ANTARA MUKHRIZ DAN 14 KETUA BAHAGIAN KEDAH, SIAPA YANG GAGAL?

Kumpulan yang mendesak penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah secara umumnya memberikan empat sebab asas mereka berbuat demikian.
Kumpulan itu dianggotai oleh 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baru yang diwakili oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian masing-masing dan ia diketuai oleh Ahmad Bashah Hanipah, Timbalan Pengerusi UMNO negeri serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Ahmad Bashah juga merupakan calon utama untuk menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Mukhriz disingkirkan.
Empat sebab yang disebut sebagai punca hilang keyakinan itu ialah kegagalan Mukhriz menyatupadukan parti, kekurangan perancangan strategik menghadapi pilihanraya akan datang, kegagalan memimpin serta menggerakkan jentera parti dan ketidakupayaannya mengurus pentadbiran negeri dengan berkesan.
Benarkah Mukhriz seorang pemimpin yang gagal atau kegagalan anak Tun Mahathir itu sebenarnya kerana beliau sentiasa disabotaj dan gagal diberi sokongan oleh semua pemimpin UMNO Kedah sendiri?
Bagaimanakah Mukhriz boleh berjaya jika beliau sepanjang masa disabotaj dan tidak diberi kerjasama atas faktor-faktor kepentingan peribadi yang berbagai di kalangan pemimpin UMNO bahagian dan wakil-wakil rakyat negeri itu?
Bukankah pentadbiran UMNO dan kerajaan merupakan suatu usaha kolektif yang bahu-membahu serta saling bekerjasama antara satu sama lain?
Apakah tindakan menyalahkan Mukhriz dengan melabelnya sebagai pemimpin yang gagal itu bertujuan melindungi kegagalan mereka sendiri yang hakikatnya lebih besar dan memalukan?
Apakah pula Ahmad Bashah yang mengetuai kumpulan mendesak penyingkiran Mukhriz itu benar-benar seorang pemimpin yang hebat, berjaya dan gemilang rekodnya?
Apa rekod dan pencapaiannya di Kedah sebelum ini, baik sebagai Exco mahukan pemimpin UMNO negeri?
Sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang ketika ini bertanggungjawab memainkan peranan meringankan beban kehidupan rakyat yang sarat dengan pelbagai isu kos ara hidup dan kenaikan harga barang, apa yang pernah kita dengar idea dan usahanya sejak memegang jawatan itu pada 2013 lalu?
Jika Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar menggantikan Mukhriz, adakah beliau mampu jadi lebih baik atau segala-galanya akan bertambah buruk lagi?
Kalaulah benar Mukhriz seorang yang gagal, bukankah sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat Kedah yang ada sekarang adalah mereka yang menyebabkan negeri itu tumbang di tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008 lalu?
Jika mereka sudah pernah ditolak pengundi pada 2008 dan BN berjaya mengambil alihnya kerana penonjolan Mukhriz sebagai calon Menteri Besar sebelum pilihanraya 2013 lalu, apakah muka-muka lama yang gagal itu boleh menjanjikan kemenangan dapat dikekalkan?
Selain itu, apakah muka-muka lama itu lebih bersih di mata pengundi Kedah daripada segala skandal dan kebejatan politik berbanding Mukhriz yang tidak pernah kita dengar sama sekali ada titik-titik hitam berkaitan diri dan pentadbirannya?
Ahmad Bashah, Mahadzir Khalid, Jamil Khir Baharom, Azeez Rahim, Johari Baharom dan lain-lain pemimpin Kedah di peringkat nasional yang sedang menekan Najib untuk memenuhi tuntutan mereka, apakah yang kalian mahu sebenarnya – mengukuhkan parti atau lebih melumpuhkannya? (SH 21/012016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

33
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Sesape jeakubalukAnonymousAkuPunyeSuke Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
aku
Guest
aku

bodoh pun bodohla janji bulan2 masyuk…2.6B, 42M…lantak korang la janji aku hepi…ha.ha..(dipetik dari AhjibBor)

AkuPunyeSuke
Guest
AkuPunyeSuke

Tambahan…
meskipon dikaji semula ataupon di 'restructure' blk(dgn izin), kebodohan en.najib dan kabinetnya masih melebihi paras bahaya.

AkuPunyeSuke
Guest
AkuPunyeSuke

Aku percaya tindakan bodoh tahap majlis tertinggi ni mungkin akan dilakukan oleh en.najib demi parti keluarga beliau ni.
Sebab kebodohan en.najib ni xboleh disangkal lg.
Teringat cerita org tua2 kata klu cukup 40 org cp
kita bodoh 40hari berturut turut makanya jd bodohla kita..
Berbalik kpd cerita en.najib td sehari boleh dikatakan lebih 40peratus drpd 40juta rakyat malaysia yg mengucapkan kata bodoh kpd en.najib selama lebih 4tahun.makanya kebodohanya itu tentulah melebihi 42juta mahupon 2.6b..aku rasala…maaf sedikit emo..;p

lleekh
Guest
lleekh

Pemimpin bermassalah patut di singkirkan! Pemimpin yang paling bermasalah ia-lah..NAJIB! Mengapa Bashar tidak tunjuk bernai dan minta Najib Undur?
Nak bohong siapa? Sandiwara…wayang kulit?

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Ya, betul tu Anon 21.43.
Mukhriz patut bubar sahaja DUN Kedah.
Alang-alang menyelok pekasam, biar sampai ke pangkal
lengang. Kita tengok, boleh kah UMNO menang.
Tak sabar nak tunggu 2018 – lambat sangat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bubar ja dun Kedah. Kita tengok blh kah BN kekal kuasa. Rasanya selamat jalan BN dan PAS di Kedah. PH akan perintah Kedah.

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Kalau saya jadi Mukhriz,saya bukan sahaja letak jawatan sebagai MB Kedah, saya juga letak jawatan sebagai ADUN JERLUN dan istihar keluar dari UMNO.
Inilah masanya to test the water.
Najib, macai dan pemakan dedak merasa diri mereka sanga tkuat dan rakya tsemua berada di belakang mereka, inilah masanya diadakan pilihanraya kecil.
Di mana lagi, kalau tidak di KEDAH……….????
Bahkan Tan Sri Mahyidin Yasin juga patut letak jawatan sebagai Wakil rakyat Parlimen Pagoh. Biar kita lihat, bolehkah UMNO menang.
Lama sangat nak tunggu PRU14.
Saya sudah tidak boleh bernafas lagi.
Tidur tak lena, makan pun tak berselera.
Nak tahu sangat sejauh mana kuatnya UMNO sekarang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sokong 100%.lebih bagus lagi bubarkan dewan undangan negeri dan diadakan permilihan negeri sekali lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Semasa Khalid di tendang dari kerusi MB, ada yang simpati tetapi banyak lagi cacian dan makian. Namun budimannya Khalid ialah dia tidak rela menghela rakyat untuk sama sama berhujan dan panas. Dan tak banyak orang yang hemah dan sudut pandang politiknya sebagus Khalid Ibrahim. Ibrahim.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ramai2lah ketua ketua bahagian umno ni termasuk najib klon Tun Razak tu cermin muka masing2.
Tolong cermin muka masing2 terlebih dahulu di kasut.Kamu semua ni adalah sampah masyarakat.Menang saja pembangkang merengkoklah kamu semua di dalam penjara. Tunggu dan lihat sajalah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa la hang ni Budin..hang buta ka?? Senang saja.. yg gagal ialah MUKHRIZ sbb gagal membodek dan membodohkan diri untuk Najib. Di Malaysia, boss adalah tuhan. Dia boleh beri dan sekat rezeki orang bawahan. Tak kira di masjid, di surau, di sekolah pondok, parti Islam ala rasulullah sekalipun.. 2×5. Extreme? Tak mungkin.. tapi inilah realiti yg berjalan sejak berzaman.. Professionalisn = NIHIL. Otak = NIHIL. Inilah melayu sejak zaman sebelum Parameswara lagi.. hinggalah bila2.. statistik ini tak akan berubah. Mustahil. Ada kuasa sikik, sudah nak membuli dan mendera orang. Ini sifat melayu yg asli. Menyakat dan mengkepalabutuhkan orang lain adalah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bos dia pak kaduk, ayam menang tapi kampung tergadai.

punaisihat pula lebai malang ke hulu menongkah surut ke hilir melawan pasang umpama setakat di putarjaya saja.

Yang ada hanyalah pak pandir dan sewaktu dengan 3.85

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Muhkriz kami berdoa agar allah memberikan kekuatan kpd anda biarkanlah penyamun2 umno tu berkokok jerana ahli umno tahu siapa mereka dan umno kedah akan tumbang lagi dlm pru14 nanti

Anonymous
Guest
Anonymous

Allow me to switch to a very important topic that has been overlooked, the education of our youth. Please read the statement below by Jufazli: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kenyataan-terbuka-kepada-najib-kembalikan-hak-mahasiswa-malaysia-s.-a.-jufa It is a well-reasoned and research piece. If this young person is a JPA scholar and this is the quality of his writing, I'd say the JPA MUST continue is good work of funding the poor students. Malaysia cannot and must not forsake its future generation just because some people wants to continue to go shopping in Europe using corporate credit card. So, we can all continue to talk about the happenings involving Muhkriz… Read more »

asri adnan
Guest
asri adnan

Ini Hukum Karma

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahmad Bashah ni…tengok muka pun mcam penyangak tua… sebagai timbalan menteri, dia tak menyerlah langsung. Yang dia pandai buat ialah angkut staf agensi2 di bawah kementeriannya ( Harta Intelek, Koperasi, Perbadanan Usahawan Nasional, Bank Rakyat) dan KPDNKKK, ke kampung dia di Kedah tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 15.04 bijak sungguhlah anda buat lawak,Sgt mhiburkan Dan geli hati. Tp mesej yg tersirat Sgt mudah ditangkap Dan difahami. INI baru lawak yg dtg Dr org yg betul2 bijak Dan rasional. Tak seperti lawak Dr baka 3.8 atau pemakan dedak/pembodek atau Dr ahli2 kabinet kayu. Hi hi hi. Jgn pandang rendah pd rakyat marhaen wahai pengikut2 idealogi cash is king.

Anonymous
Guest
Anonymous

JAWATAN KOSONG KERAJAAN TIPUSTAN NEGARA BADUTSTAN Parti Berkuasa: Parti Putar Alam Sekular Liberal Jawatan Kosong: Menteri, Timbalan Menteri dan MB Kelayakan Akademik:Ijazah CGPA 3.85 ke atas dari akademi lawak tempatan dan antarabangsa sebab parti amat memerlukan manusia 'genius' untuk membela bos menindas rakyat. Kepakaran yang diperlukan:Pandai mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan kroni, bijak berbohong, mengampu, buat lawak membodohkan diri sendiri dan memalukan kera-jaan dan boleh berfikir di dalam kotak, bijak membuat alasan tidak logik untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan dan berpura-pura bersimpati kepada rakyat sambil menindas rakyat. Contoh kebijaksanaan menteri: Jika harga beras naik, rakyat mesti pulau beras… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Syarat Tambahan : Sekurang-kurang nya menjadi ahli UMNO selama 2 minggu.

baluk
Guest
baluk

Gue kopi pes….

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan admin,kalau dah "cash is king" dan semua ketua bahagian berkiblatkan wang ringgit susah lah mukriz nk pertahankan kedudukan.
Di malaysia ni kalau terlalu jujur dan tampa rasuah, sukar boleh bertahan lama dalam sepak terajang politik.umum dan persepsi rakyat.lihat dan perhatikan sahaja lah perkembangan politik kedah.
Adakah ketua2 bahagian masih "cash is king"

Anonymous
Guest
Anonymous

Inilah budaya Warlord. Dia perasan dia dah orang lama. Jadi orang patut hormat dia walaupun dia macam tunggul. Orang patut bekerja untuk mereka dan bukan sebaliknya. Jadi bila orang yang boleh bekerja dan diminati ramai khususnya golongan muda, Warlord ini tidak suka. Inilah kisah di Kedah. Orang bekerja dia tidur. Bila orang tidur dia pun nak tidur.

wamengong
Guest
wamengong

Aku suka bab ko ckp bila org kerja dia tidor..bila org tidor dia pon nak tidor..

Anonymous
Guest
Anonymous

Mukhriz akan dimuhyiddinkan sama. Mula-mula, dia di downgrade dari wakil Parlimen (Persekutuan) dan berjawatan Menteri ke DUN (walaupun dapat jadi MB). Peringkat ini dah Berjaya. Skrg usaha utk Mukhriz dimuhyiddinkan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Politik ibarat main chess. Makan, makan dan makan sampai checkmate itulah politik. Kerana politik byk Kerajaan Melayu silam tumbang. Kerana politik, UMNO pernah diharamkan.Kini apa yang berlaku adalah politik. Pengundi sekadar boleh mengundi – lebih lebih mana ada?

Anonymous
Guest
Anonymous

itu semua adalah atas kehendak rosmah….!!!!!!!!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

semua orang tau.

Anonymous
Guest
Anonymous

" Jangan libatkan isteri saya dalam hal ini" – M.Nasir & Nabil

Sesape je
Guest
Sesape je

Mcm mana la nak tadbir Kedah Dato' Bashah, nak penuhkan poket pun kena org lain bantu. Dah lupa ka pertemuan xsengaja di London dgn usahawan terkenal Kedah. Akhirnya Dato' pulang dgn kantung penuh duit.

Sesape je
Guest
Sesape je

Mcm mana la nak tadbir Kedah Dato' Bashah, nak penuhkan poket pun kena org lain bantu. Dah lupa ka pertemuan xsengaja di London dgn usahawan terkenal Kedah. Akhirnya Dato' pulang dgn kantung penuh duit.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jika utusan Najib datang mengadap Mahathir, harap-harap Mahathir tidak mengalah dan tunduk kepada tekanan ke atasnya.

Mukhriz mestilah bertindak sendiri tanpa di bayangi oleh bapanya. Namun sebagai bekas PM yang mempunyai pengalaman dalam politik, gunakan lah nasihat yang di berikan kepada nya.

Cawangan UMNO di Kedah perlu bersuara secara kolektif kerana empat sebab punca hilang keyakinan itu langsung tidak ada kaitan dengan pecah amanah atau salah guna kuasa. Jangan jadi ahli yang buta dan pekak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Depa dah gila kuasa. Semua ketua bahagian tu tak pernah tanya ahli bawahan samada sokong Mukhriz atau tidal. Sepatutnya depa bersatu untuk minta PM letak jawatan. Itu sebenarnya kehendak ahli- ahli bawahan UMNO Dan juga rakyat. Baru la betul.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebenarnya bukan tiada kemajuan dan perancangan stratejik oleh muhkriz , tapi projek dan wang rasuah susah masuk dalam poket semua warlord haram jadah dibahagian umno kedah ini ,muhkriz memang tak bagi muka dalam hal nak sapu duit projek rakyat warlord umno dikedah ini dah terkenal dengan etika seperti ini sebab tu mahu muhkriz disikir bukan depa nak fikir pasal rakyat kedah tapi fikir pasal nak penuh perut rasuah masing masing