BUANG SAJA PENASIHAT DAN DUTA KHAS INI, JIMAT WANG NEGARA!!

Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan membuat pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 pada 28 Januari ini yang secara mudahnya adalah disebabkan negara tidak cukup wang untuk melaksakan projek dan program yang sudah dirancang.
Penyumbang utama ketidakcukupan wang negara adalah kerana kejatuhan harga minyak dunia yang begitu mendadak, selain turut disebabkan nilai ringgit yang rendah serta ekonomi dunia yang lemah.
Ketika Bajet 2016 dilaksanakan, harga minyak mentah dunia ialah sekitar US$48 satu tong , tetapi penurunan terus berlaku sehingga kepada US$31 satu tong ketika ini.
Pakar-pakar ekonomi juga menjangkakan harga minyak mentah dunia akan terus turun lagi.
Walaupun Najib pernah menyebut bahawa cukai GST yang dilaksanakan adalah penyelamat ekonomi negara berdasarkan kutipannya sebanyak lebih RM30 bilion sehingga Disember 2015, namun penurunan berterusan harga minyak menyebabkan banyak perancangan bajet bakal tergendala.
Soalnya, apakah pengubahsuaian, penyelarasan dan penjimatan Bajet 2016 yang akan diumumkan Najib pada 28 Januari nanti? 
Berapa banyak akan dipotong? Apakah ia akan menjejaskan kesejahteraan rakyat?
Sementara penantian tarikh itu, ada baiknya Najib turut mengambil kira penjimatan yang satu ini iaitu menghapuskan semua penasihat atau duta khas bertaraf menteri yang dilantiknya kerana semua perlantikan itu jauh lebih membazirkan wang rakyat.
Sehingga ini terdapat sembilan penasihat dan duta khas yang dilantik Najib dan semuanya adalah bertaraf menteri yang bermakna mereka mendapat gaji, elaun dan kemudahan seperti seorang menteri juga.
Sudahlah saiz kabinet kita merupakan paling besar dengan jumlah 36 menteri untuk penduduk seramai 30 juta orang, ditambah dengan sembilan lagi penasihat dan duta khas bertaraf menteri, ahhh…betapa banyaknya pembaziran di sini saja.
Penasihat khas Perdana Menteri  bertaraf menteri itu terdiri daripada Abdullah Md Zin (agama), Zainal Abidin Osman (koridor utara), Rais Yatim (sosial dan budaya), Shahrizat Jalil (pembangunan wanita), Noh Omar (untuk Selangor) dan Shaziman Abu Mansor (penasihat khas politik menggantikan tempat Allahyarham Jamaluddin Jarjis)
Duta khas Perdana Menteri bertaraf menteri pula ialah Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Ong Ka Ting (China) dan Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).
Tidakkah semua penasihat dan duta khas ini suatu pembaziran? Sudah ada 36 anggota kabinet yang boleh memberi nasihat dan pandangan kepada Perdana Menteri serta duta-duta di seluruh dunia mewakili negara, apa perlunya lagi penasihat dan duta khas itu?
Ternampak bahawa semua perlantikan itu hanyalah untuk memberi imbuhan, kedudukan, gaji dan kemewahan sedangkan tidak kelihatan tugas dan peranan yang mereka mainkan.
Sebelum Najib melakukan pengubahsuaian lain dalam Bajet 2016 untuk menyesuaikannya dengan kedudukan ekonomi semasa, kedudukan sembilan penasihat dan khas itu seharusnya lebih dulu diambil kira.
Selain ramai yang mempertikaikan apa nasihat dan kerja mereka yang bermanfaat untuk rakyat serta negara, membuang mereka jauh lebih mendatangkan kebaikan dan penjimatan kepada wang negara. 
Bahkan jika sembilan orang ini ada maruah dan ingin sama-sama menyumbang untuk kebaikan negara, mereka juga seharusnya mengundur diri secara sukarela dengan segera. (SH 14/01/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm
Subscribe
Notify of
guest

28 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Miss Vee
Miss Vee
25 August 2016 2:13 am

Kecoh Dah …. Satu Dunia Dah Tahu !!
>>> KLIK HERE !! <<<

KJ
KJ
15 January 2016 2:53 am

Relaks brader. Bagi peluang lah kat "has beens" ini serta golongan Najib-defenders ini. Sekarang dah masuk 2016, hanya tinggal lebih kurang 24 bulan aje lagi untuk mereka kaut apa yang boleh. Lepas itu, bukak langkah seribu lah. Kalau tak pun, rakyat halau dia orang.

Anonymous
Anonymous
15 January 2016 12:17 am

Ya betul tu!! Bak kata orang nogoghi ngabeh kan bogheh aja

Hasnal Tamjehi
Hasnal Tamjehi
14 January 2016 1:56 pm

Kekadang walau pun hati sakit dgn kebodohan pemimpin. Tapi ucapan dan perilaku sumbang pemimpin sgt menghiburkan hati yg duka lara

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 10:52 am

Bro shahbudin…ini baru penasihat x guna, mana gambar penjilat dan pembodek x guna tu?

NordinabilaH
NordinabilaH
14 January 2016 10:07 am

Aku nak tanya penasihat dan duta khas najib ni tak cukup duit ke nak mentedarah duit rakyat kau org dah ada elaun ahli parlimen pencen menteri pun tak cukup lagi rumah kata pergi kubur kata mari apa sangat keja kau org kejakan duit rakyat dah tu ada menteri bangang habiskan duit lagi ada lagi ketua bahagian umno dan bn lantik lagi jadi penyelaras dun dan parlimen kan mangkok tu menceik dan menghabiskan duit rakyat je bila kata mahasiswa tak makan semua menteri bangang kata bohong mangkok ayun betul kerajaan niorg susah kata senang lagi cepat lingkup lagi baik

NordinabilaH
NordinabilaH
14 January 2016 10:03 am

Aku nak tanya penasihat dan duta khas najib ni tak cukup duit ke nak mentedarah duit rakyat kau org dah ada elaun ahli parlimen pencen menteri pun tak cukup lagi rumah kata pergi kubur kata mari apa sangat keja kau org kejakan duit rakyat dah tu ada menteri bangang habiskan duit lagi ada lagi ketua bahagian umno dan bn lantik lagi jadi penyelaras dun dan parlimen kan mangkok tu menceik dan menghabiskan duit rakyat je bila kata mahasiswa tak makan semua menteri bangang kata bohong mangkok ayun betul kerajaan niorg susah kata senang lagi cepat lingkup lagi baik

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 8:49 am

Punyalah bangang…smp 9 org jadi penasihat? Baik pegi mam…..

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 8:26 am

Tapi yg dia lantik pun 2x 5 saja bodohnya juga

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 8:22 am

sebab dia bodohlah menyebabkan dia lantik ramaipunahsihat kalau tak kerja tak jalan

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 6:40 am

Najib ni ingat diri dia ni terlampau pandai sangat pooodah. lagi cepat kau mampus lagi baiklah najib!!!

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 6:01 am

36 orang menteri penuh campur lagi timbalan menteri.jumlah rakyat 30 juta.pergh…
X cukup lagi tu..tambah lagi atau create lg apa2 kementerian.atau biar kerja bertindih.kemenenterian mana buat decision pun dah confuse.at last,rakyat yang jadi mangsa..
Ini lah kerajaan BN,selagi boleh songlap duit rakyat.
Rakyat di minta berjimat.
Bawa bekal ke tempat kerja,keluar awal elak jalan sesak,jgn makan ayam kalau harga mahal,suruh tanam sayur,elak tol ikut jalan xde tol..
Adui KERAJAAN BN.bila la nk menyenangkan rakyat?

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 5:11 am

Pemandu tu potong sekali Paul Low, Ramon dan lain2.
Raman Dahlan jgn lupa bersihkan sisa boksit kat pahang. Tu lah dia najib n fren buat duit kau keje cuci taik je la man. Org suruh berentikan korek boksit dia perintah man dalan cuci sisa je senang tokeh2 nak buat keje. China korek untung man dahlan cuci jalan.

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 4:59 pm
Reply to  Anonymous

Yes…. jangan lupa PEMANDU tu. Mula dr drebar sampailah CEO dia. Tutup terus…

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 4:46 am

9 ekor tu saja dah berjuta2 sebulan duit rakyat Malaysia hilang begitu saja.Dah kaya nak kaya lg.tak cukup2 dgn duit.Bangsat sungguh manusia jenis ni…najib,km ni manusia paling laknak atas muka bumi ni…km atas merasai pedihnya balasan atas perbuatan km ini.

E AH
E AH
14 January 2016 2:58 am

Langkah-langkah penjimatan berterusan (bukan bermusim) dana rakyat dan negara1. Hapuskan jawatan penasihat bergaji/berelaun kepada PM/kerajaan. Tugas ini adalah kewajipan (tanggungjawab utama) Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-Ketua Pengarah Kementerian dan Jabatan, serta Wakil-Wakil Rakyat di Parlimen. Serahkan hak menasihat kepada mereka2. Hapuskan tabiat melantik konsultan dalam dan luar negara untuk hal-hal diplomatik dan urustadbir negara. Rakyat Malaysia terlalu ramai berkelayakkan dan berpengalaman. Sudah tentulah yang bijak pandai tidak akan menyokong Najib namun mereka bekerja untuk negara. Kepandaian mereka akan memakmurkan negara, perdulikan apa pegangan politik mereka.3. Hapuskan jabatan-jabatan, agensi-agensi dan perbadanan-perbadanan bertindih fungsi dan tanggungjawab. Ini sekaligus mengurangkan karenah… Read more »

shed anuar
shed anuar
14 January 2016 8:46 am
Reply to  E AH

Banyak lagi kelemahan dalam perkiraan kamu ini. Contohnya perkara 13.

Kurangkan perkerja asing? Berikan peratus pekerja tempatan yang ingin dan sanggup bekerja di sektor ini? Berapa gaji mereka? Lebih mahal atau lebih murah daripada menggunakan pekerja asing? Sekiranya tidak terdapat permintaan dari tenaga kerja tempatan apakah kesannya terhadap sektor pembinaan baik dari segi kos mahupun perkembangan industri.

E AH
E AH
14 January 2016 9:11 am
Reply to  E AH

Saudara Shed Anuar

Komen saudara bernada pembela golongan kapitalis. Perkiraan saudara pula berapa agaknya kadar 'occupancy' bangunan komersial dan kadar jualan bangunan kediaman terkini? Sila buat congakkan dengan tidak memasukkan sewaan oleh kerajaan atau pembelian oleh syarikat persendirian/korporat. Berapa banyak bangunan kosong di Pusat Bandar? Sektor pembinaan memberi manfaat kepada rakyat yang mana? Kelambakkan bangunan komersial dan rumah mampu tengok memberi manfaat kepada orang awam yang mana? Sekali lagi, kelambakkan pekerja asing memberi manfaat kepada siapa?

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 2:57 am

Sebenarnya buang PM yang lemah ini dia mana ada teloq nak buang 9 org tersebut , lagi baik bubar saja Parlimen ,jadi rakyat boleh buang terus semua menteri menteri korup dan paria paria korup disekeliling najib ,macam sharizat dan lain lain.

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 2:54 am

Semua jawatan penasehat dipegang 9 kelakar negara mampu dibuat oleh seorang sahaja. Berikan ia kepada RANI KULUP. Ha Ha Ha, lagi besor cermin mato hitam diao!

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 2:37 am

Matematika UMNO cukup mudah. Selagi boleh merembat, rembat sajalah. Rakyat tak boleh berbuat apa-apa punya. Jimat sini, masuk poket sendiri. Jimat sana, pun masuk poket anak bini. Jimat sinun, masuk poket kroni. Inilah langkah penjimatan ala UMNO 60 tahun dah praktik. Slogan-slogan bombastaik, pantastaik dan futuristaik terus diperkenalkan untuk membodohkan orang ramai. Ditempek-tempek ayat suci dan segala piagam supaya dapat membodohkan dan membenakkan lagi jiwa rakyat dengan servis-servis hampeh kerajaan. Realitinya 10% saja pekerja kerajaan yang membuat kerja bersungguh-sungguh. 90% lagi, kerjanya membina kekayaan dengan projek-projek suci masing-masing serta membina jaringan perniagaan MLM, insurance, serta segala bagai lagi. Jangankan pekerja… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 2:33 am

Mana income dari jualan minyak yang lebih dari harga pasaran dunia? DUlu ada subsidi tapi sekarang sudah jadi pendapatan Negara…

RD.
RD.
14 January 2016 2:18 am

Cadangan yang amat bernas sekali dari Tuan Shahbudin.
Lagi satu badan yang mesti dibubarkan adalah Talent Corpse. Saya tak nampak apa-apa kebaikan kepada Kerajaan dan Negara.

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 2:11 am

Tolong masukkan sekali SPAD yang ada penjawat bertaraf CEO tapi apa hubukpun tak buat sebab 'semua' keputusan nampaknya akan dibuat oleh Pengerusinya.

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 2:11 am

Bajet Najib boleh di kurangkan semasa pembentangan. Jika sekarang Najib nak kurangkan bermakna, Najib mengurangkan apa yang sepatutnya di kurangkan dulu.

Jika Najib ingin kurangkan bajet, bermakna Najib kena kurangkan dua kali, Bukan sekali.

Dan Tuan Shah pun silap… Bukan 9 orang tetapi 10 orang ..

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 4:35 am
Reply to  Anonymous

woiii ..najib tak payah lantik kepala kepala seperti di atas tu kalau setakat nak revise bajet.
Mai berdebat dengan rakyat dulu.
Hang pun sama jemuan juga dengan depa tu semua.
Awat hang tak pi minta derma lagi? kalau hang pi minta derma berbilion bilion lagi akan masuk

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 4:37 am
Reply to  Anonymous

Datuk non panjang tu apa dia reti.

Anonymous
Anonymous
14 January 2016 6:35 am
Reply to  Anonymous

Buanglah semua punahsihat-punahsihat yang membazirkan wang rakyat supaya wang tersebut boleh digunakan untuk mengurangkan penderitaan rakyat kerana GST dll !