KENAPA TIDAK CERDIK BOLEH JADI MENTERI?

Ketika berbual dengan kawan-kawan mengenai Ahmad Maslan yang didapati kerapkali mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal, pertanyaan seterusnya yang selalu kedengaran ialah bagaimanakah orang seperti beliau boleh menjadi seorang anggota pentadbiran kerajaan?
Sepanjang  menjadi timbalan menteri sejak 2009, beliau merupakan pemimpin UMNO yang paling banyak diperbualkan dan menjadi persendaan rakyat berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.
Kalau ikut hukum akal atau sekiranya Najib Razak mengambil kira banyaknya rungutan, bukan saja di kalangan rakyat, bahkan di kalangan ahli UMNO sendiri, Ahmad Maslan sudah sepatutnya diketepikan daripada menganggotai kerajaan.
Terbaru dalam menggalakkan rakyat melakukan dua kerja untuk menangani peningkatan kos sara hidup, Ahmad Maslan jelas keliru dan tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan apabila mengatakan beliau sendiri mempunyai tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO.
Sekali lagi timbul perbualan, bagaimana sebagai timbalan menteri tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan?
Tidak saja rakyat biasa, malah seorang mufti juga turut tidak dapat menahan diri daripada mempertikaikan kecerdikan dan kemampuan berfikir Ahmad Maslan itu.
Secara umumnya, apabila menjadi pemimpin dalam kerajaan, harapan rakyat ialah mereka mestilah lebih cerdik atau sekurang-kurangnya kelihatan beberapa langkah ke hadapan dari segi pemikirannya berbanding rakyat biasa.
Dengan demikian, barulah kepimpinan mereka boleh diikuti atau dijadikan pedoman. Itulah nilai seorang pemimpin di mata rakyat.
Tetapi berbeza dengan Ahmad Maslan, beliau seringkali saja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, tidak masuk akal, malah tidak menunjukkan berbezanya diri beliau itu sebagai pemimpin.
Dengan beberapa lagi pemimpin mempunyai watak seperti Ahmad Maslan dalam kerajaan seperti pernah menyarankan jangan makan ayam jika mahal, tanam sayur sendiri kerana harganya kian mahal, bertolak lebih awal untuk mengelak tol dan sebagainya, ia secara tidak langsung memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat.
Mengapa di zaman Najib ini begitu banyak pertikaian mengenai kualiti menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya, sedangkan ia tidak pernah berbangkit sebelum ini?
Kenapakah orang seperti Ahmad Maslan lebih senang mendapat kedudukan dalam kerajaan berbanding ramai Ahli Parlimen lain yang jauh jauh lebih baik, lebih cerdik dan diyakini?
Mengapa sesetengah Ahli Parlimen yang baik dan cerdik pula, hanya sesudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat barulah dilantik menganggotai kerajaan, berbeza dengan Ahmad Maslan yang mula bertanding di Pontian pada pilihanraya 2008, tetapi terus dilantik sebagai timbalan menteri pada 2009 apabila Najib menjadi Perdana Menteri?
Jawapannya tidak lain ada pada Najib sendiri. Beliau bukannya melantik menteri dan timbalan menteri untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan negara, tetapi semata-mata untuk dirinya.
Sebab itu, beliau memilih mereka yang setia, suka mengampu, membodek dan hanya sedia memujinya saja.  Faktor kemampuan dan keupayaan memikul tanggungjawab, kecerdikan berfikir atau memberi khdmat kepada rakyat, tidak lagi menjadi faktor paling utama.
Ada menteri yang diketahui umum dilantik semata-mata kerana kuat mengampu dan mengepung sehingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada memberinya ganjaran jawatan.
Pemimpin yang baik dan mempunyai keupayaan berfikir dengan cemelang barangkali hanya boleh dibilang dengan jari dalam pentadbiran kerajaan di era Najib ini. 
Selain itu, Najib juga barangkali enggan melantik semua yang cerdik dan pandai dalam kerajaan pimpinannya kerana tidak mahu dirinya sendiri tenggelam. Hanya apabila di kelilingi oleh mereka yang tidak berapa cerdik, sering mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal dan menjadi bahan persendaan rakyat saja barulah Najib kelihatan sedikit lebih baik dan menonjol.
Dalam ertikata lain, disebabkan tidak cerdik itulah mereka diberikan jawatan serta kedudukan dan menjadi  tidak cerdik di zaman Najib ini nampaknya mendatangkan nasib lebih baik berbanding mereka yang pandai dan berkualiti. (SH 29/12/2015).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

27
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
DapatgajibukanpengorbananAnonymousFIKRY HARITH HashimgiorgioNASIR JOHAN Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
giorgio
Guest
giorgio

Ni dikatakan Menteri Cap ayam yang original…. Syabas…..

NASIR JOHAN
Guest
NASIR JOHAN

Zaman dahulu Bila org melayu penat bekerja dsiang hari, sebelah mlm org2 melayu perlukan hiburan. Ada wayang kulit. Ada tok selampit. Ada awang batil. Zaman sekarang pun ada juga satira nya. Ahmad maslan antara penglipurlaranya supaya org melayu lupa sekejab hal penat bekerja. Yg paling penting Najib berjaya memilih penglipurlara supaya org melayu lupa hal derma, 1mdb dan sebagainya. Najib berjaya mengalih tumpuan sebentar. Sbb tu rani kulup, rahman dahlan dan saleh kerbau dan ahmad maslan dipilih utk menjadi target. Sehari dua ni melayu tertumpu kepada geng2 sewel ni. Esok lusa penglipurlara lain pula. Yang pandai najib dan yg bangsat… Read more »

Hadi Abdullah
Guest
Hadi Abdullah

jgnlah dlm ekonomi yg menjunam..kos hidup yg mencabar..suasana perpaduan yg diuji atas kepentingan peribadi..keyakinan terhadap kepimpinan negara pada tahap lampu merah…datang pulak para menteri buat kenyataan2 bodoh.jgn tambah sakit hati rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya nampak menteri-menteri umngok sekarang ni selain dari jadi menteri mereka buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan sebagai seorang pelawak.Baguslah pak menteri sanggup buat 2 kerja sebagai menteri dan pelawak.Gaji pelawak tu bolehlah bayar tol, gst, beli sayur kangkung, beli daging bila harga ayam naik.Saya nampak menteri umngok sangat berbakat sebagai pelawak, cadangan saya, qlang-alang nak melawak lebih baik masuk maharaja lawak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahmad Maslan lebih baik engkau bunuh diri sajalah. Hidup pun menyusahkan orang lain saja

Anonymous
Guest
Anonymous

Ingat lagi kisah kangkong? Lebih kurang samalah tu.

Obat Tradisional Stroke Ringan Terbukti Ampuh
Guest
Obat Tradisional Stroke Ringan Terbukti Ampuh

hatur nuhun infona 🙂

Anonymous
Guest
Anonymous

Syabas pengundi umngok kerana umngok hanya memilih manusia yang paling bangang , tolol, bebal buta kayu pembodek jadi menteri.

Anonymous
Guest
Anonymous

masalahnya. ada lg yg percaya ngan umngok ni.
paling x leh blah..
kalo kite x undi bn/umno, sape nak jaga melayu..
asl nak ngundi, melayu
asl nak raih populariti, melayu
asl nak cekik, melayu
asl nak mati pon melayu gak dia cari..
bengkek je rase

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Memang sudah menjadi polisi umno klu ada menteri cerdik buang singkirkan tetapi kalau ada menteri bangang mengampu mesti dikekalkan itulah hebatnya umno tetapi hayat umno hingga pru14 je

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju sangat… Jd mp umno sekarang kerja senang… Goyang kaki je…kalau ada masaalah tunjukan jari kpd kepimpinan dahulu terutamanya Tun M…org no 2 pun dah mulakan lepas tangan… Semua apa Yg rakyat tanggung sekarang adalah Najis peninggalan Tun…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tanya Hj Hadi macamana nak mengatasi kos sara hidup yang tinggi ?

Agak jawapan yang di beri oleh Hj Hadi lebih baik dari Ahmad Maslan ke atau lagi teruk ??

Jangan asyik sibuk dengan pasal se dondon lagi… Macamana supaya Najib terima nasihat supaya meringankan beban rakyat .

Anonymous
Guest
Anonymous

Haji Hadi ni..income dia hampir 100k sebulan.. berbagai elaun dan gaji juga pencen MP walau masih menjawat MP..

Kalo gi tanya dia.. jawapannya.. "lu boleh pegi mampus la.. ada gua kesah? Gua mau hudud ja.. yg lain gua x peduli.."

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi aweng Akan cakap, Kita kena kembali kepada islam

FIKRY HARITH Hashim
Guest
FIKRY HARITH Hashim

Hadi jawab…gumbira gumbira buat dua kerja….pagi kerjakan bini muda, malam kerjakan bini tua…gumbira gumbira

FIKRY HARITH Hashim
Guest
FIKRY HARITH Hashim

Hadi jawab…gumbira gumbira buat dua kerja….pagi kerjakan bini muda, malam kerjakan bini tua…gumbira gumbira

Dapatgajibukanpengorbanan
Guest
Dapatgajibukanpengorbanan

Tabib Hadi skrg jadi Penasihat PM/Kerajaan dpt Haji RM27k sebulan mcm Samy Vellu dan rakan2.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nasib baik dia tak cakap masak nasi goreng tanpa gst kepada keluarga dan nyontot bini sebagai pekerjaan beliau seterusnya…..

Dah la muka nampak bodoh…buka mulut je kompom bangang!

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Rakyat bersyukur sbb hasil kerja keras ahmad maslan lah GST dpt dilaksanakan dgn jayanya..thanks orang Pontian

Anonymous
Guest
Anonymous

Ni sarcastic ka apa ni?

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini lah yang terjadi dalam MAS, Bos yang cerdik tidak akan ambil orang bawah nya yang lebih cerdik dari dia. Yang mana jadi persaingan akan di bekukan atau di aturkan pertukaran ke bahagian lain.

Selepas 20 tahun, hari ini, siapa yang jadi bos dalam MAS ? Yang ganti bos dah kurang cerdik, Dia pulak akan ambil orang yang kurang cerdik dari dia.

Tidak mengejutkan MAS lingkup dan terbaru akan memberhentikan 250 juruterbang. Mungkin kepada mereka Ahmad Maslan akan kata jadi lah pemandu bas !!

Anonymous
Guest
Anonymous

Mem besar selamba badak
Boss besar pulak bodoh selamba
Maka anak2 buahnya jadi bodoh sombong

Sengaja keluarkan kenyataan untuk sakitkan hati rakyat
Kerana rakyat mereka dah anggap sebagai BANGSAT

Masih tak sedar lagi duhai rakyat
Masih nak sokong lagi??????????

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam pru 14 nanti aku amat pasti parlimen pontian tu akan kalah teruk.
Aku pasti parlimen pontian tu akan mendapat keputusan pru yg paling awal dalam sejarah pru di Malaysia

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa macamlah perasaan keluarga si Samdol ni agaknya?
Bangga atau malu?

Ingat perkara sebigini akn jadi bahan sejarah dimasa depan. Jadi fikr-fikirkan lah!

Anonymous
Guest
Anonymous

dia ada keluarga ke?.. o0

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang paling menyakitkan hati rakyat adalah kerana kenyataan sebegini datangnya daripada seorang pemimpin Melayu dalam UMNO.
Pernahkan pemimpin daripada parti komponen mengeluarkan kenyataan yg amat menyakitkan hati seperti ini. DAP pun tidak.
Amat mengaibkankan orang orang Melayu saja.Nampak sangat seolah olah yg orang orang melayu ni papa kedana dan buta perut

Dapatgajibukanpengorbanan
Guest
Dapatgajibukanpengorbanan

Bukankah Moron Najibo dah umumkan dia lebih suka lantik orang tidak celik akal yang berkeupayaan tinggi untuk setia membabi buta.