MAKIN DICARI PERSAMAAN, MAKIN KETARA PERBEZAAN

Semakin Najib cuba mencairkan hati rakyat dengan menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai persamaan dengan Tun Razak, yang menyerlah sebenarnya hanyalah jurang perbezaan antara kedua-duanya.
Selain banyak aspek perbezaan antara “anak dengan bapa” yang disingkap dalam seminar sempena 40 tahun pemergian Bapa Pembangunan itu baru-baru ini, mereka yang pernah bekerja dan mengenali Tun Razak lagi banyak ceritanya.
Berbual-bual dengan mereka, tanpa ragu-ragu, terbuka dan lantang pasti akan terpacul suara, “langsung tak sama.”
Antara DEB dan 1MDB saja sudah cukup menunjukkan bezanya bagaikan langit dengan bumi antara Tun Razak dengan Najib.
Maka, sebagaimana yang diakui sendiri oleh Najib, patutlah Tun Razak tidak menggalakkan beliau menceburi politik, sebaliknya hanya mahukannya menjadi akauntan saja.
Selama ini, cakap-cakap bahawa Tun Razak dikatakan lebih mahukan Ahmad Johari menceburi politik dan bukannya Najib sudah pun lama diperbualkan, tetapi tidak ada yang dapat mengesahkannya secara pasti.
Ini kerana ia mungkin hanya diperbualkan antara Tun Razak dengan orang-orang tertentu atau kenalan rapatnya saja. Kemungkinan lain ialah mereka yang mengetahuinya tidak mahu mengungkit lagi hal itu berikutan kedudukan Najib sudah menjadi Perdana Menteri sekarang ini.
Menyebutnya lagi hanya seolah-olah mencalarkan nama baik Tun Razak serta menunjukkan tidak semua perkara yang dimahukannya adalah betul. Hakikatnya walaupun tidak digalakkan tetapi Najib berjaya menjadi Perdana Menteri.
Tuah menyebelahi Najib sebagai anak sulung dan bukan Ahmad Johari yang merupakan anak kedua hanyalah kerana Tun Razak meninggal dunia lebih awal dan secara mengejut disebabkan penyakit leukemia yang dideritanya.
Jika umurnya lebih panjang, barangkali Tun Razak bukan saja sempat merancang lebih banyak kebaikan untuk negara, tetapi juga mempunyai masa untuk melatih pewarisnya yang betul-betul tepat untuk kita semua.
Alasan Tun Razak bahawa Najib agak pendiam dan tidak sesuai untuk politik tidak lebih sekadar alasan saja. Biasalah, orang tua selalunya banyak kias ibaratnya dalam menolak sesuatu perkara dan mereka jarang berterus terang untuk mengelakkan ada perasaan kecil hati.
Apabila Najib sendiri mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak digalakkan menceburi politik oleh ayahnya, bermakna Tun Razak sudah pun menyedari ketidakmampuan anaknya dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negara sejak lebih 40 tahun dulu lagi.
Tun Razak tentunya tidak risau dari segi kedudukan dan jawatan anaknya dalam politik, tetapi lebih memikirkan masa depan rakyat dan negara di tangan pewarisnya yang diketahui dan disedarinya sejak kecil ukur mampunya. 
Hari ini, jangkaan Tun Razak dengan tidak menggalakkan Najib menceburi politik, semuanya sudah menjadi nyata dan terbentang di depan mata kita.
Meskipun berjaya menjadi Perdana Menteri, Najib lebih banyak membawa “sengsara” berbanding “bahagia” sedangkan memberi kebahagiaan kepada rakyat dan negara itulah pegangan asas bapanya.
Masihkah kita mahu terus mengekalkannya lagi?  (SH 16/01/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

17
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
HusamAnonymousNordinabilaHlufangOrang perlop Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Husam
Guest
Husam

Jom kiter balik ke Tahun 80an masa era masa mula2 madey perintah Negara. Dia buat punch card, tarik masa semenanjung sama dengan serawak, laksana Proton 1985 kemudian 1988 ekonomi meleset. Madey pressure, kena serangan jantung, duduk atas kerusi roda. Rakyat susah. Gaji Kakitangan awam tak dapat nak bayar. Apa beza nya? Sejarah ada untuk tujuan timbang tara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pasal tak jadi akuntanlah najib salah kira bab 1mdb ni. Kalau abis dulu taklah jadi macam ni. Yang sama najib dengan arwah bapak dia ialah deb dan 1mdb ..ada huruf 'b'

Anonymous
Guest
Anonymous

Bapa = DEB

Anak = DEBT

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Oh tidak kita rayat malaysia tidak harus mengekalkannya yg penting bn harus ditumbangkan dlm pru14 semua menteri yg merapu mesti dikalahkan kita cuba satu penggal dgn parti alternatif tak lama pun

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Oh tidak kita rayat malaysia tidak harus mengekalkannya yg penting bn harus ditumbangkan dlm pru14 semua menteri yg merapu mesti dikalahkan kita cuba satu penggal dgn parti alternatif tak lama pun

Anonymous
Guest
Anonymous

Urusan pemerintahan negara bkn urusan warisan keluarga.dia ingt negara bpk dia punya

Anonymous
Guest
Anonymous

Utusan msia sanggup jadi penipu besar terhadap orang orang melayu skrng ni.
Mana dia perjuangan kamu untuk membela nasib orang2 Melayu?
Hina sungguh utusan msia skrng ni. Surat khabar pendusta Melayu.
Surat khabar yg mengkhianati anak bangsa.Cukup hina perbuatan kamu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bolehkah majoriti bani melayu maju, makmur dan punyai minda bijak pandai dalam keadaan mereka diperbodoh, diputarbelit dan disamun ekonomi mereka oleh golongan melayu minoriti?

Apakah ini saja cara kuasa dapat dikekalkan dan dikembangkan dengan mengekalkan kebodohan bani melayu?

Beza ketara negara malaysia yang bercita-cita hendak menjadi negara maju, pemerintahan negara maju mengekalkan kuasa politik dengan mengurangkan putarbelit dengan rakyat dan membasmi kebodohan rakyat

Anonymous
Guest
Anonymous

Sudahlah utusan msia. Jgn jadi barua kpd najib tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya ingin rakamkan rasa simpati saya terhadap keluarga ini. Dunia ini penuh pancaroba, baik atau salah, tepuk dada tanya selera!

lufang
Guest
lufang

Sutak nasib rakyat Malaysia itu macam maa aa ,apa bolih buat??.

Lakyat tatak suksk ,tapi UMNO sukak , lakyat mana atak kuasa mau UBAH maa aa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Semoga bersabar kita semua rakyaat Malaysia hingga menjelmanya hari mengundi pru14 dan selepas itu mungkin terubat/parah lagi lukanya.Tunggu!…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau ditakdir najib menjadi accountant pada mana2 sector, alamat lingkup la company tu.sekarang ni malaysia pun dah tungang langgang angkara najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak menagih simpati la tu.. Tapi lagi menyampah ada..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dok jadi despatch kat bini dia saja.
Orang suruhan

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak dengar nasihat bapa, Tun Razak..
Tak dengar nadihat Tun Mahathir…
Dengar nasihat Turn Low…

Orang perlop
Guest
Orang perlop

En Din,
Soalnya, selepas dibuang si lahanat ni siapa pula yang hendak menggantikannya. Yang no 2 pun malaon jugak. Bagaikan belacan dibelah dua, yang pergi busuk yang tinggal hanyir!