SIAPA PULA SELEPAS SWITZERLAND?

Walaupun kedudukan Najib Razak kelihatan selamat di dalam negara berikutan keputusan Peguam Negara membebaskannya daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan kemasukan wang beribu-ribu juta ke akaun peribadinya, isu berkaitan 1MDB nampaknya belum berakhir lagi.
Ini berikutan pejabat Peguam Negara Switzerland tiba-tiba mendedahkan telah menemui bukti berkaitan pemindahan wang yang mencurigakan berjumlah kira-kira RM16,800 juta yang dikaitkan dengan 1MDB melalui institusi kewangan negara itu.
Sehubungan itu, bukti penting tersebut akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara Malaysia dalam masa terdekat ini, sambil Peguam Negara Switzerland berharap bantuan selanjutkannya akan diberikan bagi menentukan kebenaran tentang penemuan tersebut.
Sementara kita semua menanti-nanti apakah bukti penting yang dimiliki oleh pejabat Peguam Negara Switzerland itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua semalam segera menyoal apakah derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib merupakan sebahagian daripada wang yang ditransaksi secara haram yang berjumlah RM16,800 juta itu?
Sehingga ini, soalan Tony Pua itu belum lagi dijawab sama ada oleh 1MDB mahu pun Peguam Negara, Apandi Ali.
Berkaitan penemuan oleh pihak berkuasa Swirzerland pula, 1MDB hanya memberikan “jawapan selamat”  iaitu mereka tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak untuk bertanyakan lebih lanjut berkaitan perkara itu.
Tetapi, agak pelik mengapa 1MDB tidak berani menyanggah secara terang-terang penemuan bukti yang diperolehi oleh Peguam Negara Switzerland itu sebagaimana yang kerap dilakukan sebelum ini demi memperlihatkan syarikat itu benar-benar tidak ada “kong-kali-kong” dalam urusniaganya.
Persoalan juga timbul, apakah transaksi haram yang ditemui oleh Peguam Negara Switzerland itu turut sama dapat dikesan oleh Ketua Audit Negara yang sedang melakukan audit terhadap 1MDB?
Begitu juga, apakah isu berkaitan wang sebanyak RM16,800 juta itu akan turut menjadi fokus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC yang sedang dalam proses menyiasat syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib itu?
Dengan penemuan bukti oleh Peguam Negara Switzerland itu, pastinya ramai yang kembali terjaga dan menggigau di tengah-tengah malam memikirkan nasib dan ketentuan takdir di masa hadapan.
Apatah lagi, menurut seorang peguam, N Sivananthan, adalah amalan biasa bagi pihak pendakwaan di Switzerland membuat pengumuman secara terbuka sesuatu kes jenayah berprofil tinggi kerana mereka mengamalkan ketelusan yang tinggi serta untuk memastikan orangramai mengetahui setiap perkembangan kes yang sedang disiasat.
Dalam hal ini, sebagaimana yang sudah sudah dinyatakan semalam, Peguam Negara Malaysia haruslah mengotakan janjinya untuk memberi kerjasama sewajarnya kepada rakan sejawatannya di Switzerland bagi menegakkan kebenaran dan keadilan berkaitan transaksi wang yang mencurigakan itu.
Bermakna, sebarang hasilnya nanti, setelah bukti itu diserahkan kepada Peguam Negara kita, ia pasti akan didedahkan secara terbuka sekali lagi kepada seluruh dunia.
Tidak semestinya penemuan itu menjurus berkaitan Najib, tetapi tentulah apa saja bukti salah laku berkaitan 1MDB akan memberikan tempias kepadanya juga.
Selain itu, apakah setelah Switzerland, pihak berkuasa negara-negara lain seperti London, Hong Kong, Perancis, AS,  Singapura dan sebagainya akan turut menemui bukti-bukti yang mencurigakan juga berkaitan 1MDB selepas ini?
Jika itu berlaku, bagaimanakah imej negara dan Najib di mata dunia?
Setidak-tidaknya penghargaan harus diberikan kepada Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang yang gigih membuat laporan ke pelbagai negara sebelum ini, meskipun mereka “sengsara” disosmakan kerananya.
Dan akhirnya, kebenaran dan keadilan mungkin hanya akan dibongkar oleh negara-negara yang bukan beragama Islam, tetapi begitu tinggi nilai intergriti dan kejujurannya. (SH 01/02/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

46
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Miss VeeAnonymousZakaria AlidamerdekaNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Miss Vee
Guest
Miss Vee

AWAS !!
Jangan Masuk !!
>>> DOT DOT DOT !! <<<

Anonymous
Guest
Anonymous

Haha.. kelia.. masalah Melayu kita ni sebenarnya ialah TAK MAMPU BERPIKIR. Itu ja.. asal cakap ja.. sumer emo. Kalo bernas sekalipun..masalah tetap x selesai jugak.

Anonymous
Guest
Anonymous

sebenarnya melayu tidak mempunyai pemimpin yang berintegriti..ramai yang kelam mata apabila memegang jawatan..Cuma sekiranya nak selamatkan negara ianya perlu ditadbir oleh golongan yang kuat berpegang dengan amanah Allah dan bekerja menghambakan diri semata-mata kerana Allah..baru terlihat indahnya ISLAM..jika tidak orang melayhu yang mejoritinya beragama ISLAM akan terus di hina di bumi sendiri..

Anonymous
Guest
Anonymous

Ingat filem "Journey to the west"…watak dewa yang muka b*** telah ditiadakan dipapan iklan. Sekarang kita sedang menuju ke negara barat (swiss, france, amerika dll) mencari jejak 1mdb.ironinya watak2 penting sedang disucikan dalam perjalanan mencari keadilan ke barat…

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Kesimpulan nya umno telah mengadaikan bangsa dan ugama….demi kepentingan pemimpin nya…mereka menkayakan diri mereka…habis segala glc mereka papa kedanakan…terbaru TH…rakyat di peras dgn cukai yg x masuk akal…nak sokong lagi…fikir fikir kan wahai kaum melayu…

Anonymous
Guest
Anonymous

lembu susu itu (TH) telah diperas sejak dulu tapi telah dilupakan? nah, melayu mudah lupa banyak betoinya, waduh…

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Kesimpulan nya umno telah mengadaikan bangsa dan ugama….demi kepentingan pemimpin nya…mereka menkayakan diri mereka…habis segala glc mereka papa kedanakan…terbaru TH…rakyat di peras dgn cukai yg x masuk akal…nak sokong lagi…fikir fikir kan wahai kaum melayu…

damerdeka
Guest
damerdeka

Mukriz pemimpin rakyat, ayuh rakyat kita bersatu..mukriz take d lead!

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tahniah abu hassan dan matties chang yg berani kerana benar klu peguam negara switzeland boleh nampak kes ni aku hairan org malaysia yg beragama islam kata semua bersih walaupun sprm tak sdtuju biar buta mata jangan buta hati

Anonymous
Guest
Anonymous

Itulah kata-kata Sultan & Raja taknak ikut.
Selesaikan cepat kes 1MDB dengan apa cara sekali pun.
Kan dah melarat seolah-olah tidak ada penghujungnya.
1 orang buat taik 30 juta rakyat nak tanggung ke.
1 orang buat onar 30 juta rakyat tak boleh tibai ke.
Kalau kat Indonesia lama dah mampus sekor ni.
Kenapalah dia hidup kecik-kecik dulu taknaklak mampus.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tahniah abu hassan dan matties chang yg berani kerana benar klu peguam negara switzeland boleh nampak kes ni aku hairan org malaysia yg beragama islam kata semua bersih walaupun sprm tak sdtuju biar buta mata jangan buta hati

Anonymous
Guest
Anonymous

Korang sendiri yang kata umngok begini, begitu dan bla, bla tapi korang yang beri depa tahniah cuma kerana depa berdua dah bertaubuat?

Kalau cam ni penilaian korang bro, selamanyalah korang akan dapat kepemimpinan yang sama seperti sekarang meskipun dari sebelah mana anda datang, yang akan naik adalah 2×5 saja.

Kalau politik longkang ini tidak berubah, alamatnya yang akan dipilih nanti adalah pentaubuat yang berbuat sesuatu untuk dapat sesuatu.

Fikir fikirkanlah.

Anonymous
Guest
Anonymous

"tapi korang yang beri depa tahniah cuma kerana depa berdua dah bertaubuat? "

Chai, siapa yang bertaubat? Ni mangkok kosong tu ye?

Anonymous
Guest
Anonymous

Geng Dedak sehabis daya upaya cuba mempertahankan Mapudullung Marangkerapu dan Puti Rhino, walau perkara yg cuba dipertahankan itu banyak tak logiknya. S'pore dah kluar statement pasal seized account 1MDB tu…
Geng Loceng (loceng pon locenglah)… Ayuh, teruskan perjuangan menegakkan kebenaran. Geng Dedak yg dah terlebih tembolok mentekedarah dedak bakal sakit perut dan terberak berak…
Marangkerapu Mapudulung dan Puti Rhino masa kamu menyusahkan rakyat bakal berakhir.

Anonymous
Guest
Anonymous

14 ketua bahagian, 3 ahli parlimen, 19 ADUN, 30-40 ahli MT , dan tah berapa ramai lagi pembesar2 umno nak tumbangkan mukhriz, nak masuk 2 minggu dah…mukhriz masih MB setakat malam ni. Hebat mamat ni… kalau dia tumbang pun, kena bagi respek. Yang akan berjaya tumbang kan dia, apa laa nak dibanggakan sangat, kalau gini punya susah payah nak lawan satu orang. Hero baru dah muncul, dan bukan setakat retorik, dia ada real power, rakyat punya power di belakang dia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa sbnarnye yg suka main belakang DS anwar atau DS najib? Jawab wahai hakim2 dan pendakwaraya? Ingatlh bahwa mati ITU benar, soalan kubur ITU benar! Dan yaAllah neraka ITU benar. Slgi hidup pintu taubat ITU terbuka… Taubatlh msa belum terlambat, kepada smua yang merencankn perkara2 hina INI..

Anonymous
Guest
Anonymous

Sapa2pun klu dok di tempat najib lani tentu mrasa sempitnya dada nak bernafas..sempitnya dunia nak menyorok. Semua pakat kenai dia. Aku pulak yg naik seryau ngan kdaan dia. Tu lah, jahat sgt.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kemungkinan diakhir-akhir hayat dunia ini maka terjadilah apa yang diwahyukan oleh Allah SWT Kemungkaran akan ditegakan/dinobat dan kebenaran mula dipijak bagi menutup perlakuan buruk.Inilah penjajahan era baru yang disalurkan melalui pelajaran yang dituntut diluar negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Agama……ada

Undang-undang……..ada

Akai…………takda

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat SOSMA yang dikasihi,
AG Sweet dah halo AG 1MDB. 16800 J spesis bisnes apa pulak?
Siapa sebenarnya sabo ekonomi negara?

Anonymous
Guest
Anonymous

Kerja guna air mani boleh lah guna budak atau sesiapa pun sebagai watak utama. Tetapi bila duit berjuta dan perlu melalui peraturan yang ketat hanya orang yang paling berkuasa boleh melakukannya.

Samada Perdana Menteri atau Menteri Kewangan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Cuba perhatikan kalau satu ciri $Islam diamalkan sudah maju. apalagi jika lebih

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib dan kuncu kuncu pemakan dedaknya makin sesak nafas dan resah. Jika terbukti senua ini angkara Najib, pastikan dia dihukum seberat2nya kerana telah merosakkan imej negara selain memusnahkan kepercayaan rakyat yang telah memberi amanah selama ini. Dia akan dan kuncu2nya akan diburu sampai ke lubang cacing dan tak ada negara selamat untuknya. Mana mana pemimpin yang selama ini mempertahankan rakyat membuta tuli semata mata kerana habuan dan kepentingan diri, pastikan kelompok ini keseluruhannya diterajang keluar kerana bersubahat mempertahankan pemimpin yang bersalah dan korupsi. UMNO BN perlukan rombakan menyeluruh kepimpinan yang ada sekarang. Dan akar umbi UMNO WAJIB memainkan peranan penting… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Wahai Kawan-kawan –

Negara kapir lah yang menegakkan integriti dan Keadilan system Negara mereka. Mereka you makan makanan yang haram di segi agama kita.

Di Msia , puak serban, Jakim, perkasa, ikan Bakar syaitan dll pekik sini, pekik sana, habis Melayu yang nampak bodoh dan mundur dan tamak. Sembahyang Siang malam tapi yang paling terbesar terbabit dalam korupsi adalah melayu – condo lembu jangan lupa pulak.

Semua yang dibuat untuk orang luar tengok tu hanya bohonglah. Sebernanya, puak2 Melayu to adalah penyamun, pencuri, perogol, makan rasuah kuat dll.

Baliklah ke pangkuan Allah

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 21:11,

Kamu telah mendedahkan kebangangan dan kebangsatan terlampau kamu apabila kamu membuat dakwaan karut " Sembahyang Siang malam tapi yang paling terbesar terbabit dalam korupsi adalah melayu" ! Adakah semua bangsa-bangsa lain dan pengikut agama-agama lain suci dan tidak pernah terbabit dalam korupsi, pecah amanah, salahguna kuasa, jenayah, penipuan, lintah darat, penindasan? Mana bukti kamu yang menyokong fitnah kamu tersebut?

Aku cabar kau senaraikan semua skandal yang berlaku di negara ini dan nilai wang dan harta yang terlibat, tarikh dan menamakan semua orang yang terlibat dalam skandal tersebut.

Jika kamu gagal menjawab cabaran ini, engkaulah pembohong bangsat !

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 21:11 memang bangang dan bangsat sebab cuba menfitnah orang Melayu.

Jika seseorang Melayu sembahyang siang dan malam kerana Allah, ini bererti dia mentaati perintah Allah dan RasulNya maka dia tidak akan terlibat dengan kemungkaran kerana Allah dan RasulNya melarang kemungkaran!

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 21:11 adalah pembohong yang amat hina kerana menfitnah bangsa melayu dan orang Islam.

Jika Anon 21:11 mempunyai bukti, mengapa Anon 21:11 tidak mendakwa orang-orang melayu tersebut di mahkamah?

Amat jelas Anon 21:11 tidak mempunyai sebarang bukti !

Anonymous
Guest
Anonymous

Di negara yang pemimpinnya bukan Islam dan yang tidak ada Ketua Agama, sudah lama letak jawatan walaupun telah memegang jawatan yang baru. Sistem negara bukan Islam bersedia mengambil tindakan undang-undang ke atas pemimpin tersebut seperti Thailand yang sembah patung batu.

Semua butiran bukti telah di serahkan kepada Peguam Negara oleh SPRM tetapi di tolak kerana duit tersebut telah dipulangkan.

Agama lain tidak sembahyang sampai 5 kali sehari dan tidak berpuasa sehingga sebulab. Orang Islam meraikan raya korban, maulidur rasul, israk mikraj, hari jumaat tapi akhlak bagaimana yang pemimpin telah tunjukan?

Anonymous
Guest
Anonymous

Tidakkah melayu sedar selagi melayu dicop "bodoh" berulang kali, setiap hari, saban masa, lama kelamaan persepsi menjadi realiti? Siapa pula yang "pandai'? Kenapa persepsi ini dikhaskan kepada kaum cina Dan India? Adakah benar saban hari, setiap masa, kita mendengar sepertimana ayat berikut? 1.kaum cina Dan India 'pandai' berniaga.2.kaum cina Dan India 'pandai'….lihatlah, pendapatan Dan gaji bulanan mereka lebih tinggi Dari kaum melayu Dan bumiputra.3.anak2 kaum cina Dan India lebih 'pandai' Dari orang melayu dan bumiputra.4.orang melayu mengecop kaum mereka sendiri sebagai 'bodoh', tak percaya? Dengar perbualan anak2 dengan rakan mereka. Ada ibubapa melarang sebutan 'bodoh' ini?5.Bagaimana pula melayu2 yang bersekongkol… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau tak nak jadi bodoh, tukar perdana menteri dan pemimpin yang buat lawak.

Imej negara teruk kerana orang lihat ketua negaranya. Bagaimana mana orang macam Najib masih jadi perdana menteri… ini tentu rakyat nya bodoh walaupun yang sebenarnya bodoh ialah ahli UMNO

Anonymous
Guest
Anonymous

Chai 23.22, Adakah jika pakatan berkuasa dikuasai melalui proksi DAP negara ini lebih baik? Adakah umno begitu buruk sehingga menghasilkan beribu ribu kaum cina dan india menjadi jutawan? Adakah umno begitu buruk sehinggakan kaum cina Dan India mempunyai sekolah mereka sendiri? Adakah umno begitu buruk sehingga dicop pelbagai gelaran oleh kaum cina dan india contohnya bodoh? Adakah melayu begitu bodoh sehingga sanggup jadi 'kaldai kepada parti proksi2 bernama DAP yang bakal pemerintah Malaysia? Jika dulu melalui komunis, Hari ini gerakan mereka Kristian, pelbagai kaedah dilakukan untuk memenangi hati orang melayu Dan bumiputra, pelbagai "emas' dan 'permata' diberi. Tanyalah mat sabu,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan lupa bahawa pihak yg berkempen siang dan malam untuk menaikkan Pok Jib pada 2013 adalah pihak yang same yg mahukan Pok Jib turun lar nih.

Seterusnya, pakar songlap yang bertindak mendedahkan aktiviti songlap tidak layak di beri ucapan terima kasih atau diangkat sebagai budiman, apatah lagi dijadikan putih seputih kapas.

Memberikan kredit berlebihan kepada pakar songlap yang melakukan U turn adalah satu kesilapan dan terbukti kesilapan itu menghampakan si pemberi kredit di akhirnya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Balaci 23:03, 23:07 dan seumpamanya adalah balaci yang teramat bangsat yang amat suka menghina dan menfitnah orang Melayu, orang Islam dan agama Islam. Balaci 23:03, 23:07 yang bersikap perkauman ini mengidap penyakit mental yang teruk yang diwarisi dari ibubapanya. Maka tidak hairanlah Anon ini suka menghina dan menfitnah seluruh kaum Melayu dan agama Islam kerana seorang Melayu atau seorang Islam telah melakukan kesilapan atau kesalahan ! Dan balaci-balaci ini mengagungkan-agungkan kaum-kaum lain dan agama-agama lain seolah-olah mereka sangat suci dan tidak pernah melakukan kesalahan! Bullshit !!! Kita merasa meloya membaca komen-komen balaci bangsat ini yang jelas tidak mempunyai sebarang bukti… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Anonymous2 February 2016 at 00:18
Ancaman hari ini bukan kristian tetapi IS. Jika dia orang bagi 'emas' dan 'permata', Islam ajar bagi 'kepala' ke?

Kristian guna duit untuk berdakwah, Islam guna duit Yapiem dan zakat untuk kepentingan peribadi… Tabung Haji beli tanah murah dengan harga yang mahal..

Baliklah ke pangkuan Allah

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau UMNO yang jadikan beribu Cina dan India jadi jutawan, UMNO lah jadi proksi atau lebih tepat kaldai.

Malaysia negara rasuah ke tiga tertinggi di dunia,

Jika anon inginkan pemimpin yang punyai intergriti, bersih, cekap Dan amanah tukar lah Perdana Menteri tapi dalam UMNO pemimpinnya tak boleh di pakai. Sama yang pergi dengan yang tinggal

Dalam Pakatan Harapan ada melayu yang anon inginkan.

Jangan takut-takut, Khalid dan Mat Sabu telah nafikan yang DAP membayai kewangan parti. Lagi pun tidak bukti duit dari DAP telah masuk ke akaun peribadi mereka berdua.

Anonymous
Guest
Anonymous

Terserlah, terang dan nyata lu punya tulisan tu wahai chai rba 8.01am kan?

Anonymous
Guest
Anonymous

Terserlah, terang dan nyata lu punya tulisan tu wahai chai rba 7.44am kan?

Sekarang ni dah boleh panggil Allah ke chai? Ular ka?

Anonymous
Guest
Anonymous

8:01,

memang tak ada bukti Dap huloq kat Amanah sama seperti Pua tidak ada bukti 1Mdb huloq kat derang tu, tetapi Dapigs tetap percayakan Pua walaupun Pua takdak bukti, makanya dalam kes Dap huloq kat Amanah sama juga iaitu sebanyak mana Dapigs menafikan perlakuan itu majoriti tetap percaya penafian Dapigs adalah satu pembohongan.

Anonymous
Guest
Anonymous

kah kah kah meriah sesungguhnya sampaikan pemakan dedak KERIStianpun ada sekali, kah kah kah

Anonymous
Guest
Anonymous

Masalah nya Anonymous 22:21 mintak bukti. Bila kata kesalahan pemimpin kamu 'mana bukti' tapi bila Amanah DAP 'memang tak ada bukti' tapi kamu yang minta kemukakan bukti tak ikut pendirian kamu sendiri.

Kalau Pua tak ada bukti teruskan debat 1MDB biar Phua malu depan orang ramai. Akan terdedah lah macamana hutang negara lebih tinggi dari gunung kinabalu

lufang
Guest
lufang

Tatak apa punya maa aa ,tatak apa hat ,selagi itu semua ketua bahgian & UMNO dibelakang Najib ,semua mesti OK punya maa aa .

Anonymous
Guest
Anonymous

Dear Shah,

Besides those places you mentioned, please allow me to add the following: the United States, Australia and Dubai.

Other than the investigations conducted in the Switzerland and France, there is probably no hope to be placed on those you mentioned and the ones I mentioned just now for one reason or another. But I hope I am wrong – at the very least in the case of the United States. Yes, once the TPPA is signed by Malaysia, its FBI and the DoD may behave differently?

We shall see…

roslan othman
Guest
roslan othman

Singapore is the country that maked me so curious , this a place where RM2.6 bllion believe to be stranded , what I am afraid of najib will be making a bloody aggreement with his counter part which could benefit singapore to the extant that could jeopardise our country sovereignty Najib is a devil who could do anythings just to survive but not the paople for him is nothing.

Anonymous
Guest
Anonymous

20:04,

If after signing that agreement, those foreign agents may act differently as per your imagination and if it is probably true, most likely it (the signing) will be deferred. Nothing to lose bro. Ha ha

Anonymous
Guest
Anonymous

Sign dulu TPPA..insyaAllah Najib akan selamat. US boleh guna veto dalam apa jua keadaan sebagaimana diberikan keistimewaan kpd Israel. Beratus2 kesalahan Israel pun, dunia buat pekak badak ja.

Hendak seribu daya. Berhentilah mengharap Najib ditangkap. Ada beribu2 kerja lain lagi boleh dibuat selain berharap perkara yang tidak akan berlaku selagi Najib berkuasa.