APAKAH NAJIB BENAR2 PEDULI NASIB UMNO?

Tanyalah siapa juga pun, pasti tidak ada yang setuju bahawa pertukaran Menteri Besar Kedah ini akan menjadikan UMNO negeri itu bertambah kuat atau kedudukan kerajaan secara automatik bertambah kukuh.
Juga, tidak ada yang dapat memberi jaminan sama sekali bahawa dengan menggugurkan Mukhriz Mahathir akan menjadikan kedudukan UMNO secara keseluruhannya akan bertambah baik serta Najib serta merta lebih diterima rakyat.
Tanpa keraguan oleh sesiapa juga yang waras pertimbangannya, imej UMNO dan Najib akan bertambah buruk dengan menggugurkan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. 
Ia bukanlah semata-mata kerana Mukhriz lebih baik atau lebih diterima rakyat dan imej kepimpinannya yang tiada skandal, tetapi juga disebabkan calon penggantinya kelihatan jauh lebih buruk dan tiada apa-apa nilai tambah di mata rakyat.
Sejarah tewasnya Kedah pada pilihanraya 2008 akan lebih mudah berulang kerana pasukan yang pernah kalah dan diketuai oleh mereka yang  kalah sebenarnya lebih mudah untuk dikalahkan oleh pihak lawan.
Kenapa nama Ahmad Bashah tidak diyakini di saat-saat akhir pilihanraya 2013 dan Mukhriz segera ditonjolkan ketika itu?
Sebabnya, tentulah tidak lain kerana beliau tidak diyakini boleh menang ketika itu. 
Lalu, apakah dengan menukar Mukhriz kepada Ahmad Bashah pula, UMNO dan BN ada harapan lebih baik dalam pilihanraya akan datang?
Lantaran itu, jika Najib benar-benar memikirkan mengenai kedudukan dan masa depan UMNO, menukar Menteri Besar Kedah bukanlah pilihan yang betul atau yang lebih baik yang harus dilakukannya. 
Menggugurkan  Mukhriz hanyalah menunjukkan kebolehannya menggunakan kuasa, sambil dapat melepaskan dendam kepada Tun Mahathir Mohamad yang menjadi pengkritik utamanya ketika ini, tetapi langsung tiada kelebihan untuk UMNO dan negeri Kedah .
Pertukaran Menteri Besar Kedah sekarang tentulah juga berbeza dengan pertukaran yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu sebagaimana yang disebut oleh Mahadzir Khalid semalam.
Ketika itu bukan saja tidak ada isu mengenai imej Perdana Menteri yang terlalu buruk, bahkan calon penggantinya iaitu Sanusi Junid yang ditonjolkan untuk mengambil alih tempat Osman Aroff, juga dilihat lebih berwibawa, lebih diyakini dan lebih baik.
Falsafah melakukan pertukaran mestilah daripada keadaan yang tidak berapa baik kepada keadaan yang lebih baik. Sanusi ketika itu ditolak oleh majoriti wakil-wakil rakyat hanyalah kerana watak politiknya, bukan kerana beliau tidak baik atau tidak ada kelebihan.
Ia berbeza dengan sekarang. Menteri Besar yang baik dan disukai oleh rakyat Kedah ingin ditukar dengan yang tidak berapa baik serta pernah berada dalam pasukan yang ditolak oleh pengundi pada 2008 lalu.
Maka, adakah pertukaran itu nanti menunjukkan Najib benar-benar peduli dengan nasib dan masa depan UMNO?
Jika diimbas perlakuan-perlakuan Najib sejak menjadi Perdana Menteri, apa yang yang difikirkannya adalah lebih tentang dirinya berbanding nasib UMNO serta negara.
Kemelut yang berlaku dalam 1MDB dan membenarkan akaun bank peribadinya digunakan sebagai tempat berlabuhnya derma berbilion ringgit saja sudah cukup menunjukkan hakikat itu.
Pemimpin yang memikirkan nasib dan masa depan UMNO serta negara pasti tidak berbuat demikian dalam apa keadaan sekali pun. Maknanya, beliau melakukannya kerana memikirkan tentang dirinya lebih daripada segala-galanya.
Lebih jelas lagi, bagaimana Najib mempertahankan dirinya dalam kedua-dua isu tersebut juga memperlihatkan hakikat yang sama. Beliau seolah-olah tidak peduli apa akan jadi kepada UMNO, negara dan penilaian rakyat kerana yang penting baginya ialah bagaimana untuk menyelamatkan kedudukan dirinya semata-mata.
Dengan segala kuasa yang ada padanya, memang sehingga ini Najib kelihatan selamat, tetapi apakah UMNO dan negara juga turut selamat melalui perlakuan-perlakuan untuk menyelamatkan dirinya itu?
Apakah juga UMNO lebih selamat dalam pilihanraya akan datang?
Pasti tidak ada yang dapat memberi jawapan positif mengenainya, malah lebih ramai yang mengatakan UMNO dan negara akan lebih selamat jika tanpa Najib sebagai pemimpinnya.
Begitu juga dalam kes pertukaran Menteri Besar ini. Najib bukanlah memikirkan tentang UMNO dan negara dalam keinginan berbuat demikian. Beliau hanya memikirkan tentang dirinya yang ingin menunjukkan kuasa dan membalas dendam kepada Tun Mahathir.
Wakil-wakil rakyat Kedah yang menolak Mukhriz juga berbuat demikian hanyalah kerana mereka tahu Najib ada dendam yang ingin dilangsaikannya terhadap Tun Mahathir. Apa yang berlaku selepas itu bukan lagi dalam pertimbangan mereka untuk memikirkannya.
Yang difikirkan mereka, sama seperti Najib, hanyalah kepentingan diri semata-mata. (SH 26/01/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

23
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousroslan othmanNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Salam. Sapa lah yg terlebih cerdik pandai kata najib istihar darurat kalau bn kalah. Nmpk sgt penulis tu mcm selalu lepak kedai kopi sembang pandai pasal politik tp tak reti lansung pasal undang2. Komen tu biarlah guna akal yg waras bkn mcm budak terencat akal. Itu namanya komen seperti pengkhianat negara lagaknya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib ni tidak risau pasal pilihanraya yang akan datang, sebab didalam kepala dia sudah ada perancangan yang besar untuk menyelamatkan dirinya dan keluarga serta para menteri dan ahli umno yang menyebelahinya. Beliau sudahpun merancang jika UMNO dan BN kalah didalam pilihanraya yang akan datang, dia akan terus mengistiharkan Malaysia dalam darurat. UMNO akan membuat huru-hara sambil disokong oleh PDRM. ATM pun akan menyokongnya sebab para Jeneral hari ini adalah orang2nya sejak dari zaman dia sebagai Menteri Kewangan. Dia adalah 'The Omen' anak syaitan yang lahir dalam keluarga Pemimpin Malaysia. Bukan mudah untuk menjatuhkannya. Rangkaiannya yang bersamanya telah lama tersusun dan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Pakatan harapan jangan layan isu-isu rekaan amnok.hanya ketua tong taik saja perlu diturunkan untuk tengelamkan tong taik.Ahli amngok nak singkir ahli atau nak keluar masok amngok bukan perkara penting.Isu besar mereka boleh perlekehkan rakyat seperti rakyat hanya bersekolah setakat dibelakang jamban.Resmi umngok potong tangan atau kaki bila dikejar singa, walaupun tempang tapi dapat melengahkan singa dqn tidak mati dibaham singa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini cuma wayang umngok.dari dalam dan luar sama ada pencen umngok berganding bahu untuk menyelamatkan seorang umngok daripada seluruh amngok terburai pecah tong taik.penyingkiran umngok itu umpama naik turun tangga, tangga sudah tersedia cuma tinggal melangkah naik tangga.Tapi nak menangani isu pelik bin ajaib jibby adalah lebih penting dari isu-isu yang lain.istimewanya jika jibby tenggelam maka tengelamlah semua amnok,maka tidak menjadi masaalah jika diturunkan 2-3 orang untuk umngok mencari kelegaan akibat terkantoi tercirit birit.

Anonymous
Guest
Anonymous

malas lah baca komen umngok2 ni
kalau nak bg pendapat guna la bahasa berhemah
bahasa yg kau guna tu bukan di sini tempatnya tapi dlm rumah kau saja

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa pulak tak kuat ? Dengan duit juta dari Arab, Umno akan menjadi lebih kuat ….. dari semut !

roslan othman
Guest
roslan othman

Pak Din,Saya dengar ada dua versi dalam isu MB kedah ini,1.Ada komplot untuk mematikan terus kerjaya politik Muhkriz ,sebab beliau memberi ancaman kepada bukan setakat Najib malah Zahid dan Hishamudin bila mana PAU umno diadakan nanti selepas PRU 14(wah mcm yakin menang)kerana menurut sumber populariti Mukhriz semakin meningkat dan generasi baru.Kemudian ada mangkok hayun dari kedah pun bercita cita nak jawatan naib presiden . kah kah kah terpalik dgn skandal Yapiem lepaih tu Tabung haji ada muka depa nak sua kat orang ha ha ha lawak keling.Mungkin lanun lanun yakin sebab dengar cerita akta NSC membantu. 2.Versi kedua sebab Mukhriz… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Get real people, ni term last untuk umno/bn. Kalau najib turun sekarang pun, next leader kena pertahankan rekod umno. Nak pertahan macam mana? Kalau next leader kata ini semua salah najib, bagi lah peluang sekali lagi pada kepimpinan baru, orang akan tanya balik, apasal pemimpin2 umno pertahankan dia selama ni? Dulu pak lah turun agak cepat, but damage done, PRU 13 kalah lagi banyak kerusi parlimen, terengganu tinggal nyawa nyawa ikan, kedah dapat balik sebab mukhriz dan TDM bagi full support ( tu pun tak dapat majoriti 2/3). Dulu tak ada isu 1mdb, derma, TH dan TRX, duit RM jatuh,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

MMg betul. Umno tak boleh di selamatkan lagi.
They are still in power only because opposition is so stupid. Nek Kipas clueless is opp leader. Pkr is still stuck on free anwar. tak tahu ke anwar no longer selling point?

Anonymous
Guest
Anonymous

Saudara SH,paparan anda selepas bercuti mengandungi seribu pertanyaan dan jawapan.Kemungkinan bagi parti UMNO dan ahli-ahlinya sudah terasa besar kepala dengan pemimpin yang memerintah sekarang rasa bongkak dengan langkah mereka.Rakyaat tak dapat buat apa-apa kuasa ada dalam tangan mereka.Dan juga kemungkinan inilah perjalanan terakhir sebagai parti yang memerintah.Sekarang ini rakyaat sudah membuka mata dengan parti baru Amanah dan akan bertambah lagi cerdik pandai yang bersama-samanya bagi pru14 nanti.

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul2…najib pun bukannnya abih belajar pun….

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia abis belajar kat Port Dickson

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Niat pemimpin umno ni tak lain tamak kuasa tamak nak kumpul duit dan harta dengki penyangak itu lah dia pemimpin umno dari perlis hinggalah ke sabah yg dipanggil ulamak pun sama je lagi cepat umno hancur lagi baik aaamiiiiin

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan tamak kuasa. Tapi Gila kuasa.Bila dah berkuasa bermacam macam lagi gila akan sampai.Sehinggakan PM pun dah jadi gila. Sebab barua barua dia yang ada semuanya gila

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Niat pemimpin umno ni tak lain tamak kuasa tamak nak kumpul duit dan harta dengki penyangak itu lah dia pemimpin umno dari perlis hinggalah ke sabah yg dipanggil ulamak pun sama je lagi cepat umno hancur lagi baik aaamiiiiin

Anonymous
Guest
Anonymous

Lebih tepat lagi kalau najib lantik ahmad maslan jadi MB Johor. Sebab ahmad maslan budak cerdik cgpa pun 3.85. Menteri menteri2 lain mana ada pencapaian dan kelayakan akedemik mcm dia.Bukan kah najib selalu kata pencapaian diutamakan?

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya bersetuju pendapat 8.48. Lagi mudah pengundi buat keputusan masa PRU nanti. Kalau masih tiada perubahan sampai masa mengundi, pengundi Kedah tak perlu fikir panjang nak mengundi siapa.

Anonymous
Guest
Anonymous

undi PAS dan Amanah. Buat apa nak undi be end lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pada pendapat saya, pemecatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang bakal berlaku adalah keputusan yang amat tepat oleh Perdana Menteri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Memang tepat, kalau tidak Najib akan bersama Anwar dalam penjara.Penyamun dan Peliwat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila keluar saja daripada penjara nanti dia berjalan pun terkengkang kengkang. Berak pun sangat senang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Peliwat bapak kau…

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah kering airmata, sudah kering kata2..sudah letih beratus2 blog memberi pandangan dan nasihat.. baik pembangkang mahupun penjilat.. Najib tak peduli semua ni.. bini puaka dia pun 2×5.. apa yang depa harap ialah mati reput semasa jadi PM.. Jika turun takhta, kene sediakan team TPM yang boleh selamatkan derang dari didakwa. Sama mcm Mahathir turun dulu la, dapat team Pak Lah yg memang sporting. Hasilnya rakyat sudah lupa apa yang Mahathir buat dan kini sudah suci dari segala dosa. Malah dimarahi pulak jika dibangkit2kan kesalahan Mahathir. Najib pun tunggu masa2 beginilah. Inilah sikap Melayu kita Budin. Ramainya bersikap cinchai ja. Kompeni… Read more »