Month: February 2016

AYAT APA NI?

Di ketika Najib Razak dipertikaikan di seluruh dunia, malah diperkatakan ramai persamaan kepimpinannya dengan pencapaian cemerlang bapanya hampir tidak ada sama sekali, agak menghairankan apabila tiba-tiba Tun Abdullah Badawi boleh berkata sebaliknya pula. “Saya sebagai seorang ayah, yakin dan percaya, bahawa jika Allahyarham Tun Razak masih ada bersama kita pada hari ini, beliau pasti cukup […]

ISYARAT UMNO MESTI DITUMBANGKAN DAN NAJIB WAJAR BERTAHAN SEHINGGA PRU 14

Bekas Perdana Menteri paling lama, Tun Mahathir Mohamad hari ini membuat keputusan yang mengejutkan iaitu sekali lagi keluar daripada UMNO sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Najib Razak. Katanya, beliau terpaksa keluar UMNO kerana parti itu kini hanya digunakan untuk mempertahankan presidennya sahaja. UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang dulu, saya tidak boleh lagi […]

NAJIB AKAN 'DIBOM' LAGI ESOK DI KLIA?

Di bawah ini adalah antara petikan menarik yang dilontarkan oleh Muhyiddin Yassin dalam kenyataan medianya dua hari lalu sebaik saja MT UMNO membuat keputusan menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandangnya sehingga pemilihan 2018 yang akan datang. Gambaran petikan itu seolah-olah dunia sudah terbalik di mana yang bersalah dan terpalit dengan skandal dipertahan dan dikekalkan, […]

DENGAN ALASAN PELIK SEPERTI INI, JANGAN-JANGAN…

Pendirian Hadi Awang enggan menghadiri perhimpunan anti Najib pada 27 Mac depan mungkin tidak begitu memeranjatkan, tetapi yang membuat ramai terpinga-pinga ialah alasan yang diberikannya. “Saya anti UMNO, tetapi tidak anti orang UMNO. Orang UMNO kita hendak berbaik. Ada pun parti UMNO sudah banyak buat kesilapan, oleh itu saya tidak mahu terlibat dalam perhimpunan itu,” katanya kepada […]

DULU DI KEDAH, KINI SUDAH MEREBAK KE JOHOR

Satu-satunya pemimpin UMNO yang ternampak masih rasional dan berani mengakui wujudnya cabaran besar berikutan penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ialah Menteri Besar Johor, Khaled Nordin. Saya akui keputusan itu menjadi cabaran besar bagi kami di Johor dan saya percaya UMNO perlu bekerja lebih keras, katanya lagi. Sementara yang lain masih khayal dengan kenyataan-kenyataan […]

KEKAL PUN TIDAK LAGI BERMAKNA, DIPECAT ADA JUGA BAIKNYA

Jika Muhyiddin Yassin tidak berani buat hal, takut dengan gertakan Tengku Adnan dan seterusnya kekal dalam UMNO:-  – Jawatan Timbalan Presiden UMNOnya tetap digantung dan tidak mungkin dikembalikan lagi, sebaliknya Zahid Hamidi yang “enjoy free” dengan jawatannya itu. – 99 peratus kebarangkalian tidak dicalonkan semula bertanding atas tiket UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. […]

AYUH MUHYIDDIN, MULAKAN GERAKAN RAKYAT SEKARANG JUGA

Kenyataan media Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya, Muhyiddin Yassin setelah MT parti bertindak terhadapnya sekurang-kurangnya menggariskan empat fakta penting:- – perlunya reformasi institusi yang menyeluruh yang bertujuan menghadkan kuasa Perdana Menteri serta menjadikan beberapa institusi seperti Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM dan BNM mampu berfungsi dengan bebas tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa. – Najib Razak […]

WAYANG NAJIB KELUAR MESYUARAT

Sekonyong-konyongnya Najib Razak meninggalkan mesyuarat MT UMNO semalam kerana tidak mahu dirinya terlibat dalam membuat keputusan berhubung penggantungan jawatan Muhyiddin Yassin. Sekonyong-konyongnya juga Zahid Hamidi turut keluar daripada bilik mesyuarat itu kerana sebab yang sama. Lalu diserahkan pengendalian mesyuarat kepada Hishammuddin Hussein yang akhirnya menjadikan “orang Johor jadi kepala menggantung pemimpin Johor juga”. Tetapi yang […]

TAHNIAH BUAT ZAHID, PERMULAAN UNTUK MUHYIDDIN

Sebagaimana yang dijangka, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akhirnya digantung jawatannya sehingga pemilihan akan datang. Sehubungan itu, Ahmad Zahidi Hamidi diberi kuasa untuk menjalankan tugas timbalan presiden UMNO sepanjang penggantungan Muhyiddin itu. Oleh kerana pemilihan UMNO sudah dianjakkan kepada 2018 dan sebelumnya pula pilihanraya umum ke 14 terpaksa diadakan, penggantungan ini bermakna telah “membunuh”  terus masa depan […]

MUHYIDDIN DIGANTUNG, NAJIB ATAU ZAHID YANG UNTUNG?

Kemungkinan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatannya dalam mesyuarat MT petang ini semakin sukar dielakkan. Selain Nazri Aziz yang berdegar-degar mahu membawa usul penggantungan itu, beberapa pemimpin yang lain juga nampaknya tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada cadangan itu. Untungkah Najib Razak jika Muhyiddin digantung dan tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan UMNO? […]

SIAPA YANG BUAT TUDUHAN TAK BERASAS, TIDAK TERBUKTI DAN SIAPA YANG MEMALUKAN NEGARA?

Untuk kesekian kalinya, berkatalah lagi Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan bahawa tuduhan yang berulang, tidak berasas dan tidak terbukti oleh The Wall Street Journal atau WSJ adalah bertujuan merosakkan nama Malaysia dan pembangunan ekonominya. Sama seperti banyak kenyataannya sebelum ini, beliau nampaknya tidak menggunapakai otak kiri dan kanannya sebelum berkata-kata.  Sebagai pemimpin, bukankah […]

KENAPA MUHYIDDIN MESTI DIPAKSA UNDUR?

Tidak cukup dengan usaha yang nampaknya kembali rancak mahu menggantung jawatan atau keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin, terdapat juga antara pemimpin atasan parti yang mendesak beliau berundur daripada jawatannya. Antara hujah mereka, jika ingin terus mengkritik Najib Razak selaku Presiden UMNO, Muhyiddin harus berundur kerana ia merosakkan parti dan memberi imej tidak baik kepada […]

DRAMA MAKIN MENARIK…

Wow…sungguh menarik apabila Tun Mahathir Mohamad mengambil sikap enggan menjawab secara spesifik soalan-soalan polis terhadapnya dengan alasan ingin menjawabnya secara penuh di mahkamah nanti. Ini baru betul, mahkamahlah tempat paling unggul mencari kebenaran di dunia ini. Wow…wow…tambah menarik apabila Tun Mahathir juga menyatakan kesediaannya untuk ke penjara berikutan kritikan berterusannya terhadap Najib Razak serta perjuangannya […]

MAHKAMAH SEPATUTNYA DIBENAR BERSIHKAN NAJIB, BUKAN PEGUAM NEGARA

Walaupun sukar mengharapkan Panel Penilaian Operasi SPRM ini mampu merubah keadaan, keazaman mereka untuk terus berkeras agar Perdana Menteri, Najib Razak didakwa di mahkamah berhubung skandal kewangan yang melibatkan dirinya, sekurang-kurangnya menyedarkan kita tentang prinsip keadilan. Sebagai rakyat biasa, kita selalu didendangkan bahawa mahkamah adalah tempat paling mulia mencari keadilan di dunia ini. Tetapi, mengapa […]

SOALAN-SOALAN UNTUK NAJIB

Adakah menjadi kesalahan bagi Muhyiddin Yassin bersuara di luar, selain daripada dalam mesyuarat MT UMNO? Apakah Muhyiddin, walaupun masih berjawatan nombor dua dalam parti, tetapi telah digugurkan daripada kedudukan dalam kerajaan, hanya perlu diam dan tidak perlu lagi berkata apa-apa, terutama membuat teguran kepada pemimpin, parti dan negara? Apakah Muhyiddin hanya boleh bercakap dan bersuara […]

BAEEKKK PUNYA LAMBUNG!!

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyifatkan Perdana Menteri, Najib Razak seorang pemimpin yang memiliki ramuan lengkap yang diperlukan untuk terus mentadbir parti dan negara serta sama sekali bukan seorang “penyamun” seperti yang digambarkan oleh musuh-musuh politiknya. Malahan, tegas  Ahli Parlimen Ketereh dan bekas menteri itu, keyakinan terhadap Perdana Menteri masih kukuh untuk terus menguruskan negara, […]

NAZRI PERTAHAN NAJIB ATAU MAHU MENAMBAH KESELESAAN BUAT ZAHID?

Tiba-tiba saja Nazri Aziz bersuara bahawa beliau akan mencadangkan penggantungan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dalam mesyuarat MT akan datang berikutan tindakannya yang dilihat berterusan mengkritik kepimpinan Najib Razak. Beliau yang menyifatkan tindakan Muhyiddin sebagai melampau, turut menggesa agar bekas Timbalan Perdana Menteri itu segera meninggalkan parti jika sudah tidak mahu bersama kepimpinan sedia […]

JIKA BOLEH SABAR, TUNGGULAH PRU 14…JIKA TIDAK, MULAKAN DENGAN 27 MAC NANTI

Antara ayat-ayat candu yang dilafazkan Najib Razak sempena memperingati 40 tahun penglibatannya dalam politik, Sabtu lalu ialah, “Ayahanda saya membina UMNO dan takkan saya menjadi anak yang menghancurkan UMNO”  dan “saya seorang yang penyabar tapi jangan melampaui batas.” Selain dedak, mungkin ada yang terus terkhayal serta percaya dengan kata-kata itu, tetapi realitinya UMNO dan negara […]

ALAMAKKK…….

Tidak cukup dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)  yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan berkaitan kandungan jelik di internet, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan mencadangkan undang-undang baru digubal bagi membolehkan penulis blog mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau KKMM. Katanya, langkah itu sebagai usaha […]

MINGGU CABAR-MENCABAR

Minggu ini politik negara kita penuh dengan aksi cabar-mencabar yang sekaligus membuatkan kita ternanti-nanti dengan penuh debar. Ini yang mula-mula… Diulang sekali lagi… Kemudian diikuti yang ini… Juga yang ini… Yang ini pun lebih kurang berupa cabaran juga…. Siapa agaknya yang paling dulu menunjukkan keberanian untuk menyahutnya? (SH 21/02/2016) No tags for this post.