PETUA UNTUK SENANG ATAU SENGSARA DI ERA NAJIB

Tiada apa yang memeranjatkan apabila Mukhriz Mahathir secara terbuka menyatakan sebab utama beliau disingkirkan sebagai Menteri Besar Kedah ialah kerana tegurannya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib Razak.
Katanya, perkara itu diberitahu oleh Najib sendiri yang nyata beliau tidak senang dengan kritikan dan kelantangan berkaitan dua perkara itu.
Kenyataan Mukhriz itu hanya mengesahkan lagi bahawa sesiapa saja yang bersuara lantang dan berbeza mengenai kedua-dua isu itu pasti akan segera “dipancung” dan “dipendekkan nyawa politiknya”.
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dipecat daripada kabinet juga kerana bersuara mengenai 1MDB dan wang derma tersebut.
Peguam Negara, Abdul Gani Patail dibuang secara mengejut dan orang nombor dalam Cawangan Khas PDRM, Abdul Hamid Bador dipindahkan serta-merta pun kerana 1MDB dan duit derma itu.
Pegawai SPRM dipindahkan (tapi ditarik balik setelah timbul desakan) dan beberapa yang lain disiasat dan digeledah, juga tidak lain disebabkan sedang menyiasat tentang 1MDB dan wang derma yang sama.
Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang ditahan, “disosmakan”  dan didakwa di mahkamah semata-mata kerana bersuara ke seluruh dunia inginkan kebenaran berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta itu.
Ahmad Zahid Hamidi, Salleh Said Keruak dan ramai yang lain mendapat jawatan kerana gigih mempertahankan 1MDB dan derma yang khabarnya disumbangkan oleh keluarga Diraja Arab Saudi, tetapi masih dirahsiakan namanya.
Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ditawarkan jawatan dalam kerajaan, semua rakyat dan makcik Felda pun tahu puncanya hanyalah berkaitan 1MDB dan wang derma yang satu itu.
Mendesak pemimpin tertentu berundur kerana 1MDB dan derma akan dianggap berdosa, lalu disiasat dan dipecat tetapi berkomplot menolak pemimpin yang bersuara tentang perkara yang sama, akan diberikan pujian dan dikatakan untuk kepentingan parti di masa depan.
Pendeknya, di era Najib ini, untuk senang atau derita dalam politik, senang saja pilihannya. Kuncinya satu saja, iaitu 1MDB dan duit RM2,600 juta.
Kedua-dua perkara itu seolah-olah “benda suci”  yang tidak boleh sama sekali dikata tidak baik mengenainya.
Bersuara dan mengkritik 1MDB serta derma yang diterima Perdana Menteri, bermakna bersedialah dengan risiko susah dan sengsara, manakala angguk dan sanggup berkata “ya” sepanjang masa, dapatlah segala nikmat dunia. (SH 11/02/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm
Subscribe
Notify of
guest

24 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
12 February 2016 6:43 am

Petua senang sangat. Sokong je bagai nak gila. Pedulikan dosa pahala dan haram halal. Pedulikan rakyat yang merana . Tipu rakyat dan buat macam kita ni semua ambil berat.

roslan othman
roslan othman
12 February 2016 2:07 am

Anon 9.22 Hai tak salah najib jugak,punca segala masalah ini adalh daripada najib dan rosmah ingat tu sampai mati,ingat tu ,nanti kalau umno terlingkup selepas PRU 14 tolong salahkan najib juga kerana punca segala masalah adalah dari ketamakan dan kejahatan dua laki bini ini termasuk juga menteri menteri ,AMT umno yang mempertahankan najib ingat itu sampai mati.

Anonymous
Anonymous
12 February 2016 1:22 am

Tak bolih salahkan Najib jugak. Politik adalah satu seni menggunakan orang utk kepentingan peribadi. Dalam kes Gani Patail, Agong patut mintak sijil pengesahan dari Lembaga Kesihatan utk mengesahkan Gani tidak bolih menjalankan tugas. Kuasa memecaat ialah Agong. Dlm kes Hamid Bador, kuasa utk menukar dibawah Khalid Tweet. Dh Khalid bolih dipergunakan, itu salah khalid lahh.. Dlm kes Mukriz, dia yg salah. Siapa suruh resign. Undang2 mengatakan mesti memperolehi 'confidence of the majority of members of the ASy'. Members ialah 36 Adun. Jadi majority of members of Assy mestilah 19 Adun. Bashah dpt 18 dan Mukriz 16 dgn 2 ahli Dap… Read more »

Hasnal Tamjehi
Hasnal Tamjehi
12 February 2016 1:17 am

Hahaha… ini dah mcm cerita Dajjal ni, i help u, u help me

Syurga itu neraka, neraka itu syurga…. sendiri mo ingat la mane2 yg makan "dedak" tu

Anonymous
Anonymous
12 February 2016 12:59 am

TAHUKAH KALIAN SESUATU PERKARA YANG MENGUNDANG DOSA?.
KITA MALU KALAU ORANG TAHU.
ALLAH DAH BAGI WARNING DALAM SUROH KE 11 (HUD) AYAT 113.

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 6:38 pm

"If U ulang, i will sue you". Uttered LGE. This is the kind of people who will follow Najib's footstep. It seems Mat Sabu is literally the brightest light at the end of the tunnel.

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 6:16 pm

Harapkan pegar, padi dimakan semua. Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata! Apa dah jadi dengan Negara kita?Bila wang berbillion di katakan dermaMasuk akaun peribadi bukan satu tapi duaSetelah sekian lama mengarang ceritaSemuanya serba tak kenaApa lagi untuk diterima dan dipercayaTiba-tiba wang dipulang semulaKepada penderma yang tak tahusiapaKatanya Arab yang dah kaya rayaKan lebih baik diberi kepada rakyat yang melara Apa dah jadi dengan Negara kita?Bila siasatan mengambil masa lamaBukan satu agensi, tetapi tigaMalaysia kan bukan negara AfrikaSerba maju dengan LRT dan lebuhraya kelas duniaDengan jargon KPI, ETP, GTP dan NKRAMaka dengan Peguam Negara ditolaknyaKonon tidak cukup bukti untuk mendakwaTanda… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 5:19 pm

Kalau Najib yakin tindakannya betul dan dipihak yang benar, Najib sepatutnya melantik Mukhriz sebagai Pengurusi PAC selepas memecat Mukhriz sebagai MB Kedah.

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 4:54 pm

Sebab tak boleh bukak mulut le PAU 2015 catat sejarah perhimpunan UMNO paling membangangkan melayu.

yen uchop
yen uchop
11 February 2016 8:30 pm
Reply to  Anonymous

Dulu masa malam keputusan pRU13 buat perhimpunan, dah ada momentum Pakatan Rakyat tak ambik peluang kesempatan kemarahan rakyat. Pada malam tu semua ketua patut bakar semangat guna idea aku tapi tak ada teloq. Lepas tu buatcermah bergilir gilir. Terlepas PRU13 kerana puak Unity Government main kuda tibai jebon. , aku confrim ta ta bye ! bye ! Pakatan Rakyat tak akan meang PRU berikut selamanya. Apappun tahniah Be End.

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 4:48 pm

ya allah…kau selamatkanlah kami dari mereka2 yg zalim

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 4:23 pm

dulu, dedak dibagi makan kepada ayam, itik dan babi…

sekarang ayam, itik dan babi kurus sebab bekalan dedak dah berkurangan..

tahu kenapa?

yen uchop
yen uchop
11 February 2016 8:22 pm
Reply to  Anonymous

Dulu aku pergi kursus biak cendawan. Bila disampaikan maklumat bahwa terlalu tingginya orang yang menceburi penaman cendawan – habuk kayu getah dulu free kini jual ikut kilo dan dedak dulu makanan haiwan kini dibeli pengusaha biskut diIndonesia – dibikin biskut dan export keMalaysia sebagai makanan haiwan bergelar manusia.

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 3:53 pm

Majlis Raja-Raja pun ada tegur jugak, pecat lah sekali…

yen uchop
yen uchop
11 February 2016 8:17 pm
Reply to  Anonymous

Pecatlah raja raja. Andai Najib pecat raja raja dan sutan – huhhhh! gua tabik spring kat Najib. Hirup Najiob !

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 3:46 pm

Najib bersemuka dengan Mukhriz tetapi tidak menerangkan isu mengenai 1MDB dan derma. Tetapi sebaliknya Najib hanya menyatakan tidak senang dengan kritikan dan kelantangan berkaitan dua perkara itu.

Jika ketiga-tiga Pemimpin UMNO tidak dapat terima kelentong Najib, bagaimanakah pemimpin yang lain boleh terima kelentong Najib begitu sahaja? Dan kelentong yang mana menyebabkan mereka percaya ?

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 2:43 pm

Adalah lebih baik sekiranya Muhyiddin, Mukriz dan Shafie Apdal kumpul penyokong mereka dan tubuhkan parti baru. Ajak turut serta pemimpin-pemimpin berkaliber seperti Rafidah Aziz, Zaid dan sebagainya untuk turut serta. Tun M jadi penaung. Saya yakin gerakan ini bakal menarik ramai ahli parti yang bukan pemakan dedak. Mereka pastinya sedar parti adalah kapal yang semakin besar bocornya dan bakal tenggelam tidak lama lagi. Biarlah pemakan-pemakan dedak tinggal dengan kepala lanun dalam kapal mereka yang semakin tenat. Sekarang pun ramai yang dah berpandangan parti itu seperti najis Mughallazhah. Ingat, PRU dalam 2 tahun sahaja lagi, baik buat keputusan sekarang.

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 10:44 pm
Reply to  Anonymous

Dlm UMNO, tak ramai yg berfikrah begini. Boleh kata 99.999% yg join UMNO-BN ni..baik ka jahat ka… janji aku boleh telan!! Utk Agama, Bangsa dan Negara tu adalah ayat2 untuk menjual diri dan iklan pemasaran diri. Maklomlah.. ramai Melayu2 bodoh saja dlm UMNO ni. Bodoh ni bukan bermakna tiada ilmu atau tidak berpelajaran. Bodoh ini kerana DUIT dan INGIN KESENANGAN BERSKALA MEGA, bukannya skala Qanaah. Satu lagi jenis solat tak lekat 5 waktu. Kalo solat pun, main2 ja. Buka aurat tu xder hal punya. X dinafikan.. ada yg kuat beragama, tetapi berapa kerat? Berapa % dlm UMNO nak martabatkan agama?… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 2:32 pm

Nikmat? Nikmat yang mensengsarakan anak bangsa sendiri dan berpuloh juta rakyat Malaysia yg lain.Nikmat? Nikmat yang menghakiskan reputasi bangsa sendiri di mata dunia.Nikmat? Nikmat yg meletakkan Malaysia sebagai negara islam yg mengamalkan rasuah yg tertinggi di mata dunia.Nikmat? Nikmat dengan menjual tanah dan harta negara kepada negara asing.Nikmat? Nikmat yg bakal membawa masuk 1.5 juta lagi rakyat asing secara sah ke negara ini.Nikmat? Nikmat dengan menjual tanah air sendiri di singapura.Nikmat? Siapa yg sebenarnya yg menikmati kesemua nikmat nikmat ini.Nikmat? Ikan bilis ditangkap ikan jerung bebas berleluasa.Nikmat? Bapa aku seorang askar mati ditembak komunis pada tahun 1969 dan ibu menjadi… Read more »

Cashisking
Cashisking
11 February 2016 2:32 pm

Itulah yang dikatakan BIAR BODOH ASAL SETIA.

Anonymous
Anonymous
11 February 2016 2:27 pm

Sebab tu KJ senyap saja…..takut hilang jawatan. Hanya yang berdiri dengan kebenaran saja yang berani.

roslan othman
roslan othman
12 February 2016 2:10 am
Reply to  Anonymous

KJ ini pemuda tak guna sesen pun,ini masalahnya kalau naik secara rasuah,mungkin KJ takut disemenkan didalam tong dram.ha ha

sham zam
sham zam
12 February 2016 4:08 pm
Reply to  Anonymous

mamat ni akn mnyalak bila ada kpntingan pd diri sendiri. pstu senyap bisu bila tgk kedudukan terancam. pendek kata play safe mcm suma dlm umno tu. lgpun mamat ni trlalu bahaya sbb terlalu terdedah pd liberal. rmai tak tahu golongan muda mcmna yg dia brkawan dan mmpengaruhi kputusan2 kerajaan masa depan. ada sekali kes hiburan pntas glamour, mmber berpengaruhnya berbaju~T tertera milf ditonton seluruh asean secara lgsung. anda fhm milf? byk lg yg amat bhy, cukuplah satu ni didedahkn

Ujang nsembilan
Ujang nsembilan
11 February 2016 2:07 pm