BUKAN AHLI POLITIK BERNIAGA JADI MASALAH, MASALAHNYA MENTERI PUN TURUT MENIAGA SAMA

Wow…garang tu!!
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mahu ahli politik yang  lebih mengutamakan dunia perniagaan dan kepentingan peribadi daripada memberi khidmat kepada rakyat, agar mengundurkan diri dengan segera.
Katanya, tugas dan tanggungjawab utama pemimpin serta ahli politik ialah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan menjadikan parti politik sebagai platform untuk mendapat lebih banyak tender kerajaan.
Menurut beliau, sikap segelintir pemimpin dan ahli politik seperti itu telah mencemar nama baik parti serta negara.
Zahid Hamidi seterusnya mahukan pemimpin dan ahli politik memberikan sepenuh tumpuan kepada politik, manakala yang berniaga menumpukan kepada perniagaan masing-masing.
Cukuplah…jangan rosakkan nama orang politik. Berilah peluang kepada usahawan muda, jelasnya lagi.
Sekali imbas ternampak kenyataan garang Zahid ini cukup baik, bukan saja untuk UMNO, tetapi juga bagi rakyat dan negara.
Namun, tolonglah realistik sikit…lebih-lebih lagi Zahid sendiri pernah terlibat dalam dunia korporat dan perniagaan sebelum menganggotai jentera pentadbiran kerajaan.
Ada masalahkah kepada beliau dalam memberi khidmat kepada rakyat ketika itu?
Dulu dalam UMNO kebanyakannya terdiri daripada guru-guru, maka ahli politik terlibat dalam perniagaan begitu asing, tetapi sekarang ini, sesuai dengan peredaran zaman, ahli perniagaan menjadi lebih ramai. Bahkan melalui kepesatan pembangunan negara, hampir semua orang ingin terlibat dalam perniagaan.
Ahli politik yang tidak terlibat dengan pentadbiran kerajaan, tidaklah menjadi kesalahan untuk mereka berniaga kerana di situlah datangnya sumber kewangan untuk berkhidmat kepada rakyat, selain menjadikan kehidupan berkeluarga bertambah selesa.
Jika tidak berniaga, daripada manakah ahli politik di peringkat cawangan dan bahagian mahu mendapatkan sumber kewangan mereka?
Apakah Zahid mahu semua ahli politik menghabiskan gaji bulanan, mengorek semua tabung simpanan atau menjaja “tempurung”  meminta bantuan ke sana sini untuk memperolehi sumber kewangan bagi meneruskan khidmat kepada rakyat?
Bukan perkara asing juga bahawa ahli politik biasanya menyumbang lebih lagi untuk khidmat kepada masyarakat sekiranya lebih banyak peluang perniagaan yang mereka perolehi.
Oleh itu, sebenarnya tidak ada masalah bagi pemimpin atau politik terlibat dalam perniagaan, asalkan mereka tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan.
Yang menjadi masalah dalam negara sekarang ialah adanya menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran kerajaan pun terlibat sama dalam perniagaan. Daripada sebelum dilantik dalam kerajaan sehinggalah berjawatan tinggi pun masih juga mahu berniaga dan berebut tender kerajaan.
Ada yang berniaga menggunakan nama isteri, anak, adik-beradik, saudara-mara  dan berpuluh-puluh proksi yang lain. 
Tidak cukupkah gaji dan elaun lumayan yang diperolehi daripada kerajaan?
Apabila rakyat, ahli perniagaan biasa atau usahawan muda datang meminta pertolongan, mulalah bermacam-macam alasan diberikan untuk menolak permohonan mereka. Hakikatnya, semua peluang itu sebenarnya hanya mahu diagihkan untuk syarikat yang ada kaitan dengan diri mereka saja.
Yang menciplak kertas cadangan usahawan tulen, lalu menukar “covernya” bukan juga perkara baru, malah sudah sering menjadi bualan berlaku pejabat menteri, timbalan menteri atau anggota pentadbiran yang lain.
Inilah sebenarnya masalah utama yang melibatkan orang politik dan perniagaan. Tiada masalah bagi orang politik untuk terlibat dalam perniagaan, asalkan mereka tidak memegang apa-apa jawatan awam. 
Masalah besarnya  ialah orang politik yang sudah dilantik dalam kerajaan pun terus mahu berniaga serta tidak tahu berhenti daripada mengaut keuntungan melalui tender-tender kerajaan.
Selain menggunakan nama anak, isteri, adik-beradik atau saudara-mara sebagai proksi untuk terus berniaga, siapakah menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran kerajaan yang tiada “tauke besar” di belakang mereka?
Jika benar Zahid mempunyai iltizam mahu membersihkan nama UMNO dan kerajaan, perkara inilah yang yang perlu beliau beri perhatian lebih khusus.
Sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Zahid pastinya boleh berbuat sesuatu yang berkesan untuk menghalang para menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran kerajaan yang lain daripada terlibat dalam perniagaan.
Mereka inilah yang sepatutnya diberi amaran untuk memberi sepenuh tumpuan kepada politik serta khidmat demi rakyat serta jangan sesekali terlibat dalam perniagaan.
Saudara mara, terutamanya adik-adik menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran kerajaan juga harus dilarang melibatkan diri dalam apa-apa perniagaan di kementerian di mana mereka berkhidmat.
Oppss…yang penting sekali daripada segala-galanya, apa kata Zahid sendiri cuba sedaya upaya menjadikan dirinya sebagai contoh teladan terlebih dahulu. (SH 09/01/2016).
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

24 Comments

Add a Comment
  1. Pemimpin UMNO hari ini;

    Buka mulut bau longkang
    Bila mula bercakap, bau 2x longkang.
    Bila beri amaran, bau 5x longkang.
    Bila beri nasihat, bau 10x longkang.

  2. Ketika Najib baru menggalas tugas PM, dia arahkan semua anggota kabinet termasuk timbalan menteri supaya berhenti pegang jawatan dalam pertubuhan yang melbatkan pemilihan. Garang juga bunyinya. Baik juga nampaknya. Terbabit sama dalam larangan itu ialah Mukhriz yang dilantik sebagai timbalan menteri. Mukhriz Presiden Ansara, jawatan yang disandang melalui pemilihan setiap dua tahun. Itu larangan anggota pentadbiran memegang jawatan dalam pertubuhan.

    Kali ini Zahid nampak garang larang ahli politik terlibat dalam perniagaan yang berkaitan kerajaan. Zahid siap arah mereka segera letak jawatan dalam parti. Kalau betul2 nak tunjuk ketegasan, pecatlah mereka dari jawatan parti jika ada bukti mereka terlibat berniaga dengan kerajaan. Siapa pun takkan letak jawatan secara sukarela.

    Zahid tentu sedia maklum seorang ketua bahagian di Selangor yang hanya masuk pejabat bahagian sehari seminggu. Itu pun bukan setiap minggu. Bukan juga sepanjang waktu pejabat. Ketua bahagian berkenaan sibuk berniaga hingga tidak ada masa untuk masuk pejabat Umno bahagian. Macam mana nak beri khidmat kepada masyarakat sedangkan ketua cawangan pun sukar nak bersemuka.

    Eloklah Zahid suruh ketua bahagian berkenaan berhenti sebagai teladan. Jika benar Umno mahu menang di Selangor, sikap sedemikian bukan sahaja tidak membantu malahan membawa impak negatif terhadap parti. Bila kaptan sambil lewa, sikap anak buah pun boleh dijangka macam mana. Seluruh bahagian tenggelam hinggakan naib ketua puteri kebangsaan pun terjejas.

  3. Najib .. you tak faham ya??

    You bukan berniaga. Ok. Tapi you lah satu-satunya ahli politik di dunia yang dapat derma berbillion-billion.

    Jadi Najib,.. You jangan lagi berpolitik tetapi tumpukan lah kepada mengutip derma sebab nama negara telah tercemar kerana sebagai ahli politik you tak sepatutnya ambil derma masuk dalam akaun you.

  4. kalau dulu istilah kroni dan nepotisme disalahgunakan dan menimbulkan impak negetif untuk melancarkan gerakan yg kesannya sehingga sekarang UMNO menanggung kini apa pula yg tersirat dan sedang dirancangkan?atau semata2 mau menyedapkan hati rakyat tetapi rakyat cuma senyum kambing dgn kenyataan yg berKOBAR2 tu.

  5. Setuju sangat dgn ulasan tuan. Sepatutnya abang dan adik menteri yg dpt tender terutamanya dari kementerian yg diterajui oleh menteri berkenaan harus di siasat SPRM. Oh lupa pulak, kertas siasatan perlu hantar kpd AG. SPRM tiada kuasa autonomi utk mendakwa. Lupakan sajalah, pembaziran taxpayers money je

  6. Saya mahu lihat.Menteri2 dan Wakil rakyaat hanya gunakan wang gaji saja untuk keperluan istri,anak2 yg belajar di luar negara dan sebagainya.tengok cukup tak?

  7. Bisnis online kerja kedua pak pandir camna plak?

  8. memang dikata

    buka jee mulut bau longkang
    keluar ayat lidah bercabang
    bila pidado tonggang langang
    nak nampakkan diri ..akulah yang garang

  9. Hal ini jangan lah di bangkit. Semua tahu siapa-siapa yang kaya-raya secara senang dan cara pintas. Zahid pun tahu tapi sekadar cakap suruh berundur sebab berniaga apahal sangat kalau dibanding dengan Wanita yang kaya dapat berekar-ekar tanah dan pinjaman berjuta-juta untuk suami.

    Bila kerajaan ada projek, yang dapat tahu ialah menteri dan memang dari dulu dikhususkan untuk Menteri tersebut 'berniaga' dengan memberi pada orang-orang yang telah mendapat kepercayaan parti.

    Harap gaji menteri, mana boleh pakai sampai lima kereta mewah. Mana mampu kawin muda. Nak keluar negara pun, kalau ada kerja sambil lawatan.

    Zahid jangan menipu lah. Nak tunjuk yang dia pemimpin yang bersih.

    Jika Malaysia betul-betul amalkan apa yang Zahid cakap, Zahid pun tak masuk politik. Semua pemimpin yang telah melepasi ke peringkat tertinggi akan menegur pemimpin bawahan hal ini, mereka diam bukan apa, tapi sebab mereka tahu pemimpin yang bercakap itu pun dulu sama macam dia orang.

    Ada tu yang jadi kontraktor boleh jadi calun dalam PRU ..

  10. nak tambah pendapatan maklumlah gaji tak sebesar sudu.

  11. Aku rasa nak muntah amaran dari Tpm tu pepatah inggeris berkata whom you know not what you know yg aku tahu sejak dulu org umno lah yg balun kontrak kerajaan ni kalau tidak macam mana nak hidup nak jadi ketua bahagian tak payahlah nak tunjuk hebat tepuk dada tanya selera alah bisa tegal biasa

  12. Aku rasa nak muntah amaran dari Tpm tu pepatah inggeris berkata whom you know not what you know yg aku tahu sejak dulu org umno lah yg balun kontrak kerajaan ni kalau tidak macam mana nak hidup nak jadi ketua bahagian tak payahlah nak tunjuk hebat tepuk dada tanya selera alah bisa tegal biasa

    1. Mereka ni sanggup makan muntah asalkan dapat jadi badang.
      Bukan saja muntah taik cirit pun mereka sanggup makan.

    2. …betoi lagi benar…puak umno ni siap bawa manggkuk sekali…berebut rebut berbaris dok tadah taik cirit tu…siap hirup..sruup..sruup…macam sup gear box tu…

  13. Yang aku nampak, gangster ni cuba menjolok Najib biar sampai jatuh terbongkang. Bila Najib jatuh, ehem ehem…..faham-faham sajalah…

    1. Jatuh pi lah daripada menjadi belanda beli tanah

  14. Zahid hamidi tertelan dedak dan tersedak. Tu buat statement mcm tu.

  15. Zahid hamidi tertelan dedak dan tersedak. Tu buat statement mcm tu.

    1. Zaman dulu memang benar orang politik UMNO wujuk untuk berkhidmat untuk agama bangsa dan negara.
      Hari ini orang politik UMNO semuanya pengkhianat.Telunjuk lurus tetapi kelingking berkait.
      Tak sedar diuntung.
      Menyombong macam qarun.

  16. Teringat pula pasal pekerja Bangla 1.5 juta orang itu.

    1. Siapa lintah darat yg sebenarnya?
      Siapa pula yg menjadi tekong selama ini?
      Harapkan pagar, pagar makan commission

  17. Alhamdulillah kalau TPM DS Zahid beri amaran begitu.Bagi saya berniaga sambil menjadi Politisi tidak ada masalah.Hanya setelah jadi Executive atau Legeslative pandai pandailah menjaga kebajikan rakyat tanpa berkepentingan punya kuasa hanya untuk diri sendiri dan keluarga.Hampir semua yg memegang kuasa di pemerintahan ada business samada itu business ambil komisen,business yg telah dijalankan sebelum berkuasa atau dapat buat business setelah ada kuasa.

    1. Belang dibulu masakan boleh hilang, Dicukur pun ia akan tumbuh balik. Alah hai Zahid jangan kelentonglah

Leave a Reply

Your email address will not be published.