksum dan suci.
Basic management principle, authority coned with respinsilities. Kalau mcm ni la standard menteri kita, tak ke mana lah kita. Hancur.

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Sori:it should b comes with responsibilities.

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Sori:it should b comes with responsibilities.

Anonymous
Guest
Anonymous

Wahwahwah.. menteri2 kita sudah capai level malaikat dan tuhan. Bongkak dan sombong mengalahkan tuhan.

Mujurlah orang2 melayu semua jenis penakut dan pengecut. Takat ada sekor dua kepala masam, x cukup nak ajar menteri2 bangang dan sombong ni. Kalo x, lama dah kena penampar buaya bomoh kelapa MH370.

lufang
Guest
lufang

Kasi bawak masuk lagi lamai pekelja ,lagi bagus maa aa . kelajaan bolih lapat lagi manyak luit maa aa ,itu pekelja kalau lamai tatak keleja bolih kasi bayar upah lagi mulah maa aa , tauke untung busat lor rr .

Banyak celedik maa aa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam umno n pas sudah ramai yg merasakan diri mereka maksum, tidak boleh di tegur/kritik.

Kalau bising2 kena tindakan disiplin parti..

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Masalah umno dan para menterinya, mereka fikir mereka ni maksum dan suci.
Basic management principle, authority coned with respinsilities. Kalau mcm ni la standard menteri kita, tak ke mana lah kita. Hancur.