SEKALI LAGI, TANGKAP DAN SIASATLAH KU NAN!!

Setelah menafikan kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor semalam bahawa terdapat kawasan-kawasan tertentu di ibukota sebagai sasaran serangan pengganas, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar seterusnya berkata, tindakan akan diambil terhadap sesiapa juga yang menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan orang ramai.
Katanya, tindakan akan diambil terhadap sesiapa juga, termasuk orang kenamaan yang melakukan perbuatan itu.
Sementara itu, Perdana Menteri Najib Razak juga meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mencetus kebimbangan umum mengenai tahap keselamatan negara.
Siapa yang membuat spekulasi serta menyebarkan maklumat tidak sahih itu?
Tidak ada sesiapa kecuali Tengku Adnan saja yang ada berbuat demikian. Beliaulah yang secara terbuka bercakap kepada media dengan menyebut beberapa tempat di ibu negara sebagai sasaran serangan pengganas.
Oleh itu, sesuai dengan kenyataan Khalid untuk menangkap sesiapa saja termasuk orang kenamaan serta ingatan Najib agar jangan sesiapa membuat spekulasi dan menyebar maklumat tidak sahih, tindakan perlu diambil terhadap Tengku Adnan.
Tangkap dan siasatlah beliau dengan segera!
Semalam blog ini telah menyatakan bahawa Tengku Adnan patut ditangkap dan disiasat atas perbuatannya itu, hari ini  ingin mengulangi gesaan itu berikutan kenyataan terbaru Khalid dan Najib mengenainya. 
Sekali lagi, hanya Tengku Adnan saja yang didapati membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai keselamatan negara selepas berlakunya serangan pengganas di Jakarta, Indonesia.
Tidak bermakna di mata rakyat jika sekadar amaran atau ingatan, tetapi tiada tangkapan atau penyiasatan kepada mereka yang jelas didapati melakukan kesalahan. Tambahan lagi, Tengku Adnan masih tidak menafikan, menarik balik, meletakkan atas salah lapor media atau beliau hanya bergurau saja tentang kawasan panas yang disebutnya itu.
Sekurang-kurangnya ia berupa peringatan kepada sesiapa di masa akan datang agar tidak sesuka hati bercakap perkara yang tidak pasti.  (18/01/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

14
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AliAnonymousRosdi Ismail Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Ali
Guest
Ali

Aku setuju tangkap haramjadah tu…dia ni talibarut IS…tengok muka pun tau…satu geng dgn MP Temerloh tu.bodoh sombong

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa lagi tunggu, tangkap je la…soal siasat….kalau perlu tahan reman…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat repot polis segera. Khalid Twit tidak akan berani arah polis siasat spt dia arahkn utk siasat pemimpin pembangkang. Ini libatkn pemimpin Umno, boss Khalid tweet.

Rosdi Ismail
Guest
Rosdi Ismail

Malaysia!!! Pemimpin haprak!! Rakyat kelas 3… kalau kat us, england mmmpuih jenis pemimpin penipu rakyat… polis depa lglah tak takut sapa2….

Rosdi Ismail
Guest
Rosdi Ismail

Malaysia!!! Pemimpin haprak!! Rakyat kelas 3… kalau kat us, england mmmpuih jenis pemimpin penipu rakyat… polis depa lglah tak takut sapa2….

Anonymous
Guest
Anonymous

saya dah lama menghidu bau ketiak tengkiu fraud ni.

tuan-tuan jangan risau,

kita tidak akan berkompomi dan mencari lubang cacing tersebut.

kita sudah mendapat derma untuk melawan isis

syukur malaysia masih aman.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau dia pemimpin pembangkang dah kena daaaaa!
Yakin PDRM bertindak tidak memilih bulu…..!

Anonymous
Guest
Anonymous

Ni semua salah media tuan..media salah tafsir apa yang saya cakapkan..

Anonymous
Guest
Anonymous

Khalid ada jawab mengenai persoalan ini dan Khalid jawab yang tindakan akan diambil kerana dia telah keluarkan kenyataan amaran. Jadi sesiapa yang masih dan berdegil membuat spekulasi termasuk media internet akan di kena kan tindakan. Maknanya Ku Nan selamat lah sebab dia membuat dan menyebarkan spekulasi sebelum kenyataan amaran Khalid di keluarkan. Tapi Khalid silap atau mungkin bersikap pilih kasih kerana Ku Nan sampai sekarang tidak mohon maaf dan menarik balik kenyataaan/spekulasi tersebut. Khalid perlu arahkan Ku Nan menarik balik spekulasi tersebut dan mengaku akan kesilapannya. Jika tidak, Khalid perlu tangkap dan siasat Ku Nan. Lagi pun Ku Nan mendapat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sudahlah Din. Di Malaysia, ada 2 set undang-undang. Satu set untuk rakyat sekelian, yang semuanya manusia kelas dua.

Set lagi satu hanya untuk kerabat UMNO, iaitu, tiada undang-undang yang perlu dipatuhi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bak kata Datuk Nikah Kahwin dlm filem Musang Berjanggut…."ini undang-undang kanda yang bikin, itu semua boleh pademmm"

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada berani ke nak tangkap atau siasat TEUKU anak raja kapoor dri kerabat sultan pulau pinang.polis hanya bertindak pada pembangkang sahaja.wayang je tu

Anonymous
Guest
Anonymous

Sorry bro, Pulau Pinang pun tak mahu terima bangkai seperti ini-REJECTED !

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau hangpa hantar ku nan ke penang ni tak payah ambil hotellah. Tinggal kat Kandang babi sajalah