SEBAB KERTAS SIASATAN DIPULANGKAN BERBEZA ANTARA SPRM DENGAN BNM, TAPI BOLEHKAH KITA MENARUH HARAPAN?

Apabila Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan SPRM berkaitan derma  RM2,600 juta dan dana RM42 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak kepada agensi itu untuk penjelasan lanjut setelah lebih dua minggu melakukan penelitian, persoalan yang timbul ialah apa jadi seterusnya?
Apakah kertas siasatan itu sedang dijadikan “bola” untuk ditendang ke sana dan ke sini bagi tujuan bermain dengan masa sehingga keputusan paling munasabah dapat dicapai atau ia akhirnya bakal senasib seperti kertas siasatan Bank Negara Malaysia atau BNM terhadap 1MDB sebelum ini yang ditolak begitu saja?
Setelah berbulan-bulan melakukan penyiasatan mengenai isu paling hangat berkaitan seorang Perdana Menteri, SPRM akhirnya berjaya menghantar kertas siasatannya kepada Peguam Negara pada 31 Disember lalu bersama beberapa syor serta cadangan mereka.
Bagaimanapun semalam Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan itu kepada SPRM kerana inginkan penjelasan lanjut.
“Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, ” kata kenyataan pejabat Peguam Negara.
Dalam hal ini, jelas bahawa kertas siasatan itu dikembalikan bukan kerana tidak cukup keterangan, tiada bukti atau ditolak seperti kertas siasatan BNM, tetapi kerana Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut berhubung beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM.
Jadi, apakah cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM itu sehingga Peguam Negara mahukan penjelasan lanjut mengenainya?
Kenapa Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut, adakah kerana mereka tidak bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan SPRM itu?
Adakah ini bermakna Peguam Negara mahu SPRM meminda  atau menggugurkan cadangan dan tindakan yang disyorkannya dalam kertas siasatan itu?
Logiknya, jika Peguam Negara berpuas hati dan bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, tidak ada sebab mereka perlu mengembalikan semula kertas siasatan itu.
Dalam hal ini, kenapa Peguam Negara tidak terus bersetuju saja dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM atau menolaknya terus jika tiada asas untuk pendakwaan?
Adakah Peguam Negara tidak terus menolak kertas siasatan SPRM itu kerana bukti dan keterangan yang ada terlalu sukar untuk diabaikan?
Hal ini berbeza dengan kertas siasatan BNM terhadap 1MDB beserta cadangan-cadangan tertentu yang ditolak untuk pendakwaan oleh Peguam Negara sebelum ini, tetapi kemudian dirayu oleh BNM untuk pertimbangan semula.
Namun, oleh kerana rayuan yang dikemukakan BNM tanpa disertakan bukti-bukti baru, maka  Peguam Negara menolaknya sekali lagi. Ia akhirnya tutup kes begitu saja.
Persoalannya kini ialah apakah SPRM kekal dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan sebelum ini atau akan mengembalikan kertas siasatan itu berserta cadangan dan tindakan yang baru kepada Peguam Negara?
Walaupun SPRM menafikan laporan Sarawak Report bahawa terdapat 37 cadangan pendakwaan dalam kertas siasatan yang dikemukakannya kepada Peguam Negara, berapa sebenarnya jumlah syor yang dikemukakannya?
Adakah SPRM kekal dengan kenyataannya sebelum ini bahawa wang RM2,600 juta itu merupakan derma atau ia sudah berubah berikutan adanya maklumat-maklumat baru yang diperolehi?
Bagaimana pula dengan dana RM42 juta daripada SRC international, adakah ia juga derma sama seperti wang RM2,600 juta atau hanya wang sekecil RM42 juta tersebut yang menyebabkan ada sesiapa “tersangkut” untuk tindakan dan pendakwaan? ( SH 19/01/2016)
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

42
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
pak asisAnonymousmansorlufangkluangman Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
pak asis
Guest
pak asis

Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT, saya sekeluarga sangat berterimakasih banyak kepada ( MBAH JOYO RATMO ) atas bantuannya saya bisa menang togel ghoib/riktual yang diberikan MBAH alhamdulillah itu bener-bener tembus,sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua, dan saya sudah buka usaha sendiri berkat bantuan ( ,MBAH JOYO RATMO),,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi ( MBAH JOYO RATMO ) di NMR (0822_9399_4847)atau ANDAH KURANG YAKING KLIK AJA DISINI! ini lah kisah nyata dari saya. Thenk”z Room,x Sobat… Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT, saya sekeluarga… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kes sudah ada. Tapi masalah sekarang ialah bila seekor mamat itu diberikan tugas sedemikian, tujuan diberi tugas adalah untuk memikirkan cara untuk menjawab dan menolak segala yang dituduh. Itu tugasnya.

Jadi sekarang mamat ini terpaksa menjalankan tugas yang diberi dan bukan tanggungjawab yang datang dengan kerja mamat ini.

Ada dengar istilah berak batu ? Ia lebih teruk daripada sembelit sebabnya mamat ini sudah terbelit !!

Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO ialah parti yg sudah mati…menunggu masa pengkebumiannya pd pilihanraya seterusnya sahaja kerana membiarkan saja karakter yg paling kontovrsial sarat dgn isu rasuah menjadi ketua negara, apa pulak menjadi ketua nsc..rakyat tidak akan memaafkan mrk2 ini langsung..semua ketua2 bhg dan MP2 yg membiarkan perkara ini adalah bersubahat secara langsung dan harus diadili kemudian mereka2 ini di dunia dan di akhirat

Anonymous
Guest
Anonymous

Pabila rakyat hanya mampu jadi keyboard warrior, pihak-pihak yang bertanggungjawap tidak dapat berbuat apa2, pihak parti pembangkang pula jadi mangsa wajib…dengan ini benarlah kata kadir kita punya 9 raja, pabila telah diluluskan segala undang-undang yang memusatkan kuasa kepada 1 orang maka dengan ini kita telah ada raja yang kesepuluh.

Anonymous
Guest
Anonymous

10 itu tak betul. Sebenarnya ada berjuta raja yakni raja sehari di atas pelamin. He he

Anonymous
Guest
Anonymous

Berjuta raja pun tak betul sebab dulu memang raja sehari tetapi sekarang kerana gst. cuma jadi raja dari pukul 12 hingga pukul 2. .

Anonymous
Guest
Anonymous

12 hingga 2 tu di Selangor dan Penang aje. Kat tempat lain 7 hari tujuh malam, bro. Kik kik kik.

Anonymous
Guest
Anonymous

apalah guna hidup didunia ini jawatan tinggi kalau setakat jadi barua
kes simen adalah lambang pertahan kebenaran walaupun nyawa melayang

Anonymous
Guest
Anonymous

Apabila kes Saiful di tunda berkali-kali, beberapa pemimpin UMNO dan Menteri menyuarakan melewatkan perbicaraan adalah tidak adil kepada mangsa liwat.

Keadilan mestilah berjalan dalam tempuh waktu yang munasabah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Main teka lah ya..

Penjelasan yang di perlukan ialah mengapa SPRM berjumpa dengan Pak Arab @ Pak Arab-Pak Arab sedangkan Bank Negara tidak berjumpa dengan Pak Arab @ Pak Arab-Pak Arab tersebut ?

Mengapa kertas siasatan BNM tebal dan kertas siasatan SPRM nipis ?

Mengapa SPRM tidak mengambil kira jasa-jasa Tun Razak dalam kertas siasatan ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Case closed bro. No further action. Najib ni sebersih manusia. Mana ada dia niat nak menipu. Orang je fitnah dia ni. Dia ni mangsa politik. Kita tunggu saja umno melingkup.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kejayaan SPRM untuk tahun ini ialah menangkap dan mendakwa penjawat awam yang jual borang bauskit.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kes jual borang dengan kes jual negara..
Jangan main-main .

Jual borang lagi bahaya .

Anonymous
Guest
Anonymous

Elehhhh… Mcmlah korang tak tau. Sebelum dipulangkan balik kpd SPRM, itu kertas siasatan kena tapisan JPM, pastu kena saringan Presiden UMNO, pastu kena penilaian Penasihat 1MDB, pastu kena semak oleh FLOM, pastu kena audit dgn MOF, pastu kasi AG balik, pastu pulangkan semula kpd SPRM. Pusing2 keliling lagi.. Alih-alih KPj SPRM pencen masalah kesihatan. KPj baru kena buat siasatan semula dan tubuh pasukan baru ambik lagi berbulan2…. Pastu pastu pastu pastu… PAS pun jadilah UG dgn UMNO. PM selamat, duitnya selamat, gabungan songkok dan serban 2.6b ke… 4b ke… 42b ke… Semua jadi 'halal'….. Yg bodoh, rakyat. Yg bangsat, rakyat.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jika ada dua kumpulan membuat siasatan sudah tentu lah ada perbezaan sebab bidang kuasa dan kepakaran masing-masing berbeza. Lagi pun bukan kah kertas siasatan BNM telah di tolak. Jadi apa kena mengena dengan kertas siasatan SPRM ??

Apa yang perlu dibuat ialah AG hendaklah merangkumkan syor-syor atau tuduhan-tuduhan yang di buat oleh BNM dengan syor-syor atau tuduhan-tuduhan yang di buat oleh SPRM.

Tindakan AG menunjukkan kepada rakyat SPRM dan BNM tidak reti buat kerja.

mansor
Guest
mansor

hakikatnya Malaysia tidak mempunyai sistem yg memungkinkan pemimpin untuk diadili di mahkamah. apabila pentadbiran kehakiman, kepolisian, pencegahan rasuah tertakluk kepada kuasa2 eksekutif selagi itu cengkaman eksekutif akan menghalang apa2 inisiatif yang membawa mereka ke muka pengadilan. Apa yg boleh dilakukan oleh rakyat secara demokratik adalah mengundi parti yg menjanjikan reformasi ke atas pentadbiran negara yg mana kuasa2 eksekutif judisiari dan legislatif terasing jelas. Maka usaha dari seluruh segmen rakyat sama ada parti2 politik yg prihatin rakyat, NGO dan rakyat secara peribadi mesti bekerja keras untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya ke 14 nanti. selepas itu siasatan mesti dijalankan untuk mengesan kecurangan,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Supaya duit rakyat tidak terus habis kerana membuat siasatan yang tidak tahu bila boleh selesai. Marilah kita ramai-ramai (sebagai rakyat yang prihatin) menghalalkan saja penerimaan RM2.6 oleh Najib itu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya setuju.
Tutup kes.
Habis cerita.
Kah… kah… kah…

kluangman
Guest
kluangman

adalah satu perkara biasA kertas siasatan dipulangkan kepada pihak menyiasat, malahan mungkin berulangkali…
emosi tidak perlu terburu buru mengatasi emosi.
bagi tempoh pada ag sehingga hujung tahun ni, tak lama tu.

kluangman
Guest
kluangman

adalah satu perkara biasA kertas siasatan dipulangkan kepada pihak menyiasat, malahan mungkin berulangkali…
emosi tidak perlu terburu buru mengatasi emosi.
bagi tempoh pada ag sehingga hujung tahun ni, tak lama tu.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Nampaknya rakyat malaysia hanya masuk angin keluar asap janganlah terlalu mengharap akhirnya rakyat juga yg jadi mangsa biarlah mereka jawab depan allah di akhirat nanti mungkin di dunia mereka lepas amiiiin

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Nampaknya rakyat malaysia hanya masuk angin keluar asap janganlah terlalu mengharap akhirnya rakyat juga yg jadi mangsa biarlah mereka jawab depan allah di akhirat nanti mungkin di dunia mereka lepas amiiiin

Anonymous
Guest
Anonymous

Kah!…kah!…kah!…sepatutnya peguam negara dilantik oleh siapa?.Jadi mana mau patuh.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ramai yang tertanya-tanya kenapa susah sangat nak jatuhkan Najib dari kedudukan nya sekarang. Puncanya adalah rasuah dan ugut. Orang yang berpengaruh akan diberi apa saja kemahuan mereka. Dan orang berpangkat akan diugut dengan berbagai akta yang dikuasai oleh polis dan hakim dalam mahkamah. Dan ramai yang terlupa dan terlepas pandang sistem pentadbiran yang digunapakai oleh Najib adalah warisan Tun Mahathir cuma Najib menaik tarafkan sistem itu agar lebih ia lebih tegas kasar dan zalim. Dalam sejarah UMNO Baru, cara mencantas ahli dipraktik berbagai cara. Diantara nya guna cara fitnah seperti yang dialami Anwar Ibrahim, Ada yang diumpan dengan rasuah kemudian… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

17:43

semua ada "tuan". siapa yang beri makan dialah tuan. beza dulu dan sekarang ialah, dulu dulu semuanya dalam bentuk AP, lesen dan sewaktu dengannya.

tuan dihormati sampai hujung nyawa. justeru tak ramai yang ketegak gigit tangan tuan meskipun tuan dah lama tak beri makan.

si Brownie inipun ada tuannya. takdak tuan alamat tak cukup makan. kalau nak cukup makan kenalah ikut arahan tua.

bezanya Brownie dan yang lain ialah pertukaran selera. siapa beri lebih dan naikkan selera akan jadi tuan baru.

tak hairan kalau Brownie telah gigit tangan tuan yang dulu dan kini menikmati juadah lebih enak dari tuan yang baru!

Anonymous
Guest
Anonymous

Selawak report hanya kacau daun. Saja nak tunjuk pandai. Walhal persepsi yang timbul dari kepandaian yang ditunjukkan pelawak ini ialah ia ada 'orang dalam'…dalam Sprm…dan persepsi ini bakal merosakkan keseluruhan siasatan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa pulak kacau daun. Siasatan mengenai Najib ambik rasuah Rm42million dari SCR sudah selesai. Mereka memperakukan supaya Najib dituduh. Sekarang nanti utk dpt persetujuan Pandi yg bertindak sebagai Peguam Negara. Pandi nak tutup kes ni. Kalau tak de Sarawak Report, siapa akan bocorkan kejahatan Apandi???

Anonymous
Guest
Anonymous

Bengaplah kalau Selawak Report tak tahu makna prejudis dan ganggu siasatan melainkan tujuan asalnya hanyalah untuk cari publisiti tapi bukanya serius cari kebenaran.

Anonymous
Guest
Anonymous

Masalah sebenar yang menyebabkan ting tong ting tong dalam siasatan kes duit 2.6 billion dan 1MDB ini adalah kerana yang dituduh dan disiasat masih diizinkan memegang kuasa dan tidak diundurkan atau direhatkan sementara sehingga siasatan selesai. Kalau kes begini tidak melibatkan PM atau VVIP, sudah tentu yang tertuduh telah lama digantung atau direhatkan sementara. Inilah keanihan dan luar biasanya siasatan terhadap isu 1MDB ini. Logik akal kalau seorang kepala perompak yang dituduh merompak dibicarakan, sedangkan badan siasatan yang ditubuh untuk menyiasat masih tertakluk dan dibawah kuasa kepala perompak berkenaan, adakah anda fikir kepala perompak berkenaan akan membiarkan siasatan membongkar segalanya… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, " kata kenyataan pejabat Peguam Negara. Gila ker nak SPRM cadangkan tindakan kpd pejabat AG. Kerja SPRM hanya menyiasat setakat itu sajalah. Melainklan SPRM ada kuasa untuk membawa perkara ni ke mahkamah. Tugas pejabat AG yang membawa kes ni ke mahkamah. Kalau SPRM ada kuasa untuk membawa perkara ini ke mahkamah maka adalahlah lebih baik tutup saja pejabat AG. Kalau ada pun hanya menambahkan birokrasi saja. Mamat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita tengok macam mana Apandi nak corner baring. Kertas Siasatan bukan tidak cukup keterangan & bukti akan perbuatan rasusah dan jenayah Najib/Rosmah.. Pandi nak tahu apa fasal SPRM nak tuduh Najib & Isteri dengan dakwaan rasuah dan pecah amanah. Kan mangkok hayun punya orang.

Sokongan dibuat sebab ketrangan menunjukkan rasuah berlaku. Apa lagi nk penjelasan.

Anonymous
Guest
Anonymous

kerja SPRM hanya menyiasat bukannya menuduh.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 17:23

Kerja pegawai penyiasat ialah menyiasat dan membuat perakuan berdasarkan siasatan utk menuduh atau tidak sipelaku jenayah. Kalau kerja Sprm adalah menuduh, tak payahlah hantar kertas siasatan kepada AG.

Satu dunia tahu, Sprm hantar kertas siaatan dengan perakuan2 untuk menuduh Najib. Faham??? Mereka hantar kpd AG untuk mendapat izin samada perakuan mereka diterima atau tidak. Faham????

Anonymous
Guest
Anonymous

Adakah logik anjing menyuruh babi mengambil wuduk? Mereka sama saja spesisnya iaitu najis mughallazah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tolong ye. Jangan hina anjing dan babi. Keduanya adalah mahkluk ciptaan Tuhan. Dan lagi, terlalu ramai manusia sifat mereka lebih teruk daripada anjing dan babi.

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Pergi balik pergi balik akhirnya 'tiada kes' dan 'tidak cukup bukti' untuk dibawa ke mahkamah. Ini adalah ramalan dan rekaan sahaja, tidak kena mengena dengan seseorang sama ada yg hidup atau pun yg mati.

lufang
Guest
lufang

Olang utala cekap ,'pe mai pe mai ,tang tu jugak', sutak tatak halapan lagi maa aa .

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Pergi balik pergi balik akhirnya 'tiada kes' dan 'tidak cukup bukti' untuk dibawa ke mahkamah. Ini adalah ramalan dan rekaan sahaja, tidak kena mengena dengan seseorang sama ada yg hidup atau pun yg mati.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah agak dah..

Anonymous
Guest
Anonymous

AG tu ingat kerta SPRM ni macam buat silang kata saja kot!!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Cantikkkkk…sorang penipu sorang lagi pembelit

pak asis
Guest
pak asis

Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT, saya sekeluarga sangat berterimakasih banyak kepada ( MBAH JOYO RATMO ) atas bantuannya saya bisa menang togel ghoib/riktual yang diberikan MBAH alhamdulillah itu bener-bener tembus,sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua, dan saya sudah buka usaha sendiri berkat bantuan ( ,MBAH JOYO RATMO),,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi ( MBAH JOYO RATMO ) di NMR (0822_9399_4847)atau ANDAH KURANG YAKING KLIK AJA DISINI! ini lah kisah nyata dari saya. Thenk”z Room,x Sobat… Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT, saya sekeluarga… Read more »