LAGU WARISAN TIDAK SESUAI LAGI UNTUK KURSUS UMNO

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orangNenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zamanIndahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiriJangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantaraKita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas duniaBagi mereka yang pernah mengikuti kursus kepimpinan anjuran UMNO atau kendalian Biro Tatanegara (BTN), tentu biasa dengan lirik lagu di atas ini.Sebenarnya ia adalah lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang merupakan lagu wajib didendangkan kepada kepimpinan UMNO setiap kali mereka menghadiri kursus bagi menyemai semangat perjuangan dan cintakan negara.Lagu itu juga bertujuan menerapkan semangat mempertahankan setiap inci hak dan kedaulatan negara daripada tergadai ke tangan asing.Oleh kerana kepimpinan UMNO selalu disumbatkan ke telinga mereka dengan lagu tersebut tersebut, termasuk Najib Razak yang mungkin turut puluhan kali hadir dalam kursus kepimpinan UMNO atau anjuran BTN, harapan kita tentulah sedikit-sebanyak bait-bait lagu itu meresap dalam jiwa mereka.Namun perkembangan yang berlaku dalam penyelesaian hutang 1MDB baru-baru ini jelas memperlihatkan lirik lagu tersebut sudah menjadi umpama “hampas” atau “sampah” belaka. Puluhan tahun menyanyi dan menghafal lagu Warisan itu, akhirnya aset dan tanah milik negara tetap tergadai juga.Barangkali sudah sampai masanya bagi UMNO dan BTN membuang segera lagu Warisan itu dan menukarnya dengan lagu lain untuk setiap kursus anjuran mereka mulai sekarang.Mengekalkannya lagi sudah boleh dianggap suatu penghinaan kepada lagu tersebut yang terang-terang sudah dicabuli keindahan makna dan liriknya.Zahid Hamidi yang sedang mengendalikan kursus Keris 2314 untuk kepimpinan UMNO di seluruh negara bagi menghadapi pilihanraya akan datang mungkin patut memulakan langkah segera ke arah itu.Pilihlah apa saja lagu lain yang sesuai, malah kalau susah sangat ambil saja lagu Putus Terpaksa yang menjadi juara Gegar Vaganza baru-baru ini. Lagi pun ramai yang “kaki karaoke”  yang sedang gila  mendendangkan lagu tersebut dalam bilik-bilik gelap ketika ini. (SH 02/01/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

23
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AirMataBuaya AmbAnonymousNur Haikal LevinemansorNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
AirMataBuaya Amb
Guest
AirMataBuaya Amb

budak botak main api..

Anonymous
Guest
Anonymous

HOI HOI YA HOI (LAGU PENYAMUN) – P. RAMLEE

Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
Hoi ya hoi ya hoi ya hoi
Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
Hoi ya hoi ya hoi ya hoi

hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berbilion cincin permata

Mari kita lekas ke gua
bawa harta semua
janganlah tunggu lama2
simpan lah segera

hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berbilion cincin permata
Uang berbilion cincin permata
Uang berbilion cincin permata

Anonymous
Guest
Anonymous

Lagu ini okay kot:- Kicik kicik lembu jagaSudah besar masuk UMNOMesti cepat jadi ketuaBaru boleh jadi kaya Kicik kicik punya ceritaKalau dulu hanya paperSekarang zaman sosial mediaTengok nasib siapa kenaDengar sini kita cerita Pose, snap, click, send,Like, comment, jangan condemnPhoto bomb dalam selfiePuji, maki ,Visit IG Ratus ribu puluh jutaBaru sama Nora LisaMakcik UMNO pun gatal berfacebookIG pun ada!Walaupun muka penuh bedak sejuk Kicik kicik punya ceritadalam poket ratus jutaMahu ajak tonton movieKurang lebih Lamborghini Insta famous demand tinggiFeeling macam selebritiRileks goyang kakiUpload saja duit mari Kecik kecik main FriendsterBesar sikit Facebook pulaAhmad Maslan Selfie.. wajib!Jangan lupa follow.. ok!unfollow.. ok!#Hashtag… Read more »

Nur Haikal Levine
Guest
Nur Haikal Levine

Be End

Anonymous
Guest
Anonymous

Lagu kangkung remix paling sesuai.

Kangkung dulu naik skang dah turun 5 x
Bila naik kerajaan dipersalahkan
Ini tidak adil 2 x

Anonymous
Guest
Anonymous

Lagu2 sesuai utk united mengampu najib or
1. Duit duit dimana kau duit
2. Kalau aku kaya

mansor
Guest
mansor

rasenya lagu i fak u , u fak mi lagi ummmmphhh utk UMNO

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Pada endapat saya cadangan utk hapuskanlagu warisan tu memang sesuai sekali dan ia perlu di ikuti dgn menghapuska Umno itu sendiri termadok pemimpinnya ug ada sekarang yg telah menggadaikan tanah sejarah Tudm Sg Besi itu yg lebih baik kerana memalukan Bangsa Melayu tetapi Orang Bugis Dan Jawa akan bangga diri katanya Melayu telah ditipu he he he he

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Pada endapat saya cadangan utk hapuskanlagu warisan tu memang sesuai sekali dan ia perlu di ikuti dgn menghapuska Umno itu sendiri termadok pemimpinnya ug ada sekarang yg telah menggadaikan tanah sejarah Tudm Sg Besi itu yg lebih baik kerana memalukan Bangsa Melayu tetapi Orang Bugis Dan Jawa akan bangga diri katanya Melayu telah ditipu he he he he

Anonymous
Guest
Anonymous

Syk strategik kerajaan niaga berhutang
Pelan rasionalisasi tutup kecurian duit hutang jadi kebanggaan
Bumi dipijak jadi milik orang
Last2 tergadai warisan harta benda kepada tsunami negara Cina

nick
Guest
nick

Lagu yang patut menggantikan lagu warisan adalah lagu "enjit2 semut". Lagu tu amat sesuai sekali untuk ahli2 UMNO kerana liriknya amat senang dan amat mudah untuk diingati. Lagipun ianya tak ada seruan yang sukar untuk dihayati mahupun dilaksanakan oleh ahli2 UMNO terutama pemimpin2 mereka. UMNO adalah parti nyanyok yang sudah tak relevan lagi kepada rakyat terutamanya bagi orang melayu sebagaimana "lagu warisan" itu tidak lagi relevan kepada UMNO.

Nick.
Cape Tiger.

Anonymous
Guest
Anonymous

Lagu Ali Baba dgn 40 Penyamun lagi bagus. tapi tuakrlah wajah mereka dulu dan skrip sebenar zaman semasa. Mainkan. Anak umur dua tahun pun dah boleh nyanikan dan nanti bila mereka dewasa akan ingat lagu warisan ini dan mereka dan penyamun harta negara yang menyebabkan kena tanggung hutang sampai tak tahu bila?Kalau Marcos ketika berhutang RM27billon zaman 70'an rakyat Filipina terpaksa tanggung sehingga tahun 2027, tak tahu pula rakyat Malaysia sampai tahun berapa?

Anonymous
Guest
Anonymous

lebih mulia mati kerana najib dari mati kemalangan jalan raya….sila beri pendapat anda

Anonymous
Guest
Anonymous

Biar kali ni jet yg membawa najib jatuh ke lautan India

Anonymous
Guest
Anonymous

Marsh sngat tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Ya, nombor tiga rasuah …

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah lama sepatutnya UMNO tukar dengan lagu penyamun yang menuju ke gua.

Rasanya ada jugak yang keluar air mata bila seni kata 'Bumi di pijak milik orang'

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa yg jual kalau bukan Najib sendiri

Anonymous
Guest
Anonymous

pilihan untuk umno di sini

Mohamed Noor
Guest
Mohamed Noor

kalau lagu gali lobang tutup lobang pun sesuai jugak untuk lagu baru umno.

Anonymous
Guest
Anonymous

masih sesuai untuk puak lolombu

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya cadangkan umno menjadikan lagu kebangsaan negara china sebagai ganti lagu anak kecil main api….apa beza Malaysia dgn tanah besar china sekarang ni?

Anonymous
Guest
Anonymous

lagu ziana zain lagi bagus