MENGAPA ORANG TIDAK CERDIK PUN BOLEH JADI MENTERI?

Bukanlah perkara biasa bagi pihak istana membuat teguran mengenai menteri-menteri yang dianggap tidak cerdik dan lebih selalu menjadi bahan jenaka kepada rakyat.
Sejak dulu lagi, pihak istana memang tidak pernah campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, apatah lagi membuat teguran terbuka mengenai kedudukan menteri-menterinya.
Tetapi di era kepimpinan Najib Razak ini, kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka bukan saja diperbual dan dijadikan momokan oleh rakyat, malah turut menggamit hati nurani istana untuk turut sama menegurnya.
Sudah tentu, dengan turut sama membuat teguran itu bermakna ketidakcerdikan dan penonjolan menteri-menteri sebagai bahan jenaka sudah mencapai “tahap gaban” sifatnya.
Terbaru, Tuanku Mahkota Johor secara terbuka membuat teguran mengenai kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak itu.
Katanya, langkah terpenting untuk kerajaan menambah baik sistem dalam negara sekarang ialah dengan mengenepikan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka kepada orangramai.
Malaysia, tambahnya memerlukan menteri-menteri yang bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan menampung poket sendiri.
Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan kerajaan Persekutuan, tetapi dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik, jelas Tunku Mahkota Johor itu lagi.
Tidak perlu disebut satu persatu menteri-menteri berkenaan kerana secara umumnya rakyat sudah pun mengetahui siapa mereka, tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana mereka itu  boleh menjadi anggota pentadbiran dalam kerajaan.
Siapakah yang melantiknya dan kenapa setelah diketahui tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka, terus juga dikekalkan sebagai menteri?
Jika menteri-menteri kelihatan tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak berikutan sering bertindak atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan pra matang, sudah tentu yang melantiknya juga berada di kedudukan yang tidak cerdik sama.
Orang yang tidak cerdik biasanya hanya akan melantik mereka yang tidak cerdik atau lebih teruk daripada itu sebagai orang bawahannya supaya dirinya kelihatan sedikit cerdik berbanding mereka.
Berbeza dengan orang cerdik yang pasti akan melantik orang cerdik juga kerana tidak mahu nilai kecerdikannya dalam memimpin dan memilih orang bawahan dipandang rendah.
Sebab itu, tidaklah merupakan kesalahan apa-apa kepada mereka yang tidak cerdik dan selalu menjadi bahan jenaka itu apabila menjadi  menteri, tetapi yang salahnya ialah siapa yang melantik mereka itu.
Yang  tidak cerdik dan selalu menjadi bahan ketawa rakyat itu mungkin sudah semulajadinya begitu dan tidak boleh “diubati” lagi, tetapi persoalannya ialah mengapa mereka tetap dilantik sebagai menteri.
Maka, penyelesaiannya ialah hanya dengan menyingkirkan orang yang berkuasa melantik menteri-menteri itu kerana disitulah punca segala-galanya mengapa sistem dalam negara ini kelihatan begitu teruk dan buruk. (SH 31/01/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

25
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHAliMalaysianFirstawang batuburok Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

masih ada masa lagi pada yg cerdik2. peluang yg cerdik pd pilihanraya akan dtg. anda yg cerdik bkn setakat komen org lain tak cerdik tapi kena terjemah apabila anda dipilih utk menjadi calun pada mana2 parti pada pilihanraya akn datang..

Anonymous
Guest
Anonymous

Pendek kata ukur kemampuan diri, Yang diatas sekian lama selesa dengan gelaran atau pangkat atau pendapatan yang lumayan yang dibawah melihat sebelum ni hanya tergamam bisu kalau yang diatas tiada kualiti,tiada self effort,tiada talent,tiada pedoman untuk dijadikan rujukan,tiada idea pemikiran mampan,tiada knowledge,tiada pengalaman….etc.
Tapi bila yang dibawah sudah letih dengan stail penilaian prestasi yang berat sebelah, maka adalah wajar suara bawahan pula bersuara menuntut keadilan dan mencerita kebenaran tentang yang diatas.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Itu biasalah dlm umno mereka memang suka lantik menteri Ajk umno yg bangang2 tidak cerdik bodoh tolol pegangjawatan tukang ampu tukang cerca org lain jadi tukang menjerit2 menghina org lain org2 ni dapat duit baju t free cukuplah mereka ni jadi pemimpin kat atas tu senang hatilah hamlau2 barua2 mereka ni ada sokong mereka itulah kehidupan org melayu yg hina ni jgn nak bergantung pd umno mohon pada allah itu saja aaaaammmmiiiiiiinnnnnn

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Itu biasalah dlm umno mereka memang suka lantik menteri Ajk umno yg bangang2 tidak cerdik bodoh tolol pegangjawatan tukang ampu tukang cerca org lain jadi tukang menjerit2 menghina org lain org2 ni dapat duit baju t free cukuplah mereka ni jadi pemimpin kat atas tu senang hatilah hamlau2 barua2 mereka ni ada sokong mereka itulah kehidupan org melayu yg hina ni jgn nak bergantung pd umno mohon pada allah itu saja aaaaammmmiiiiiiinnnnnn

Ali
Guest
Ali

Mulai hari ini,anugerah Dato Sri kepada najib kita ganti dgn pak pandir najib…apa mcm? Pak pandir najib…sesuai sgt…

Anonymous
Guest
Anonymous

Semasa zaman Mahathir lagi perkara ni berlaku.

Mahathir ada cakap. Dia tak perlukan menteri2 dan MP2 cerdik tetapi menteri2 dan MP2 macam 'red indian'. Apa Chief cakap, 'red indian' akan sorak dan ikut shj.

Najib membawa legasi Mahathir dgn penuh buas dan leluasa. Menteri2 bongok:
a. Zahid hamidi
2. Nazri
3 Salleh Keruak
4.Rahman Dahlan
5. Ismail
5. Azalina
6. shaberi
7.Ahmad Maslan
8.DLLg

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 0406 kau dah makan ubat ker?

Anonymous
Guest
Anonymous

Kena overhaul dari bawah lagi. Ketua kampung tu kna tukar. Ketua Jabatan.Semualah.

awang batuburok
Guest
awang batuburok

Disebabkan terlalu ramai menteri yg bertaraf rajalawak, maka dilantik pula pnhsihat2 yg bergaji taraf menteri spt semi value dan yg sewaktu dgn nya…
Menghabiskan boreh jerrr, rakyat marhaen diberi makan dedak cap BR1M.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini semua adalah hasil kerja FITNAH mahathir dan kuncu2nya..

winslow devaraj stanislaus
Guest
winslow devaraj stanislaus

Di mana pemimpin agung melayu seperti dato onn,tunku,tun razak,tun dr.ismail,tun dr.m,tun daim.bkn kabinet sampah sarap sekarang.takda class bro..

winslow devaraj stanislaus
Guest
winslow devaraj stanislaus

Di mana pemimpin agung melayu seperti dato onn,tunku,tun razak,tun dr.ismail,tun dr.m,tun daim.bkn kabinet sampah sarap sekarang.takda class bro..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu semasa menjadi ketua bahagian, dia orang ini cerdik tetapi bila dilantik oleh Najib, dia orang tiba-tiba semakin tidak cerdik.

Jika Najib cerdik, orang yang di lantik oleh Najib semakin cerdik sebab kecerdikan Najib akan mencabar kemampuan mereka untuk berfikir.

Kesalahan Najib bukan sahaja kerana melantik tetapi kerana Najib gagal menjadi pemimpin yang cerdik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah kepala kabinet pak pandir, sudah tentulah ahli-ahlinya juga pak pandir. Bukan saja kurang cerdik, tidak cerdik, malah bebal yang di luar pertolongan. Yang utama bagi kepala mereka adalah kesetiaan, bukan kebijaksanaan. Cuma bimbang andai suatu hari depa-depa pak pandir ini menang sorak kampung tergadai dalam keadaan memakai baju kertas dalam Parlimen. Kalau badan mantap tak apa hehe

Anonymous
Guest
Anonymous

Silap haribulan PAS pun kena sound jugak. Kalau UMNO mengapa yang bodoh, PAS pulak mengapa yang munafik dipilih.

Bukan pasal cerdik yang menjadi keutamaan dalam memilih menteri tetapi kerana mereka inilah yang memberi imej ke kampungan kepada Najib yang berdarah bangsawan.

Kalau tak jadi menteri, dia orang jadi tukang lawak kampung semasa kenduri kendara.

Ramai jugak menteri yang ada kelulusan tinggi tapi terima isu 1MDB tanpa banyak soal dan duit derma yang telah dipulangkan, jadi mana cerdiknya? Cuma kerana tidak buat 'lawak' dia orang di anggap cerdik?

Jika mahu pemimpin yang cerdik dan buat kerja, berilah peluang kepada Pakatan Harapan!

Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO/BN, Pembangkang – Pakatan Harapan ke atau takda harapan ke – semuanya sama saja.

Sebelum dapat jawatan dan kuasa, macam-macam janji dibuat. Bulan, bintang, apa saja. Bak kata orang, lembut gigi daripada lidah.

PRU akan datang, buang mereka ini semua. Pilih yang baru, bukan yang ada sekarang ini.

Perlu ada alternatif ketiga yang terdiri daripada orang-orang yang jujur, amanah dan bijak.

Sekarang ini pun negara semakin hancur digasak oleh kerajaan dan pembangkang yang ada.

MalaysianFirst
Guest
MalaysianFirst

SETUJU, 100% SETUJU!

Harapkan pagar, pagar makan padi.
Sudah terlampau banyak kes penyelewengan, sampai tak habis dikira.

Anonymous
Guest
Anonymous

3 malam lepas nonton tv belek channel sana sini, singgah sekejap channel rtm, nak tengok tajuk2 berita yang "berjalan" bawah screen tu. Ada rancangan Lanskap, bincang tajuk TPPA, tetamunya naib chanselor UKM. Saya pun layan la. Tiba tiba muncul tetamu satu lagi, ahmad maslan….tukar channel terus.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahmad maslan yg suruh rakyat Msia buat 2 kerja untuk tambah pendapatan ni memang GILA kepada publisiti.
Segala galanya dia minta FREE.Bayar sikit pun tak mau.Bajet kementerian semua dia KEMUT.
Semua station tv di Msia cukup meluat dgn Ahmad Maslan muka tak tau malu.Nak tonjol muka dia dalam tv? Siapa nak tengok muka dia? Kami ada rating. Siapa nak rating jatuh kalau audience lari? Kami berniaga lah bodoh…Pembeli airtime untuk iklan minta jgn siarkan iklan mereka sebelum dan selepas muka kau ada di tv.kalau nak FREE kau buka station tv kau sendirilah.
JANGAN BAWA SIAL KE TV KAMI.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hehehe..kerbau pendek UMNO. Dia ingat ada orang nak tengok dia. Dia ingat dia menteri orang takut kat dia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang yang tidak cerdik biasanya hanya akan melantik mereka yang tidak cerdik atau lebih teruk daripada itu sebagai orang bawahannya supaya dirinya kelihatan sedikit cerdik berbanding mereka. Yang tidak cerdik dan selalu menjadi bahan ketawa rakyat itu mungkin sudah semulajadinya begitu dan tidak boleh "diubati" lagi, tetapi persoalannya ialah mengapa mereka tetap dilantik sebagai menteri. Maka, penyelesaiannya ialah hanya dengan menyingkirkan orang yang berkuasa melantik menteri-menteri itu kerana disitulah punca segala-galanya mengapa sistem dalam negara ini kelihatan begitu teruk dan buruk.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hukum Newton menganggap "momemtum ke depan adalah sama momentum ke belakang". Dalam konteks sosial, kalau memberi nasihat akan sampai masanya di beri nasihat. Begitu hebatnya Newton hinggakan penerokaan angkasa bukan ibarat pungguk rindukan bulan.

sham zam
Guest
sham zam

itu lah newton kedua, blm yg pertama lg. yg ketiga lg lah domino hgga bumi pun sedikit gelincir dr orbital, tetap dgn bodohnya tamaknya

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau hendak mengenal umngok anda perlu kenali sifat @ kebolehan manusia seperti senarai berikut :

1. Tidak cerdik tapi sangat pandai membodek

2. Manusia yang ikut resmi pak kaduk, menang bersorak walaupun kampung sendiri tergadai

3. Manusia yang tidak percaya siksaan alam kematian.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam syarikat2 besar dan seluruh jabatan2 kerajaan di Malaysia pun sama Budin.. Org yg bodoh piang..tiada sejarah kecemerlangan sahsiah dan akademik sejak kecil.. amik degree diploma bila dah berumur dan bila berduit.. inilah hasilnya.. bukan asalnya cerdik.. disiplin kecerdikan tiada kimianya.. tiada pembawaannya..yg tau hanya telan..telan..telan…kahkahkah.. Bos2 pulak suka lantik kaki bodek, kuat beragama jadi pembantu.. hasilnya seluruh kompeni dan jabatan..JADI MCM HARAMJADAH dan MENGKEPALABUTUHKAN pekerja bawahan.. Islam di Malaysia hanya digunakan untuk MEMBULI golongan miskin dan bawahan. Pedih kan realiti sebegini.. kecewa??? Tak perlu.. berdoalah tunggang tunggik berjuta2 umat sekalupun..tak akan berubah lagi sampai bila2.. sbb semuanya kaki menipu… Read more »