PEDULIKAH MEREKA DENGAN HARI PEMBALASAN?

Tidak senang dengan langkah menjual tanah Bandar Malaysia kepada pihak asing untuk membayar hutang 1MDB, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia atau DPMM nampaknya terpaksa memilih pendekatan bercorak keagamaan dengan memberi peringatan berhubung “hari pembalasan” kepada kerajaan berhubung tindakan itu.
Memetik kata-kata bapa Najib, Allahyarham Tun Razak yang pernah mengatakan “apabila tiba hari pembalasan, hukuman akan dilaksanakan” di majlis penubuhan UDA, Presiden DPMM, Syed Ali Alattas berkata, terpulang kepada mereka memikirkannya kerana merekalah yang bertanggungjawab.
Katanya, DPMM tidak mempunya kaitan dengan perkara itu kerana ia melibatkan “orang besar” tetapi hanya ingin memberi peringatan tentang amanah dalam mentadbir negara.
Dewan tiada kuasa pun, tidak pernah mimpi untuk dapat semua ini. Kuasa ini semua “orang besar” yang dapat, dia juallah.
Tetapi ingat, ketika hari pembalasan, hukuman akan dilaksanakan, tambah beliau.
Peringatan ini sebenarnya selain ditujukan khusus kepada Perdana Menteri Najib Razak,  juga turut disasarkan kepada semua anggota kabinet dan pimpinan tertinggi UMNO yang tidak bersuara sedikit pun mengenai penjualan tanah tersebut.
Barangkali kerana menyedari teguran, kritikan dan pandangan banyak pihak yang tidak setuju dengan penjualan tanah kepada pihak asing itu tidak menimbulkan sebarang kesan selama ini, lalu membuatkan Syed Ali cuba mengingatkan mereka yang bertanggungjawab mengenai pertanggungjawaban akhir yang mesti mereka hadapi.
Soalnya, apakah mereka benar-benar peduli dengan “hari pembalasan” itu? Pedulikah juga mereka tentang amanah kepada rakyat dan negara?
Atau  ada yang sudah bertaubat dan meminta ampun di depan Kaabah ketika umrah? (SH 07/01/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:37 pm

34
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AdikchiekAnonymousMohamed NoorgiorgioSaadun Sulaiman Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Adikchiek
Guest
Adikchiek

Sayang nye tanah tu dijual pada pelabur china….kerjanya tahu nak menjual je..sedih tul…

Adikchiek
Guest
Adikchiek

Sayang nye tanah tu dijual pada pelabur china….kerjanya tahu nak menjual je..sedih tul…

Mohamed Noor
Guest
Mohamed Noor

INSHAALLAH rakyat mendoakan 'pembalasan'yang baik2 untuk yang memerintah selama 22 tahun.

Mohamed Noor
Guest
Mohamed Noor

INSHAALLAH rakyat mendoakan 'pembalasan'yang baik2 untuk yang memerintah selama 22 tahun.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rasa aku,kalau nak kira hari 'pembalasan' org yg memerentah 22 tahun lagi teruk 'pembalasan' yg bakal di terimanya.Mengapa kau orang tak berbunyi pun selama 22 tahun lalu,kira bersubahat juga lah yek?.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita siapa nak cakap siapa yang lebih dan siapa yang kurang?
Tak semesti angka 22 tahun itu dia buat dosa. Mungkin 2 tahun sahaja dia buat dosa, Najib berapa tahun ? Kalau di ikut dari awal dia ambil alih PM, eeeh bukan sejak dari Port Dickson ke Puncak Alam sampai lah balik dari Mekah… dia masih tak mampu memberi penjelasan yang masuk akal mengenai duit masuk dalam akun peribadi nya..

giorgio
Guest
giorgio

Pemerintah hanya peduli Amanah sendiri, lalu membeli permainan mereka…. Kerana tu bukan yang mereka tanggung….. Malaysia dilanda Malapetaka yang pemerintah melakukan khianat terhadap tanah tumpah darah kita…

Anonymous
Guest
Anonymous

Dear Shah, See below of what I mentioned a few days for another website… It concerns what you wrote in the very last paragraph of your piece above: Prior to the efforts of cuci dosa (not quite – just to have some photos taken to show to kampung people how much tawaduk the beloved leader is! I really want to puke all over the place…) the so called first couple (yeah – since the Americans have theirs, why not us? After all, we are “the model” for the developing countries and Islamic countries as what we like to tell the… Read more »

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Negara Malaysia mempunyai 14 orang MUFTI..Dimana suara mereka ketika rakyat mengharapkan mereka semua?.Adakah tanggungjawab sekadar sambutan baca Doa awal dan akhir tahun?Atau buat program selawat pusing satu Malaysia?atau sekadar sambutan Maulid Nabi? atau bacaan doa di majlis keraian golongan VVIP?.atau menjadi imam disetiap masjid Negeri? Atau bacaan talkin bila kematian melibatkan golongan VVIP? Bukankah Agama Islam itu cara hidup dan amalan yg perlu di praktikkan disetiap sudut dan penjuru kehidupan yg menyeru manusia kearah kebaikan,tanpa mengenal Pangkat,Darjat,Kaya dan Miskin.Golongan perakus/perompak harta negara ini kalaulah Malaikat boleh di RASUAH nescaya,merekalah golongan pertama yg akan membayarnya dahulu bagi membolehkan masuk ke Syurga?

Anonymous
Guest
Anonymous

MUFTI….atau…..MAU UFTI?….

Saadun Sulaiman
Guest
Saadun Sulaiman

Kalau di lihat dengan mata kasar peranggai mereka semua, kesemua nya hanya "MAU UFTI". Kalau tidak mengapa mereka tidak meneggur kemungkaran yang di lakukan oleh penguasa setiap Negeri, Kesah "BAUSITE" di Pahang misal nya. Dua makhluk yang ramai para pengikut nya beranggapan bahawa mereka berdua begitu "MAKSUM" kini sudah menawarkan diri untuk bersama dengan Parti yang berperanggai saperti Thagut. Sepatut nya mereka berdua menyuara kan bantahan kepada parti itu yang di lihat menyusah kan rakyat dan pelbagai kemungkaran lagi. Ini tidak, mungkin kerana "UFTI" mereka sanggup menjadi sebagaian dari parti itu. Kini agama ISLAM bukan sahaja kelihatan di permainkan, yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bercakap mengenai Mufti Dosa dan Pahala, saya pernah terbaca tentang kedudukan Mufti. Diantara banyak dan beberapa mufti, hanya sekerat dua sahaja yang masuk syurga. Wahai mufti mufti Malaysia kamu memilih yang mana?

Anonymous
Guest
Anonymous

Depa pilih putrajaya

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Negara Malaysia mempunyai 14 orang MUFTI..Dimana suara mereka ketika rakyat mengharapkan mereka semua?.Adakah tanggungjawab sekadar sambutan baca Doa awal dan akhir tahun?Atau buat program selawat pusing satu Malaysia?atau sekadar sambutan Maulid Nabi? atau bacaan doa di majlis keraian golongan VVIP?.atau menjadi imam disetiap masjid Negeri? Atau bacaan talkin bila kematian melibatkan golongan VVIP? Bukankah Agama Islam itu cara hidup dan amalan yg perlu di praktikkan disetiap sudut dan penjuru kehidupan yg menyeru manusia kearah kebaikan,tanpa mengenal Pangkat,Darjat,Kaya dan Miskin.Golongan perakus/perompak harta negara ini kalaulah Malaikat boleh di RASUAH nescaya,merekalah golongan pertama yg akan membayarnya dahulu bagi membolehkan masuk ke Syurga?

Anonymous
Guest
Anonymous

Mereka ini membawa dosa ke Mekah untuk dicucikan saumpama kita disini membawa sebakul kain busuk ke laundrette untuk dibersihkan. Sudah cucikah dosa mereka apabila ia dibawa ke Mekah?

Anonymous
Guest
Anonymous

Cuci apakebenda..pi pun dengan duit curi. Ya Allah..mohon diangkat bebanan berat ni dr bahu kami. Mohon dicabut nyawa najib n bini dia scepat mgkin..biaq depa tgk dgn mata kpala sendiri dasyatnya blsn menindas rkyat! Aamiiinn..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dengan pergi Mekah, mereka rasa dah selamat di Hari Pembalasan.

Mekah macam tempat 'jualan murah' di mana kita menjual dosa kita kepada Allah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Allah Maha Mengetahui amat mengetahui hati manusia sama ada seseorang itu ikhlas kerana Allah atau seseorang itu berpura-pura maka rugilah dan celakalah manusia yang berpura-pura, riak, ujud dan sombong.

Mohamed Noor
Guest
Mohamed Noor

ANON 11.58,
Jangan mendoakan orang cepat mati tak elok,doa kan mereka supaya benar2 insaf.

Mohamed Noor
Guest
Mohamed Noor

ANON 11.58,
Jangan mendoakan orang cepat mati tak elok,doa kan mereka supaya benar2 insaf.

Anonymous
Guest
Anonymous

Selepas PRU 14 nanti. Hari pembalasan akan terlaksana.

Saadun Sulaiman
Guest
Saadun Sulaiman

Ramai yang mengharap kan perubahan di PRU ke 14 nanti. Ia nya akan berlaku hanya apabila Bani Melayu mula membuka mata. Mungkin kah Bani Melayu yang masih buta, tuli dan pekak yang terus di perbodohkan oleh UMNO dengan "JANJI MANIS nya" walau pun kehidupan seharian mereka di himpit pelbagai kesulitan akan melalukan perubahan

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau Hari Pembalasan itu selepas kematian mereka, Bersyukur lah kita. Tetapi sebelum hari pembalasan tiba, rakyat yang akan susah dan menderita. Jangan tunggu hari pembalasan, pemimpin dan mereka yang berpengaruh perlu buat sesautu.. Tetapi mengapa kah teguran dan peringatan ini tidak di berikan sebelum ini? Dari awal apabila perkara ini dibangkitkan, persoalan yang perlu di ketahui ketika itu ialah 'mana lagi dan apa cara yang ada dalam keadaan hutang bertimbun dan duit lesap dapat di selesaikan? ' Jika tidak pun cakap lah betapa bahaya nya negara jika tidak mengambil langkah berhati-hati ketika pembentangan bajet yang lepas. Kita tidak boleh mengikut… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Wa aksaruhum faasikuun.
Won't bother what happen afterlife.
What important, present life.

Anonymous
Guest
Anonymous

You would reap what you have sown ! Everything that happens to you is a result of your own actions!

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemimpin-pemimpin bodoh sombong yang menyembah nafsu serakah mereka sendiri menyangka mereka tidak akan mati maka mereka sibuk menggunakan pelbagai cara haram untuk mengumpulkan kekayaan dan menipu dan menindas rakyat tetapi malangnya kekayaan itu akan menjadi beban yang amat berat di akhirat nanti. Wahai pemimpin zalim…….Ketawalah semahu hati mu bersama hati mu yang telah mati sebelum malaikat maut menemui kamu untuk kali yang terakhir sesungguhnya kamu adalah orang yang amat rugi kerana taubat di waktu sakaratul maut ditolak Allah. Malangnya kekayaan yang kamu kumpul itu tidak akan menemani kamu di dalam kubur ! Bayangkanlah saat-saat sakaratul maut mendatangi mu. Sesungguhnya kamu… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Belum ada lagi manusia bangkit menceritakan azab seksaan dosa di alam kematian.Sementara masih bernafas, hidup dengan senang lenang/mewah, jawatan/kuasa, dunia yang aku kenali ini lah syurga ku.Penamat aku bukan disungai buloh, pengadilan aku hanya urusan aku dengan tuhan, aku suci di tanah suci.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apalah guna kekayaan dan kekuasaan jika hidup di dunia pun seperti cacing kepanasan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hari Pembalasan ? Hahaha !

Ya, dibalas dengan lebih penipuan dan penutupan (cover up). Dan ini dibalas pula dengan duit yang sudah masyuk !

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Semua yang menyokong dan setia dikira bersyubahat. Sama-samalah dapat ganjarannya nanti, tak di sini di sana. Jangan ingat boleh mudah terlepas, terutama yang telah menerima habuan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Menteri menteri dan ketua ketua bahagian UMNO ni kerbau belaka. Sehinggakan tanah air sendiri hendak dijual dan digadai pun mereka masih berdiam diri.

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Semua yang menyokong dan setia dikira bersyubahat. Sama-samalah dapat ganjarannya nanti, tak di sini di sana. Jangan ingat boleh mudah terlepas, terutama yang telah menerima habuan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau najib yang pinjam duit RM42bilion tu najiblah yang kena bayar balik. Kenapa rakyat nak dijadikan penjamin. Kenapa tanah air ini hendak digadai dan dijual?

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau mereka peduli dgn hari pembalasan…benda ini semua tidak berlaku..mereka dibuai keasyikan istidraj