SAMA-SAMA KITA BERDOA

Salah salah anggota polis komando yang didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu, Azilah Hadri dilaporkan sudah menghantar rayuan untuk pengampunan diraja kepada Lembaga Pengampunan Selangor, hari ini.
Azilah bersama seorang lagi rakannya, Sirul Azhar Umar yang kini melarikan diri ke Australia, sebelum ini didapati bersalah membunuh Altantuya di kawasan hutan di Puncak Alam dan telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut.
Lembaga pengampunan negeri dipengerusikan oleh Sultan Selangor dan turut dianggotai oleh beberapa yang lain, termasuk antaranya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Peguam Negara, Apandi Ali.
Meskipun kedua-dua anggota polis itu dijatuhi hukuman mati, motif mereka membunuh Altantuya masih lagi misteri kerana buat pertama kalinya mahkamah memutuskan motifnya tidak penting untuk diketahui.
Razak Baginda yang sebelum itu merupakan tertuduh utama kes pembunuhan itu dilepaskan tanpa dipanggil membela diri dalam perbicaraan awal dan pihak pendakwa juga tidak merayu terhadap pembebasannya.
Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis terbabit bertugas menjaga keselamatan Najib Razak yang waktu itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Rayuan kepada Lembaga Pengampunan Selangor adalah peluang terakhir mana-mana pesalah di negeri yang dijatuhkan hukuman mati untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Sekiranya rayuan diterima, hukuman mati yang diterima Azilah boleh ditukar kepada penjara seumur hidup sahaja.
Sementara itu, blog ini dalam artikelnya pada 23 Februari 2015 sudah pun menulis mengenai adanya usaha tokoh-tokoh berpengaruh dalam negara untuk mengadap Sultan Selangor bagi memohon pengampuan terhadap Azilah dan Sirul atas hukuman yang diterimanya itu.
Tokoh-tokoh terbabit difahamkan mengusahakan pengampunan itu atas dasar perikemanusiaan berikutan kedua-dua anggota polis terbabit tiada motif untuk diri mereka berbuat demikian dan melakukannya semata-mata kerana mengikut arahan.
Dengan sahnya rayuan pengampunan itu sudah dihantar,  sama-samalah kita berdoa agar permohonan Azilah itu diterima akhirnya oleh Lembaga Pengampunan Selangor dan kemudian mungkin akan menyusul pula rayuan yang sama daripada Sirul yang kini terpenjara sebagai pelarian di Australia.  (SH 15/01/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

24
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHKamalobat pelangsing wsc bioloobat bronchitis ampuh Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

arahan siapa ya?siapa dia?dedahkan

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Aku percaya kedua2 tertuduh adalah merupakan org yg teraniaya disebabkan kepentingan org lain dan semoga rayuan mereka diperkenankan cuma aku berdoa org yg benar2 bertangungjawab dlm kes ini akan dilaknati allah termasuk isteri dan anak cucunya sepanjang hayat ya allah engkau terimalah doa org yg teraninyaya amiiin

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Aku percaya kedua2 tertuduh adalah merupakan org yg teraniaya disebabkan kepentingan org lain dan semoga rayuan mereka diperkenankan cuma aku berdoa org yg benar2 bertangungjawab dlm kes ini akan dilaknati allah termasuk isteri dan anak cucunya sepanjang hayat ya allah engkau terimalah doa org yg teraninyaya amiiin

Anonymous
Guest
Anonymous

Pembunuhan sangat kejam dan berlaku di denai kawasan berhampiran tadahan air empangan Subang di Puncak Alam. Kalau sipelaku diberi keampunan dan terlepas bebas tanpa syarat…… macam ni dunia tentu akan memandng serong terhadap sistem keadilan dan kehakiman negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju dengan yang disarankan oleh Anon 05.31 bagi menentukan keadilan atas kehendak siapakah perkara ini terjadi.Harapan supaya Allah SWT memberi kekuatan kapada mereka bagi menceritakan kebenaran yang terpaksa dilakukan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kahkahkah..Malaysia..malaysia.. x kena atas batang hidung sendiri.. boleh la cakap pandai.. pusing2 auta melepek2 hai taik unta sana sini..

Masuk dalam kalu.. baru tau jadi sayur ka mentimun ka.. bukan saja manusia..malah Tuhan pun x akan tolong time ni sbb option ni kita sendiri yg pilih jalan ceritanya.. ikut arus sajalah..

Kamal
Guest
Kamal

Are you Muslim 1123? If you are not Muslim I can understand your statement….

obat pelangsing wsc biolo
Guest
obat pelangsing wsc biolo

jangan ubah hukum dengan perasaan

obat bronchitis ampuh
Guest
obat bronchitis ampuh

nyawa bayar dengan nyawa

Anonymous
Guest
Anonymous

Cerita dulu motif pembunuhan dan atas arahan siapa.baru boleh bagi pengampunan.rakyat pun puas hati,jawapan terungkai dan orang yg benar benar terlibat didakwa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kenapa org yg mengarahkan pembunuhan tidak disentuh? Oleh itu siasatan ke atas perkara ini harus dibuat kerana telah jelas ada unsur melindungi penjenayah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Lembaga Pengampunan hendaklah memanggil dia dan suruh dia ceritakan perkara sebenar dari A – Z… Takde tipu2 atau skip2 cerita…jika dia berkata jujur dan menceritakan perkara sebenar…barulah layak dapat pengampunan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Bunuh Altantuya tapi minta pengampunan kat mereka yang TIADA LANGSUNG pertalian darah dengan Altantuya ???
Betul ke cara ni ???

Anonymous
Guest
Anonymous

it's the law
kawin 3 pung menantu pak aji bang jamil kena patuh undan2

Anonymous
Guest
Anonymous

tkp kastam kesnya apa cerita

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada lagi…kes pembunuhan Jalil Ibrahim dgn skandal BMF…pembunuh tiada motif yang jelas walaupun telah sabit hukum dan dibicarakan…kes menjadi popular di HK bila Bank Bumiputra & Carrrian Group terlibat sama

Anonymous
Guest
Anonymous

Sepatut dia org bgtau siapa yg suruh dia bunuh biar semua org tau,kan senang…kalau dah bodoh sgt,mati lg baik

tatang ka
Guest
tatang ka

Tdk munkin seseorang akan begitu bodoh cuma ada dijanjikan seperti jgn takut semuanya akan beres cuma jgn sebut siapa yg suruh.

tatang ka
Guest
tatang ka

Tdk munkin seseorang akan begitu bodoh cuma ada dijanjikan seperti jgn takut semuanya akan beres cuma jgn sebut siapa yg suruh.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kes bekas komando polis ini sama juga dengan kes pembunuhan bekas pengurusi AMBANK dimana kedua dua kes ini tiada motif yang jelas dan pihak polis, pendakwa dan hakim tiada berminat untuk mencari motif kenapa kedua dua pembunuhan ini berlaku , saya rasa ini la kali pertama dalam sejarah kes jenayah didunia motif tidak perlu dalam siasiatan dan dalam perbicaraan.Apa punya jenaka…Saya juga amat musykil dangan kes pembunuhan bekas TPP kevin morias saya rasa kes ini akan berakhir dengan tiada motif dan beberapa kambing hitam yang tertipu kerana menerima upah menjalan kerja akan ketali gantung kerana kalau dikaji kes ini ,faedah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Mengapa kamu tak bantu perbetulakan keadaan jika kamu benar dan ada bukti selain dari yg di dedahkan di mahkamah.Buat lah lapuran polis yg baru ?.Tulis ternag-tran nama kau ,aku pun boleh tolong buat lapuran polis jika kau takut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kamu ini tak faham ,anon 13.22 ,apa yang dimaksudkan oleh anon 21.23 adalah kemusykilan yang ujud sebab motif tidak diambil kira dalam siasiatan dan pengadilan dalam prosidur siasiatan jenayah dan perbicaran motif amat penting apatah lagi dalam kes bunuh ,tak payahlah kamu suruh orang lain pula nak kemukakan bukti itu tak betul dan salah.

Ridzuan
Guest
Ridzuan

Amin..semoga kebenaran akan terungkap

Anonymous
Guest
Anonymous

Inilah kes yg paling paling paling pelik dalam sejarah. Misteri yg masih tak terungkai atau sengaja disimpul mati.