KENAPA KARPET MERAH DIJADIKAN MANGSA?

Di tengah-tengah kepimpinannya sedang dipertikaikan rakyat jelata dan berita mengenainya juga meniti diperkatakan di seluruh dunia, Najib Razak tiba-tiba ingin merendah diri dengan meminta perbelajaan sambutan untuknya dikurangkan dengan segera.
Aspek yang disentuhnya untuk dikurangkan itu ialah penggunaan karpet merah dan hidangan istimewa dalam setiap program yang dihadirinya.
Menurut beliau, dengan berbuat demikian bermakna perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan dan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada rakyat.
Fokus utama kita ialah rakyat, bukan protokol, kata Najib lagi.
Hahaha….ketawalah semua orang, termasuk makcik-makcik Felda dan budak-budak sekolah rendah dengan lakonan terbarunya kali ini.
Kenapalah dalam banyak-banyak aspek yang boleh dilakukan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan, karpet merah yang lebih menjadi perhatian Najib?
Apa yang ingin ditonjolkannya? Kalau ingin menunjukkan beliau kononnya berjiwa seperti rakyat biasa, ingatlah bahawa ramai belum lupa tentang perbelanjaan mewah dan keseronokannya membeli belah  bersama keluarga di berbagai negara sebelum ini.
Lagi pula, bukankah menggunakan karpet merah tidak mengeluarkan belanja yang besar kerana ia tidaklah terlalu mahal serta karpet itu pula biasanya boleh diulang-ulang pakai kegunaannya?
Apa yang sebenarnya dapat dijimatkan dengan tidak menggunakan karpet merah?
Apakah selama ini penggunaan karpet merah yang menyebabkan kewangan negara jadi tenat?
Adakah dengan tidak menggunakannya lagi,  ekonomi  negara akan segera melonjak dan hutang yang bertimbun dapat dikurangkan?
Mengapa tidak diumumkan penjimatan yang lebih besar maknanya seperti mengurangkan saiz kabinet, pemotongan gaji dan elaun menteri, membuang penasihat dan duta khas bertaraf menteri yang tidak memberi faedah sama sekali, menghadkan majlis jamuan sempena hari perayaan kepada menteri-menteri dan timbalan menteri dan memotong sebahagian peruntukan Jabatan Perdana Menteri yang berjumlah lebih RM20 bilion untuk tahun 2016?
Program lawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri, kenapa masih menikmati kemudahan perjalanan dan penginapan bertaraf lima bintang?
Dalam hal ini, seorang rakan yang biasa dengan Najib sejak sekian lama, tetapi sudah beralih arah mulai beberapa bulan lalu, menyifatkan Perdana Menteri semakin memperlihatkan dirinya tidak tahu apa keutamaan yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negara.
Tanpa karpet merah pun, kata beliau, jika sikap dan perangai Najib masih tidak berubah, tiada apa-apa yang berbeza yang dapat dirasakan oleh rakyat. (SH 11/02/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

32
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousAbbasbestari GoldAlimansorNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Dah mentedarah bagai nak rak.
Baru fikir nak jimat belanja.
Macam ni kroni tak dapat dedaklah.
Eh… eh… eh…

Abbasbestari Gold
Guest
Abbasbestari Gold

Gelaran terbaru kpd Najib.. oleh org2 Umno..

Yer.. jgn terkejut.. org2 Umno sendiri yg menggelar Najib..

"Perosak Negara"

Anonymous
Guest
Anonymous

Memang betul. Lahanat ni dgn kabinet 1MDB memang perosak negara dan perosak bangsa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Politik karpet merah ialah karier politik senang naik dalam kepimpinan parti.Bayangkan karpet sudah tersedia dalam stor hanya tinggal bentang untuk ketua umngok, begitu jua jika anda anak seorang bekas pemimpin.Anda akan cepat naik, tanpa mengira anda seorang yang banggang dalam politik atau ekonomi mahupun sosial. Itu dinamakan (politik karpet merah)

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah nak terberak baru nak korek lubang ker?

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak buat apa karpet merah yang dah ada dalam stor?

Anonymous
Guest
Anonymous

adakah cerita P Ramlee 3 Abdul satu kebetulan? hmmm…

Ali
Guest
Ali

Dok berulang alik gi Singapore melobi duit yg beku tu guna duit siapa?

mansor
Guest
mansor

maaf la Najib…sibangang saja yg percaya kamu….

Anonymous
Guest
Anonymous

Ko pi mampus lagi baiklah najib daripada hidup asyik syok sendiri saja.

mansor
Guest
mansor

Najib nak berjimat kerana rakyat…kahkkahkahkahkahkah…berok mat yeh kalau pandai baca …berguling2 ketawa…sebulan tak panjat nyior….kelakar betul Najib semenjak dua ni…….apa dah jadi Najib ye…..macam . semacam je…nak jimat…nak elak protokol…kikikikkikiki….lembu Kak Ijat pun ketawa….

Anonymous
Guest
Anonymous

Kangkong kan adaaaa..

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana boleh kurangkan jamuan makan. Habis ahli umno biasa yang datang majlis nak makan apa? Nasi bungkus dengan air suam? Dia orang pun nak jugak melantak benda sedap sedap. Kalau makan beryiani kambing kat kedai, mahal tau.

Anonymous
Guest
Anonymous

Berani UMNO tak bagi makan ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya dah kata dari dulu, kenapa salahkan Najib??? Yang salah ialah pengundi BN/Najib yang bangang dan masih mempertahankan perompak besar siang hari. Tak faham apa jenis DNA fahaman sebahagian orang Melayu yang tidak peduli pemimpin Melayu yang korup asalkan …… Melayu.

Sedangkan orang Korea selatan, kalau pimpinan orang Korea itu korup, maka mereka akan singkirkan bangsa Korea yang korup itu.

Sudahlah, jangan taksub minda "asalkan Melayu walau korup tak apa, jangan bangsa lain memerintah…" Inilah virus yang meresap dalam minda sebahagian orang Melayu sekarang dan menghancurkan bangsa Melayu itu sendiri.

Lihat sejarah semenjak tahun 1500 masihi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya sokong anda. Mcm salah besar kalau nak buang atau paling tepat HUMBAN kan je. Lepas tu dok bising2 pakai jet la….belanja mewah la. Sapa dok bagi dia kuasa? Dah tak betul sokong lagi? Susah ke nak pakat2 satu hati utk buang semua lanun ni? Sbb tu jgn tuding jari kat depa dulu….tengok tang mana salah kita….

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg patut dikurangkan perbelanjaan mewah jet mewah menteri2 yg banyak tapi tak tahu buat kerja penasihat2 yg bertaraf menteri pegawai2 penyelaras dun n parlimen jangan ambil duit rakyat pulun sendiri buat projek utk untungjan keroni akhir sekali rakyat pun dah tak sukakan umno n bn undur sajalah supaya boleh diganti aaaammmmiiiinnnn

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg patut dikurangkan perbelanjaan mewah jet mewah menteri2 yg banyak tapi tak tahu buat kerja penasihat2 yg bertaraf menteri pegawai2 penyelaras dun n parlimen jangan ambil duit rakyat pulun sendiri buat projek utk untungjan keroni akhir sekali rakyat pun dah tak sukakan umno n bn undur sajalah supaya boleh diganti aaaammmmiiiinnnn

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Hari2 perbodohkan rakyat. Nak jimat kepala hotak dia. Yang dia p beli jet mewah guna duit kerajaan lepas tu jadi jet peribadi tu apa benda. Terang2 membazir duit negara. Memang jenis tak ada otak ke atau muka tak tahu malu

Abbasbestari Gold
Guest
Abbasbestari Gold

Itulah, mana mahal.. jet dan shopping dan menginap di hotel2.. ratus2 ribu semalaman berbanding jalan atas karpet merah yg di pakai berulang2 kali
hehehe

Anonymous
Guest
Anonymous

PM rompak negara, DPM bawa masuk 1.5 JUTA orang Bangla. Lama-lama, orang Bangla kahwin adik Melayu kat sini, jadi rakyat yang boleh mengundi..lepas tu, Malaysia akan jadi Bangladesh No. 2 bila ada anak kat sini dan bawa keluarga dari negara asal…masa tu kaum lain dah cabut lari. Inilah 'pahala' sokong UMNO – BN.

Anonymous
Guest
Anonymous

Baguslah macam itu bolehlah disediakan makan menggunakan daun pisang dalam jamuan beliau nanti.Tentu boleh selamatkan duit negara dari segi pelupusan sampah dan juga barua untuk mencucinya.Sembang saja untuk tunjukan diri humbalah tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari karpet lebih baik Najib minta jangan buat banner dan papan iklan gergasi Selamat Datang PM… Bendera pun tak payah pasang… melainkan bendera BN, terbalikkan !

Anonymous
Guest
Anonymous

Habislah Deepak, adik Rosmah. Business Karpet dia nanti merosot sbab Najib xnak jln atas Karpet lagi..haha. Konon tak nak makan mewah dlm majlis, tapi kat rumah laki-bini anak beranak melantak muntah kedarah paling mahal tak tau duit sapa yg disamun tuk bayar..

Anonymous
Guest
Anonymous

Diganyang mana pulak yang melambai kat Najib tu?

Anonymous
Guest
Anonymous

Pembetulan

Sibangang mana pulak yang melambai kat Najib tu?

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

NR keliru n checked mate. X tau aps nak buat. Padah bergaul dgn org2 yg tau mengampu siang mlm.
Nasi sdah jadi bubur.

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

NR keliru n checked mate. X tau aps nak buat. Padah bergaul dgn org2 yg tau mengampu siang mlm.
Nasi sdah jadi bubur.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hahah..dari pahlawan menjadi maharaja lawak. Wow!!! Ahjib in memang sah clown of the year. Nasib baik dia ada a"Pundi" kencing yang tak berfungsi sepatutnya, jadi dia mengencing or terkencing rakyat tanpa dia sedar atau memang sedar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila dah ada kuasa, rakyat pun tak boleh berbuat apa2. Mengundi pun, tak akan mengubah apa2. Yang berani protes pun, tak ramai. Cukup untuk jadi pelakon tambahan sesebuah filem. Takat watak Hang Kebun dan 40 penyamun saja. Para pemimpin kerajaan mahupun pemimpin pembangkang, sama macam Ketua Penyamun kpd kongsi gelap masing2, juga sebagai Kassim Baba dan Ali Baba jugak. Rembat mana yg boleh makan dan cekau. Rakyat kita takde kesah pun walau ditipu berjuta2 kali. Rakyat kebanyakan tidak mahu perubahan. Lebih suka status quo dikekalkan. Sebab itu rakyat tak bertindak apa2. Hanya minoriti saja yg berusaha. Itu takat memeriahkan suasana… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah semuanya yang berkuasa di beri makan dedak…

Kita bantah dan buat demo…
Yang makan dedak pun bantah dan buat demo…

Itu yang jadi macam kau tak tahu dah nak membezakan yang mana satu patut di sokong?

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu dia pernah menggariskan sifat2 orang munafik. Kita dengar Dan tengok jelah. Kita bandingkan sajelah apa yang dibuat dengan apa yang dikata. Nilai sajelah jenis manusia ini Dan kersakan2 yang telah dilakukan.