DI SEBALIK NAJIB TIADA KES, RAKYAT SEMAKIN ADA KES UNTUK MENOLAK UMNO

Nampaknya keputusan Peguam Negara membersihkan nama Perdana Menteri, Najib Razak berhubung siasatan derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadinya, tetap tidak diterima baik dengan baik oleh rakyat pelbagai lapisan.
Di mana-mana boleh didengar rakyat membicarakan isu tersebut dan rata-ratanya mereka tidak setuju dan memperlekeh tindakan Peguam Negara, Apandi Ali membebaskan Najib begitu saja.
Di pejabat, kedai kopi, lobi hotel, pasar dan di mana-mana saja jelas dapat dikesan rasa tidak puas hati itu.  Ada juga budak-budak sekolah yang berbual dengan rakan-rakannya turut kehairanan mengapa Najib bertindak memulangkan derma yang sudah diterimanya.
Jika budak-budak sekolah itu tahu keseluruhan kenyataan Peguam Negara, tentu mereka lebih hairan bagaimana Najib juga boleh tidak tahu sama sekali adanya dana RM42 juta berada dalam akaun bank peribadinya.
Hakikatnya, kalau dihitung perbualan komunikasi alam maya seperti dalam Facebook, Twitter, Whatsapp , Telegram dan sebagainya, keadaan tidak setuju dengan tindakan Peguam Negara itu jauh lebih mengerikan lagi. Macam-macam ulasan dan komen yang boleh didapati.
Dalam masa yang sama, hampir tidak ada yang berani mempertahankan atau membela keputusan Peguam Negara itu. Pejuang maya pro Najib dalam sehari dua ini dilihat lebih banyak berdiam atau cuba beralih kepada topik lain berbanding mempertahankan keputusan Peguam Negara yang paling dipertikaikan itu.
Lebih menghangatkan keadaan ialah bilamana SPRM sendiri dilaporkan akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara itu serta cuba membentangkannya kepada Panel Penilaian Operasi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memantau perjalanan agensi tersebut.
Ia dengan jelas menggambarkan SPRM secara mutlaknya tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara itu memandangkan mereka dilaporkan telah mencadangkan agar tiga pertuduhan diambil terhadap Najib.
Tetapi dengan Peguam Negara menolak cadangan SPRM itu, ia bukan saja menimbulkan kekecewaan dan patah hati mereka berikutan sudah bekerja keras lebih enam bulan sebelum ini untuk melengkapkan siasatan, malah ia seperti SPRM turut menghampakan harapan rakyat yang cintakan kebenaran.
Penantian rakyat dalam isu siasatan terhadap Najib berkaitan derma RM2,600 juta dan kemasukan dana RM42 juta daripada SRC International ke akaun peribadinya ialah umpama penonton bolasepak yang begitu mengharapkan jaringan gol ketika melihat seorang penyerang diberikan bola yang hanya memerlukan tolakan mudah saja, tetapi akhirnya pemain  terbabit enggan melakukan tendangan.
Begitulah kecewanya majoriti rakyat terhadap keputusan Peguam Negara itu. Tetapi, seperti penonton bolasepak, apalah daya mereka.
Ini pula merupakan kali kedua kertas siasatan ditolak oleh Peguam Negara di mana sebelum ini nasib yang sama telah pun menimpa Bank Negara Malaysia.
Apandi pula dengan bangga mempertahankan keputusannya, malah meminta sesiapa yang tidak puas hati agar menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan tafsiran mahkamah berhubung tindakannya itu.
Dalam hal ini, Apandi haruslah sedar bahawa bukan semua rakyat suka pergi ke mahkamah untuk menuntut kebenaran. Jawapan bernada angkuh dengan mengatakan adalah haknya sebagai peguam negara sama ada mahu memulakan, meneruskan atau menghentikan mana-mana prosiding jenayah kepada mana-mana individu, bukan saja menghampakan, malah langsung tidak memberi gambaran yang baik mengenai perjalanan sesebuah kerajaan yang mendukung aspirasi rakyat.
Tambahan lagi, bukanlah rahsia juga, beliau duduk di kerusi tersebut hanya mengambil alih tempat Gani Patail yang disingkirkan secara mengejut dan penuh tanda tanya. Oleh itu, Apandi seharusnya lebih berhemah, cermat dan mesra dalam memberikan respon balasnya.
Memanglah semua orang tahu hak dan kedudukannya sebagai peguam negara, tetapi jika sesuatu yang jelas berwarna merah dan sesiapa pun akan mengatakannya merah, janganlah hanya kerana kuasa dan kedudukan sebagai pemegang kata putus,  beliau dengan bangga  dan tanpa perasaan mengatakannya berwarna hijau.
Mungkin orang yang tidak bersetuju hanya sekadar mampu memprotes dan tidak berupaya mengubah keputusan yang sudah dibuatnya itu, tetapi tentu ada ketikanya ruang untuk berbuat sesuatu akan menjelma juga.
Di sebalik Najib dibersihkan dan didapati tiada kes oleh Peguam Negara, sedarkah beliau bahawa ia dalam masa yang sama menjadikan rakyat semakin ada kes untuk menjauhi dan menjatuhkan UMNO dalam PRU 14 nanti?
Dengan berbekalkan 52 peratus undi popular sudah menolak UMNO dan BN dalam pilihanraya 2013 lalu, tidakkah mustahil sebenarnya angka penolakan itu tambah membesar bersama keyakinan bahawa hanya perubahan kerajaan saja satu-satunya jalan penyelesaian kepada segala kemelut dan kebejatan yang ada sekarang? (SH 27/01/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

51
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousmustapa m saidawang batuburokAl-Ahmad Othmanjamil Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

xpasal2 ade kes tembak pm ngan AG kat malaysia ni…x mustahil wujud penembak tepat suatu hari nanti…dekat dh…

Anonymous
Guest
Anonymous

Maka sampai masa bubarkan kementerian pendidikan dan gantikan dengan kementerian derma dan komisen.Kebijaksanaan, kepandaian dan genius rakyat dinafikan dan diperbodohkan perompak dan penyamun macam sial.

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Sudah sampai masanya dan sewajarnya SPRM ditutup terus. Biarkan semua fungsinya diserahkan kepada AG saja agar rasuah di negara ini dapat dibendung dengan lebih berkesan lagi. Ini juga salah satu cara boleh memperbaikki kedudukan kewangan negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sudah org nak cari buktipun tak bg mana nak cukupnya bukti.mcm tu senang la kerja polis n sprm kali ini.jika mls atau nak selamatkan org kesygan dr kena penjara ke apa ke ckp je tak cukup bukti.pan pun senang juga buat cerita ckp je salah pas atau tghh.apa punya org org ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tghh kate tak lojik lagipun takan pok jib toggong banggang bodoh sangat nak masukkan duit ke dalam akaun peribadi.

awang batuburok
Guest
awang batuburok

Dont worry,
You help me,
I help you….
Parti Ulama akan menghantar penasihat2
untuk menjadikan semuanya halalan-toyyiban.

Anonymous
Guest
Anonymous

TPPA telah diluluskan oleh DAP, nak tanya presideng amanat kapirkan umngok hadir atau ponteng undi usul TPPA?

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah lebih 24 jam, masih tiada berita dari Saudi….

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau arab saudi pun besengkongkol dengan penyamun siapa lagi kita nak harap.Baguih kita cuba sokong yahudi israel plak.ingat pepatah ingeris mengatakan musuh kepada musuh saya ialah kawan saya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Raja yang bagi pun dah mati,pulang balik duit kat sapa???

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat masa sekarang rakyat tak bole buat apa2,kena PRU14 je…

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Hukum Kebenaran akan berjalan dan sampai masanya Allah akan menunjukkan KEBENARAN kepada mereka yg telah dibutakan pintu hatinya,masa dan ketikanya pasti akan sampai,biarkan mereka terus rakus untuk terus hidup menongkat langit,menjahanamkan Negara Malaysia, tapi mereka harus ingat,kita semua akan MATI!! Hanya kain kapan putih/amalan baik yg akn dibawa dalam lubang Kubur,cuma kita terkilan,dengan sikap mereka yg di gelar ULAMAK,mana suara mereka?Kemana pergi 14 orang mufti?Mudah sangat mereka dibisukan dengan wang/pangkat&harta,diam,kelu tak terkata,semata-mata ingin dapat habuan sementara."Mereka merancang Tapi Allah juga merancang,perancangan Allah jualah yg lebih baik",sekarang kamu berkuasa buatlah apa sahaja yg kamu mahu hatta sampai ingin menjual negara pun… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Hukum hudud sekalipon mereka ini akan terlepas jua, sedangkan undang2 dunia yang ada hanyalah menambah kuasa mereka untuk menindas rakyat dan kebenaran.Berpaksikan kepada keadaan semasa saya sokong bantah perlaksanaan hukum hudud, janganlah sampai hukum allah pun kena perlekeh oleh mahkamah kanggaroo.Soal hudud dan undang2 dunia kita tolak tepi dulu sebab kita tiada modal insan melayu yang benar2 jujur melaksanakannya denfan adil dan saksama.

jamil
Guest
jamil

Blog OUTSYEDTHEBOX & DINTURLE dah kena block

Anonymous
Guest
Anonymous

masih boleh access dinturtle…gantikan .my kepada .in atau .kr dll… in sya Allah boleh access…

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya masih boleh access Din Turtle walaupun dengan .my

Anonymous
Guest
Anonymous

Siasatan belum selesai rupanya ag dah kata tak cukup bukti.org luar negara blum tanya lg padahal duit tu dr luar negara.semoga menteri bangang yg block bloq org tak berdalah tu akan ditutup peruk nasinya oleh rakyat.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg tak boleh di soal ni hukum allah saja tapi ada pengampu pula yg kata jangan tanya jangan ungkit apa yg duputuskan terima aja cantik punya muka besok kat akhirat jawablah semua tu aku doakan agar malaysia akan jadi negara rasuah no satu dan termashor didunia kat padang mashar itu lain punya cerita aaaamiiiiiinnnnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

YB = Yang Berbohong

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg tak boleh di soal ni hukum allah saja tapi ada pengampu pula yg kata jangan tanya jangan ungkit apa yg duputuskan terima aja cantik punya muka besok kat akhirat jawablah semua tu aku doakan agar malaysia akan jadi negara rasuah no satu dan termashor didunia kat padang mashar itu lain punya cerita aaaamiiiiiinnnnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib kata duit dari King Abdullah semasa masih hidup. King Abdullah meninggal January 2015. Zahid kata dia pernah jumpa penderma beliyon-liyon. Zahid jadi DPM pada Julai 2015, selepas King Abdullah mangkat. Jadi, Zahid jumpa K7ng Abdullah sebelum dia jadi DPM, senyap-senyap ambik duit bagi Najib sebelum dia jadi DPM. Kalau begitu TSMY, DPM di masa itu tidak tahu yang ada perkara sebegitu berlaku di belakangnya…hmmm..betul cerita Zahid? Saya lebih percaya TSMY sebab TSMY berani mencabar Najib bila perkara ini terbongkar. Pembohongan adalah bagaikan sutera labah-labah yang membunuh orang yang melakukannya…Kiri-kanan melaung Membela Melayu Islam dari mulut, dua tangan di belakang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

alasan TIDAK TAHU adalah alasan yang biasa digunakan untuk menipu dan lepaskan tengkuk sendiri.

jika budak sekolah malas buat kerja sekolah, dia akan kata TIDAK TAHU buat.

jika pencuri kantoi curi barang orang, dia kata TIDAK TAHU barang tu orang punya.

jika pegawai kerajaan malas bekerja, dia kata TIDAK TAHU itu bidang tugas dia.

jadi jika seorang pi em kata TIDAK TAHU…itu maksudnya apa?

Anonymous
Guest
Anonymous

"jadi jika seorang pi em kata TIDAK TAHU…itu maksudnya apa?"

Maksudnya sah-sah dia tak layak jadi PM kerana tak tahu nak manage his own personal account, jadi, macam mana nak manage masalah kewangan negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Peguam Negara kata tak ada kes,terima je la.Tak puas hati pergi mahkamah balik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak pi makamah macam mana kes pun dia tak berani nak tudoh dimakamah dah awai awai dia tolak , apa punya kong la hang ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku kong ,hang pun kong jugak…hang bising2 pun apa hang bole buat…setakat komen je

Anonymous
Guest
Anonymous

kerajaan dan skmm memang pengecut. blog2 yang kritik tindak tanduk pemimpin dengan skandal yang amat mencurigakan diblock…kononnya melanggar undang2 negara.

tetapi laman tak senonoh tak block pulak. pemimpin tak patuh undang2 negara takde tindakan pulak…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tengok muka dah meluat, apatah lagi dengar apa yang keluar dari mulut dia. Dia ingat orang ramai ni bodoh2 Dan tak tahu cubaan dia hendak memperbodohkan orang ramai. Celakalah dia dengan yang bersekongkol dengan dia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Musibah hasil keputusan tun M dulu… skrg kita dan anak cucu akan tanggung. Kita pun bersalah juga kerana biar kan kezaliman berlaku selama ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Salah tun lg…

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa punya bahalol , Salah ahli umno la bro depa la yang dok pilih pemimpin bagi kat Tun M cuba depa pilih Ahmad maslan sebagai timbalan presiden masa tu dengan majoriti undi paling besar Tun M dia tak ada jalan mesti kena pilih ahmad maslan la jadi Ahli umno la bangang mabok dok makan duit ketua bahagian.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pegawai dan Ketua Sprm mesti berani.

Bukan saja Najib melakukan perbuatan rasuah kerana terima suapan berbentuk wang RM2.6 billion dan RM42 million. Apandi juga telah melakukan perbuatan rasuah kerana menerima suapan, iaitu jawatan AG sebagai dorongan utk membebaskan Najib dari tuduhan rasuah.
Mengikut Akta Sprm definasi suapan termasuk derma dan jawatan.

Sprm mesti berani dan siasat serta dakwa Apandi kerana perbuatan rasuahnya.

Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

Institusi agama, raja, polis, hakim menyumbang dan bersubahat dgn kejatuhan empayer melaka, negara terjual. Sejarah berulang…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tu lah sokong bn lg.. ni sume salah tun m.. kalau anwar yg jd pm Malaysia x jd mcm ni skg.. teruk dah msia skg ni.. da jd mcm negara2 kat Africa.. rasuah dan salahguna kuasa sgt berleluasa..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak boleh bro Anuar pun payah ramai orang melayu meluat , nak salah Tun M semua pun salah tu , sebab ahli UMNO yang pilih pemimpin diatas depa pilih syaitan dapat syaitan , Aku ingat lebih baik la pilih mat sabu ,Perut besar , kepala besar,nafsu ya allah punya la besaq ,cuma selama ini dok buat jawatan kecik jadi adikong Guan Eng .Jadi bagi mat sabu la.

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib is bad but Anwar is worse than Najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

SRC masokkan duit dalam akaun pok jib, tapi takda siapa pon cakap raja arab saudi beri SRC duit.mustahil raja arab saudi menjadikan 1mdb yang sarat hutang untuk perantaraan penyaluran wang derma.Janganlah sesekali kita menghina kemampuan raja arab saudi bagaimana hendak menyalurkan wang derma, mustahil dinegara arab tiada bank untuk berurusan dengan bank negara luar.Lepas ini kalau hendak mengirim duit hendaklah melalui SRC.

Anonymous
Guest
Anonymous

bro, dinturtle dan pak outsyed the box dah kena block….

kalau bro kena juga, habislah bahan bacaan kami….

Anonymous
Guest
Anonymous

Mykmu, rockybru, novandri, rpk Malaysia today, lss semua dibenarkan menabur fitnah keatas pendapat yg berbeza dan menjilat abis.

Nak tuju negara maju dan galakkan kepelbagaian pendapat supaya Rakyat dapat menikmati faedah demokrasi, betulke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Hebatnya PM kita, suci murni bersih wasatiyah katakan. Duit banyak, bakal dpt pangkat Tun lagi. Dpt kawan pun baik hati kasi derma billion2 lagi. Bestnya. Jujur pulak tu, ada balance pun kasi pulang balik.. Inilah contoh khalifah bakal ke syurga nih… Hebat hebat..

Anonymous
Guest
Anonymous

Apandi n pandikar ada psamaan..prsn bkuasa sgt.klu org ptikaikan tindakan depa,mula lah nak buat masuk hantu pastu bt mcm mahkamah n dewan tu tok nenek depa yg punya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Semua Rakyat Pengecut..Bangunlah weii..Rakyat Malaysia ni masih lagi dalam comfort zone ..Malaysia dah nak jahanam dah ..

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya cadangankan SPRM tutup atau dibubarkan sahaja. Sprm seperti tidak berfungsi kerana segala aduan tidak terima.kesemua pegawai sprm boleh meletakan jawatan kerana segala integrity anda telah dinafikan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Lebih elok jangan ada sekolah/universiti di malaysia.Ibu bapa masing2 mengajar anak sendiri dirumah.Bijak2 dan sepandai2nya rakyat sampai masa nanti akan diperbodohkan pemimpin macam sial.Bubarkan kementerian pendidikan dan gantikan kementerian Derma dan komisen.

Anonymous
Guest
Anonymous

SOKONG,SOKONG,SOKONG!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 00:46 istilah pemimpin tidak sesuai, harus mereka ini dipanggil penyamun penyanggak @ penipu.

Anonymous
Guest
Anonymous

agak-agak kalau seseorang tu didakwa rasuah sbb terima sumbangan dalam akaun dia, boleh tak guna hujah najib pon lepas, peguam negara lagi lepaskan, boleh lepas ka?

jamil
Guest
jamil

Keputusan Pandi Dhobi membuatkan rakyat marhaen bertambah meluat dengan Najib dan UMNO. Najib ingat rakyat Malaysia buta dan pekak dengan isu pemecatan Ghani Patail. Pertukaran pegawai SPRM, pegawai cawangan khas serta penangkapan Khairudin dan Mathias Chang dibawah akta SOSMA kerana membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apandir kuali lah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku rasa di hati kecil ini , apabila Apandi Dhobi ini buat lagi satu kenyataan tipu untuk cover Najib maka sah lah najib ini selama hidup sebagai pak menteri hanya bersandarkan penipuaan , dulu aku cuba tak mau percaya apa saja tudohan keatas najib tapi setelah banayk kali menipu jadi apa saja tudohan atas najib adalah betul , kes skandal kapal selam dimana melibatkan penyelewengan RM500 juta ,Kes altantunya , kes dengan ziana zain ,1 MDB dan sekarang kes yang baru Apandi dhobi kelentong , jadi memang PM yang kita ada adalah pemimpin burok dan korup serta zalim dalam sejarah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Apakah tiada sesorang yang punyai kepimpinan untuk memakmurkan negara ? Jika tiada pru 14 kita tukar mereka