GAMBARAN DI KEDAH PETANDA MENGGERUNKAN BUAT NAJIB

Satu perkara yang menarik dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Kedah yang entah bagaimana kesudahan ceritanya nanti ialah apabila parti-parti pembangkang dilihat boleh bersatu akhirnya atas matlamat yang sama.
Walaupun Pakatan Harapan ketika ini hanya dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah, manakala Pas kekal sebagai parti yang bersendirian, tetapi kesemua 15 Adun pembangkang Kedah sepakat memberi sokongan kepada Mukhriz Mahathir untuk terus kekal memimpin negeri Kedah.
Adun pembangkang di Kedah terdiri daripada 8 Pas, 4 PKR, 2 DAP dan 1 Amanah yang menjadikan jumlahnya 15, manakala 21 kerusi Adun selebihnya dipegang oleh BN.
Adun-Adun pembangkang bukan saja sepakat menolak cara penyingkiran Mukhriz yang dianggap tidak beradab dan tidak sesuai dilakukan ketika sambutan Keputeraan Sultan Kedah sedang berlangsung, malah juga menganggap menukar Menteri Besar bukanlah keutamaan berbanding keperluan mengganti Perdana Menteri yang banyak menyusahkan rakyat.
Jika dilihat bagaimana percakaran antara Pas dengan DAP dan Amanah serta akrabnya hubungan antara Najib Razak dengan Hadi Awang sejak bulan-bulan kebelakangan ini, tentu tidak ada yang terperanjat sekiranya 8 Adun Pas menyokong pertukaran Mukhriz itu atau setidak-tidaknya mengambil sikap berkecuali.
Lagi pun, Pas tentunya maklum bahawa menukar Mukhriz sebagai Menteri Besar bukan semata-mata kehendak kumpulan pemberontak di negeri Kedah, bahkan juga merupakan “hajat besar” Najib sendiri dalam usahanya mengukuhkan lagi kedudukannya.
Maka, sekiranya Pas dan Hadi Awang ingin menunjukkan sikap positifnya terhadap layanan UMNO dan Najib yang begitu baik hati semenjak akhir-akhir ini, mereka boleh saja mengarahkan 8 Adun Pas itu mengambil sikap yang cenderung kepada hasrat hati Putrajaya itu.
Tetapi dengan semua 15 Adun pembangkang memperlihatkan begitu mudahnya mereka mencapai kesepakatan, termasuk 8 Adun Pas, meskipun dalam bercakaran sesama sendiri, ia adalah isyarat penting bahawa berbaik dan bekerjasama dengan UMNO bukanlah pilihan yang mutlak bagi mereka.
Parti-parti pembangkang, termasuk Pas, nampaknya masih menjadikan agenda menjatuhkan UMNO keutamaan dalam perjuangan.
Parti-parti pembangkang juga bila-bila masa saja boleh tertarik hati dengan mana-mana kumpulan yang berbeza pendapat dan ingin mengenepikan Najib daripada terus memimpin negara.
Isyarat daripada Kedah ini adalah petanda yang boleh menggerunkan hayat politik Najib dan UMNO.
Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya perkara yang selalu diulang-ulang oleh oleh Azmin Ali bahawa pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN dalam PRU 14 nanti,  lebih mungkin menjadi kenyataan akhirnya.
Ini sekaligus memberi lebih harapan kepada kemungkinan berlakunya perubahan dalam politik negara, sesuai dengan keinginan yang semakin membuak-buak di kalangan rakyat yang kian menunjukkan peningkatan ketika ini. (SH 03/02/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

47
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
rustam tamAnonymousNordinabilaHawang batuburokShahbudin Husin Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
rustam tam
Guest
rustam tam

Ada Allah dalam hAti,
Bibir tersenyum Menanti mati,
Ada mahkluk dalam haTi,
Jasad berkelana hindari Mati.

Anonymous
Guest
Anonymous

Gugurnya para menteri. Paling awal Timb. Perdana Menteri dan Menteri Penuh lepas tu Menteri Besar. Semuanya Digugurkan oleh Perdana Menteri.
Adakah selepas ni akan ada mereka bertaraf menteri kelak digugurkan lagi kecuali Perdana Menteri?
DSN sudah mengakui beliau bukan buah durian yang akan gugur dengan sendiri samada sudah matang. Maknanya buah dah matang tapi masih tak jatuh kebumi.
Tapi ada buah durian baru berputik gugur kerana disentuh kera atau disebabkan cuaca atau rosak.
Realitinya Pohon durian setua balak kalau dah terendam air terlalu lama pasti mati reput dan tumbang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya ucapkan tahniah kepada dato' seri mukhriz kerana meletak jawatan dengan bermaruah…:-)

Anonymous
Guest
Anonymous

kan dah kata majoriti satu kerusi dah memadai kalau tak masakan puak yg dilabelkan kurang cerdik begitu yakin dengan "langkah kaedah" mereka. mereka berjaya dan bermakna mereka bukanlah kurang cerdik. sekarang nampak tak siapa cerdik dan siapa tidak, he he

Anonymous
Guest
Anonymous

Kecerdikan tahap form 3…dan keupayaan makan dedak mengatasi rasional…tahniah…. dan beranilah bersemuka dengan rakyat kedah memperjelaskan isu 1mdb. Kita pun nak dengar cerdik mana..

Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO akan menyusahkan Mukhriz dan menyusahkan Mukhriz bermakna menyusahkan rakyat…

Tapi yang pilih UMNO pun rakyat jadi mereka bukan peduli pasal kredibiliti atau kebijaksanaan menguna kuasa

Sampai juga masanya nanti rakyat akan menyesal beri muka sangat pada UMNO dan Najib

Anonymous
Guest
Anonymous

Form 3 rupanya…elok suruh dia pump tayar lori saja lah.
Hari ni boleh lah kalau kerja kilang. Ingatkan hebat sangat

Anonymous
Guest
Anonymous

jangan aniaya orang,ajal itu pasti, neraka itu abadi. Sedangkan masa kita sakit kene sakit buah pinggang, jantung, strok pun ter xtahan sakitnya.
inikan pula sakit selama-lamanya yg tak kan hilang diseksa di neraka nanti.

Anonymous
Guest
Anonymous

kuasa umno di kedah tidak akan stabil jika DS Mukhriz dan seorang atau dua orang wakil rakyat umno di pecat atau mereka keluar umno dan menjadi adun bebas..mungkin ahmad bashah jadi mb untuk seminggu

Anonymous
Guest
Anonymous

We only watch d thieves do their job right in front of our very eyes and there is nothing we can do other than talk d talk and talk d walk. It really hurts..

Anonymous
Guest
Anonymous

Furtunately, there are people who continue to do something, people like Tun, Zaid, Tuan Syed, tony pua, rafizi. We can give them moral support. This is no longer about politics, this is about the future of our nation. Dont feel sad.

Anonymous
Guest
Anonymous

You are right this 2nd Unno guy stole the seat from 1st Unno guy who stole the seat from Pakatoon in 2013 when that Packatoon was foud to have stolen heavily from the coffer so people gave the chance to the 1st Unno guy to steal the seat from Packatoon. he he

Anonymous
Guest
Anonymous

Cash is King telah membuktikan Maruah seseorang boleh dibeli..bg makanlah duit tu kat anak2 bini.. InshaAllah hidup mereka tak akan aman selagi tidak bertaubat Nasuha & minta maaf kpd RAKYAT jelata…

Anonymous
Guest
Anonymous

SH komen sikit tentang Si Nazri Aziz cakap kat Mukriz jgan perasan sangat tu. Nazri Aziz menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa beliau mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak
Bukan ayat mcm ni pun dulu ada orang tu pernah cakap ke.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Alangkah busuknya hati pemimpin2 umno lihat bagaimana dia menghina ahli umno yg tak sebulu dgn mereka ts mahyudin ds shafie mb terengganu ds mukhriz ds khairuddin dari umno p pinang kerana gila jawatan dan kuasa dan kita ahli umno hanya sebagai barua saja tak dapat apa pun dan kita berdoa agar umno akan hancur dlm pru 14 nanti

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Alangkah busuknya hati pemimpin2 umno lihat bagaimana dia menghina ahli umno yg tak sebulu dgn mereka ts mahyudin ds shafie mb terengganu ds mukhriz ds khairuddin dari umno p pinang kerana gila jawatan dan kuasa dan kita ahli umno hanya sebagai barua saja tak dapat apa pun dan kita berdoa agar umno akan hancur dlm pru 14 nanti

Anonymous
Guest
Anonymous

Cer siasat,berapa Juta hinggit Derma yg ADUN2 dapat sebelum DSMM berjaya digugurkan..kalau tak habis,minta pulangkan blk tau..

Anonymous
Guest
Anonymous

Sepatutnya tanya juga pandangan peribadi Hj Hadi… entah-entah adun-adun ada terima pesanan atau panggilan talipon sebelum menghadap Jemaah DiRaja. Atau kena kenal pasti orang Hj Hadi dan adakah mereka tidak menyokong atas kehendak pusat yang ingin menunjukkan 'kerjasama presiden' masih baik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tok guru ni lagi tak boleh pakai

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada kemungkinan Jemaah DiRaja tidak hanya mengira sokongan semasa buat keputusan tersebut. Jika semua Pembangkang dan beberapa adun UMNO sokong Mukhriz pun masih ada beberapa perkara di ambik kira yang mana banyak buruk nya dengan mengekalkan Mukhriz atau menolak Mukhriz.

Yang penting Jemaah DiRaja telah mengambil kira pandangan politik terus dari ahli-ahli politik pembangkang.

Kalau dalam PAS ada Husam, dalam UMNO ada Mukhriz.

Bagaimana Kedah selepas ini ? UMNO perlu buktikan pada rakyat Kedah dengan memberi peruntukan yang lebih dari apa yang diterima oleh Mukhriz.

awang batuburok
Guest
awang batuburok

Alhamdulillah,
Masih ramai lagi ahli ahli PAS yang cerdik politik, walaupun ketuanya mudah diperbodohkan oleh si BODOH.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ikon kejayaan lulusan tingkatan 3. Good luck orang kedah.

Anonymous
Guest
Anonymous

padanlah tengok muka macam orang bodoh je

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan nak mengatalahhhh…kalau kat Spore, ahli politik macm Bashah meeka akan suruh dia tampal poster je. DMsia shj bolih jadi Ketua Negeri.

Ozz
Guest
Ozz

Negeri Kedah Darul Aman kembali ke zaman kegemilangan Merong Mahawangsa dengan kepimpinan KEDAH TUA.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yg sokong letak jawatan adalah beberapa org. Yg sokong mukhriz beribu2.. Inilah kuasa jawatan… Ujian utk kita..

Anonymous
Guest
Anonymous

Zaman ni banyak betul buang sana sini, pecat memecat, tukar org tu org ni…..macam negara Disneyland pulak……hahaha

Anonymous
Guest
Anonymous

Helo En Shah, pembangkang tidak sokong MM. Dia orang mintak adakan undi di Dewan. Adakah berita ini sahih atau nak memalukan RC Kedah ? Apa apa pun ternyata Adun BN di Kedah masih sokong Dato Bashah dan PM kita. Inilah fakta !

Anonymous
Guest
Anonymous

Pembangkang hanya mencari peluang dari kelemahan BN. Itu saja.

Yang paling disukai ialah bapak dia sibuk nak suruh PM letak jawatan. Tapi sekarang anak pulak yang ditendang keluar. TERBAIK !!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Takat ni jerr level bahas kau? Lulus darjah 6 kot?

Anonymous
Guest
Anonymous

en budin, mana hang dapat data bahawa semua adun pembangkang bersatu sokong mukhriz? jemaah pemangku sultan kedah tidak akan memberi data tersebut kepada media. wakil adun pembangkang, dato' fakhrulrazi juga menyatakan bahawa mereka tidak akan menyebut kemana sokongan mereka. pertemuan antara jemaah pemangku sultan juga dilakukan individu ke individu, bukan bersekali semua adun pembangkang. jadi, amat pelik bagaimana en. budin boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? adakah en. budin dapat maklumat dari mp pokok sena? tidak kiralah kemana condongnnya en. budin punya pendirian, fakta yang hak tetap hak. tidak boleh dan tidak senonoh jika en. budin secara sembrono mengeluarkan bukan fakta sebagai… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Minta en. Budin buat story ttg mb kedah yg baru nie. Dgr2 dpt ke ahmad bashsh yg hanya brkelulusan spm. Bukan nk mengeji atau mnghina, mereka boleh brjaya diluar tp untuk mentadbir dan menerima amanah yg besar ini kita perlukan org yg brpendidikan tinggi dan muda spt mukhriz..

Anonymous
Guest
Anonymous

Already confirm Mukhriz resign…the doom end for BeNd in the next GE…hahaha

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan mimpi Siang hari lah kuncu2 rejim busuk pembangkang..

Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

apa la sgt setakat MB perak and MB kedah Najib jatuhkan. Sedangkan TPM and AG tukar mcm tukar baju je… Nothing so suprise.

1 ring to rule them all
1MDB to rule all MB

roslan othman
Guest
roslan othman

1 Rosmah to rule the nation.
1 vote from each voters will bring Rosmah and Najib to jail ha ha ha.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tukarlah pulak MB Johor dgn Ahmad Maslan budak cerdik tu.
Apalah punya bodoh najib ni

Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

Drama ended with mukhriz resignation

1 ring to rule them all
1MDB to rule them all

Any more MB risk taker againts Najib? Think twice….

roslan othman
Guest
roslan othman

This drama actually give mukhriz more advantages and popularity compared to Najib,where he and his party were being dragging towards shits hole when times up, so no need to waste time with all this idiots and corrupts leaders.

Anonymous
Guest
Anonymous

Actually it is good for mukhriz…he knows umno bn will go down the drain next GE. And bn kedah will eventually fall. So everyone will not blame him…most fingers pointing towards amat bashah instead.

Anonymous
Guest
Anonymous

Oleh itu jangan ada pihak yg dgn fasih lidahnya meng "UG"kan PAS dgn UMNO.

Mudah2an PAS masih tetap istiqomah bertindak mengikut lunas Islam yg diridhoi Allah Azzawakalla semuga selamat dunia akhirat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pembetulan…Azzawajalla

Anonymous
Guest
Anonymous

pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN dalam PRU 14 nanti, memang akan menjadi kenyataan.

Rakyat malaysia akan pastikan BN kecundang akhirnya. Sekarang ni BN sedang sibuk buat duit, kaut sana sini sebagai wang pencen.

Tunggulah pembalasannya nanti Apandi dan najib blues

Anonymous
Guest
Anonymous

Cakap Hj Hadi Takiri Zuhdi dah tak laku… ini sahaja jalan selamat bagi PAS Jika tidak sekali lagi PAS dianggap sebagai pengkhianat dalam berkawan.

Negeri Kedah lah menubuh ngo – PASMA!

Jalan nak selamat kan PAS juga terbuka semula.

Selepas ini Kedah adalah negeri terbaik dengan demokrasi nya apabila pru nanti mereka bertembung dengan cara yang lebih 'sporting'.