Month: January 2016

SEKALI LAGI, TANGKAP DAN SIASATLAH KU NAN!!

Setelah menafikan kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor semalam bahawa terdapat kawasan-kawasan tertentu di ibukota sebagai sasaran serangan pengganas, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar seterusnya berkata, tindakan akan diambil terhadap sesiapa juga yang menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan orang ramai. Katanya, tindakan akan diambil terhadap sesiapa juga, termasuk orang […]

KU NAN PATUT DITANGKAP DAN DISIASAT

Entah di mana dan bagaimana maklumat diperolehinya, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor tiba-tiba menyenaraikan beberapa kawasan panas di sekitar ibu negara yang didakwanya akan menjadi sasaran serangan pengganas. Kawasan-kawasan  yang disebutnya ialah Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas, pusat membeli belah Publika, Solaris serta juga Curve. Bagaimanapun pihak polis kemudian meminta orangramai bertenang dan jangan […]

JANGAN EMOSIONAL

Mutakhir ini,  Pas bukan saja kerap mengatakan parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRU 14 akan datang, malah juga nekad untuk meletakkan calon-calon di semua kerusi yang ditandingi oleh Amanah dan DAP. Terbaru Ketua Dewan Ulama Pas, Mahfodz Mohamed mengulangi lagi perkara yang sama seolah-olah Amanah dan DAP sudah jadi musuh utama. Tidak […]

MAKIN DICARI PERSAMAAN, MAKIN KETARA PERBEZAAN

Semakin Najib cuba mencairkan hati rakyat dengan menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai persamaan dengan Tun Razak, yang menyerlah sebenarnya hanyalah jurang perbezaan antara kedua-duanya. Selain banyak aspek perbezaan antara “anak dengan bapa” yang disingkap dalam seminar sempena 40 tahun pemergian Bapa Pembangunan itu baru-baru ini, mereka yang pernah bekerja dan mengenali Tun Razak lagi banyak ceritanya. […]

BAEEKK PUNYA KOMPROMI!!

Kenapa Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha susah sangat mahu mengulas mengenai pertandingan Miss Tourism  Antarabangsa 2015 di Melaka yang keputusannya akan diketahui hari ini? Komen sekadar “yang itu biarlah” sama sekali tidak mencerminkan nilai yang baik dari segi hukum agama. Kalau haram, katalah haram dan kalau halal pula, katalah halal. Kalau dalam isu vape begitu […]

SAMA-SAMA KITA BERDOA

Salah salah anggota polis komando yang didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu, Azilah Hadri dilaporkan sudah menghantar rayuan untuk pengampunan diraja kepada Lembaga Pengampunan Selangor, hari ini. Azilah bersama seorang lagi rakannya, Sirul Azhar Umar yang kini melarikan diri ke Australia, sebelum ini didapati bersalah membunuh Altantuya di kawasan hutan di Puncak Alam dan […]

ADUHAI…TUN RAZAK TAK SAYANG BINI RUPANYA

Di sebalik pelbagai pujian dan sanjungan yang berterusan terhadap Tun Razak Hussein, meskipun sudah 40 tahun meninggal dunia, kelemahan paling ketara Bapa Pembangunan itu ialah beliau “tidak cukup sayang”  kepada isterinya, Tun Rahah Noah. Sebagaimana yang diceritakan oleh anak kepada kawan Tun Razak, Taib Andak iaitu Kalsom Taib, Bapa Pembangunan itu pernah tidak membenarkan isterinya […]

MAKIN TUN RAZAK DIINGATI, MAKIN NAJIB DILIHAT "TAK BERGUNA"

Hari ini genap 40 tahun Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri kedua Malaysia meninggal dunia. Pemergiannya secara mengejut pada 14 Januari 1976 kerana derita leukemia, terus dirasai berikutan rakyat dan negara rasa amat terhutang budi dengan segala jasa dan sumbangannya. Tiada ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan Tun Razak untuk negara ini. Beliau dikenali sebagai […]

BUANG SAJA PENASIHAT DAN DUTA KHAS INI, JIMAT WANG NEGARA!!

Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan membuat pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 pada 28 Januari ini yang secara mudahnya adalah disebabkan negara tidak cukup wang untuk melaksakan projek dan program yang sudah dirancang. Penyumbang utama ketidakcukupan wang negara adalah kerana kejatuhan harga minyak dunia yang begitu mendadak, selain turut disebabkan nilai ringgit yang rendah serta ekonomi dunia yang […]

BEGINIKAH BUDI BAHASA SEORANG MENTERI MENJAWAB TEGURAN SULTAN?

Apa patut kita panggil menteri yang seorang ini? Biadap? Kurang ajar? Tiada budi bahasa? Atau sombong dan angkuh? Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan tidak mempunyai kuasa menghalang pemaju daripada membina rumah mahal berbanding perumahan mampu milik kerana Malaysia bukanlah sebuah negara komunis. Katanya, apa yang boleh kerajaan lakukan […]

SIAPA YANG UNTUNG?

Terdapat peneroka Felda Bukit Goh yang tidak mendapat apa-apa bayaran setelah memajakkan tanah mereka kepada pengusaha bauksit, walaupun setelah setahun berlalu. Dalam masa yang sama, didapati duti ekspot bauksit juga adalah 0 peratus yang bermakna kerajaan tidak memperolehi sebarang hasil daripada pengekspotan bahan untuk menghasilkan aluminium itu. Rafizi Ramli mendedahkan perkara itu berdasarkan penemuannya dalam […]

TENUNG SEMACAM TU BEB!!

Memetik laporan Berita Harian  Online pada Ahad bersamaan 10 Januari 2015,  Ketua Menteri Melaka Idris Haron berkata, sektor pelancongan di negeri itu mampu mendapat manfaat besar, terutama dalam limpahan publisiti menerusi kunjungan ratu cantik dari seluruh dunia. Katanya, pendekatan bijak mempromosi pelancongan negeri itu menerusi pertandingan ratu cantik berupaya meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan berjenama […]

NAMPAKNYA ORANG POLITIK YANG BERNIAGA PERLU MULA MENJAUHI ZAHID HAMIDI

Sehingga ini Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi belum lagi membuat apa-apa pembetulan atau penafian berhubung  kenyataannya  agar pemimpin dan ahli politik jangan terlibat dalam dunia perniagaan. Melainkan jika ada penjelasan sama ada kenyataannya itu sekadar gurauan, disalah lapor oleh media atau dipetik di luar konteks yang sepatutnya, bermakna apa yang diperkatakan itu masih lagi […]

APABILA MUHYIDDIN TURUN PADANG…

Semalam Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat pasar malam popular di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur untuk membeli beberapa juadah sambil beramah mesra dengan peniaga serta orangramai di situ. Untuk tahun 2016 ini, Muhyiddin belum lagi bercakap soal politik dan kedudukannya kerana didakwa melakukan kesalahan berikutan ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru juga tidak […]

BUKAN AHLI POLITIK BERNIAGA JADI MASALAH, MASALAHNYA MENTERI PUN TURUT MENIAGA SAMA

Wow…garang tu!! Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mahu ahli politik yang  lebih mengutamakan dunia perniagaan dan kepentingan peribadi daripada memberi khidmat kepada rakyat, agar mengundurkan diri dengan segera. Katanya, tugas dan tanggungjawab utama pemimpin serta ahli politik ialah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan menjadikan parti politik sebagai platform untuk mendapat lebih banyak tender kerajaan. […]

NAJIB LEBIH MENAKUTKAN?

Apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba-tiba mengumumkan Bajet 2016 akan diubahsuai agar lebih realistik dengan keadaan ekonomi semasa sambil memuji langkah memperkenalkan GST sebagai penyelamat kepada kedudukan kewangan negara, kebimbangan paling utama rakyat ialah kemungkinan kerajaan menaikkan lagi kadar cukai tersebut. Sehingga ini Rafizi Ramli dari PKR dan Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak kebarangkalian […]

KALAU SUKA SANGAT BERGURAU, BERHENTI SAJA JADI MENTERI!!

Hamzah Zainuddin akhirnya mendapat “penangan pertama” media berikutan kenyataannya yang meminta rakyat membawa bekal ke pejabat sebagai salah satu cara untuk menangani kenaikan kos sara hidup. Kebetulan beliau yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil alih tempat Hassan Malek yang digugurkan daripada kabinet, kenyataannya itu rata-rata membuatkan Hamzah mula dilihat sebagai […]