KESIAN MAT MASLAN, TAK TAHU BEZA ANTARA KERJA DENGAN JAWATAN

Apabila Ahmad Maslan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO, apakah beliau sebenarnya kelihatan lebih cerdik dan hebat atau lebuh teruk daripada sebelumnya?
Semalam beliau menyebut bahawa mereka yang melakukan dua kerja dalam satu-satu masa bukanlah perkara luar biasa, malah katanya, kerajaan juga menggalakkannya sebagai satu cara menangani peningkatan kos sara hidup.
Untuk mewajarkan kata-katanya itu, hari ini beliau sekonyong-konyongnya cuba tampil dengan hujah lebih kukuh dengan menjadikan dirinya yang kononnya mempunyai tiga kerja secara serentak sebagai contohnya.
Dalam erti kata lain, Ahmad Maslan cuba meyakinkan rakyat bahawa jika beliau yang berbadan kecil dan agak rendah pula boleh memikul tiga kerja dalam satu masa, apalah susahnya untuk rakyat melakukan sekadar dua kerja sahaja.
Kesian Mat Maslan…beliau nampaknya tidak tahu membezakan antara kerja dengan jawatan. Apa yang dimilikinya sekarang iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO secara serentak adalah jawatan dan bukannya kerja.
Jawatan yang disandangnya sekarang adalah anugerah, pemberian atau pilihan yang dibuat Najib Razak selaku Perdana Menteri kepadanya dan ia bukanlah kerja tambahan yang dilakukan kerana tidak cukup pendapatan.
Ia jauh berbeza dengan konsep melakukan dua kerja yang dikatakannya digalakkan oleh kerajaan sebelum ini. Lagi pun, semua orang sedia diberikan lebih daripada satu jawatan, tetapi ramai yang mengelak untuk melakukan lebih daripada satu kerja.
Selain itu, tiga jawatan yang diberikan Najib kepadanya itu, kadang-kadang boleh pula dilakukan secara serentak. Misalnya, di pejabat timbalan menterinya, beliau juga boleh berfungsi sebagai ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO.
Di ketika yang lain pula, tugasnya sebagai ketua penerangan UMNO boleh juga dilakukan dengan menggunakan perbelanjaan sebagai timbalan menteri. Balik kawasan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen juga biasanya turut menggunakan kemudahan kereta kerajaan yang diperuntukan kepadanya sebagai timbalan menteri.
Maknanya, walaupun ada tiga jawatan, ketiga-tiganya saling menyenangkan dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Sudah tentu tiga jawatannya yang disandangnya itu berbeza dengan dua kerja yang dilakukan oleh seorang kerani kerajaan yang misalnya menjual burger atau meniaga secara kecil-kecilan pada waktu malam.
Dua kerja itu bukan saja saling berbeza, bahkan tidak boleh bantu membantu antara satu sama lain, bahkan merupakan kesalahan pula jika menggunakan kemudahan pejabat untuk berniaga atau kerja-kerja sampingan yang lain.
Oleh itu, perbandingan Ahmad Maslan mengenai dirinya itu tidak betul sama sekali. Beliau sebenarnya ada tiga jawatan yang dianugerahkan kepadanya dalam satu-satu masa yang menyebabkan pendapatannya juga bertambah.
Ia berbeza dengan mereka yang melakukan lebih daripada satu kerja untuk menambah pendapatan. Jika analogi Ahmad Maslan itu mahu diterima pakai, semua pekerja seharusnya juga diberikan satu atau dua jawatan lain yang bergaji secara serentak, bukannya mereka terpaksa melakukan kerja lain yang berbeza untuk menampung kenaikan kos sara hidup.
Lantaran itu, ramai kawan-kawan dalam UMNO bersungut mengenai kenyataan terbaru beliau dengan berkata, Ahmad Maslan lebih kelihatan sebagai seorang cerdik dan pandai apabila beliau mendiamkan diri berbanding jika mula berkata-kata.
Kata mereka, wajahnya yang bersih dan rambutnya yang sentiasa basah dan bersisir rapi itu benar-benar memperlihatkannya sebagai seorang yang boleh diyakini jika belum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya.
Namun, kata mereka, sebagaimana yang sudah banyak kali dibuktikan sebelum ini, sebaik saja mulutnya terbuka dan lidahnya berbicara, segala tanggapan awal mengenai dirinya akan musnah dengan sekelip mata.
Itulah Ahmad Maslan, sehingga di suatu peringkat apabila ramai yang memperlekeh kata-katanya, beliau segera menunjukkan pencapaian pointer CGPA 3.85 yang pernah dirangkulnya sambil berkata, “saya bukanlah bodoh sangat.”
Tetapi dalam beliau mengatakan dirinya tidak bodoh itu, rasanya dalam sejarah Malaysia moden, beliaulah  satu-satunya pemimpin politik yang pernah menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan pencapaian semasa belajar kepada umum secara terbuka.
Sudah tentu orang cerdik tidak melakukan perbuatan seperti itu kerana orang cerdik akan menunjukkan kecerdikannya melalui hasil kerjanya untuk dinilai, bukan dengan cara menayangkan sijil.
Dalam isu GST misalnya, terlalu banyak kata-kata yang pernah dilafazkannya, bukan saja tidak masuk akal, malah dakwaannya cukai baru itu akan menurunkan harga barang, sehingga sekarang masih juga tidak menjadi kenyataan.
Dalam cuba menunjukkan dirinya hebat kononnya mampu melakukan tiga kerja dalam satu masa, Ahmad Maslan secara tidak langsung telah mempamerkan ketidakcerdikannya kepada umum.
Bahkan, kesungguhannya mahukan rakyat melakukan dua kerja berbanding menumpukan lebih banyak masa untuk keluarga juga menunjukkan kegagalan kerajaan yang dianggotainya dalam meringankan beban kehidupan rakyat melalui pelbagai perancangan dan program selama ini.
Tiada apa kelebihan yang boleh dibanggakan dengan tiga jawatan serentak Ahmad Maslan itu kerana jika diperiksa, ada pengerusi GLC, selain memegang jawatan di syarikat induk, turut juga menjadi pengerusi kepada berpuluh, malah  beratus anak syarikat yang lain.
Bolehkah mereka juga lebih berbangga sambil mendakwa mempunyai beratus-ratus kerja dalam satu masa? (SH 28/12/2015).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

52
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousMohamed NoorGhazali Zalizam MulyadiZainal abidin Pengcogiorgio Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Itu macam menteri pun ada. Apa yang dia buat tu adalah jawatan dia dan bukannya kerja. Orang macam ini tidak ada perasaan simpati pada rakyat sebabdi di lahirkan with golden spoon. Undilah lagi orang-orang BN ni. Anak cucu saya gelak besar tengok komen menteri bercakap tanpa fikir ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahmad Maslan ni memalukan orang Pontian terutama daripada Benut.
Harap orang Pontian tidak terus memilih MP yang kurang pandai …….

Ghazali Zalizam Mulyadi
Guest
Ghazali Zalizam Mulyadi

Bagus la Mat Maslan kalau dah mampu buat 2-3 kerja.

Dicadangkan kpd Mat Maslan dgn kecerdikan 3.85 utk nasihat PM utk kuruskan @ diet sikit kabinet kerajaannya.

Kalau dah sorang menteri mampu buat 2-10 tugas. buat apa ada menteri banyak-banyak.

Seorang menteri diberi utk penggang 3-10 kementerian. Tim. Menteri pun dihapuskan termasuk semua jawatan yang dibawah menteri termasuk pekerja am pejabat dan pemandu. Bagi menteri buat sendiri. Kemudian baru menteri cakap, semua saya buat sendiri kerja di pejabat, malah saya bukan ada 1 pejabat tapi 10 pejabat.

Baru ada value itu : 3.85 maaaaaa….

Anonymous
Guest
Anonymous

Budin, penggunaan perkataan "TIDAK CERDIK" tu terlalu sopan untuk orang yang selalu memperbodohkan rakyat ni. Saya rasa "BANGANG" @ "MORON" lebih sesuai.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ikut kata (ayat yang terkemudian) Zainal Abidin,

CGPA dia 3.85 TINGGI!
Anak si Maslan nih belajar TINGGI!
Akal juga TINGGI!

Ayat Zainal Abidin-Kepala Angin (HEADWIND) TINGGI anak si Maslan tuh cuma….lebih dari ATAS POKOK jer! So korang paham paham lah yang di atas pokok tuh kebanyakan yang ada ekor panjang, tangan lebih panjang dari kaki….

Tapi kan kalau dia species manusia, boleh adik beradik yang lain memberi pencerahan sikit apa benar Ahmad Maslan nih sebijak tahap monyet? Atau sama jer dengan kepala-Bugis beri alasan kekayaan tinggalan dari arwah bapak-keluarga akan tetapi dengan sepantas kilat adik beradik yang lain MENIDAK KAN NYA!

Jahanam Malaysia dibuat nya!

Anonymous
Guest
Anonymous

Kebodohan apakah ini.

1. Salahkah rakyat satu kerja cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga?

2. Apa salahnya buat lebih dari satu kerja disebabkan minat,

3. Rakyat bukan bodoh nak 2-3 kerja disebabkan kos sara hidup Meningkat disebabkan oleh menteri bangang ekonomi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan, saya nak tambah satu lagi kerja Mat Maslan iaitu MEROMPAK harta rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sape yg undi mat maslan ek? Oghang johor kan?? Same le bengap cam dia..eh..eh..hisyamudin pon johor jugak kan? Ooo..patut laaa..tu belom masok muhyidin, azalina..ntah-ntah satu johor ni bengap tak??

Anonymous
Guest
Anonymous

Menteri Bodoh tapi mereka ingat cerdik pasal dapat gaji menteri campur gaji Ahli Parlimen dan gaji Setiausaha Parti. Berapa agak jumlah gaji tu? RM120 ribu kot.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahun 2013 buat makmal sara hidup

http://shahbudindotcom.blogspot.my/2013/12/makmal-kos-sara-hidup-langkah-terbalik.html?m=1

Tahun 2015 suruh buat dua kerja.

Perdana menteri dah takde idea, dia suruh mat maslan jawab untuk dia

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini smua salah dap n anwar….cian ahmad telan….ehhh..maselan…hahahaha….mati nnt ada ke org nak buat bidalan ke simpulan or peribahasa bermula dgn nama ahmad selan…hahaha…kelakor weiiiii…penutup tahun 2015….
wakil din ayam…zuhdi um…taki tenpayaki…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah Mat Maslan. Tahniah kerana Cuba nak memperbodohkan rakyat khususnya orang MELAYU. Menteri seperti ini patut bagi penampar aje. Memalukan orang melayu… Seolah-olah UMNO dah ketandusan pemimpin yang jujur dan bijak.
Benarlah, tak pernah dalam sejarah politik negara, ada ahli politik yang sebodoh Mat Maslan ni. Tak tahulah kalau spesis seperti Mat Maslan ini boleh jadi wakil rakyat lagi ka pada PRU nanti. Rasanya dalam UMNO bahagian pun belum tentu..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dirangkumkan ke tiga-tiga kerja Mat Maslan sebenarnya satu – PEMBODEK !

Anonymous
Guest
Anonymous

Memalukan orang Johor je, Mat. Balik kampung je jaga kambing , ayam dan lembu lagi bagus.

Zainal abidin Pengco
Guest
Zainal abidin Pengco

Dia ni sengaja diarahkan utk jadi mcm ni..tujuan utama: Mengalih pandangan rakyat terhadap isu2 semasa yg sedang hangat. Dlm bahasa kmpg saya Deception..Apa2 pun mmg dia ni mcm tu..tak guna mengata kat dia..Dia Ttp AM yg Dungu lg Bebal

giorgio
Guest
giorgio

Menteri Cap Ayam…. Dalam kata ringkas….

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekarang yang boleh hidup senang, penceramah agama sebab buat kerja lebih dari 4 kali.

Pagi Surau Taman-Taman, Tengahari Surau Pejabat-Pejabat. Asar kalau ada, kira bonus. Malam lepas maghrib, ceramah pentas terbuka.

Tak kena cukai.

Satu kerja, empat kali bayar. Apa jadi dengan Islam, apa peduli…

Anonymous
Guest
Anonymous

Nampaknya ramai orang yang dah menyampah dan meluat dengan mat maslan. Apa saje yang keluar Dari mulut mat semuanya dikutuk. Nampaknya mat kena berhentilah sebab boleh jadi liabiliti pada umno, bn Dan gomen

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku tunggu saja dia datang memberi penerangan di kampong aku. Nahaslah kau nanti mat maslan.Aku lastik jendul kau dgn guli

Anonymous
Guest
Anonymous

geng yapeim tu dah buat multi tasking lama dah. sampai puluhan ribu sebulan pendapatan. ini yang mat maslan maksudkan kot

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul tu memang teramat betul itu lah yang dimaksudkan oleh mat maslan supaya mencuri dan menipu mcm diri dia juga.
Mula2 cari makan. Lama lama curi makan

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak baik kutuk Mat Maslan ni ..kesianlah kat dia ..dia masih tak sedar yang dia ni all time pemimpin yang teramat bodoh dan bangang. Kita biarlah dia nak cakap apa dia nak. Orang bebal berlagak pandai memang macam tu ragamnya. Mat Maslan ni kalau aku dapat adik macam dia ni ..hari2 makan pelempang aku. Muka dia pun muka mintak kena tampar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Janganlah marahkan MAt Maslan sangat. Bukan dia seorang saja yang bodoh, seluruh kabinet NAJIB termasuk Najib dan Wak Zahid memang bodoh. Kalau mereka CERDIK takkan siang malam merungut sebab mewarisi legasi yang ditinggalkan zaman Tun M. Bahkan Wak Zahid menyamakan legasi zaman Tun Mmacam NAJIS. Kalau mereka pandai, mereka takkan merungut sebaliknya mampu mengubah NAJIS yang diwarisi jadi EMAS atau BAUKSIT yang boleh membangunkan negara dan menjadi Malaysia kaya raya. Malangnya, sebab mereka ni tak cerdek, mereka memerintah dengan bergantung harap hanya pada DERMA PAK ARAB sahaja.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Pepatah melayu berkata bapa burik anak rintik – bapa kencing berdiri anak kencing berlari apa nak hairan kalau pm dah macam tu maka tak hairan menterinya begitu cgpa 3.85 maka rakyat semua bodohhhhh

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Pepatah melayu berkata bapa burik anak rintik – bapa kencing berdiri anak kencing berlari apa nak hairan kalau pm dah macam tu maka tak hairan menterinya begitu cgpa 3.85 maka rakyat semua bodohhhhh

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahmad Maslan ni bukan saja pendek tubuh badan tapi juga pendek akal fikiran. CGPA baik belum tentu membuktikan IQ yang tinggi. Orang yang kuat menghafal pun bukan berarti IQ nya tinggi melainkan dia menjalani ujian IQ. BErdasarkan tindak tanduk menteri ahmad MAsalan selama ini, cukup jelas dia ni bukanlah jenis yang ber IQ tinggi walau pun CGPA dia baik. Orang yang cerdik tak mungkin mengeluarkan kenyataan yang bodoh. Yang pasti dia ni jenis cerdik cerdik bodoh bangang. Kalau tak percaya, sila bagi ujian IQ kat dia dan tengok hasilnya. Inilah hasilnya bila sibodoh berlagak cerdik, akhirnya orang tahu rupanya dicerdik… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang kata kecil macam kuman. Besar macam gajah.
Panjang macam galah.
Pendek macam babi

Anonymous
Guest
Anonymous

Entahlah orang ni.

Mengaku pandai tapi:

Belajar tinggi-tinggi,
Sekolah bertingkat-tingkat,
Bodoh berlapis-lapis.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah ramai dah yang buat dua kerja.

Bangun 4 pagi. Ada yang buat karipap. Ada yang buat nasi lemak. Yang buat Laksa Johor pun dah ada. Roti canai segera pun ada.

Penat dan letih satu hal. Apabila satu hari nanti bos tenguk pantry macam tapak gerai berniaga, bos pun bising. Dah tak boleh buat karipap, nasi lemak dan sebagainya.

Yang jual nasi bajet kat Taman saya dari dua dah jadi lima dalam masa dua bulan. Begitu lah keadaan sekarang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan takut di MITI semua boleh buat bisnes. Nak buat bisnes urut batin pun boleh. B2B pun boleh.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebenarnya dalam Syarikat Swasta, kurang pasti dalam perkhidmatan kerajaan, ramai kakitangan sebenarnya membuat dua kerja tetapi dibayar gaji untuk satu kerja. Multi-tasking, kononya. Tapi Kerani yang buat kerja keranai lain yang tidak di ganti, tetap di bayar gaji yang lama.Begitu juga officer yang buat kerja kerani dalam satu masa, pun di bayar dengan gaji Officer. Interview nak pangkat dari setahun ke tahun tak jugak di jalankan. Dah lah buat dua kerja di tempat kerja kena pulak buat kerja lepas waktu pejabat, itu dah jadi tiga kerja jugak. Dan adalah menjadi satu kesalahan mengikut peraturan buruh, sekiranya kita masih lagi terikat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tetapi Ahmad Maslan cuba memberi nasihat kepada rakyat, supaya terus berusaha dan tidak hanya menerima bantuan daripada kerajaan semata-mata. Competent is the key to success in our life.

Kepada penyokong-penyokong pro pembangkang pula, benda simple sahaja, tidak perlulah nak mengaburi rakyat dengan Chong Zhenmin dari DAP Perak yang menyokong Israel.

Anonymous
Guest
Anonymous

ko nak divert isu nampaknya…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ameno sokong APCO Israel dulu.. Kebanyakan sektor telah menyekat kerja lebih-masa walaupun ada keperluan yang kerja tersebut perlu di habiskan. Orang-orang ini lah yang terkesan kerana terpaksa kerja free sejam dua untuk syarikat. Yang ketua tahu ia lah kerja mesti selesai ikut jadual. Yang layak bagi nasihat bukan Ahmad Maslan tapi Hj Hadi. Ahmad Maslan tutup mulut lagi baik. Kata lah gaji dari pendapatan bersih suami-isteri RM 2000 kalau tolak rumah kereta berbaki RM 800, tapi sekarang yang RM 800 itu pun dah habis. Bila buat kerja tambahan ingat boleh buat ke kerja yang dapat pendapatan lebih dari itu. Kalau… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 20.49 ialah Mat Maslan divert isu pasal kebodohan melantun lantun dia tu,
Peribahasa baru bodoh seperi Mat Maslan

ZakiahSaffiya
Guest
ZakiahSaffiya

Itu bukan nasihat lah. Dia tak tau ke pasal undang2 melarang kita buat 2 kerja. Kalau saya ada 2.6b, tak payah kerja, Pada kadar faedah 2% p.a, jumlah faedah 2.6b bagi satu jam adalah rm5936..

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa kata mat mazlan tak minta bantuan. Menteri tak tahu malu tu selalu minta free tv coverage.
Woiiii …menteri bangang. Sekarang ni kencing pun kena bayarlah!!!!phuiiiiiii.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 19.31- jika benar atas paparan saudara,bagaimana sekiranya kita gantikan dengan otak lembu?.

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat apa ganti dgn otak lembu. Gantikan saja dengan taik anjing

Anonymous
Guest
Anonymous

Teringat satu kisah yang saya dengar mengenai seorang VIP yang dikatakan menghidap 'brain tumor'. Beliau telah menjalani pembedahan untuk masaalah tersebut.
Alangkah terkejut pakar bedah apabila membuka kepalanya….ya mereka jumpa 'tumor' tersebut tapi mereka tak jumpa otaknya.

Takut-takut sipulan ni kot yang diceritakan tu.

Mohamed Noor
Guest
Mohamed Noor

Cuba suruh pakar bedah tu check kat lutut mana tahu ada kat situ otak dia.

Mohamed Noor
Guest
Mohamed Noor

Cuba suruh pakar bedah tu check kat lutut mana tahu ada kat situ otak dia.

sahabat malaysia
Guest
sahabat malaysia

Saya kesian dengan Rakyat Malaysia tercinta. Pernampilan Menteri2 yang kurang IQ dan EQ amat meyerlah kebelakangan ini dan ia mencerminkan kualiti pentadbiran kerajaan. Takde ke pentadbir atau professional yang berkaliber yang boleh di-serapkan menjadi Menteri. Sungguh memalukan termasuk PM yang tak bermoral dan berintigriti.
Orang di luar termasuk jiran tertangga kehairanan

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya cadangkan, jika Ahmad Maslan meninggal kelak, mohon kerajaan kebumikan dia di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Kepalanya pula, digantung bersebelahan Mihrab Imam Masjid Negara untuk tatapan seluruh umat Melayu Islam yg hadir. Jangan lupa tulis kat plak cenotaph tu (tepi mihrab tu).. ditulih begini..

"Bodohnya Allahyarham ini sehingga tak boleh diajar. Tahap bodoh melantun2 dan tiada siapa mampu mengubahnya melainkan mati baru terasa lega…"

Anonymous
Guest
Anonymous

Rasa saya anak yang dihasilkan dari manusia mengawan dengan babi sekalipun tidaklah sebodoh dan pembodek tegar macam Mat Maslan ni.

Agak-agaknya ayah beliau ni mengawan dengan binatang apa ye? Kita perlu tahu supaya boleh dibuat kajian oleh Pakar-pakar perubatan dan biologi gen.

Anonymous
Guest
Anonymous

saudara,jagalah perilaku dan tutur kata,sebab semuanya akan disoal jawap oleh Allah S.W.T diakhirat kelak.Tuan Shahbudin ,tolonglah jangan cemari blog anda dengan kata kata seperti ini , jangan menumpang dosa diakhirat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 0936. Nasihat tuhan memang betul dan memang baik. Cuma tuan kena ingat arenanya saja yg salah. Kita sekarang di dalam arena politik.Arena politik kita yg membayar gaji menteri menteri ni untuj membuat kerja sejajar dengan manifesto mereka janji ditepati.Apabila mereka mungkir janji dan tidak amanah kepada rakyat di mana amalan rasuah berleluasa patutkah kita tatang mereka ini dengan kasih sayang?Dulu mat maslan kata GST akan membantu meringankan beban hidup rakyat tetapi GST terbukti cukup membebankan kita semua. Barang makanan dan keperluan harian menjadi lebih mahal sebelum adanya GST.Teorynya memang cantik tetapi perlaksanaannya amat menyusahkan rakyat. Mana perginya kuasa menteri?… Read more »

Rosdi Ismail
Guest
Rosdi Ismail

Maslan ni mmng benggap pun!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia ni Mat Mazlan pun dia. Mat tiga suku pun dia juga.
Tetapi yang paling tepat tu Mat Tiga Suku.Memang dia ni tiga suku.Sehari pun tak pernah betul. Wire dia putus

bat8
Guest
bat8

Tuan

Saya mula meragui CGPA 3.85 Ahmad Maslam ni sekarang. 3.85 itu sepatutnya bermakna keupayaan berfikir dan berhujah pada aras tinggi, bukan pada aras mat rempit.

Mat Maslan ni ciriw mat fempit pun hado…

Anonymous
Guest
Anonymous

CGPA dia 0.85 la, bang.
Dia gi sekolah dalam gua. CGPA 3.85 sekolah gua = 0.85 sekolah accredited.

Boleh kata taraf bebal tak boleh diajar. Ketua penerangan ? Apa yang dapat dia terangkan ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Mat Mazlan ni memang budak gila babi.
Dengan media pun datang mengendeng ngendeng sambil bertanya tak siapa siapa yang nak interview saya apa apa ker?
Muka tempek kulit babi. Tak malu ker nak minta interview dan free personal coverage. Kau ingat airtime tv free ker. Kau ingat tv ni bapak kau yang punya ker. Kau ingat kami tak ada cost ker.
Kata buat 3 kerja. Gaji tak cukup makan kot nak minta free hak orang memanjang.Tak tahu malu punya menteri.Apa punya sial nasib kau mat mazlan. Tv pun takut terkena sial kalau cover kau.