BILA UTUSAN TIBA2 JADI BAIK…

Semua orang tahu akhbar Utusan sentiasa memusuhi Pas, perjuangan dan para pemimpinnya sejak dulu. Disebabkan itu, Pas pernah melancarkan kempen agar ahli-ahlinya jangan membeli dan membaca akhbar tersebut yang didakwa hanya menyebarkan propaganda, laporan tidak tepat dan memburukkan parti itu sahaja.
Lantaran itu,  masih ramai yang kekal memboikot Utusan sekarang. Salah satu sebab merosotnya jualan akhbar Utusan juga adalah dipercayai kerana berkesannya pemboikotan itu kerana ia bukan saja dilakukan oleh ahli Pas, malah juga oleh penyokong dan mereka yang condong kepada perjuangan parti itu.
Tetapi, sejak timbulnya cadangan Najib Razak mahu mengajak Pas bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan yang dipimpinnya, kecondongan akhbar itu juga dapat dilihat dengan nyata. 
Tiba-tiba saja Pas disanjung, pemimpinnya diberi muka untuk siaran berita dan seolah-seolah parti itu sahabat yang setia.
Apabila musuh tiba-tiba jadi baik, selain harus bersangka baik, tetapi janganlah sesekali dilupa pesanan bekas Presiden Pas, Fadzil Noor yang pernah dibuatnya sebelum ini.
“Musuh, bila dia sokong kita, mesti ada yang tak kena.”
Insya Allah, pesanan beliau itu sentiasa relevan sampai bila-bila. (SH 26/12/2015).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm
Subscribe
Notify of
guest

17 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
28 December 2015 3:39 am

Dulu kuat, sekarang sedang nazak. Kenalah bersedia orang yg akan berdoa, bertahlil dan membaca talqin.

Pepatah Melayu: Ibarat melepaskan anjing tersepit.

Anonymous
Anonymous
27 December 2015 1:22 am

Bolehkah aku,memaafkan Umno….tahun 90 an sewaktu aku di sekolah menengah hak aku utk dptkan buku teks dinafikan sbb bapaku penyokong Pas. Baja padi subsidi bapaku dinafikan. Bantuan utk baiki rumah kayu kami yang buruk juga dinafikan.

Macamana dgn anak cucu Memali?

Anonymous
Anonymous
27 December 2015 2:07 am
Reply to  Anonymous

Aku juga terima nasib yg sama. Cikgu beri borang biasiswa utk diisi dan perlu tt wakil rakyat. Aku kerumah wakil rakyat utk dapatkn ttangan tp borangku ditolak sbb bapa ku ahli pas. Allah maha adil. Kini aku dah berjaya tp rasa pedih dipinggir olh YB umno tak mungkin akn aku lupakan. Aku lebih rela undi DAP dpd umno/bn.

Hasnal Tamjehi
Hasnal Tamjehi
27 December 2015 1:21 am

Dari dulu PAS bg nasehat kat UMNO tapi x dpt apa. Ni PAS nak jadi penasehat pulok….. 25% kepada tuan penasehat. Start melalut da parti agama ni

NordinabilaH
NordinabilaH
26 December 2015 11:34 pm

Aku tak kan keluar fuit utk beli itusan ni klu beli utusan bermakna sokong umno bukan ke kerja umno pecah belahkan kerjasama parti pembangkang dgn but begitu umno akan terus berkuasa itu dulu sekarang rakyat dah bijak

NordinabilaH
NordinabilaH
26 December 2015 11:34 pm

Aku tak kan keluar fuit utk beli itusan ni klu beli utusan bermakna sokong umno bukan ke kerja umno pecah belahkan kerjasama parti pembangkang dgn but begitu umno akan terus berkuasa itu dulu sekarang rakyat dah bijak

Anonymous
Anonymous
26 December 2015 11:24 pm

Apa lagi utusan mahu???

Anonymous
Anonymous
26 December 2015 11:18 pm

Baik…..baik ada makna tu….( Cerita Madu 3).

Hasnal Tamjehi
Hasnal Tamjehi
26 December 2015 9:05 pm

Bagi nasehat dan jadi penasehat dua definisi dan habuan yg berbeza. Penasehat dpt liputan akbar muka depan, bg nasehat kene lucut jawatan TPM. Jelas beza tu…

Hasnal Tamjehi
Hasnal Tamjehi
26 December 2015 8:53 pm

Dari dulu PAS bg nasehat kat UMNO tapi x dpt apa. Ni PAS nak jadi penasehat pulok….. 25% kepada tuan penasehat. Start melalut da parti agama ni

Anonymous
Anonymous
26 December 2015 3:14 pm

Harakah tak beri ke layanan istimewa kepada Najib ?

Dua-dua akhbar tersebut nak bangkrap.

Anonymous
Anonymous
26 December 2015 3:18 pm
Reply to  Anonymous

Tiba lah masa nya untuk Harakah bergabung dengan Utusan.

Anonymous
Anonymous
26 December 2015 3:23 pm
Reply to  Anonymous

Hj Hadi telah berjaya.
Dengan nasihat Hadi lah Utusan bukan lagi seperti dulu.

Anonymous
Anonymous
26 December 2015 3:54 pm
Reply to  Anonymous

Seperti mana memberi alasan hanya Allah yang tahu niat UMNO menyokong Hudud begitu lah Hadi dan penyokong nya akan mempertahankan Utusan.

roslan othman
roslan othman
26 December 2015 2:46 pm

Akhbar Utusan ini kalau umno lingkup pada PRU 14 akan berkubur buat selamanya ,masa itu saya harap pemuja utusan jangan dok salah orang melayu dan pemimpin peminpin yang mahu najib letak jawatan,saya harap utusan salahkan diri sendiri dan pemimpin serta ahli umno kerana mempertahankan pemimpin rasuah yang tak relevan dengan perjuangan dan aspirasi bangsa melayu dan agama islam dan mereka perlu sedar dan insaf menerima hakikat bahawa umno telah rosak kerana dipenuhi oleh pemimpin pemimpin yang rasuah dan hipokerit dan munafik

Anonymous
Anonymous
26 December 2015 2:38 pm

Apa hendak dikatakan lagi, selain hanya orang bodoh dan tamak sahaja yang lapar kepada umpan.

Dapatgajibukanpengorbanan
Dapatgajibukanpengorbanan
26 December 2015 3:49 pm
Reply to  Anonymous

Urusan dah hampir bungkus. Jadilah mereka mahu belajar apa yang Tabib Hadi belajar dari Moron Najibo bagaimana caranya Untuk dapat derma RM2,600 juta dari orang Arab.