SANTAI HARI MINGGU – MENGHAYATI ANTARA CEBISAN SEJARAH DUNIA

Presiden Tunisia, Zine El Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat.  Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan diri ke luar negeri.  
Gaya hidup dia yang gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan adalah antara faktor tumbangnya Presiden tersebut.
Emelda Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad Romualdez menjadi wanita pertama Filipina mulai 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986.  
Isteri kepada Presiden Ferdinand Marcos itu terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara sewaktu suaminya menjadi Presiden. Bayangkan sewaktu menjadi isteri Presiden, dia juga adalah seorang ahli Parlimen bagi kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 hingga 25 Februari 1986), Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978–1986) dan Menteri Pembinaan Insan (1978-1986).  
Sebagai wanita pertama dia sudah memiliki segalanya, termasuk seorang Presiden di dalam genggamannya. Apa lagi yang diperlukannya dengan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan?
Dia sangat mewah berbelanja menggunakan wang kerajaan. Misalnya membeli belah di New York, Rome dan Copenhagen pada 1983 dengan RM5 juta dollar. Membeli hartanah di Manhattan, antaranya Crown Building 51 juta dollar dan Herald Centre bernilai 60 juta dollar. Nafsunya untuk membeli koleksi barangan mewah tidak dapat ditahan, dia akan berbelanja besar setiap kali ke luar negeri. 
Setiap kritikan rakyat terhadap tingkah lakunya dijawab dengan selamba bahawa, itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau memotivasi golongan miskin. 
Iyalah, mungkin golongan miskin akan lebih teruja berusaha menjadi kaya dengan melihat kemewahannya.  Selepas kejatuhannya, dia menjadi bualan dengan pendedahan koleksi kasut mewahnya sebanyak 2,700 pasang tersimpan rapi di istana tinggalannya.
Seorang lagi wanita pertama yang suka menyibuk mencampuri urusan kerajaan pimpinan suaminya ialah Elena Ceausescu, isteri diktator Rumania Nikolai Ceausescu. 
Sewaktu suaminya sedang menakah karier politik, dia juga tidak ketinggalan membina karier politiknya sendiri. Bermula 1972, dia memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti Komunis Romania. 
Pada Jun 1973 dia muncul sebagai orang kedua terpenting dalam heiraki parti selepas suaminya, menjadi penasihat utama partinya dalam isu isu antarabangsa.
Pada tahun 1980, dia menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama, sewaktu saminya menjadi Presiden Romania. Gandingan Nikolai dan Elena menjadi sangat berkuasa, melakukan pelbagai penindasan terhadap rakyat. 
Senarionya sama dalam pemerintahan mana mana diktator, di mana presiden dan kroni adalah kaya raya sewaktu rakyat dihimpit kemiskinan.
Revolusi rakyat Romania 1989 berjaya menjatuhkan rejim Nikolai. Elena dan suaminya ditangkap di Targoviste, dibicarakan lalu dijatuhi hukuman mati. Dia dan suaminya sehidup semati, terbukur kaku bersebelahan di sisi bangunan selepas ditembak. 
Dia semasa hayatnya mungkin tidak seghairah Emelda dalam membelanjakan harta rakyat untuk barangan mewah, tetapi dia sibuk mencampuri urusan pentadbiran suaminya.
Farah Diva Pahlavi adalah permaisuri kepada raja Iran, Shah Mohd Reza Pahlavi. Seperti juga wanita utama bagi mana mana diktator, dia muncul sebagai watak pemboros menghabiskan duit negara. 
Majlis penabalannya sebagai Permaisuri era Iran moden tahun 1967 menelan belanja 10 juta dollar, angka yang cukup besar pada masa itu.
Dia seorang yang sangat meminati seni budaya, menghabiskan duit yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program kegemarannya itu. Dia mempunyai pekerja yang ramai untuk menjayakan apa apa program yang selaras dengan kehendaknya. 
Kehidupan diraja mereka sangat mewah, sedangkan rakyat bawahan tidak terbela. Mana mana rakyat yang bangkit menentang kerajaan akan menerima padah seksaan dari perisik Savak.
Akhirnya Revolusi Iran berjaya mengusir Shah, Farah serta seluruh keluarga diraja mereka. Mereka pernah hidup mewah di istana tetapi menjadi pelarian di beberapa buah negara.
Laila, Emelda, Elena, & Farah Diva adalah antara nama nama besar di sisi suami mereka yang dianggap diktator. Sifat utama mereka ialah boros dan sibuk mencampuri urusan suami selaku ketua kerajaan.
Artikel ini adalah petikan daripada laman Facebook Suara Tun Suara Rakyat dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa di negara kita yang tercinta dan aman permai ini sama ada yang pernah berkuasa, sedang berkuasa,  bakal habis kuasa atau mereka yang sedang mengejar kuasa.
Kata orang, sejarah ialah guru yang tidak pernah menipu dan belajar daripada sejarah adalah pedoman yang bermanfaat kepada sesiapa saja. (SH 27/12/2015).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

12
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousZunur MariahShahbudin Husin Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Pembetulan: Filipina bukan parlimen sekarang tapi Kongres sama dengan Amerika Syarikat dan negara bekas jajahan Sepanyol.

Anonymous
Guest
Anonymous

Revolusi perancis pun terjadi kerana suami istr juga porak perandakan negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Alaa Budin..toksah berkias-kias dalam bab kebenaran..sebut jer name dia..kalo ko kene tangkap..ko dapat makan free..berehat takyah nak keje..tak sakit pale nak tulih cerite..hehehe..

Anonymous
Guest
Anonymous

Keadilan, kemakmuran dan kekayaan dikongsi samarata hanya ada dalam angan-angan orang miskin yang tidak punya apa2.kalau ada pun cuma cakap2 orang yang punya kuasa saja.kezaliman dan kejahatan tidak pernah ada sempadan bangsa atau agama, jadi kenapa perlu berpolitik atas nama bangsa dan agama.ini semua resipi rusuhan dan bukannya suatu revolusi kemanusiaan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Grace Mugabe boleh masuk list juga

Anonymous
Guest
Anonymous

Encik shahbudin. Sekarang ni sudah 27 Disember tetapi PNB senyap sahaja, tiada membuat sebarang pengumuman tentang dividen hasil simpanan rakyat marhaen di ASB dan ASN. Tolong buat satu artiken, bertanya perkara ni, boleh tak…..????
Takut, tahun ini tidak ada dividen memandangkan duit sudah habis digunakan untuk bailout saham dan memb eli saham FGVA yang sekarang sudah jatuh merundum sampai ke paras rm1.30!!!!
Tolong Encik Shahbuddin walaupun perkara ini takda kena mengena dengan tajuk tapi ianya dekat di hati rakyat marhaen kerana kami perlu membuat perancangan hidup untuk tahun 2016.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bercerita tentang ASN dan ASB ni…dengan keadaan negara sekarang entah mana halatuju…bolehkah badan amanah ni lakukan 'magic' dengan cara betul?

Anonymous
Guest
Anonymous

Yes and semua hanya berlaku di luar negara. Rakyat Malaysia masih bijak dan mengenali siapa yang sengaja memburuk-burukkan kerajaan. Manusia seperti Shahbudin yang kecewalah akan terus membantai kerajaan demi membalas dendam, bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk diri sendiri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa makan cili dialah yg terasa pedasnya.

Zunur Mariah
Guest
Zunur Mariah

Benar. Rakyat bijak memilih pemimpin yang meningkatkan harga barang, tol naik dan tidak menjawab isu utama.

Hanya rakyat yang tak bijak saja ada niat balas dendam, yang bijak hanya bertanya rasional harga brang dan kos kehidupan Malaysia naik dan teringin nak tahu isu billion…

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila cakap Najib tak gentleman, dia senyap macam mengiyakan nya.

Bila orang persoalkan tujuan Najib sedondon dengan Hj Hadi dengan mengungkitkan segala dosa Najib, dia entah ke mana.

Bila dipaparkan Najib semakin tak popular, dia hilang pulak.

Tapi bila perkataan tentang wanita pertama luar negara, dia tak semena-mana timbul Kenapa ya?