SIAPA MUSUH SEBENAR PAS DALAM PRU 14 NANTI?

Pas sudah secara rasmi menolak kerjasama politik dengan UMNO dan dalam masa sama, parti itu juga tidak menganggotai Pakatan Harapan atau PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
Asas penolakan Pas menolak menyertai PH ialah kerana tidak mahu sekelambu dengan DAP dan Amanah. Pas juga mahu kekal bermusuh dengan UMNO. Bagaimanapun, Pas masih menjalin kerjasama politik dengan PKR, salah satu parti komponen dalam PH.
Baru-baru ini, PH menandatangani kod etika bersama yang antaranya tidak menggunapakai lagi amalan “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam kesepakatan gabungan baru itu untuk berhadapan dengan UMNO dan BN.
Dengan itu, antara lain perkara yang paling bermakna di sebalik persetujuan itu ialah pembahagian kerusi dalam PH nanti akan dilakukan secara konsensus dan persetujuan bersama secara mutlak antara ketiga-tiga partinya.
Kalau bersetuju, mesti setuju dengan sejujurnya dan jika tidak bersetuju, mesti juga tidak setuju sepenuhnya.
Tiada lagi kemungkinan berlakunya persetujuan dimungkiri atau terjadinya pertandingan sesama sendiri yang semata-mata berdasarkan andaian atau syak wasangka calon parti rakan itu tidak boleh dipercayai, disyaki berfahaman sosialis, terlibat dengan pil kuda atau sebagainya.
Melalui persefahaman yang sudah dicapai dalam PH itu, secara tidak langsung bermakna pembahagian kerusi antara PKR, DAP dan Amanah sudah boleh dilaksanakan mulai sekarang agar tempoh masa tidak sampai tiga tahun menjelang PRU 14 akan datang, gerak kerja yang lebih mantap dapat dilaksanakan ke arah mencapai kemenangan.
Secara teorinya, oleh kerana Pas tidak termasuk dalam gabungan PH, kerusi-kerusi yang yang ditandingi oleh parti itu dalam PRU 13 lalu sudah boleh diambilalih oleh Amanah untuk PRU 14 akan datang.
Jika ada pun sebahagian kerusi itu yang tidak sesuai ditandingi oleh Amanah, ia mungkin boleh diserahkan secara sukarela sama ada kepada PKR dan DAP.
Pas pula, disebabkan sudah menjadi parti sendirian berhad yang tidak mahu menyertai PH dan menolak juga kerjasama dengan BN, tentu saja boleh memilih untuk bertanding di mana-mana saja kerusi yang diminatinya.
Sehingga ini, Pas hanya bertahalul siyasi dengan PKR saja, tetapi tetap menganggap UMNO, DAP dan Amanah sebagai musuhnya.
Jadi, di kerusi manakah Pas akan bertanding dalam PRU 14 nanti?
Disebabkan adanya kerjasama dengan PKR, Pas mungkin memberi laluan untuk pertandingan satu lawan satu di kerusi-kerusi yang PKR bertanding berhadapan dengan UMNO dan BN, namun bagaimana dengan kerusi yang ditandingi oleh DAP dan Amanah?
Meskipun ada pendapat mengatakan Pas berhak bertanding di kerusi-kerusi lamanya, Amanah juga merasakan hak itu sudah berpindah kepada mereka sebagai rakan gabungan dalam PH, manakala Pas sudah bersendirian.
Adakah Pas akan berkeras mahu bertanding  juga, lalu menjadikan berlakunya pertandingan tiga penjuru?
Jika ia berlaku, siapakah yang berpotensi mencapai kemenangan?
Di kerusi-kerusi yang ditandingi UMNO, apakah pula sikap dan pendirian Pas nanti?
Memandangkan Pas kekal menganggap UMNO sebagai musuhnya, adakah parti itu akan meletakkan calon-calonnya juga untuk bertanding di semua kerusi UMNO dan menjadikan berlakunya perebutan tiga penjuru?
Sekali lagi, di kerusi yang menjadi dominan UMNO, apakah lebih menguntungkan bagi Pas untuk turut bertanding atau membiarkan saja PH berhadapan satu lawan satu?
Bagaimana pula ketika kempen berlangsung,  khususnya di kawasan yang berlaku pertandingan tiga penjuru, siapakah sasaran serangan dan kecaman Pas di pentas-pentas ceramahnya nanti – UMNO dan BN atau PH, DAP dan Amanah?
Di antara ketiga-tiga musuhnya itu iaitu UMNO, DAP dan Amanah, siapakah yang dianggap musuh paling besar bagi Pas sehingga tidak mungkin sama sekali untuk bertolak ansur demi matlamat yang lebih besar? (SH 11/01/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

38
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Fauzi Takuanabang giShahrizal HakimAnonymousNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Fauzi Takuan
Guest
Fauzi Takuan

Bubarkan aje Pas, elok hj hadi dan rakan rakannya jd pendakwah bebas

Fauzi Takuan
Guest
Fauzi Takuan

Bubarkan aje Pas, elok hj hadi dan rakan rakannya jd pendakwah bebas

abang gi
Guest
abang gi

Kenapa org cina boleh menyokong amanah dan pkr?adakah fikrah mereka sama?sedangkan org cina amat sensitif dgn isu agama islam.itu yg harus difikirkan oleh pengundi islam dlm pru 14.

abang gi
Guest
abang gi

Analisa syok sendiri

abang gi
Guest
abang gi

Analisa syok sendiri

Shahrizal Hakim
Guest
Shahrizal Hakim

itu adalah kajian dlm parti sendiri, sy langsung tidak punya jwpn brp ramai ahli pas yg pergi ke amanah.. hanya ahli sendiri yg tahu

Shahrizal Hakim
Guest
Shahrizal Hakim

itu adalah kajian dlm parti sendiri, sy langsung tidak punya jwpn brp ramai ahli pas yg pergi ke amanah.. hanya ahli sendiri yg tahu

Shahrizal Hakim
Guest
Shahrizal Hakim

walaupun ramai yg hentam pas, tp kenyataannya pas berjaya tarik 65% pengundi tegar umno.. ini adalah suara hati ke hati kalangan ahli umno shj.. tk melibatkn lgsung ahli pas yg masih setia. kalu di cmpur tk mustahil pas akn mnang menang besar pru nti.. itupun bergantung jika kepimpinan skrg tdk berubah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Pru 14 nanti musuh utama PARTI AMANAT HADI IALAH

1. Rakyat tertindas terbeban kos sara hidup

2. Golongan rakyat muslim/non muslim berpendirian dan golongan menolak modal agama untuk politik

3. Rakyat sabah dan sarawak (apakah dengan berkerjasama dengan umno akan membolehkan pas memperolehi 1-2 kerusi dun/mp di 2 negeri tersebut)

4. Parti Bn/umno dan pakatan harapan

5. Ahli PAS

Anonymous
Guest
Anonymous

6. Golongan yang dikafirkan amanat

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Pas ni terlalu bongkak hendak jadi penasihat umno lepas tu nak besendirian aku tak heran silap hari bulan kelantan pun hilang kat umno harap pemimpin pas ni sedarlah sikit ahli pas ni pun satu hal terlalu taksub dgn pemimpin klu pemimpin kata masuk longkang mereka pun masuk sama jelah macam umno fikir2kanlah klu nak lama

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Pas ni terlalu bongkak hendak jadi penasihat umno lepas tu nak besendirian aku tak heran silap hari bulan kelantan pun hilang kat umno harap pemimpin pas ni sedarlah sikit ahli pas ni pun satu hal terlalu taksub dgn pemimpin klu pemimpin kata masuk longkang mereka pun masuk sama jelah macam umno fikir2kanlah klu nak lama

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang melayu Pulau Pinang yang undi DAP dulu sudah dapat apa yang mereka mahukan sangat-sangat sekarang. Banyak yang sudah kena halau dari kampung halaman mereka di pulau itu di bawah pemerintahan kerajaan DAP yg sungguh perihati itu.. Memberi undi pada PH adalah memberi undi kepada DAP yang memang tokey besar kepada parti serpihan Melayu PAN dan PKR.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa sudah jadi parti membela nasib orang melayu? Dulu setiap jumaat buat demo depan bangunan TAR. Sebelum PRU, berdiri depan jentolak sampai penjawat awam kena pukul? UMNO sudah kibar bendella putih kah? OK PAS ada…

TV pulak tunjuk nasib malang pelarian Mynmar.. Bela lah nasib orang melayu Pulau Pinang. Jangan lupa satu masa dulu Kampung Chubadak di roboh untuk bina kondo mewah..Felda bina stadium dulu dari bina rumah untuk generasi kedua..

Dan, yang paling menyedihkan ialah Najib jual tanah pada orang China. Tanah yang kau pijak bukan lagi kepunyaan nenek moyang kau punya…

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu undi sy untuk PAS sebab gabungan dlm PR untk melawan BN di Selangor…skrg undi sy utk PH pula…biarlah PAS tenggelam dlm laut dgn labu2nya…PAS kan kuat bersendirian…itu kata2 mereka yg takbur…kita lihat nanti di PRU14…

Obat Tradisioanl Flu paling Ampuh
Guest
Obat Tradisioanl Flu paling Ampuh

terima kasih banyak

E AH
Guest
E AH

Sandiwara. Meletakkan UMNO,DAP dan Amanah sebagai musuh hanyalah sandiwara PAS kepada akar umbi dan pengundi Malaysia. Jika hasrat Haji Hadi dan Geng UG bekerjasama dengan UMNO secara terang-terangan jadi kenyataan maka berdoyon-doyon ahli dan penyokong parti 'ulama' akan menyeberang ke Amanah/PKR dan meninggalkan tuan lebai, lebai segera dan pengampu setia mereka. Ramai ahli akar umbi tidak mahu dan tidak mampu memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap penyokong PAS selama ini sekalipon Haji Hadi mengeluarkan 1001 dalil untuk menghalalkan apa yang suatu ketika dahulu beliau haramkan. Malah amatlah berbahaya jika PAS mensasarkan hanya DAP dan Amanah sebagai musuh kerana tindakan itu sama seperti… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

En Budin.. PAS kan jadi punaisehat semua parti dan wartawan.. mereka adalah NGO bercap cangkul, yg x akan bertanding lagi dlm mana2 PRU.

Tertakluk kpd pengakuan bersesumpah Tuan Presiden.

troubadour
Guest
troubadour

Anonymous 12:58…. I think you are one confused man!

Hadi Abdullah
Guest
Hadi Abdullah

berkerjasama dlm suasana masing2 dlm keadaan defisit keyakinan menimbulkan rasa sangsi di kalangan org ramai.UMNO dan PAS harus berterus terang dan tidak memperdagangkan istilah perpaduan.xkan PAS jugak terjangkit wabak UMNO di mana demi survival individu kepentingan parti di kemudiankan.jgn marah pada pendapat2 negetif tentang kerjasama ini kerana keikhlasan dipertikaikan..timing diragui..keadaan parti tenat..deklarasi kerjasama semuanya retorik..peranan masing2 kabur…

Anonymous
Guest
Anonymous

"Pas juga mahu kekal bermusuh dengan UMNO". Tak pasti samada ini adalah kenyataan rasmi PAS atau pun sekadar tanggapan penulis. Tetapi sekiranya benar maka PAS sebagai parti yang pemimpin mereka war-warkan adalah mewakili Islam telah pun berlaku khianat terhadap ahli-ahlinya yang taksub dengan parti itu. Kenapa tidak? Tidak kah ayat di atas itu sudah bercanggah dengan tuntutan ugama supaya umat Islam tidak bermusuhan sesama sendiri? Sebaliknya PAS mahu kekalkan status bermusuhan dengan orang Islam didalam UMNO. Sekiranya benar maka pemimpin parti PAS telah gagal untuk memahami maksud hadis Baginda Rasulullah :” Tidak akan masuk surga orang yang memutus hubungan tali… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sibuk pasal definasi 'musuh'
Amanat Hj Hadi lagi dahsyat dari makna 'musuh'.

Anonymous
Guest
Anonymous

Khalimah Allah mahkamah dah selesaikan.

Kes hudud PAS, apa cerita ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Dosa syirik apa?

Kalau vape boleh di haramkan ikut negeri-negeri pulak tu, haramkan lah kerjasama dengan DAP.

Anonymous
Guest
Anonymous

Musuh dalam perang & musuh di dalam politik adalah dua perkara yang berlainan. kalaupun musuh dalam politik, tak la smpai nak putus silatulrahim. Anonymous 12:58 ni dah kemana ni. Sekarang rakyat Malaysia sudah matang berpolitik, janganla ingat kita ni di zaman batu lagi

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas tak pernah ada pun dalam alquran dan hadis

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Politik bangang.. Hanya ade dua pilihan..elok bubar PAS jadi NGO dakwah shj.

RD.
Guest
RD.

Bagus juga idea ni.
Bubar PAS, jadi NGO saja. Lepas tu, dan jika PM dan kabinetnya telah ditukar, suruh bekas-ahli PAS pangkah UMNO dan BN, PRU14 nanti.
Setelah BN menang PRU14, kemungkinan besar bekas-ahli-politik PAS akan dilantik segani Timbalan Menteri di JPM.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas akan menyusahkan rakyat sahaja. Bagaimana mahu menang klu ade 3 penjuru? Alih2 umno msih kekal memerintah klu jdi mcm ni mmg slahkn pas hidyp rakyat teraniaya.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS tidak akan bertanding kerana mengikut kata Presiden PAS cuma ingin menjadi penasehat kerajaan dan tidak lebih dari itu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak ambil 20% saja drp RM2.6 bilion

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekarang baru Pas berada di landasan yg betul,walau pun Umno adalah 'pesaing politik' tapi ianya bukan musuh utama.Pas dan Umno kena bersaing secara sihat,bagi membolehkan orang Melyu Islam memilih partimana kah yg lebih baik.Takdirnya orang Melayu Islam masih memilih Umno,redha sajalah ,tapi Pas misti terus memperbaiki diri man-man kelemahan yg ada.Ada beberapa kekurangan Pas namun ianya boleh di perbaiki dan jika kekurangan ini di perbaiki saya lebih cenderung utk bersama Pas.

RD.
Guest
RD.

Saya setuju.
Tetapi, PAS akan berada pada landasan yang lebih betul jika kepimpinan tertinggi mereka menyuarakan 'kehairanan' Rakyat mengenai hutang 1MDB, 'derma' RM2.6 Billion dalam akaun peribadi PM dan RM2 juta lagi dalam akaun peribadi isterinya.
Letakkan syarat supaya UMNO menukar President dan kabinetnya sekali, sebelum adakan sebarang 'kerjasama'secara rasmi atau pun tidak, demi perpaduan ummah.

Setidak-tidaknya dengan cara ini, PAS mampu 'jarak'kan diri dari defisit integriti dan krediliti yang mencemari UMNO.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya setuju dgn RD 100%

Anonymous
Guest
Anonymous

Untuk calon calon berbibawa daripada UMNO pula ciri cirinya badan mesti pendek. Gigi mesti panjang atau jarang. Dahi mesti jendul. CGPA mesti 3.85 atau 4 flat.

nick
Guest
nick

PAS sekarang ni sudah menjadi parti yang tidak berpendirian dan tiada prinsip. Hendak dikatakan parti pembangkang, PAS tak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan malah PAS berpendirian bahawa tak salah untuk membentuk kerajaan campuran dengan UMNO jika keadaan memerlukan (tak kisah pun dengan sentimen rakyat ataupun tanggungjawab moral). Nak dilabelkan sebagai parti komponen BN, PAS bertempik "tidak" walaupun tindak tanduk mereka kerap menyebelahi UMNO dan BN. Masa pembentangan belanjawan pun, PAS tak menolak tetapi duduk berkecuali. Apa yang nyata dengan sentimen kuat rakyat menolak UMNO dan BN, PAS dilihat sebagai parti yang boleh dicurigai kejujuran mereka untuk melawan UMNO bahkan ramai… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Biarlah PAS menjadi melukut di tepi gantang. Parti hidup segan mati tak mau.

Anonymous
Guest
Anonymous

Di akhir sekali apa yang kita dapat nilai disini ialah PAS akan rugi dan akan makin mengecil , mungkin ini sudah takdir PAS , sebenarnya Islam tak boleh dijual beli untuk kuasa dunia……hihihihi