SIAPA SEBENARNYA PENDERMA RM2,600 JUTA ITU? ADAKAH NAMANYA PUTERA TURKI ABDULLAH AL SAUD?

Baru semalam Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengatakan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak adalah suatu bentuk pelaburan dan bukannya derma, kini Peguam Negara, Apandi Ali pula mendedahkan penderma tersebut ialah salah seorang daripada anak lelaki Almarhum Raja Abdullah.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya, cuma berkata, “kami tahu nama penderma itu. Dia bukan Almarhum Raja Saudi yang mangkat itu, tetapi anak lelakinya. Dia masih hidup.”
Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud ialah pemerintah Arab Saudi yang mangkat pada Januari 2015 lalu.
Melalui dapatan di wikipedia, Raja Abdullah dikesan mempunyai 18 anak iaitu lapan lelaki dan 10 perempuan. Anak-anak lelakinya ialah Putera Khalid, Putera Mutaib, Putera Mishal, Putera Abdulaziz, Putera Turki, Putera Badr, Putera Saud dan Putera Bandar.
Jadi, anak Raja Abdulllah yang mana satu yang dimaksudkan oleh Apandi sebagai penderma itu?
Siapakah di kalangan putera-putera itu yang diketahui begitu baik, dermawan dan  murah hati?
Berapa pula kekayaan dan harta-harta mereka sehingga sanggup menyumbang derma sebanyak RM2,600 juta?
Mungkinkah penderma itu bernama Putera Turki Abdullah Al Saud, salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah yang merupakan pemilik syarikat PetroSaudi yang diketahui ada menjalin kerjasama dengan 1MDB?
Dalam pada itu, Sarawak Report sebelum ini pernah mendedahkan mengenai gambar-gambar percutian Najib Razak bersama keluarganya di atas kapal layar mewah dengan Putera Turki yang turut juga disertai oleh Jho Low.
Berita yang turut disiarkan oleh portal Malaysiakini itu menyebut gambar-gambar tersebut dirakam pada Ogos 2009 dan sekiranya tarikh itu tepat, ia adalah kira-kira sebulan sebelum 1MDB menandatangani perjanjian dengan PetroSaudi yang melibatkan pelaburan bernilai AS$1 biliion.
Pernahkah diketahui Najib mempunyai hubungan dengan anak-anak Raja Abdullah yang lain selain Putera Turki?
Jika benar sumbangan itu diterima itu daripada Putera Turki, bolehkah ia dianggap sebagai derma yang dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan sedangkan syarikatnya, PetroSaudi mempunyai perjanjian perniagaan dengan 1MDB yang mana Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihatnya?
Yang lebih misteri, jika benar wang yang diberi itu sebagai derma, mengapa pula sebahagian besar daripadanya dipulangkan semata-mata kerana tidak digunapakai?
Atau barangkali memang benar seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa wang itu bukannya derma, tetapi adalah suatu bentuk pelaburan.
Tetapi, jika ianya pelaburan, mengapa dimasukkan ke akaun peribadi dan kemudian dikembalikan?
Kalau derma bukan dan pelaburan juga bukan, kategori apakah wang tersebut?
Yang pasti, hari demi hari semakin banyak perkara-perkara pelik terdedah akhirnya? (SH 07/02/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

44
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymouscikmatgelapsham zam1crony..aargh Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid Hamidi dakwa dah jumpa dengan sipenderma dan Tan Sri Apandi lagi haru bercakap macam dah dapat jumpa dengan penderma. Tapi beri penerangan kat pemberita macam hampeihh.
Senang-senang tuduh rakyat percaya pd persepsi fitnah! Najid pun dah kurang exposed dengan wartawan mahupun alam media massa. Takut berdepan persoalan demi persoalan.
Lepas Mukhriz kena gugur, cepat-cepat Khalid Nordin setuju dengan keputusan AG. Next MB N9 & KM Melaka punya giliran pulak.
Sementara kemarahan rakyat apa mereka peduli?

cikmatgelap
Guest
cikmatgelap

mula2 baju kasi buka,kini tinggal spender je….tak lama lama terkonteng2 le si kontol tu

Anonymous
Guest
Anonymous

cikmatgelap,
Terkonteng2 le si kontol tu – Apa maknanya saya tak faham.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sistem yg kita amalkan hari ini adalah peninggalan penjajah yg terus menjerumuskan kita dalam keadaan kucar-kacir dan pecah belah. Tanggungjawab kita semua untuk memulihkannya dengan mujahadah. Kalau harapkan PAS pun suatu hari nanti ia mungkin diharamkan. Belajar memahami apa sebenarnya dikehendaki oleh AlQuran Assunnah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ikan kekek mak iloi-iloi,
Ikan gelama mak ilai-ilai,
Kata AG derma betoi,
Arab kata invest-laeh..
– susah sgt ka nak bgtau kebenaran…tgh cari idea la tu…

..aargh
Guest
..aargh

Kedua-dua Apani dan Panglima Bugis ini meingati saya kpd Hikayat Arab 1001 malam di mana seorang gundik diRaja Arab bernama Shahrizat (bukan wanita umnob tu) zaman dulu-dulu dijatuhi hukum pancung (sebab masakan Shahrizat tak sedap kot). Jadi utk menghindari tengkoknya kena pancung, maka Shahrizat pun berceritalah macam-macam punya cerita supaya Raja Arab lupa kepada hukuman pancung yang dijatuhi ke atas tengkok gundiknya itu. Sharizat berupaya mendodoikan raja itu melalului kaedah memberhentikan cerita pada saat-saat "suspense" lalu Shahrizat berkata, cukup untuk hari ini dan kita sambung besok. Disebabkan keinginan raja yang amat sangat terhadap penyambungan cerita-cerita itu hingga baginda terlupa kepada… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

DERMA & PENDERMA hanya MITOS semata-mata..

Anonymous
Guest
Anonymous

Menteri Arab kata duit pelaburan.AG Apandi kata duit derma. Antara pemimpin Arab dengan pemimpin UMNO yang banyak kali menipu dan cakap berbelit-belit ialah kerabat DiRaja UMNO lah. Perpindahan duit ini sebenarnya melanggar peraturan kerana di buat secara haram. Jika pelaburan, Arab bersih. Najib yang bersalah. Jika derma, Arab salah Najib lagi lah salah. Yang bodoh Arab sebab melibatkan diri dengan Najib. Nak selamat buktikan duit tersebut adalah untuk pelaburan dengan mendedah individu yang melabur. Nak sorok apa ? Lainlah kalau derma individu tersebut tidak mahu mendedahkan identitinya. Tapi tak kan nak biarkan nama kerajaan dan negara tercemar? Tidak boleh kah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Saudi dan Msia negara islam. Hanya negara christian spt Swiss, France,USA dan negara buddha spt Hngkong dan Spore mengambil tindakan sebab kes mencuri dan money launderring ni salah dari segi ugama mereka. Di Msia, curi mencuri dan rasuah merasuah jadi permainaan hidup pemimpin Umno yg diketahui bugis.Di Msia polis islam msia tak kisah tentang perkara kecurian berbillion ni sebab sibut main twitter.

Anonymous
Guest
Anonymous

Intipatinya jelas, umum menolak wang tajaan dari luar. Cumanya apakah sebelah sini saja yang tidak dibolehkan sementara sebelah sana dipandang dengan sebelah mata tertutup. Kalau reaksi sebegini spontan dan tidak berimbang berterusan, kemungkinan isu sama akan berulang dan berulang.

Cumanya mahukah pihak sebelah sana menolak wang dari luar mengalir masuk ke kantung mereka! Kalau tidak mahu apa daya seterusnya. Ia perlu disegerakan sebelum nasi jadi bubur dan tanah di pijak metaforikalnya milik orang luar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Faham ke x.. sbnrnya x ada penderma tu ok.. sume tu dicipta aje… kalau btl penderma tu wujud dah lama nama org tu didedahkan.. ni smpai la ni berahsia sgt.. xkan lah x fhm2 lg

Khaeril Yusuf
Guest
Khaeril Yusuf

Insyaallah Allah kebenaran itu akan terungkap juga..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Budin,
Nampaknya semua dah pening nih. Kita pening dengar jawapan dari AG, Keruak, KPN, MACC,Noh Udang, R Dahlan dan yang seangkatan dgnnya. Berbagai versi jawapan di beri. Rasanye Najib sendiri jawab. Tak payah orang lain nak sibuk. 2.6b tu kan masuk personal account dia. Tu pun kalau si panglima Bugis ni ada telurlah…

Anonymous
Guest
Anonymous

AG apandi dia ni mentality dan perwatakan tahap Keruak, Rahman Dahlan, Noh Udang. Tu fasal berbelit2 ckp. Nak mempertahnkan boss lah…tipu pun tak mengapa.

sham zam
Guest
sham zam

banci trkini mnunjukkan apandir berada tempat kedua trbangang mngatasi mat maslan tp masih ketggalan blkg keruak bedebah. truskan usaha anda apandir! apandir pandir!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Apalah Tuan Budin ni…RM2.6billion tu ada lah duit rasuah. Itu sebab apabila isu berbangkit Najib memberi alsan beikut:

1. saya tidak ada terima duit 2.6billion.
2. sya tidak guna utk peribadi.
3. ia dalah derma.
4. diguna sepenuhnya utk Umno

AG bodoh ckp telah dipulangkan. Kalau dipulangkan balik kpt Turki, Turki simpan utk Najib & Rosmah lahhh sebab Turki dpt duit tu dari 1MDB.

Aliran duit masuk tu: 1MDB – Turki-Falcon Bank – Najib.

Aliran keluar balik: Najib Turki – Turki suruh 7 simpan utk Najib Rosmah.

Zack
Guest
Zack

Dari artikel di atas menunjukkan duit itu datang dari akaun Prince Turki di mana beliau menerima lebih USD 1b dari 1MDB.Ini bermakna duit dari 1MDB disalurkan ke akaun Prince Turki dan kemudian ke akaun Penyamun Negara.Sepandai-pandai lembu duduk dalam condo,akhirnya makan rumput juga-Pantun Kak Ijat aka Lembu 250juta

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Aku rasa ini macam cerita orang mabuk todi sekejap cakap macam ni esok cakap lain tapi kata nak buat ikut islam tak guna paggil negara ini negara islam macamana org agama lain nak hormat klu org islam pun cakap berbelit2 fiki2kanlah aaaammmmmmiiiiinnnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

Kepala penyamun hari demi hari makin terdesak dan terhimpit. Yakinlah janji Allah, yang hak akan mengalahkan yang batil. Kepala penyamun ini akhirnya pasti akan menghuni bilik berjendela jerjak besi dengan menanggung keaiban yang tidak sedikit. Masa saja yang akan menentukannya. Allah itu maha kaya, adil dan pemurah. Sama sama kita saksikan. Kepala penyamun pasti tumbang dan hidup penuh kehinaan kemudiannya. Asetnya akan dibekukan bila tiba saatnya. Itu pun jika nasibnya tidak mengulangi nasib Gadaffi yang maut ditangan rakyat sendiri.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Aku rasa ini macam cerita orang mabuk todi sekejap cakap macam ni esok cakap lain tapi kata nak buat ikut islam tak guna paggil negara ini negara islam macamana org agama lain nak hormat klu org islam pun cakap berbelit2 fiki2kanlah aaaammmmmmiiiiinnnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

FIFA, organisasi yg lebih besar dari 1MDB telah dibongkar kes rasuah dan penyelewengan duit melalui sistem perbankan Swiss oleh Swiss AG dan US AG melibatkan Blatter, Platini dan pegawai atasan FIFA. Tak mustahil Swiss AG juga mempunyai maklumat lengkap salahlaku lain jenayah rasuah dan wang songlap dari yg melalui sistem bank mereka termasuk 1MDB/Petro Saudi spt kenyataan beliau baru ni. Rakyat Malaysia berharap pihak Swiss AG dan US AG dapat menyelingkap kebenaran disebalik duit derma/pelaburan/pulang balik kes 2.6b ini kerana perjalanan duit ini pun melalui sistem perbankan mereka termasuk guna Swift Code sebelum sampaike akaun Ambank Malaysia. Money trail ini… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju..tapi rakyat Msia juga manu Swiss AG dan US AG menangkap msia AG yg melindungi perompak2 wang 1MDB.

Tengok Apandi ni dia perasan sikit..bodoh piang tapi berlagak pandai. Ada ke dia cakp penjawat awam yg ambik donation, rahsia pulak tu, tak melakukan kesalahan.

Hang Kasturi
Guest
Hang Kasturi

The truth about the RM2,600 million lies in the Investigation Papers(IPs)of the MACC.Get TS Abu Kassim to testify concerning the contents of the IPs.Otherwise we all are involved in the "guessing" game, looking into the crystal ball. But one thing is sure i.e. TS Apandi lied about the source of the RM2,600 million.

Hang Kasturi

Anonymous
Guest
Anonymous

Macam mana agaknya mereka ni tidur? Kena makan pil kuda kot!

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada ke Najib kesah menipu? Lantak hangpa la apa nak jadi. Masih ramai lagi kaki bodek dok keliling Najib bersedia untuk lebih galak untuk menipu dan mengampu pada skala yg lebih besar lagi. Polis SPRM mahupun mana2 pihak berkuasa dalam negara cuma diam seribu bahasa. Mereka hanya berani membuli rakyat dan parti pembangkang semata2. Bila penguasa2 dan golongan bangsawan berbuat salah, semua akan dikowtim cantik2 supaya terus nampak bersih dan berintegriti. Rakyat pula tidak pernah serik ditipu siang dan malam. Walaupun marah, mereka hanya mampu berdoa melepas batok ditangga sahaja dan tak dimakbul2 Tuhan kerana tidak berani bertindak secara tuntas… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebab semua kepala-kepala tu dilantik atas keupayaan menelan dedak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak akan tegak benang yang basah terlalu lama,maka permulaan pencerahan perlahan-lahan akan timbul.Dont worry be happy.Kezaliman tetap kecundang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Slmkum

Lepas ni ada plk cite2 baru utk memperbodohkn org mayu
Sudah2 lh.
Lama klamaan pasti yg BENAR akn terbongkar
InsyAllah doa2 kami akn termakbul

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Malam ni talian penipu2 agak sibuk sebab dok bincang apa lagi yang boleh dikelentong pada khalayak. Makin berputar2 otak dok cari apa yang boleh di jadikan alasan dan esok nya mesti berbelit2 lidah untuk menerangkan alasan tersebut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemakan dedak kata ia confirm bukan dari 1mdb.

Tau tak kenapa mereka tak nak dedahkan nama siapa penderma itu…baca je artikel kat atas..

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan derma la. Wang utk bisnes.

Mari siasat bisnes malaysia dan arab. Yg paling heboh bukan 1mdb dgn petrosaudi ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari masa ke masa pembohongan baru dicipta untuk menutup pembohongan terdahulu yang berkaitan dengan wang berbillion ringgit untuk membingungkan, mengelirukan dan membodohkan rakyat ! Konon wang untuk melawan keganasanlah, wang untuk pilihanrayalah, wang dermalah, wang untuk pelaburanlah. Selepas wang untuk apa pula? Kita merasa amat dukacita melihat pemimpin-pemimpin sekular mempunyai lidah bercabang sedangkan kita tahu ciri lidah bercabang ini amat banyak ditemui pada kebanyakan spesies reptilia seperti ular pembelit dan mengkarung yang pandai bertukar warna! Kita sedang mengira hari untuk mengundi parti Islam dalam PRU14 sebab rakyat sedang menderita kerana GST, kenaikan harga barangan, perkhidmatan dan tol dan pelbagai skandal… Read more »

1crony
Guest
1crony

Parti Islam mana yang kamu nak beri undi dalam PRU 14 nanti? PAS ke? Kalau parti munafik yg memiliki ramai pemimpin bangsat yg bodoh ekonomi dan hanya tahu maki hamun dan menunding jari kepada musuh politik mereka, tu yang kamu nak undi…….Jauh lebih baik kamu undi BN lah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kesian kat binatang. Mereka tidak pandai menipu malah langsung tidak pernah berniat untuk menipu manusia mana2. Tetapi manusia tidak pernah serik untuk berhenti mengata2 terhadap binatang.

Adakah ini satu penderaan terhadap binatang?

Anonymous
Guest
Anonymous

1crony, Nampaknya kamu '1crony' terlalu bodoh, buta, pekak dan bangsat untuk menyedari bahawa pemimpin-pemimpin Beban Negara yang telah mengamalkan pembaziran, salah-laku, pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa, kronisme, hedonisme dan sekularisme telah menyebabkan negara dan rakyat mengalami kemelesetan eokonomi, rakyat kehilangan kerja, kemelesetan nilai ringgit dan peningkatan kos dan harga barangan, perkhidmatan, tol, kadar pengangguran, makanan import, pengangkutan dll. Rakyat pula dipaksa membayar GST untuk membayar semua hutang, pembaziran, kecuaian dan kesalahan yang dicipta oleh pemimpin-pemimpin Beban Negara ! Semua tindakan yang tidak bermoral oleh pemimpin-pemimpin Beban Negara telah menyebabkan rakyat hidup menderita ! Sebaliknya, pemimpin-pemimpin parti Islam tidak pernah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan marah bro, Parti Ahli Syurga telah pun mengishtiharkan untuk menjadi penasihat kpd UMNO/BN…
Janji ada masyukkkkk.

Anonymous
Guest
Anonymous

Adakah Anon 12:22 mabuk daun ketum hari ini? Jangan marah bro…Saya cuma bergurau sahaja.

Islam menyuruh umat Islam supaya saling menasihati antara satu sama lain untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Daripada Tamim al-Dari r.a. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " Agama adalah 'nasihat'." Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab:" Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum muslimin umumnya" (Riwayat Muslim)

Jika parti Islam mahu menasihati parti sekular supaya kembali kepada ajaran Islam, tindakan parti Islam itu adalah sesuai dengan ajaran Islam.

1crony
Guest
1crony

Negara dah nak bankrupt baru terhegeh~hegeh nak jadi penasihat? Memang dah dasar munafik dan berpolitik hanya untuk lepas geram kepada Anwar sahaja maka itu lah hasilnya……Almarangi. Sorang Presiden yang paling banyak mengkafirkan musuh politiknya dan menyesatkan walaun~walaun beliau dengan hukum~hakam yang diputar sendiri. Dajal kecil dari Tanah Melayu…….

Anonymous
Guest
Anonymous

Negara dah nak bankrupt ke? Siapa perintah negara selama ni?
Jgn tersasar bagi komen, nanti nampak kebodohan sendiri.
1crony ..,..1crony ……. Pi sekolah semula.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang pasti wang RM2.6 bilion itu adalah berasal daripada sebahagian wang pelaburan 1MDB (hasil rompakan dari wang KWSP, KWAP dll) diolah sebegitu gaya diwar-warkan sebagai derma kononnya, tetapi pembuktian untuk mensabitkan kebenaran kerja melanun itu masih lagi belum berhasil. Kita rakyat Malaysia ni amat malang memiliki PM yang berstatus pencuri dan AG pula berstatus penipu besar.

Anonymous
Guest
Anonymous

derma ka pelaburan ka sedekah jariah ka semua tu kami tak percaya
yg mmg sahih ialah duit tu tak terkira banyaknya ialah dari hasil negara malaysia yg ditipu najib.
sememangnya dari mula kami dah syak dan skrg kami fed up dgn segala alasan diberi.
sebenarnya x baca pun apa2 artikel bkenaan najib dll berkaitan sbb tak mahu diperbodohkan.
majoriti rakyat malaysia sedang menahan sabar skrg.
tak lama lg terimalah pembalasan dari kami wahai najib

Anonymous
Guest
Anonymous

Itulah namanya "Money Laundering"

lufang
Guest
lufang

Apa pasat mau tau pasat itu wang maa aa ,itu derma peribadi maa aa ,lain olang apa pasat mau tau lor rr.

Kalau lu olang punya luit lalam bank ,olang tanya dari mana datang lu atak sukak kaa ?.

Hai Yaa !!!.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa pasat mau tau itu pelompak, penculi, penyamoon mau simpan manyak wang olang lamai punya lalam itu bank. lain olang apa pasat mau tau lor rr.

Hai Yaaaa Yabba-Dabba Do !