BEGINIKAH BUDI BAHASA SEORANG MENTERI MENJAWAB TEGURAN SULTAN?

Apa patut kita panggil menteri yang seorang ini? Biadap? Kurang ajar? Tiada budi bahasa? Atau sombong dan angkuh?
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan tidak mempunyai kuasa menghalang pemaju daripada membina rumah mahal berbanding perumahan mampu milik kerana Malaysia bukanlah sebuah negara komunis.
Katanya, apa yang boleh kerajaan lakukan hanyalah merayu kepada pemaju agar di samping membina rumah mewah, turut juga melaksanakan tanggungjawab sosial membina rumah-rumah mampu milik.
Kita tak boleh kata jangan bina rumah mahal kerana ini bukanlah negara komunis. Kita sebuah negara demokrasi dan setiap ahli perniagaan berhak membina jenis rumah yang mereka mahukan, katanya lagi.
Jawapan ini diberikan oleh Abdul Rahman sebagai reaksinya atas teguran Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah terhadap pemaju-pemaju perumahan kebelakangan ini yang kelihatan lebih suka membina rumah mahal berbanding rumah-rumah mampu milik.
Titah baginda, istilah rumah “mampu lihat” semakin disuarakan oleh rakyat berpendapatan rendah, terutama di kalangan orang-orang Melayu dan Bumiputera berikutan ianya diluar kemampuan mereka untuk memillikinya.
Baginda seterusnya bertitah, negara harus berhati-hati serta meletakkan kepentingan jangka panjang untuk mengelakkan penjajahan melalui instrumen pemilikan hartanah yang pada akhirnya boleh menyebabkan pribumi “merintih sendiri kerana bumi dipijak milik orang.”
Sesungguhnya, teguran baginda itu amat bersesuaian sekali dengan apa yang berlaku sekarang dan kerajaan seharusnya bersikap positif serta mengambil berat mengenainya, bukannya menjawab dengan alasan, “kita bukan negara komunis.”
Bukankah jawapan sebegitu sama sekali tidak melambangkan budi bahasa yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang menteri dalam berkomunikasi dengan Sultan?
Meskipun bersetuju dengan teguran Sultan Perak itu, tetapi kenapa perlu menyebut “kita bukan negara komunis”  sebagai alasan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh baginda?
Apakah Abdul Rahman mahu menunjukkan kepada orangramai bahawa seolah-olah Sultan Perak tidak tahu apa-apa dalam teguran itu dan kerajaan juga tidak boleh berbuat apa-apa untuk menanganinya?
Tidakkah Abdul Rahman sedar bahawa Sultan Nazrin bukan saja seorang Sultan atau “payung negeri” yang dihormati dan disayangi kerana keprihatinannya dengan rakyat, tetapi juga disebabkan baginda berkelulusan tinggi  sehingga ke tahap Doktor Falsafah?
Dalam pada itu, benarkah kerajaan tidak ada kuasa sama sekali dalam menguatkuasakan peraturan kepada pemaju untuk membina rumah-rumah mampu milik sebagaimana yang disebutkan oleh Abdul Rahman itu?
Habis, apa kuasa yang kerajaan ada sebenarnya?
Buat apa setiap kali pilihanraya, UMNO, BN dan menteri-menteri meminta kepada pengundi agar mereka diberikan kuasa untuk membela rakyat jika untuk membina rumah mampu milik (bukannya diminta percuma pun), kerajaan boleh berkata tiada kuasa?
Jika begitu, bukankah lebih baik ditukar saja kerajaan yang ada ini? (SH 12/01/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

103
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Yg faham tapi diam berkata...AnonymousNordinabilaHwan halim ismailmatsom5247 Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Eh punya bodoh si rahman ni. Kalah ahmad maslan kalau ini macam. Bikin malu sabah betul. Ini la ni salah pilih sudah ni menteri bodoh. Yang pilih pun bodoh apa lagi yang mengundi pun nampak bodoh sudah. Heran aku 1 kampung benci sama BN. Duduk kedai kupi cerita semua tidak undi BN. Dalam opis aku kerja semua benci BN. Sekali pilihanraya BN juga menang. Urang sabah ni pandai juga membaca. Tau juga mana 1 simbol BN tu. Mana ada aku undi tu. Kenapa juga dia menang tu. Disebabkan menteri bodoh begini la ni sabah nda maju ni. Apa lagi keruak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

BAHASA JIWA BANGSA.

Kalau Menteri guna bahasa macam ini … Bangsa sendiri pun tak nak mengaku. Dia dah jadi bangsa T !

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan ke mamak padukang tu yang jadi pilihan? Pilih la lagi.. kah kah kah.. PADAN MUKA.

Anonymous
Guest
Anonymous

Takkan nak merayu pemaju ?
Di mana menteri ni simpan akal dia ?
Kalau menteri umno, memang tak cukup akal! Ikut bos dia !
Cuba pergi tanya KSU kementerian ? Mesti ada jalan boleh kasi developer ikut perintah. Agensi kementerian tak ada power, pakai agensi kementerian lain mesti boleh. Bukan development permit ni majlis daerah yang bagi ?

Menteri bodoh. Jawapan bodoh.
Resmi cabinet bugis

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang sabah bilang.. palui palui.. sot sot.. kili kili.. talingung punya menteri..

Anonymous
Guest
Anonymous

Kerajaan yang tidak mampu mengawal pemaju ialah kerajaan bodoh bangang palui sial.umpama orang memberi makan anjing lapar, anjing pemaju ini juga akan mengigit tangan kerajaan demokrasi bukan komunis yang pernah memberi makan.Apakah pemaju ini umpama anjing liar, singa atau serigala? Ataupun mereka golongan manusia yang tidak mampu dikawal kerajaan yang membuat dasar? Hentikanlah segala kebodohan ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju biarlah rumah murah asalkan ada drpd takde. Org melayu bukannya nak rumah yg style2 janji boleh hidup dah lah. Najib lain new year nak tgk matahari pun tgk kat oversea. Labur 1mdb sampai arab duit tak nampak. Baik labur kat sini je. Org bukannnya takde isu nak balun najib, cuma dah bosan dgn jawapan bodoh dan perangai bangang tak masuk akal najib dan menterinya.
C'mon la kau ajak org move on tapi bangang kau masih di takuk lama. Berenti la senang. Mati pun ok.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rumah murah ala tahun 1970-han patut diidupkan kembali. Ia lebih sesuai dengan demografi lokal.

Meskipun ia separuh konkrit dan separuh kayu setidak-tidaknya ia mampu dimiliki majoriti golongan tertentu.

Selebihnya ia memberi peluang kepada kontraktor dan syarikat hartanah (terutama kecil dan sederhana) untuk berkembang.

Komisyen bawah meja mungkin kecil dan tidak setimpal kalau ianya di Selangor dan Penang tetapi apalah salahnya korbankan kepentingan diri demi kepentingan ramai.

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat rumah pasang siap. Kalau buat apartment, boleh ikut beberapa apartment di Shah Alam di seksyen 6.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau rahman dahlan, najib, ahmat maslan atau adnan mansor sangka mereka ini hebat sangat dan tahu segala hal marilah berdebat dengan rakyat
Jomlah berdebat kalau berani, tak perlu menteri berdebat dengan wakil rakyat. Jom berdebat terus dengan rakyat.
Kalau menteri bodoh jangan sangka rakyat pun bodoh. Jomlah berdebat.Jangan nak jadi samsenglah menteri menteri. Sedar diri tu sikit.Cakap jangan sebarangan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kenapa dikata tiada kuasa?, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Menteri Besar terbaik di negara ini boleh lakukan dengan mewujudkan dasar perumahan negeri sembilan dan tidak mengikut dasar perumahan yang digunapakai oleh kerajaan pusat. YAB Dato Seri Mohamad Hasan telah mewujudkan dasar yang mewajibkan rumah mampu milik mengikut pecahan-pecahan harga rumah kepada setiap pemaju yang berminat untuk laksanakan projek perumahan di negeri sembilan. Slogan "making people happy" benar benar dipraktikkan oleh YAB MB N9.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rahman dahlan bikin malu orang sabah. Rahman dahlan bikin malu bangsa bajau kota belud. Kami bangsa bajau rakyat sabah pun tau beradab. Kami pun menjunjung raja-raja yang menaungi kita. Kami tidak kurang ajar macam si keparat rahman dahlan ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Heheheheeee … Sebab kita bukan negara komunis @ demokrasi lahhh, sebab tu tanah berpuluh ekar (tengah bandar lagi) boleh jatuh ke kepada syarikat yang kerajaannya komunis…. Syabas negara demokrasi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kau dah tau ni bukan negara kominis yg kau pegi bagi tanah2 negeri kat sykt pro kominis buat rumah buat apa? Lepas tu bagi jawapan bangang cakap tak mampu nak halang. Bila org ramai sumpah dia bodoh tau lak terasa. Kau yg dlm kerajaan kenalah pikir camana nak bina rumah murah2 org mampu beli. Ni buat prima nun jauh ceruk kampung. Tanah belah bandar jual kat China guna 1mdb. Dah masuk tahun baru melantun lantun bangang kau jadi menteri. Kerja jenis takmau berpikir. Ikut senang mulut je nak jawap. Dia dgn Najib sama je. Cakap 1mdb bayar hutang tak guna… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Menteri kerajaan BN yang kata kerajaan tiada kuasa untuk bantu rakyat beli rumah mampu milik ni, sebenarnya sudah teringin sangat untuk hilang kuasa. Jika begitu keadaannya, jom kita berikan apa yang sangat dihajati kerajaan BN ni nanti.

Anonymous
Guest
Anonymous

Woiii Dahlan bapak Rahman. kau tidak ajar anak kau mengaji alquran ker? Kau tak ajar anak kau agama ker?
Kau tahu ker komunis tu apa? Komunis tidak percaya adanya tuhan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak perlu marah2kan Rahman ni kawan.. Rahman ni bercakap benar. Kerajaan berniaga, bukannya kerajaan berbuat kebajikan. Sebab tu la harga barang meningkat naik sepanjang tahun. Jika kerajaan nak berbuat kebajikan, lebih baik tak payah jadi kerajaan. Duduk saja di masjid dan berzikir. Ini menteri2 dalam kerajaan, tugasnya membuat untung semaksimum mungkin. GST dinaikkan semaksimum mungkin, ini baru betul. Harga minyak ditentukan semaksimum mungkin walaupun harga dunia menurun. Lagi satu, menteri2 UMNO ini bukannya bapak kita nak tolong2. Dia akan tolong bila menguntungkan dia. Tolong merembat duit rakyat. Kali ini saya respek Rahman Dahlan ini kerana bercakap benar. Sikik hari lagi,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kurang setuju dengan mengatakan salah siapa?

Majoriti rakyat tolak BN, 52% telah memberi undi kepada pakatan.Jumlah peratus mungkin lebih sekiranya pihak pihak berkuasa tidak memihak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ak slahkan 48% yg mengundi tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

kami yg 48% ni dah insaf dan ambil iktibar. GE14 nanti siap la kau Be End

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak boleh paksa bina rumah murah konon..abih tu rakyat bleh plak dipaksa bayaq gst,bayaq tol..ni xlain xbkn sbb mgkuk ayun ni ada dpt habuan mlalui projek rumah mewah. Menteri2 di bwh najib ni mkin hr mkin sama naik dgn najib. Apa benda pn nk pastikan depa untung..rakyat mampoih pi lah

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Itulah dia perangai menteri bn ni sultan bertitah pun dia tak peduli nikan pula rakyat macam kucing kuraplah dipandangnya agaknya menteri dari sabah ni memang tak beradab agaknya dia tak ada sultan yg ada beraja di mata dan bersultan dihati alangkah hina nya rayat perak dibuat begitu oleh menteti sabah ni malu malu hina hinanya

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Itulah dia perangai menteri bn ni sultan bertitah pun dia tak peduli nikan pula rakyat macam kucing kuraplah dipandangnya agaknya menteri dari sabah ni memang tak beradab agaknya dia tak ada sultan yg ada beraja di mata dan bersultan dihati alangkah hina nya rayat perak dibuat begitu oleh menteti sabah ni malu malu hina hinanya

Anonymous
Guest
Anonymous

Alahai rahman ni sebenarnya tak pandai pun sebab bukan dia boleh pikir benda yang rumit. Kerajaan boleh melakukan pembangunan sendiri ataupun minta syarikat swasta bangunkan dengan Tanah percuma ataupun tidak mengenakan cukai untuk bahan pembinaan bagi syarikat ni. Banyak cara yang ada. Tapi rahman bendul ni memang tak pandai dalam soal perumahan.

wan halim ismail
Guest
wan halim ismail

Bila menteri yg bertanggungjawab mengenai perumahan dan kerajaan tempatan tidak tahu bidang kuasa kerajaan dan tidak berusaha memperkasakan undang-undang yg sedia ada utk portfolio yg dipertanggungjawabkan kepadanya, langkah paling wajar adalah letak jawatan segera. Pembayaran elaun beliau adalah satu pembaziran dana pembayar cukai

matsom5247
Guest
matsom5247

terima je lah hakikat sistem demokrasi kapitalism yang diguna pakai sekarang ,yang bina ade kapital ,nak dijual dengan untung kepada yang berduit,
orang yang berduit bertuhan kan duit siang malam , rajin kerje keras,
yang miskin papa kedena hanya tadah tangan berdoa .pemalas .memintaminta. kiblat nak mati masuk syurga, –duduk jele dalam kesusahan kemalasan ,ujian tuhan, apesal nak cbuk duk rumah mewah.
pendapatan negara datang dari cukai.cukai yang banyak datang dari rakyat yang productiviti tinggi.
,cukai tidak dapat dipunggut klu rakyat kulu kilir bercakap berbuih mulut pasal
bende remeh.syorga neraka. tahu mintak derma .dan sruh kerajaan bina rumah mewah untuk mereka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rani kulup mana.. rani kulup mana.. lambat bertindak pula ko hari ni rani kulup.. dah dapat datuk bukan main sombong ko aa rani kulup.. sultan dilayan mcm budak2 dah tu.. napa tak p lapor.. bangun rani kulup.. kipidap…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ayahanda Rani Kulop, apabila raja dicaci dan dihina kenapa tak buat laporan polis?

Anonymous
Guest
Anonymous

Rani Kulop berkata yang dia sangat keciwa kerana selama ini hanya Sultan Melaka yang menghargai pengorbanan nya membela bangsa melayu. Itu sebab hal-hal Sultan-Sultan lain dia tak masuk campur.

Tapi kalau dia nak pingat penuh di dada dia.. dia tahu lah apa nak buat ..

Anonymous
Guest
Anonymous

Kemon datuk… peluang depan mata ni… kipidap…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini bukan kali pertama.
Sebelum ini Majlis Raja-Raja buat teguran supaya semua isu-isu di selesaikan dengan pantas.. Bukan selesai, tapi tak berkesudahan dengan masalah baru yang berkaitan dengan masalah lama lagi teruk dari yang awal. Mana penghujungnya ?

Ini semua berkaitan dengan 1MDB. Semua ini Najib punya pasal.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mungkin selepas ni ada menteri yang bijak pandai mencadangkan rakyat perlu buat lima atau enam kerja untuk mampu beli rumah

Anonymous
Guest
Anonymous

cadangan ni belum mencukupi. untuk mampu beli rumah cadangan selanjutnya rakyat perlu berjimat dengan berbasikal ketempat kerja tanpa perlu beli petrol atau bayar tol, makan ubi kayu seperti amalan zaman penjajahan jepun, guna lampu minyak tanah supaya tak perlu bayar bil letrik, gali telaga untuk guna air tanpa bayar bil dan buat sementara tidur bawah jambatan

Anonymous
Guest
Anonymous

saya respect orang Sabah,
menteri dari Sabah buat onar. orang Sabah kasi hantam cukup2…
HIDUP SABAH…..diharap raayat negri yang bersultan di mata ambil pengajaran

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang Sabah tak bersalah tetapi yang besalah ni Rahman dahlan. Kurang ajar punya manusia. Mustahil bajau tidak ada adat, tidak ada adap dan tata susila.
Dia lupa ikrar rukun negara antaranya Kesetiaan kepada raja dan negara. Kesopanan dan kesusilaan.
Masuk USNO lah rahman dahlan. Bikin busuk nama UMNO dan orang orang Melayu saja.

Anonymous
Guest
Anonymous

umno dah jahanam la bro
sapa stay lg dgn umno maknanya sokong menteri2 yg mcm ni la…rela diperbidihkan dgn alasan tahap taik

Rudy Gonzales
Guest
Rudy Gonzales

Alahai, untuk maklumat bila dapat title menteri,masa inilah tunjuk belang….,semua Menteri sama saje..sebelum jadi menteri tiap2 minggu ajak minum teh, jadi je menteri emma hp pun tukar. Call pun tk kenal…pergi jahanam politik malaysia ni….jadi politik kat afrika lagi bagus, silap hukum tembak. Bagi chance PAKATAN HARAPANNNNN PERINTAH pulak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Selagi laki semoh belum turun selagi itulah kita dipimpin menteri buta kayu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kononnya negara demokrasi sepatutnya lebih teruk daripada negara komunis. Pemimpin ni memang tak rela bagi bekalan air paip kepada penyokong beliau id pekan sendiri di Sabah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana dia pembelaan dari MB metalik nih! Titah Sultan kamu diperlekehkan oleh Rahman, awat si metalik tu berdiam diri saja?

Anonymous
Guest
Anonymous

sebab dia pun sama si pencacai najib, serupa si rahman tungau

Anonymous
Guest
Anonymous

Setelah Tuanku di perlekehkan oleh menteri pasola ini,harap MB pertahankan lah Tuanku.kalau tidak,awak Zambry tak layak duduk di negeri Perak.
DAULAT TUANKU..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dasar Menteri Besar Mamak Tongkang

Anonymous
Guest
Anonymous

Woiii Zambri kader. Menteri Besar Perak dan bekas pensyarah UIA. Kau ni betul betul tunggul kayu. Kau ni betul tokong hindu. Sultan dipersenda dan diaibkan oleh bajau kota belud ni pun kau buat tak tahu.Sebagai anak Perak kau tak ada batu ker untuk mempertahankan Sultan kau.???? Sebagai Menteri Besar Perak kau ni memang Bacul punya manusia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Terimakasih Tuanku perihatin dengan masaalah rakyat.
Nak harapakan MB dan rahman hampeh.
Saya sudah 20 tahun lebih tinggal di bandar kuala lumpur, tapi masih lagi menyewa.harga rumah semakin mahal..bawah kemampuan saya

Anonymous
Guest
Anonymous

Putang inak ko rahman dahlan.

Orang Melayu
Guest
Orang Melayu

alasan tak munasabah.ada banyak agensi kerajaan yg terlkbat dalam satu proses membangun projek perumahan.di peringkat federal ada jabatan perumahan negara .yg keluar lesen iklan.di peringkat negeri ada jabatan perancang,ptg,pbt dan banyak lagilah…aapa punya alasan.
.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat Sabah sudah lama benci sama rahman dahlan, salleh said keruak, anifah aman, rahim bakri, bung mukhtar, menteri palui, perut makin basar, rakyat semakin matai kau kerjakan. Jaga-jaga kamu urang PRU bukan lama lagi.

AdNAN
Guest
AdNAN

Bapak borek, tentunya anak rintik …..

Anonymous
Guest
Anonymous

Berani buat macam ini pada Sultan Melaka?
Rani Kulup akan belasah habis-habis..

Anonymous
Guest
Anonymous

Selagi kau jadi menteri, selagi seangkatan kau salleh keruak tu jadi penghidu bontot najib, terlingkup negara ni.

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Selaku ketua Negeri/Agama Islam, memanglah KEWAJIPAN Sultan membuat teguran,jika ade perkara yg baginda rasa tak betul,menyimpang dari matlamat untuk membantu rakyat, mereka lah yg berhak untuk bertanya & menegur kerajaan.Tetapi kebiasaannya jawapan yg sering kita dengar/yg diberi dari Menteri yg ada hari ini semua jawapan yg angkuh,bodoh, sombong, bongkak,ego ,dll.. Dalam kepala mereka tiada langsung "ISTILAH UNTUK MEMBANTU RAKYAT"..asalkan kantung aku di isi ,nasib rakyat semua pergi mampos!!!ade aku kisah!!!..Inilah kualiti/mentaliti semua menteri yang ada di era Pm najib memerintah Malaysia hari ini, hancur, punah-ranah, tunggang-langgang negara Malaysia dikerjakan mereka. Siapa lagi yg hendak rakyat harapkan? Kalau seorang Sultan yg… Read more »

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Selaku ketua Negeri/Agama Islam, memanglah KEWAJIPAN Sultan membuat teguran,jika ade perkara yg baginda rasa tak betul,menyimpang dari matlamat untuk membantu rakyat, mereka lah yg berhak untuk bertanya & menegur kerajaan.Tetapi kebiasaannya jawapan yg sering kita dengar/yg diberi dari Menteri yg ada hari ini semua jawapan yg angkuh,bodoh, sombong, bongkak,ego ,dll.. Dalam kepala mereka tiada langsung "ISTILAH UNTUK MEMBANTU RAKYAT"..asalkan kantung aku di isi ,nasib rakyat semua pergi mampos!!!ade aku kisah!!!..Inilah kualiti/mentaliti semua menteri yang ada di era Pm najib memerintah Malaysia hari ini, hancur, punah-ranah, tunggang-langgang negara Malaysia dikerjakan mereka. Siapa lagi yg hendak rakyat harapkan? Kalau seorang Sultan yg… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Rahman dahlan yang tak tahu malu – kau tau tak yang Sultan Perak Raja Dr. Nazrin Shah tu macam ayahanda baginda juga berpendidikan tinggi, lagi tinggi daripada apa yang kau ada. Isteri baginda juga berpendidikan tinggi, Tuanku Zara seorang chemical engineer.

Lain kali sebelum buka mulut kau kena guna otak kau dulu wahai Rahman Dahlan. Jangan biadap sangat. Kuasa yang kau ada ni sementara si najib tu masih bertahan je. Lepas dia dah takda esok kau bungkus sekali.

Daulat Tuanku.

Anonymous
Guest
Anonymous

Negeri yang tak ada Sultan under TYT and Agong. So he should no better. Menteri2 lain dr Penang, Sabah or Sarawak takde pun kurang ajar… payah bila ada pangkat sikit lupa bumi mana dia pijak. Takkan selamanya jadi menteri.. ye tak? Sendiri mau ingat bah… hi hi hi

Anonymous
Guest
Anonymous

Mamat ni la yang cadangkan rakyat lagi baik menyewa daripada memiliki rumah sendiri jika tak mampu – Soal Jawab tv3 minggu lepas, pengacara Izwan Azir Saleh. Mamat lahabau tahap kronik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pertama pihak kerajaan telah gagal mensejahtera orang ramai yang begitu ramai impikan kediaman sendiri tapi berhadapan kesukaran untuk membeli akibat tiada kemampuan.Bayangkan apa akan berlaku 5, 10,15 tahun akan datang jika kelompok melayu yang memboyot tiada peluang untuk membeli rumah akibat tiada kemampuan.Penghapusan 'rumah Murah' atau perumahan awam yang sebelum ini benar membantu mereka yang berpendapatan rendah dan dibiayai secara kaedah sewa beli kepada PR1MA adalah tidak bersifat kebajikan.Kalau orang politik masakini tidak mencapai 6 deria rasa atau telah 'buta hati' maka tidak hairanlah pak menteri yang duduk dalam kerajaan sekarang suka-suka membuat komen 'bodoh' tanpa mencari punca apa,kenapa, bagaimana,… Read more »

Anak perak
Guest
Anak perak

Berhenti lah jadi menteri kalau isu yang begini pun tak boleh nak uruskan dengan baik. Bagi sahaja laluan kepada orang lain. Ramai lagi yang mampu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat. Sayang sekali.. nampaknya kabinet Najib seolah2 dipenuhi dengan orang2 yang pandai tetapi dangkal pemikiran. Hancurnya BN pada PRU akan datang adalah kerana menteri yang begini rupa. Lulusan tinggi tetapi bodoh pemilihan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang Sabah sendiri benci dengan menteri tahi kuda ni. Baru setahun jagung dah berlagak cakap besar. Kalau nak tau kampong dia kat kota belud sabah tu masih tertinggal di belakang, penuh dengan tahi kuda. Aromanya makdatuk yang dah berkubur pun boleh bangun dari tidur. Macam tu lah kalau bagi bunga kat beruk.

dns
Guest
dns

Raja pun kena juga. Rakyat lain lah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Makin ramai menteri bodoh.. makin cepat BN bungkus.. terima kasih rahman dahlan..

Zie Online
Guest
Zie Online

Apa nak jadi la Malaysiaku ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak dia, bini dia. Tak anak dia atau suadara adik-beradik dia ada buat bisness pemaju perumahan.

Zahid kena ambil tahu ..

Anonymous
Guest
Anonymous

Masalah rumah mampu milik ialah salah kerajaan. Sebelum ini ada isu dimana Pemaju bersetuju membina rumah mampu-milik dengan syarat kerajaan yang menyediakan tanah. Tapi dari beri tanah pada rakyat, awal-awal tanah dah di rembat oleh puak-puak UMNO. Lanun sial ini lah yang menjual tanah kepada taukeh-taukeh cina.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mamat yang mengamuk kat JPJ tu cakap betul lah..

Jumpa JPJ, JPJ kata tak ada kuasa. Jumpa Polis, Polis pun tidak ada kuasa.
Habis siapa yang ada kuasa ??? Duit cukai jalan, ada kuasa. Duit bayar saman, ada kuasa…

Sekarang Menteri sendiri cakap Kerajaan tidak ada kuasa. Najib pun sama bagang. Dari nak semak bajet, tolong semak dulu menteri-menteri kabinet..