Month: January 2016

MENGAPA ORANG TIDAK CERDIK PUN BOLEH JADI MENTERI?

Bukanlah perkara biasa bagi pihak istana membuat teguran mengenai menteri-menteri yang dianggap tidak cerdik dan lebih selalu menjadi bahan jenaka kepada rakyat. Sejak dulu lagi, pihak istana memang tidak pernah campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, apatah lagi membuat teguran terbuka mengenai kedudukan menteri-menterinya. Tetapi di era kepimpinan Najib Razak ini, kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan […]

PERSOALAN BARU DALAM KEMELUT MB KEDAH

Rancangan menggugurkan Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar kini menimbulkan persoalan baru  berikutan Jemaah Pemangku Diraja Kedah dilaporkan ingin menemui kesemua 21 ADUN BN negeri itu secara individu terlebih dahulu. Pertemuan itu dikatakan akan diadakan pada Isnin (esok) untuk membolehkan Jemaah Pemangku Diraja Kedah menilai sama ada majoriti ADUN bersetuju dengan rancangan menukar Mukhriz atau […]

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN?

Ini bukanlah kali pertama Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang diselubungi pelbagai isu, meluahkan kebimbangannya mengenai apa yang sedang berlaku dalam negara. Terbaru, menerusi Instragramnya, beliau berkongsi sebuah poster program TV “Games Of Thrones” yang menunjukkan seseorang berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar dalam keadaan berkabus. “Saya bimbang dengan masa […]

DULU TAKUT DENGAN MAHATHIR, KINI TAKUT DENGAN ANAKNYA PULA

Mesyuarat MT UMNO semalam tidak membuat apa-apa keputusan berhubung kedudukan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Meskipun Najib Razak sudah mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk memohon perkenan melantik Menteri Besar yang baru, tetapi beliau mengatakan ia akan diumumkan kemudian. Bermakna, sehingga angkat sumpah diadakan, Mukhriz masih kekal dengan kedudukannya yang […]

AHMAD MASLAN TERUS MALANG

Kesian dengan Ahmad Maslan, dalam waktu terdekat ini saja sudah  dua kali beliau diturunkan pangkatnya oleh Najib Razak.  Orang lain membodek dan mengampu dapat naik pangkat, beliau diturunkan pula pangkatnya. Sebelum ini, beliau diturunkan pangkat sebagai timbalan menteri di kementerian paling senior iaitu kewangan kepada timbalan menteri juga di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri, kini […]

UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Ujian ini tidak ada kaitan dengan sesiapa, yang hidup dan sedang berkuasa atau yang sudah meninggal dunia. Ia sekadar suatu anjakan berfikir di pagi Jumaat yang mulia. Ujian 1 Seorang pencuri telah mencuri memecah masuk dalam sebuah rumah, mencederakan penghuninya dan mengambil wang tunai sebanyak kira-kira RM26,000. Tetapi pencuri itu gagal melarikan diri kerana rumah tersebut telah […]

BERAPA RAMAI SETUJU?

SPRM dikatakan telah mencadangkan tiga pertuduhan harus diambil terhadap Perdana Menteri, Najib Razak dalam kertas siasatannya berkaitan isu wang  RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh Peguam Negara, Apandi Ali. Beliau bukan saja membersihkan nama Najib daripada sebarang pertuduhan atas alasan […]

APA KHABAR ZAHID HAMIDI?

Antara pemimpin UMNO dan kerajaan yang banyak bercakap mengenai wang derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak ialah Zahid Hamidi. Pada bulan Ogos 2015, tidak lama selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau mengatakan sudah bertemu dengan Ketua Pegawai Pelaburan dan pemegang amanah keluarga penderma tersebut. Ketika Perhimpunan Agung UMNO Disember lalu […]

DI SEBALIK NAJIB TIADA KES, RAKYAT SEMAKIN ADA KES UNTUK MENOLAK UMNO

Nampaknya keputusan Peguam Negara membersihkan nama Perdana Menteri, Najib Razak berhubung siasatan derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadinya, tetap tidak diterima baik dengan baik oleh rakyat pelbagai lapisan. Di mana-mana boleh didengar rakyat membicarakan isu tersebut dan rata-ratanya mereka tidak setuju dan memperlekeh tindakan Peguam Negara, […]

APA JADI DENGAN WANG RM42 JUTA SRC? KENAPA NAJIB TIDAK PULANGKAN DUIT TERSEBUT?

Sementara kita terus ketawa dengan lawak jenaka Peguam Negara sejak pagi Selasa dalam usahanya membersihkan nama Najib Razak berkaitan derma RM2,600 juta, penjelasan tentang dana RM42 juta daripada SRC International juga tidak kurang membuatkan kita terbahak-bahak jadinya. Najib dibersihkan daripada isu berkaitan derma RM2,600 juta bukan saja kerana  tiada apa-apa imbuhan yang diminta, bahkan juga […]

NAJIB TIDAK SAJA DIBERSIHKAN, SUCI HATINYA JUGA DIDEDAHKAN…

Tiada kesalahan dan pendakwaan yang akan diambil terhadap Perdana Menteri, Najib Razak setelah penyiasatan lebih enam bulan oleh SPRM berhubung wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International barangkali tidaklah begitu memeranjatkan kita semua. Ini kerana keputusan itu pada umumnya sudah dijangka oleh sesiapa pun juga, cuma yang ingin ditunggu ialah bagaimana penolakan […]

APAKAH NAJIB BENAR2 PEDULI NASIB UMNO?

Tanyalah siapa juga pun, pasti tidak ada yang setuju bahawa pertukaran Menteri Besar Kedah ini akan menjadikan UMNO negeri itu bertambah kuat atau kedudukan kerajaan secara automatik bertambah kukuh. Juga, tidak ada yang dapat memberi jaminan sama sekali bahawa dengan menggugurkan Mukhriz Mahathir akan menjadikan kedudukan UMNO secara keseluruhannya akan bertambah baik serta Najib serta […]

SAYA DAN TASIK KENYIR

Sebaik saja telefon bimbit saya mendapat semula “nyawanya” tengahari tadi, terdapat beberapa pertanyaan daripada kenalan dan rakan mengapa blog ini tiada artikel baru sejak Sabtu lalu. Ada yang bertanya ke mana saya menghilang dan adakah saya tidak sihat sehingga tidak memuatkan tulisan-tulisan baru? Seorang kawan yang biasa berbahasa kasar dengan saya pula menghantar pesanan melalui […]

BILA NAJIB NAK PANGGIL MUKHRIZ? KENAPA JUMPA KUMPULAN PENENTANG LEBIH DULU?

Sejak awal lagi sebaik saja timbul isu pemberontakan politik di Kedah yang mahukan kedudukan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ditukar, ia segera dikaitkan dengan kehendak Najib Razak sendiri. Ia bukan saja  kerana Najib memang bermasalah dengan bapa Mukhriz, Tun Mahathir Mohamad tetapi juga kerana hampir semua “muka-muka” di belakang gerakan […]

ANTARA MUKHRIZ DAN 14 KETUA BAHAGIAN KEDAH, SIAPA YANG GAGAL?

Kumpulan yang mendesak penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah secara umumnya memberikan empat sebab asas mereka berbuat demikian. Kumpulan itu dianggotai oleh 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baru yang diwakili oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian masing-masing dan ia diketuai oleh Ahmad Bashah Hanipah, […]

PENYINGKIRAN MUKHRIZ JADIKAN TEORI RAHMAN KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN

Najib Razak barangkali sudah tidak ada pilihan lain lagi selain mengenepikan Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang sedang disandangnya sekarang. Dengan 14 Ketua UMNO Bahagian, tiga daripadanya diwakili oleh Timbalan Ketua Bahagian,  mendesak pertukaran serta hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, tentu saja agak sukar bagi Najib untuk sekadar berdiam […]

ELOKLAH PERGI MAHKAMAH SEMULA

Rasanya semua  sudah membaca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Raja Sharafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-Undang kepada Lim Guan Eng dan jawapan balas Nasharuddin Tantawi berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah yang  umpama “rumah siap, pahat masih berbunyi” antara kedua-dua pemimpin tersebut. Sementara Raja Shafarina mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang semula jika isu penyelesaian luar mahkamah […]

SEBAB KERTAS SIASATAN DIPULANGKAN BERBEZA ANTARA SPRM DENGAN BNM, TAPI BOLEHKAH KITA MENARUH HARAPAN?

Apabila Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan SPRM berkaitan derma  RM2,600 juta dan dana RM42 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak kepada agensi itu untuk penjelasan lanjut setelah lebih dua minggu melakukan penelitian, persoalan yang timbul ialah apa jadi seterusnya? Apakah kertas siasatan itu sedang dijadikan “bola” untuk ditendang ke sana dan ke […]

APA BANGGANYA TIDAK MINTA MAAF TAPI SETUJU TARIK BALIK TUDUHAN DAN BAYAR PAMPASAN?

Seperti ada rasa bangga pada diri Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi apabila beliau memutuskan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang dikemukakan oleh  Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadapnya. Lebih-lebih lagi, beliau juga menyatakan keputusan tidak meminta maaf itu diputuskan setelah mengadakan sembahyang sunat dua rakaat untuk […]