NAJIB LEBIH MENAKUTKAN?

Apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba-tiba mengumumkan Bajet 2016 akan diubahsuai agar lebih realistik dengan keadaan ekonomi semasa sambil memuji langkah memperkenalkan GST sebagai penyelamat kepada kedudukan kewangan negara, kebimbangan paling utama rakyat ialah kemungkinan kerajaan menaikkan lagi kadar cukai tersebut.
Sehingga ini Rafizi Ramli dari PKR dan Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak kebarangkalian penggunaan GST sebagai cara paling mudah untuk memperolehi wang bagi menampung kekurangan wang negara yang diakibatkan oleh faktor utamanya ialah penurunan berterusan harga minyak dunia.
Jika bukan melalui GST untuk mendapatkan wang, cara apakah lagi yang paling mudah untuk dilakukan oleh kerajaan?
Kecuali jika Najib dapat memperolehi sumbangan derma yang lebih besar daripada RM2,600 juta yang diperolehinya sebelum ini, mungkin kita lebih mudah mempercayai GST tidak akan digunakan untuk menyelamatkan negara.
Lebih menimbulkan kemusykilan ialah tindakan Najib mengumumkan pengubahsuaian bajet itu tidak lama selepas dua timbalan menteri kewangan menafikannya.
Tidakkah ini menimbulkan andaian bahawa kerajaan sudah begitu terdesak berikutan ketidakmampuan melaksanakan Bajet 2016 itu?
Sekiranya GST dinaikkan atau dilebarkan lagi jaringnya, bermakna sekali lagi Najib mengambil langkah membebankan rakyat untuk menyelamatkan kegagalannya dalam memimpin kerajaan.
Rakyat bukan saja terbeban dengan GST, malah masih terbeban dengan janji palsu kerajaan bahawa cukai itu akan menurunkan harga barang seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Sebagai amalan biasa apabila kekurangan wang, langkah yang paling baik ialah berjimat cermat. Dalam pengubahsuaian bajet itu, sudah tentu tidak masuk akal jika projek dan program untuk kepentingan rakyat dikurangkan tanpa Perdana Menteri dan menteri-menteri sedia berjimat terlebih dahulu.
Amat memilukan sekiranya selain cukai GST dinaikkan, projek atau program untuk kepentingan rakyat pula dikurangkan.
Penjimatan yang paling ditunggu-ditunggu, sebagai memenuhi konsep kepimpinan melalui teladan ialah dengan Najib dan menteri-menterinya hendaklah terlebih dahulu menunjukkan keprihatinan mereka.
Belanja keraian, kos untuk jamuan seperti Hari Raya dan lain-lain hari kebesaran, elaun perjalanan, lawatan ke luar kawasan, kunjungan ke luar negara, percutian mewah dan sebagainya sudah sepatutnya dikurangkan mulai sekarang.
Begitu juga, perbelanjaan untuk Jabatan Perdana Menteri yang saban tahun melonjak jumlahnya, haruslah juga dipotong sama. Untuk Bajet 2016, JPM diperuntukkan sebanyak RM20.3 bilion dan ini merupakan yang tertinggi di sebalik semua kementerian lain mengalami pengurangan peruntukan.
Tidak bermakna sama sekali sementara Najib mengakui ekonomi sedang berada dalam keadaan tidak baik sehingga terpaksa merombak atau mengubahsuai Bajet 2016, tetapi dalam masa yang sama beliau dan anggota kabinetnya masih mempamerkan ciri-ciri kehidupan mewah dan tidak berubah sebagai pemimpin.
Perubahan seharusnya dimulakan dengan Najib sendiri melakukan penjimatan itu. Lebih baik juga jika sekiranya Najib turut mengumumkan pemotongan gaji dan elaun anggota kabinetnya sebagaimana yang pernah dilakukan semasa kepimpinan Tun Mahathir Mohamad dulu.
Sehingga ini selain rakyat diminta berjimat cermat dengan membawa bekal ke pejabat, melakukan lebih daripada satu kerja, menjalankan bisnes dalam talian dan sebagainya, kemungkinan wang mereka juga “dirompak” melalui GST atas nama menyelamatkan negara juga adalah paling mungkin sekali.
Tetapi apa yang Najib dan menteri-menterinya sanggup berkorban ke arah itu?
Selain melakukan penyingkiran dan pemecatan terhadap sesiapa yang cuba mengancam kedudukannya, Najib turut menunjukkan kemungkinan lebih menakutkan dalam cara dan gayanya memangsakan rakyat dalam keadaan ekonomi yang merudum sekarang.
Berdasarkan kedudukannya yang tidak tergugat, sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 dan tidak ada sesiapa yang berani menyanggah cakapnya ketika ini, baik dalam UMNO mahupun dalam kerajaan, akhirnya rakyat juga yang terus sengsara dan derita. (SH 09/01/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

17
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHObat Herbal Paru Paru Basah pada AnakEye Care Softgel HargaObat Tradisional Komplikasi paling Ampuh Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Jika bukan melalui GST untuk mendapatkan wang, cara apakah lagi yang paling mudah untuk dilakukan oleh kerajaan? Satu persoalan yang sangat menakutkan sehingga menyakitkan hati. Dalam teruk-teruk macam ini boleh lagi bagi bonus pada penjawat awam? Ini bukan bonus dan nak kata menolong menyelesaikan masalah pun bukan. Ini sekadar nak sejukkan hati penjawat awam yang merana dengan sikap majikannya. Dalam semakkan nanti, Najib akan potong sana sikit sini sikit. Untuk dijadikan alasan jika GST di naikkan lagi. Dan kegagalan bajet yang di bentang Najib sehingga di semak semula ada lah kerana kesalahan bajet semasa Mahathir yang tidak memikirkan apa akan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jika loji penjana tenaga elektrik bebas dan pembangunan Bandar Malaysia pun boleh dijual kepada negara China untuk mengambus hutang 1MDB, apalah salahnya jika mana-mana negeri dalam Malaysia dijual juga. Paling tidak pun jual sahaja Pulau Labuan tu, kapal negara China dah rikki kat perairan Sabah baru-baru ni. Tentu banyak masyuuk!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Mula-mula pecat Menteri Kewangan dan kesemua Timbalan Menteri nya. Bukan sahaja satu tindakan yang berhemah tetapi tidak membazirkan wang rakyat. Dan yang menyokong bajet tersebut mesti lah di denda dengan potongan 6 bulan tanpa gaji termasuk lah Hj Hadi, Nik Abduh dan yang lain-lain. Najib dan Timbalan nya sepatutnya malu kerana bajet yang mereka sendiri buat cuma bertahan beberapa minggu sahaja dan tidak sampai beberapa hari setelah kedua-dua Timbalannya menafikan semakkan semula bajet. Bajet untuk 2016 yang di bajetkan sehingga bulan dua belas, cuma bertahan 9 hari sahaja.. Ini bermakna masa bentang bajet Najib tidak tahu negara kekurangan wang dan… Read more »

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Saya rasa kita ni tak payahlah nak pinda budget 2016 sebab sudah tentu ramai dermawan dari timor tengah bersedia nak tolong kita sama2lah kita berdoa agar penderma2 tu menghulurkan lebih banyak derma

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Saya rasa kita ni tak payahlah nak pinda budget 2016 sebab sudah tentu ramai dermawan dari timor tengah bersedia nak tolong kita sama2lah kita berdoa agar penderma2 tu menghulurkan lebih banyak derma

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya hanya mengikuti kisah2 yang kejam.

1. Altantuya mati kena c4

2. Pengasas Ambank mati ditembak

3. Kevin morales mati kena bunuh dlm tong simen.

Teringat presiden pilipina melaksanakan undang2 tentera disaat akhir penggal wajib sebagai presiden.teringat ninoy ditembak mati didepan wartawan.apa nak jadi negara filipina masa tu.

Obat Herbal Paru Paru Basah pada Anak
Guest
Obat Herbal Paru Paru Basah pada Anak

amazing

Anonymous
Guest
Anonymous

Spam

Eye Care Softgel Harga
Guest
Eye Care Softgel Harga

nice

Anonymous
Guest
Anonymous

Spam

Obat Tradisional Komplikasi paling Ampuh
Guest
Obat Tradisional Komplikasi paling Ampuh

semoga semakin sukses. aamiin

Anonymous
Guest
Anonymous

Spam

ibrahim darus
Guest
ibrahim darus

Jet kerajaan yang Ada sekarang ini boleh dijual setengahnya.Penggunaan jet kerajaan untuk percutian oleh para menteri hendaklah dihentikan dengan segera. Hanya Agong dan Sultan saja dibenarkan menggunanya. Menteri semua boleh naik MAB untuk urusan rasmi.JPA dengan kepakaran MAMPU kaki semula jumlah kakitangan kerajaan yang teramat ramai dan melakukan penstrukturan semula. Misalnya kita ada MARITIM – nak buat apa ada lagi MARIN Polis. Agensi kerajaan yang tidak efektif seperti atau peranan nya banyak dimainkan oleh sektor swasta dikurangka skopnya dan budgetnya seperti Kraftangan Malaysia.Belanja yang tidak penting sepert pakaian seragam untuk menyambut perarakan Maulidur Rasul atau sukan tahunan dimansuhkan.Kementerian Kewangan boleh… Read more »

mustapa m said
Guest
mustapa m said

PM sewajarnya mengurangkan secara drastik bilangan Menteri, Timb Menteri, Pegawai-Pegawai Khas, dan Penasihat-Penasihat Khas di JPM yang amat ramai itu.

Peranan mereka tidaklah penting sangat pada masa ekonomi negara sedang huru-hara sekarang. Kewujudan mereka rata-rata sekadar atas kepentingan politik individu semata-mata, bukannya atas kepentingan rakyat dan negara pada keseluruhannya.

Tindakan menamatkan perkhidmatan mereka yang berkenaan pasti dapat mengurangkan banyak (jutaan RM) kos pentadbiran negara.

mustapa m said
Guest
mustapa m said

PM sewajarnya mengurangkan secara drastik bilangan Menteri, Timb Menteri, Pegawai-Pegawai Khas, dan Penasihat-Penasihat Khas di JPM yang amat ramai itu.

Peranan mereka tidaklah penting sangat pada masa ekonomi negara sedang huru-hara sekarang. Kewujudan mereka rata-rata sekadar atas kepentingan politik individu semata-mata, bukannya atas kepentingan rakyat dan negara pada keseluruhannya.

Tindakan menamatkan perkhidmatan mereka yang berkenaan pasti dapat mengurangkan banyak (jutaan RM) kos pentadbiran negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ucapan Tuanku Sultan Perak pagi ini di perasmian komplek KKMM di Ipoh boleh buat Najib kencing dalam seluar. Baginda memperincikan bagaimana OBama, Jokowi, Narendra Modi menerima dana politik dan takrifan derma politik.. Harap dapat saudara saudara naikkan ucapan penuh Tuanku.

Anonymous
Guest
Anonymous

ABN – Asal Bukan Nagib, penyangak lanun bugis tersohor dinusantara….