RM2,600 JUTA MAKIN HAMPIR KAITANNYA DENGAN 1MDB, SEDIAKAH NAJIB BERLAKU JUJUR?

Siapa pun yang mengikuti perjalanan dan episod pusing memusing kenyataan berkaitan wang sebanyak RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib, pasti dapat merasakan semuanya kini seperti sedang menuju ke lubuk 1MDB akhirnya.

Walaupun Najib sejak daripada awal berkali-kali menafikan wang tersebut berpunca daripada 1MDB dan kononnya tidak pernah menggunakannya untuk kepentingan peribadi, rakyat yang waras tetap mempunyai kepercayaan sebaliknya.
Najib berulangkali mempertahankan wang itu adalah derma yang diberikan kepadanya dan atas kehendak penderma jugalah ia dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Tetapi, bak kata Tun Mahathir Mohamad, bukan saja mustahil ada orang Arab begitu pemurah, malah “orang Arab gila pun tidak mungkin menderma sebanyak itu secara percuma.”
Menjadi kebiasaan dalam dunia ini bahawa orang akan menjadi semakin berkira apabila bertambah kaya. Apabila seseorang ada RM10, dia tidak ada masalah untuk memberi separuh daripadanya kepada rakan atau orang lain yang dalam kesempitan.
Tetapi apabila orang yang sama ada RM1 juta, terbalik dunia pun tidak mungkin mahu diserahkannya separuh daripada itu kepada sesiapa secara percuma. Paling banyak sedia diderma mungkin sekitar RM5 ribu atau RM10 ribu saja.
Untuk itu, jika seseorang boleh memberi derma percuma sebanyak RM2,600 juta, berapa banyak wang yang ada dalam simpanannya?
Sebab itu, sekali lagi, tidak ada manusia yang waras atau sesiapa pun yang dalam kehidupannya masih boleh membezakan antara hitam dengan kelabu, mahu memberi wang berbilion-bilion ringgit secara percuma kepada orang lain tanpa ada kepentingan.
Dalam episod wang yang diterima Najib, bukan saja nama pendermanya sentiasa dirahsiakan, malah tujuan ia didermakan juga berbeza-beza serta berbagai tujuannya seolah-olah mengikut suasana dan keadaan.
Sekejap dikatakan untuk menang pilihanraya, mengalahkah DAP, memerangi keganasan, mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, melawan ISIS dan akhirnya menentang Ikhwanul Muslimin pula.
Namun demikian, asakan berterusan membuatkan nama penderma seperti sudah boleh dijangka dan diramalkan oleh ramai orang. Peguam Negara, Apandi Ali, dalam kesungguhannya mempertahankan Perdana Menteri, mengatakan sebahagian besar wang itu sudah dikembalikan oleh Najib kepada keluarga Diraja Arab Saudi kerana tidak digunakan.
Ia kemudian menyebabkan tekaan mencari nama dan siapa penderma serta kerabat-kerabat Diraja Arab Saudi yang kaya terus berleluasa sehingga akhirnya nama Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 segera dikaitkan.
Jika selama ini ramai yang begitu hairan bagaimana ada orang terlalu pemurah boleh menderma berbilion-bilion secara ikhlas tanpa meminta balasan, kehairanan tambah mencecah awan kerana rupa-rupanya ada lagi manusia yang “begitu hebat”  dengan memulangkan sebahagian besar wang derma semata-mata kerana tidak digunapakai.
Seluruh dunia lantas ketawa dan ada pula menganggapnya lawak jenaka paling hebat “made ini Malaysia” untuk hiburan seantero cakrawala.
Kemudian muncul pula Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir yang lebih percaya wang RM2,600 juta itu adalah suatu bentuk pelaburan dan bukannya derma.
Sementara Najib masih mengunci mulut dan membisu seribu bahasa, Peguam Negara akhirnya sekali lagi membuat pendedahan bahawa salah seorang anak lelaki Raja Abdullah adalah individu yang dicari-cari itu.
Meskipun enggan menyebut namanya, kaitannya segera tertumpu kepada Putera Turki Abdullah Al Saud, salah seorang anak lelaki Raja Abdullah yang diketahui memiliki PetroSaudi dan mempunyai usahasama perniagaan dengan 1MDB.
Peguam Negara juga menyebut, motif di sebalik derma itu tidak penting kerana ia tidak salah di bawah undang-undang negara.
“Ini adalah wang dia dan urusan peribadinya. Kami tidak mempunyai undang-undang untuk menyatakan bahawa menerima sumbangan politik adalah haram. 
“Dia ada berbilion-bilion, jika dia mahu menderma, apa masalahnya?” soal Apandi lagi.
Laporan-laporan media antarabangsa memang ada menyenaraikan Raja Abdullah antara pemerintah yang terkaya di dunia dengan pemilikan kekayaan kira-kira AS$19 bilion, tetapi tidak pernah disebut mengenai harta dan kesuksesan anak-anaknya.
Apatah lagi ketika wang itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib pada Mac 2013, Raja Abdullah masih lagi hidup dan anak-anaknya seramai 18 orang itu, termasuk Putera Turki,  belum lagi difaraidkan kekayaan sebanyak AS$19 bilion itu.
Jika ada anaknya yang begitu kaya sehingga boleh menderma sebanyak RM2,600 juta atau AS$681 juta, berapa kekayaannya?
Katalah Putera Turki yang syarikatnya PetroSaudi mempunyai urusniaga dengan 1MDB, dinilai paling logik sebagai penderma kepada Najib, apakah wang yang diberikannya itu benar-benar bebas kaitannya dengan 1MDB?
Bagaimana pula dengan beberapa siri pendedahan antarabangsa sebelum ini berkaitan kehilangan wang dalam urusniaga antara 1MDB dan PetroSaudi dan terbaru oleh Peguam Negara Switzerland tentang kecurigaan pemindahan wang sejumlah AS$4 bilion, juga berkaitan 1MDB melalui institusi kewangan negara itu?
Dalam hal ini, sebelum terbongkar hakikat sebenarnya, bukankah lebih baik jika Najib segera berterus-terang dan berlaku jujur dengan beliau sendiri mendedahkan anak Raja Abdullah yang mana yang menjadi penderma dan tujuan ia diberikan supaya kita boleh menjangka sama ada berkaitan 1MDB atau sebaliknya?
Sediakah Najib atau akan ada episod putar memutar dan pusing memusing lagi selepas ini?  (SH 08/02/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

46
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymoustimorUtusannasaCik Minah Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa nak access blog OSTB dan DT.. cuba tukar aje web address dari .com or .my ke .jp

Bila saya tukar dah boleh masuk 🙂

If nak access Sarawak Report, boleh download dia punya apps if surf guna smartphone..

Anonymous
Guest
Anonymous

Blog Dinturtle blh dilayari cuma blog The Outsyed Box saja terblock bersama Tabunginsider

Anonymous
Guest
Anonymous

Yg online guna hp tu,guna aplikasi opera mini..

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib and all His Dedak Eaters.

Anonymous
Guest
Anonymous

The Godfather famous quotes in history when Don Corleone tells his buddies… I'm Gonna Make Him An Offer He Can't Refuse' … …. that is what exactly Najibullah did to AG Fandi.

Utusan
Guest
Utusan

MB Johor ada mengatakan untuk menyokong apa yg diputuskan AG… MB Johor pon dah takut kehilangan jawatan… Ingat ke Khaled nie power sangat… Sekali kena gertak… Nada terus bertukar daaa…

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak juga tanya.
TMJ tak murka ke?

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Encik Shahbudin, biasanya saya masuk membaca blog melalui BLOGLIST DINTURTLE. Sekarang Dinturtle sudah kena block. Bukan sahaja dinturtle, termasuk beberapa blog lain yang anti Najib menyebabkan sekarang hampir 75% blog yang tinggal adalah blog pemakan dedak. Bosan sungguh!!! Bayangkan jika semua blog anti-Najib diblock, hidup akan menjadi kosong. Ke mana kami mahu pergi……???? Adakah dengan memblock blog-blog anti Najib, mereka berharap kami akan masuk ke blog-blog pemakan dedak…??? Hujung minggu cuti Tahun baru Cina ini sungguh senyap dan membosankan. Ke mana semua orang????. Tiada tempat untuk mengasah otak lagi. Nampaknya, kita bakal hidup seperti di Korea Utara. Segala-galanya dikawal.

Anonymous
Guest
Anonymous

kepada semua menteri, ketua cawangan dan ahli umno. kita mesti beri sokongan penuh pada najib. najib lah seorang perdana menteri yg bagi kita makan dedak dgn secukup nya. najib baik hati org nye. najib bagi rezki pada semua ahli umno. kita mesti berdiri teguh bersama najib. hidup najib. pemberi dedak yg sungguh sedap d mkn. hidup umno. rapatkan saf…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kata Kadir Jasin:
Dedak untuk makanan ayam, itik dan babi.
Apakah mereka sama dengan apa yang
dikatakan oleh Kadir itu?

Anonymous
Guest
Anonymous

Rapatkan Saf….??? Apa Lu ingat nak solat ke rapatkan saf…Janam, Janam, Janam….UMNO pi Jahanam……

Anonymous
Guest
Anonymous

Si rambut kembang turun yam seng dgn muka kelat.barangkali marah sbb tak dpt set rambutnya ala helmet.rambutnya nampak sudah mengalahkan hantu kak limah balik kg.barangkali sbb derma dah dipulangkan mana nak botok lg.entah tak lama botak juga la tu.

jamil
Guest
jamil

Apandi dah jadi Apundek yang menggalas biawak hidup

Anonymous
Guest
Anonymous

Harta Raja Abdullah ialah AS 19 billion.

Anak-anak Raja Abdullah ialah 18 orang.
Jadi seorang dapat AS1 billion.

Duit derma yang Najib terima ialah AS$681 juta hampir separuh dari duit yang diperolehi dari Raja Abdullah.

Peguam Negara Switzerland pula curiga pemindahan wang sejumlah AS$4 bilion, juga berkaitan 1MDB melalui institusi kewangan negara itu?

Jadi mungkin tidak ada penderma yang di katakan seorang Putra Raja tetapi ianya dari jumlah AS 4 billion yang dipersoalkan oleh AG Switzerland yang telah dimasukkan ke akaun Najib.

Apa ceritanya pun pemimpin BN dan ketua-ketua UMNO memang bodoh dan sanggup bersama Najib menjahanamkan negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Derma pun mesti ada tujuan.
Selalunya apabila negara di timpa musibah seperti kebuluran dan bencana alam.

Dan jika ianya derma atas sebab keperluan negara, mengapa Najib hanya berjumpa dan mendapatkannya dari seorang individu? Dalam hal ini tentu ada negara lain yang sedia membantu seperti tragedi MH 370.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekarang sudah jelas.
Apandi@Apandir sudah kena kencing oleh;
Najib
Turki
dan
JhoLho.
Ini dikatakan: Takda beban batu digalas.
Kesian Apandi@Pandir…

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak selamat Najib ikut cara Sirul atau Raja Petra…

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari dulu lagi hanya orang bodoh percya RM2.6Billion tu derma.

Duit tu dicuri dari 1MDB melalui skim penipuan yg dirancang olih Turki dan Najib. US1.9billion masuk Petro Saudi. Dari jumlah tu US680Million Turki bagi Najib.

Pandi, baruah & budak suruhan Najib tak bagi Macc siasat lanjut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ceritanya gambar2 diatas diambil dari rendesvous di Mediteranean atas kapal/yatch sewa.. Kononya promoter nak impress boss sebelum sign conJV Petrosaudi-1MDB 2009 dulu. Cikailah putera Saudi sewa kapal.. Macam mana orang ramai nak percaya derma 2.6b with no considerations? Tengok sigemuk Cinabeng dari Penang itu ala-ala promoter Don King bersembur air liur nak tunggu jv sign cepat2.. Lenyap semua mitos UMNO memperjuangkan ketuanan Melayu dan mantra UMNO diPAU musuh utama yalah Cina DAP. Baca putramerdeka blogspot boleh tengok disposition Yak dimahkamah Singapura asalnya nak unfreeze duit simpanan yg ditahan pihak berkuasa Sing. Yak banker BSI yalah personal banker sigemuk ni mendedahkan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

najib..melayu dlm umno semua nya mata duitan. dari atas sampai bawah. hg julap depa dgn dedak. gerenti hg selamat. hg tengok apa yg buat semua menjadi. semua ahli umno ikut hg. dedak hg memang sedap. ahli umno semua suka dedak hg..najib hg hebat..

Anonymous
Guest
Anonymous

Permainan akan berakhir. Selagi Najib tak letak jawatan semakin byk yg terbarai & dh tak bole nak spin2 lagi. Cukup2 lah sptmana Hamid Bador ckp. Takde guna nak pegang kuasa lagi lama lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada 2 tahun lagi. Sebab tu lah depa dok pulun duit rakyat habis2an.

Anonymous
Guest
Anonymous

Lepas 2 tahun kalau kalah? Kuasa dah tiada. Nak pi mana? Keluar negara? Dunia bulat oooooo.
Sekarang pun dah tak lena tidur. Saja buat ceria muka sardin depan khalayak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa pun yg Najib cakap orang dah tidak percaya krn sudah terlalu banyak pembohongan utk menutup pembohongan. Letak jawatan saja Najib. Bagi baton tu pd orang lain yg boleh bawa negara ni ke peringkat seterusnya iaitu peringkat rawatan dan kesembuhan. Najib sudah tidak boleh diterima lagi oleh rakyat Malaysia. Malah dunia pun sudah tahu betapa berserabutnya pemimpin Malaysia yang satu ini.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Pepatah ada mengatakan siapa nak mengaku berak tengah jalan itulah hebatnya pemimpin yg kita ada 29juta rakyat kena kencing yg 1juta tentu sokongkan aaaammmiiiinnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

Sampai kiamatlah kau org akan berpolitik tak masuk akal…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahli ahli.UMNO yang cerdik dan pandai dah semuanya kena gantung.Najib …selamat maju

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahli ahli.UMNO yang cerdik dan pandai dah semuanya kena gantung.Najib …selamat maju

Anonymous
Guest
Anonymous

The BEST PUTAR ALAM PRIME MINISTER in the world, Mr Najib Razak. THE WINNER OF KAKI PUTAR BELIT 2015 2016. Rakyat must take action and ready to putar kepala Najib satu hari nanti bila segalanya sudah terbongkar. Mana dia mau sembunyi dan lari. Satu dunia tau angkara PUTAR BElIT & PUTAR ALAM DIA suami isteri. Kaki joli mewah duti haram!

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau ikut skrip cerita najib ni hampir tamat…tapi beribu penulis skrip pemakan dedak tambahan beratur untuk panjangkan cerita ini…kita sama2 melihat!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

pandi, awat la hg ni buta perut. hg tau najib gagau duit 1mdb. yg hg gatai pungkok nak terima jawatan ag apa pasai. la ni hg sangkut. aku tengok hg bila dgn press. hg gelabah. bibir hg kering bila hg cakap. but is ok pandi. the reward from najib is too good.whatever people say..who cares. mau cari makan pak pandi coz the offer comes one in a life time. what the hack maannn…

sabila
Guest
sabila

Nampak semakin jelas 1mdb ke petrosaudi ke generous arab king kong(eh typo king son) ke najib.bilion bilion main putar mana tak nak tumbang 1mdb.sudah arul pulak kena susah payah menjawab n membaiki.itupun tak kisahlah sbb org tu dpt gaji.cerita box office dr malaysia mengalahkan wolf of wall street dan harry putar.sedihnya ia spt ingin membawa kesusahan kpd negara n rakyat just becouse of this one peole or the 3 mastermind.seekor kerbau membawa tahi habis terpalit semua.kebenaran akan menang akhirnya it a tik tok for najib the spose jholo n king son.jholopun blum pangil dah nak henti siasat pulak.hari tu mcm… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada lagi sekor yg buat tahi besar di mara. Skrng bila dah jadi ketua penerangan dah mula nak tunjuk taring tuduh Tun Mahathir menghasut.
Tak sedar diri punya kepala cah keting ni

Anonymous
Guest
Anonymous

najib..hg dengak aku. nanti bila hg kena tangkap. semua macai2 menghilangkan diri. sekoq pun tak akan berani tunjok muka d mahkamah. ahmad mazlan yg buta perut tu pun akan jauhkan diri dgn hg

Anonymous
Guest
Anonymous

najib najib najib…buat la apa yg patut. kami tau hg gagau duit 1mbd. kalau boleh hg pusing depa yg ganggu hg. jgn depa pusing hg sudah. tapi aku tengok depa akan sepak pungkok hg tak lama lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

najib..we are watching u how far u can go. the rate things is going. i can safely say..DAH DEKAT DAH…

Malindo
Guest
Malindo

Shah.Tanya balik soalan..kalau sesiapa derma NO problem?really..macamana kalau yg derma ada kaitan dengan terroris?atau Yahudi?kacau kacau..

Ali
Guest
Ali

Najib dah makin d hujung jln sbb dah nak timbul tipu muslihat jenayah dia…pak pandir apandi akhirnya terperangkap sekali. Itu la bila berkawan dgn org jahat,lama2 jd penipu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kini 1MDB sudah jadi;
1 = SATU
M = MALAYSIA
D = DALAM
B = BAHAYA

roslan othman
Guest
roslan othman

En Din,Semakin nak menjelang ke PRU 14 , nampaknya semakin la banyak perkara kotor hal najib ini terkeluar ,Dia senang saja arah AG Apandi dhobi tutup kes dan dengan mudah suruh orang ramai lupakan saja dan move on ,kepala hotak dia, rakyat yang berakal majoriti akan tertanya tanya tak akan wang RM67 juta SRC terbang sendiri masuk akaun dia tampa ada lanun yg masukkan ,begitu juga dengan RM2.6 Billion apakah jadah alasan alasan yang berbeda beda dari masa kesemasa ,Tapi saya yakin RM2.6 billion ini adalah dari 1MDB ,saya mengandaikan wang ini memang najib nak sapu kerana kemungkinan beliau tak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Apandi ali tu makan ditangan najib

Anonymous
Guest
Anonymous

Its getting tighter and harder to come out from their own shits….breaking news on the case now fronting Singapore's court has now CONFIRMED Jho Lo indeed has a hand in 1MDB!

What is sad to hear from Khaled Nordin to be accepting AG's decision when the investigating body-MACC did not.

In that case UMNO going to the slaughter house will be ONE man's fault but bringing the whole passengers in the broken ship to sink with him!

nasa
Guest
nasa

I think u meant khalid abu bakar the IGP, not khalid nordin the johor MB

nasa
Guest
nasa

I think u meant khalid abu bakar the IGP, not khalid nordin the johor MB

timor
Guest
timor

It's Khalid Nordin, MB of Johor. Umno Johor accept AG's decision.

Anonymous
Guest
Anonymous

Its OK dear brothers, if one read widely, you will come to a conclusion and get to the point. This blog owner ShahbudiDotCom is pretty mild but he stood his ground and we all know his stance compared to some blogs whom will fire on all cylinders with rapid frequencies only to dislodge the No. 1 Chief-Pirate but the word as coined famously by Paul Keating to Tun M actually befits this Bugis-Chief-Pirate ie. A Recalcitrant. But, we believe the guy is not immortal, he will fall except his landing will be darn hard touchdown that he will regret it… Read more »