NAJIB MASIH ADA MASA SEHINGGA 12 MALAM INI UNTUK TUNAIKAN JANJINYA

Mudah-mudahan sebelum tibanya detik 12 tengah malam hari ini di mana tirai tahun 2015 akan melabuhkan episod suka dan dukanya, Najib Razak yang mungkin sekarang ini sama ada sedang berada di Dubai atau Hong Kong, akan segera tampil dengan janji yang pernah dibuatnya pada 14 Jun lalu.

Dalam janji yang dibuatnya di hadapan kira-kira 1,500 ketua penerangan dan setiausaha UMNO bahagian seluruh negara pada tarikh tersebut, Najib memberi jaminan bahawa isu berkaitan 1MDB akan diselesaikan sebelum akhir tahun 2015 ini.
Tetapi, selain daripada penjualan Edra Energy kepada syarikat China yang menyebabkan negara hilang aset berharga, tiada apa-apa yang ternampak dilakukan untuk menyelesaikan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu.
Bila lagi isu hutang 1MDB yang menimbulkan kritikan ramai dan misteri itu mahu diselesaikan? 
Apakah ketua-ketua penerangan dan setiausaha-setiausaha UMNO bahagian seluruh negara masih ingat dengan janji Najib itu?
Apakah jika tiada janji dan jaminan yang dibuat Najib itu, mereka masih sedia memberi sokongan kepadanya?
Atau adakah maksud “selesai”  itu hanya kerana berjaya memecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Ghani Patail, melantik orang pilihannya sebagai  Peguam Negara yang baharu, merombak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan melakukan kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang melakukan penyiasatan terhadap 1MDB yang sarat hutang itu?
Di hari terakhir 2015 ini dan sebelum memasang azam atau menaruh sebarang harapan baharu untuk tahun 2016, jika janji yang satu ini dapat ditunaikan, tentunya ia  sudah cukup memadai buat kita semua, walaupun Najib turut memungkiri banyak janji lainnya, terutama ketika kempen PRU 13 lalu.
Bagaimanapun,  kiranya janji yang satu ini tidak juga mampu ditunaikan sebelum tenggelamnya detik 12 tengah malam 31 Disember ini, bermakna tiada apa lagi yang boleh diharapkan kepada Najib seawal bermulanya hari pertama tahun 2016 nanti.
Sudah tentu, selain rakyat biasa, Najib telah mengecewakan kelompok pimpinan dalam UMNO sendiri dengan pemungkiran janjinya yang pernah dibuatnya itu.
Tahun 2016 hanya menjadi tahun yang kosong buat kita semua. 31/12/2015).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm
Subscribe
Notify of
guest

27 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
31 December 2015 3:16 pm

Woit, lu tunggu lah sampai kul 12 mlm. Dia ambek mc lah.

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 12:11 pm

Pada saya, zaman sekarang, nak kenal pemimpin, ulamak, ostat, ahli politik, tok ketua…, lihat perutnya. Kurus dan steady, insyaAllah kita boleh mula percaya sikik2 dan boleh berhati2 dgn dia. Jangan percaya semua.. Kurus blom tentu x buncit. Perhatikan. X payah selak baju nak tgk perut. Sekilas ikan di air ja.. Kalo buncit.. hang cakaplah apa pun.. tobatttt aku x percaya. Lagikan pula pemimpin atau ulamak berperut boyot.. pergi mampos la.. Ilmu melihat perut ini cukup penting nak lihat perangai si ketua. Kendian body language. Kita jangan gagal menilat tanda2 yg Allah bagi ni. Ilmu semiotik ini x boleh tipu. Perut… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 10:20 am

Sibotak sibuk pasal pelan rationalisasi 1MDB yang hanya bermakna jual asset2 kpd kepentingan negara Cina urk bayar hutang 1MDB. Tak cukup kambus hutang, semua asset dah lelong langkah seterusnya yalah suntikan modal syarikat dari dana kerajaan untuk kambus baki hutang pastu baru tutup syarikat.

Kaedah rasionalisasi ini yalah seperti kes rogol sampai bunting, fokusnya pelan rasionalisasi yalah menggugurkan kandungan bukan menghukumkan perogol dengan kesalahan merogol.

Inilah ironi kes 1MDB ni hanya diMalaysia boleh.

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 11:13 am
Reply to  Anonymous

Lepas ini Low Yatt dan Petaling Street tidak akan berlaku sebarang rusuhan lagi.

Nasib orang melayu…

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 9:02 am

hahahaha bro itu "hari selasa" bila tuu??? ———– Cikgu: Ajib, bila kamu nak serahkan buku latihan kamu? Ajib: Hari Selasa ni saya akan serahkan, Cikgu. Cikgu: Baiklah. ——Selepas seminggu——- Cikgu: Ajib, hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan buku latihan pada hari selasa semalam. Mana buku nya?? Ajib: Betul lah Cikgu, kan saya cakap hari selasa…..hari selasa ni saya serahkan sendiri pada Cikgu….."janji ditepati Cikgu" Cikgu: Hmmmm…..baiklah Ajib, hari selasa nanti kamu serahkan pada saya ya! ——Selepas seminggu——- Cikgu: Ajib! Mana buku latihan kamu ni hah??!! Hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan pada hari selasa… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 7:34 am

Ketawa aku teringatkan dua perkara ini: –
1. Edra dijual kepada CGN dari China
2. Saham Bandar Malaysia dijual kepada IWH (Malaysia) dan CREC dari China.

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 7:09 am

Kalau Najib gagal selesaikan juga isu 1MDB ni menjelang tengah malam 31 Dec 2015 ini berarti PM Malaysia ni memang sah KAKI TEMBERANG AKA KAKI PUTAR BELIT. Dengan itu rakyat Malaysia WAJIB bangkit dan bersatu hati TERAJANG KELUAR PM NAJIB DARI TERUS MENJAWAT JAWATAN PM. Dia ni bukan saja sengkek pengetahuan agama malah berbohong dan auta dah menjadi mainan dia. Kalau dia ni berpegang teguh dan patuhi ajaran agama, tak mungkin sanggup dia kelentong rakyat Malaysia puluhan kali selamba saja. PM jadah apa jenis macam ini. Hanya puak jadah saja yang sanggupo mengampu dan junjung PM jenis haram jadda begini.… Read more »

giorgio
giorgio
31 December 2015 6:45 am

Sesiapa yang percaya dengan janji pak Botak seolah percaya yg Pak Botak tu masih jantan teruna…. Kakaka

Maslan versi 3.85x
Maslan versi 3.85x
31 December 2015 6:44 am

12 + 7.41 = 19.71. Lebih kurang 20.
45 – 20 = 25. Maksudnya baki ada lagi 25.
Apa yang tinggal ?
TRX, 40% Bandar Malaysia, Tanah Air Itam (setinggan) ….. ?
Boleh sama dengan 25 ???

Maslan versi 3.85x
Maslan versi 3.85x
31 December 2015 6:53 am

Aduhai, terMaslan aku. Pembetulan: –

12 + 7.41 = 19.41.

Nasib baik aku IQ 5.83. kah kah kah !

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 12:02 pm

Senang sangat matematik ni.. cuba guna kaedah statistic regression dan laplace sikik, tentu makcik-pakcik felda faham sikik.

abrarmujahideen
abrarmujahideen
31 December 2015 6:33 am

Beli masa…org yg berjaya dlm perancangan.

Anak Joho
Anak Joho
31 December 2015 6:26 am

Dulu dia ada sebut MUNAFIK.
Dia faham tak apa makna Munafik…… Dan balasan bagi orang munafik.

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 5:10 am

Penyelesaian hutang RM42 bilion janganlah dikelirukan dengan duit RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB.

1MDB terima duit pinjaman sebanyak RM42 bilion. Kemana duit ini pergi? Najib dan 1MDB masih belum beri penjelesan penuh.

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 4:40 am

Ahmad Maslan akan kata adalah lebih baik di tangguhkan tahun 2016 sehingga selesai 1MDB Sebab ia nya cuma angka 5 dengan 6 ..

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 4:32 am

Media TV selalu nya akan siarkan semula semua peristiwa dan isu-isu sepanjang tahun samada hiburan seperti melodi, sukan pulak stadium berasap pun akan di sebut dan 999 dengan jenayah nya.

Jika ada untuk politik .. dan pasal janji palsu Najib, kena duduk selama 6 jam depan tv…

NordinabilaH
NordinabilaH
31 December 2015 4:26 am

Tak payah nak mimpilah jawapan 1Mdb tu akan terjawab sebelum tahun 2015 berakhir nanti ada pula org umno kata itu akhbar yg salah tafsir maksud pm bikan ke org umno ni auta bukan fakta he he sambut jelah kedatangan 2016 ni dgn penuh penipuan nanti ada menteri kata suapa suruh panjang umur sampai tahun 2016

NordinabilaH
NordinabilaH
31 December 2015 4:25 am

Tak payah nak mimpilah jawapan 1Mdb tu akan terjawab sebelum tahun 2015 berakhir nanti ada pula org umno kata itu akhbar yg salah tafsir maksud pm bikan ke org umno ni auta bukan fakta he he sambut jelah kedatangan 2016 ni dgn penuh penipuan nanti ada menteri kata suapa suruh panjang umur sampai tahun 2016

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 4:18 am

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/konsortium-syarikat-china-dapat-60-kepentingan-bandar-malaysia-1.174756

jualan akhir tahun..tepat 31 Disember 2015….jual jangan tak jual….kan da nak settle da sema masalah tu… keh keh keh

kluangman
kluangman
31 December 2015 4:14 am

Kalau "Mahathir" tak kacau dan bising..dah lama isu 1MDB selesai malah mungkin buat untung dan bawa pulang billliionnnsss ke dalam negara.

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 6:49 am
Reply to  kluangman

Sekarang ni Mahathir tak buat bising itu pasal Arul boleh kata sudah selesai ? Kalau Mahathir tak bising apa yang selesai ? Kelawar boleh tertonggeng ke atas ?

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 4:09 am

dio kono jua polir nyo

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 3:47 am

bukan 1 je janji yg dicapati…banyak lg janji yg dah jd capati…sifat2 munafik semakin terserlah….tu pun ramai lg yg masih percaya….

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 3:39 am

Dah berapa kali hari selasa, laporan WSJ dan SR pun dah berlambak selepas pendedahan pertama.Agaknya satu saja yang ditunaikan iaitu melantik penasihat dirinya dari kalangan ulamak.Kerana ulamak ini sahaja yang berpendapat tidak lojik duit dimasukkan dalam akaun peribadi, takan buat tindakkan bodoh masukkan duit ke akaun sendiri.Lu pikiq sendiri..

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 3:32 am

Seriously Bro,

Do you really expect such despised individual to make good a promise after breaking many? Or you're just insinuating?

I am still 1 day behind in America and still no sign of that yet!

Anonymous
Anonymous
31 December 2015 3:31 am

Pandai janji saja ni. Pembohong saja. Jangan percayalah

Zunur Mariah
Zunur Mariah
31 December 2015 3:15 am

Pandai memberi janji,dan kemudian dicapati.

Kami sokong capati!!