MINGGU DEPAN – PENANTIAN RAKYAT TERHADAP SPRM DAN PEGUAM NEGARA

Apabila SPRM mengumumkan ia akan mengemukakan hasil siasatan berkaitan SRC International dan derma RM2,600 juta yang disalurkan ke akaun peribadi Najib Razak pada minggu depan, tumpuan kini tidak lain ialah mengenai keputusan penyiasatan tersebut.
Apatah lagi SPRM turut memberi jaminan mereka akan  menjalankan siasatan secara bebas, telus, profesional dan tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.
Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami mencadangkan pertuduhan dalam laporan kertas siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara, begitu juga jika sebaliknya, kata Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin.
Oleh itu, pertanyaan umum ialah apakah siasatan SPRM nanti akan mendapati ada kes terhadap Najib atau sebaliknya?
Sekiranya ada kes, apakah pertuduhannya dan kalau sebaliknya pula, bagaimanakah hujah-hujahnya?
Dapatkah rakyat menerima apa juga keputusan hasil siasatan SPRM tersebut, terutama jika tiada kes sedangkan sudah diakui wang RM2,600 juta, termasuk RM42 juta daripada SRC International, mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Najib?
Dalam konteks yang lain, masyarakat umum  juga tertanya-tanya, sekiranya SPRM mendapati ada kes, apakah Peguam Negara akan meneruskan tindakan sebagaimana yang sepatutnya atau bakal menerima nasib seperti mana siasatan Bank Negara terhadap 1MDB sebelum ini yang dicadangkan pertuduhan tetapi tidak diteruskan untuk pendakwaan?
Kalau ada kes, siapakah yang akan dikenakan pertuduhan? Adakah ianya Najib atau individu tertentu dalam SRC International?
Sekiranya Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk sebarang pertuduhan, apakah hujah-hujah yang akan dibentangkannya nanti untuk mewajarkan keputusan itu?
Dapatkah akhirnya ia diterima dengan baik oleh rakyat atau sebarang keputusan Peguam Negara nanti lebih menghangatkan lagi perbualan rakyat mengenainya?
Berkaitan derma daripada pihak tertentu di Timur Tengah kepada Najib yang sehingga ini masih menjadi misteri, apakah Peguam Negara akan mendedahkan identitinya atau kekal menjadikannya rahsia buat selama-lamanya?
Banyak sekali persoalan sedang bermain dalam pemikiran rakyat menjelang minggu depan sementara menunggu hasil siasatan SPRM dan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Peguam Negara mengenai wang derma melibatkan Najib itu.
Terdapat juga yang merasakan, kalau tidak siasatan SPRM, pastinya keputusan Peguam Negara, sudah boleh diramal dan dijangkakan apa penyudahnya.
Tetapi, apa pun hasil siasatan SPRM dan keputusan Peguam Negara mengenainya, pihak yang terpaksa menanggung bebannya selepas itu ialah Najib sendiri.
Apa juga keputusannya akan menyebabkan orang ramai  terus berbicara dan memperkatakan isu derma RM2,600 juta melibatkan Najib itu berdasarkan pemikiran masing-masing serta logik yang ada di depan mata.
Akhirnya, selagi beliau kekal sebagai Perdana Menteri, tugas berat tetap menanti UMNO dan BN dalam perhitungan undi rakyat yang semakin matang, terbuka dan melihat maklumat daripada pelbagai sumber yang berbeza. (SH 28/12/2015).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

16
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousDapatgajibukanpengorbananberasiamabrarmujahideenCha Tee Kwang Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Keputusan dah blh dijangka. Terlalu banyak usaha utk mengekal kuasa dibuat, takkan nak terima aje keputusan siasatan kalu pun ada kes.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jika didapati Najib melakukan kesalahan adakah begini cara penyelesaian nya iaitu hasil siasatan akan di umumkan minggu depan. Pemimpin lain dah lari luar negara tanpa menunggu keputusan hasil siasatan kerana pemimpin tersebut sendiri tahu yang dirinya memang bersalah.

Najib telah di beritahu bahawa dia masih lagi boleh di selamatkan . Rakyat pula akan terus di perbodohkan.

Tapi kita tetap ingin tahu penjelasan dan hujah-hujah sekiranya Najib tidak bersalah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dengan pertolongan Penasihat, selepas diumumkan keputusan SPRM, berbagai-bagai aktiviti dan program agama akan di adakan.

Entah-entah penasihat sedang sibuk mencari ayat-ayat yang boleh mengiyakan kesalahan Najib.

berasiam
Guest
berasiam

Jangan silap. Minggu ni SPRM hantar laporan kepada Pevuam Negara. Laporan adalah bertaraf sulit. Kandungannya rahsia. Dalam laporan ada cadangan, sama ada wujud kes untuk didakwa atau tidak. SPRM cuma cadangkan. Yang berkuasa buat keputusan dakwa atau tidak ialah Peguam Negara. Peguam Negara pun tidak ada kuasa untuk mendedahkan kandungan laporan SPRM. Kerajaan sahaja yang boleh buat keputusan dedah atau rahsiakan. Tentang keputusan Peguam Negara, kita boleh ambil teladan dari laporan BNM yang siasat 1MDB. BNM siasat dan kemuka laporan berserta cadangan bahawa wujud perlakuan jenayah untuk didakwa. Keputusan Peguam Negara adalah sebaliknya. BNM dipersalahkan kerana kononnya tidak melaksana tugas… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sudah pasti tak ada kes punyalah.
Peguam negara tu member baik dengan najib.
Kalau nak lintas jalan pun mereka berpegangan tangan.

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Buang karan..ceh

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan admin tak nak komen ke statement DAtuk ahmad maslan,mengenai rakyat malaysia perlu buat dua kerja untuk mengatasi kos sara yang tinggi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia kata dia sendiri buat 3 kerja! Kerja apa agaknya?

Anonymous
Guest
Anonymous

Jawatan atau 3 kerja je..tapi orang lain yang tolong buatkan.ahmad maslan…ahmad maslan..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tiada kes lah bro. Tak payah tunggu minggu depan. Buang masa saja.

Anonymous
Guest
Anonymous

Lumpur dari banjir besar sudah dicuci berseh,walaupun banjir yang akan datang mereka-mereka sudah bersedia bagi menangkisnya.Semua kayu-kayu lama yang menyebabkan banjir lalu sudah dimusnahkan,jadi air akan berjalan dengan lancar.Tiada banjir.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rosmah bukan bodoh. Najib akan guna undang baru. Mengistihar darurat seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. IGP agen Najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Susah nak percaya atau berharap penjawat awam dibawah pemerintahan sekarang mahu atau sanggup atau berani mendedahkan salah-laku 'ketua' mereka atas dasar mahu menegakkan kebenaran dan undang-undang.
Oleh itu negara akan bertuah sekiranya kali ini, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku.
TAPI bolehkah kita berharap?

Cha Tee Kwang
Guest
Cha Tee Kwang

rasa-sara kita semua sudah ketahui jawapan dari SPRM walaupun ia hanya akan dijawap diminggu hadapan. Demokrasi di malaysia sudah berkubur selepas najib mengambil alih jawatan pm..kalau tak percaya kita tunggu jawapannya di minggu hadapan….

Dapatgajibukanpengorbanan
Guest
Dapatgajibukanpengorbanan

Ada nombor akaun dari mana rm2,600 juta dikreditkan ke akaun Moron Najibo. Begitu juga ada nombor akaun dari mana RM,42 juta dikreditkan ke akaun mana. Oleh itu carilah siapa pemilik akaun2 itu. Dewan Negara diberitahu, Jho Low hadir meeting 1MDB sebagai wakil Raja/Kerajaan Arab Saudi, ada mana media atau agensi berita tempatan/asing yang cuba mendapatkan pengesahan/pengakuan Raja/Kerajaan Arab Saudi? Kenapa The Star, Sinar Harian, Sarawak Report , Asian Sentinel, Reuters atau Al-Jazeera tanya Kedutaan Arab Saudi di KL atau terus tanya di Arab Saudi?

Dapatgajibukanpengorbanan
Guest
Dapatgajibukanpengorbanan

Semua pihak tidak mahu dapatkan pengesahan/pengakuan Raja/Kerajaan Arab Saudi termasuklah AWSJ. Kenapa tidak mahu tanya benarkah mereka ada melantik Jho Low? Ada Surat pelantikan atau Jho Low yang mengakuinya? Jangan pula di Dewan Negara kata Arab Saudi, lepas ini pula kata UAE  Itu dua negara yang berkaitan. Takut bertanya tidak dapat kebenaran.