PENOLAKAN KERJASAMA KIAN KETARA, APA PILIHAN HADI SETERUSNYA?

Semua orang tahu yang teringin sangat dalam Pas untuk berbaik dan menjalinkan kerjasama dengan UMNO tidak lain tidak bukan ialah Presidennya, Hadi Awang sendiri.
Beliau bukan saja memperlihatkan sikap yang lebih lunak terhadap pelbagai kecurangan dalam UMNO dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Razak sejak kebelakangan ini, bahkan turut mempamerkan kemesraan di depan umum dengan berpakaian sedondon berbaju Melayu merah jambu pada program alumni Al Azhar, minggu lalu.
Kesediaan Hadi Awang duduk sepentas dengan Perdana Menteri yang diperkatakan di seluruh dunia berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya, dilihat sebagai tanda sambutan terhadap huluran kerjasama yang dilontarkan Najib ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO, 8 hingga 12 Disember lalu.
Bagaimanapun, untuk menyambut secara rasmi salam kerjasama itu menimbulkan perasaan yang berbagai kepada Pas, di sebalik sikap yang ditunjukkan Hadi itu – ada yang semacam sedia bersama-sama dengan Hadi Awang serta mengatakan sedia memaafkan UMNO dam ada pula yang terang-terang tidak menyetujuinya.
Walaupun beberapa kerat pemimpin Pas di peringkat atasan nampaknya sedia dalam menjalinkan kerjasama itu, tetapi di peringkat akar umbi jelas memperlihatkan lebih ramai yang tidak menyetujuinya.
Pemimpin UMNO pro Najib, di sebalik berselindung dengan nama Islam dan perpaduan, tidak dinafikan bahawa mereka melihat hanya melalui kerjasama dengan UMNO saja barulah ternampak “ada sinar di hujung terowong”  untuk mengekalkan kuasa dalam PRU14 nanti.
Berdasarkan keputusan PRU 13 yang memperlihatkan BN hanya mendapat keputusan “nyawa-nyawa ikan” iaitu 133 – 98 kerusi Parlimen berbanding PR, namun kehilangan undi popular rakyat 47 lawan 52 peratus, keadaan dalam PRU 14 dilihat jauh berbeza berikutan Tun Mahathir kini setiap hari kerjanya membelasah Najib serta mendesaknya meletakkan jawatan.
Najib juga kehilangan sebahagian lagi sokongan berikutan tindakannya memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang semata-mata bertanya dan berbeza pendapat mengenai 1MDB dan wang derma yang menjadikannya “billionaire segera”.
Semalam Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man seperti memulakan langkah penolakan terhadap kerjasama yang cuba dirintiis Najib bersama Hadi Awang itu dengan menyarankan Perdana Menteri bercuti sementara terlebih dahulu.
Hari ini pula Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bernada lebih keras dengan meminta pihak tertentu yang teringin sangat untuk bekerjasama dengan UMNO agar meninggalkan parti itu.
Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan UMNO, mereka sajalah yang pergi, katanya.
Wowww….
Walaupun tidak menyebut nama secara khusus, tetapi tidaklah sukar memahami siapa yang dimaksudkan oleh Idris itu. Apatah lagi beliau juga mengungkit sejarah Pas yang pernah kehilangan dua presidennya sebelum ini, Ahmad Fuad dan Asri Muda, namun tidak menjadikan parti itu lemah serta kehilangan arah.
Mungkinkah lebih ramai pemimpin Pas bersuara dengan nada keras selepas ini menolak kerjasama dengan UMNO serta sikap seperti Hadi itu?
Bagaimana dengan Hadi, masih beranikah meneruskan “hubungan terlarang”  dengan Najib dan UMNO berikutan nada keras Idris itu dan semalam  melalui enam syarat oleh Tuan Ibrahim yang ketara menunjukkan pimpinan Pas sendiri tidak setuju untuk bekerjasama?
Begitu juga, bagaimana dengan kumpulan pro Hadi dalam Pas yang nampak lebih rela untuk bekerjasama itu, termasuk Nasharuddin Mat Isa yang kini makan gaji dengan sebuah yayasan yang berada di bawah ketiak Najib?
Bakal berlakukah pemberontakan dalam Pas menolak Hadi jika beliau terus juga mahu menjalin hubungan dengan Najib dan UMNO?
Atau semua signal ini akan menjadikan Hadi Awang membuat pusingan U dan membiarkan Najib dan UMNO terus terkapai-kapai?
Dalam aspek yang lain, mungkinkah Hadi Awang akan mengakhiri kariernya dengan keluar Pas bersama para penyokong dengan menyertai UMNO atau menubuhkan parti baru demi “kasih sayang dan cinta tak berbelah baginya”  untuk menyelamatkan masa depan Najib? (SH 22/12/2015).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

30
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousDynamic HijrahZakaria Aliawang batuburokNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Dynamic Hijrah
Guest
Dynamic Hijrah

Hadi elok letak jawatan demi parti dan Islam manakala pengikut2 PAS pula hendaklah insaf dgn kesilapan memberi wala' tk berbelah bagi kpd pres yg jelas byk membuat kerosakan kpd parti dan Islam. Pakat2 perkemaskan Pakatan Harapan utk menang PRU14 nanti In Sya Allah.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS parti agama, sudah main halau-halau sesuka hati. Pelik, baru sekarang Tuan Ibrahim dan Idris Ahmad keras bersuara.Jika dulu mereka bersuara demi kebenaran apabila melihat buruk laku pemimpin PAS terhadap rakan-rakan lain, tidak lah ada sesiapa yang kena halau. Percaya lah mereka akan tutup mulut setelah Majlis Syura membuat keputusan, PAS UMNO mesti bersatu. Bukan kah Majlis Syura yang membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP? Jika Tuan Ibrahin dan Idris Ahmad terus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahin atas sebab fitnah, PAS tidak menjadi parti yang bermasalah. Mereka orang agama dan berilmu. Apabila mereka membiarkan kezaliman dan dosa fitnah dengan mengenepikan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

akibat berkawan dengan jin dan shaitan dan bermahzahab iblis

ikan siakap ikan bilis
makan dengan nasi bubur
inilah akibat bermahzahab iblis
umat yang kukuh jadi berterabur

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Dulu meluat dgn umno…..la ni terlebih meluat dgn pas.dua dua x bolih pakai.selagi hadi x berambus selagi tu la pas akan hilang ahli….

awang batuburok
Guest
awang batuburok

Elok sangat lah tu, kedua dua Presiden dah masuk suku dan dah terkena nasi kangkang.
Kedua duanya dah celaru haru biru tak tahu mana haram dan mana halal.
Wala' wala' wala' jgn tak wala'.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS terlaris di pasaran… Kata Nasrudin Tantawil… Kahkahkahkahhhhhhhhhhhh… Geli ketiak saya… Kahkahkahhhhhhhh!!!!! TITM ni buleh percaya ke? Kalau Presideng pon selamba pink sedondon, takkan timbalan nak menentang? Tak takut ke presideng keluar fatwa..?
Sandiwara kut, kunun2nya berbeza pendapat… kunun2nya aje… haha.. mcm filem Kollywood pulak dah dia org ni..

Anonymous
Guest
Anonymous

Boikot mereka dalam PRU14. Viralkan mesej ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

ya dalam dunia sunni yang caca marba

seorang memeluk saddam
seorang berjumpa netanyahu
seorang mufti nato mengeluarkan fatwa -membunuh gaddafi
demikian pengaku pemimpin umat islam

semua tak boleh pakai

apakah pemimpin syiah yang dituduh sesat membuat itu
semua–makan najis imam

piirah maboookkkkk

Anonymous
Guest
Anonymous

Syiah tak pernah wujud zaman rasullullah.. Bukan dari islam.. Yg ada dalam islam hanyalah muslim.. Syiah adalah munafiq

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam islam takda taqqiyah (ckp tipu (ciri org munafik)

Takda imam 12

Takda kafir sahabat nabi

Kitab al quran sudah sempurna (bukan seperti syiah percaya al quran masih ada sambungan diturun pada imam 12

Ali bukan tuhan

Syiah adalah idoelogi politik pelampau yg mengagungkan ali sehingga jadi mazhab yg takda dalam islam

Saudara.. Ini bukan tempat komen yg sesuai kaitkan syiah dgn politik malaysia.. Dua perkara yg berbeza

Malaysia kini dijajah oleh 'orang'yang dikhabarkan oleh hadis nabi iaitu.. Akan ada akhir zaman nt suatu zamam yg para pemimpin diangkat dari kalangan org2 yg tidak layak..

Pemimpin malaysia tidak amanah

Anonymous
Guest
Anonymous

seorang memeluk saddam
seorang berjumpa netanyahu
demikian pengaku pemimpin umat islam
wassalam.

Anonymous
Guest
Anonymous

ada gambar hadi bersama saddam hussain–dah tau lama

Anonymous
Guest
Anonymous

alah buat u turn ajelah hadi
bukan tak biasa

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul tu. U-Turn adalah fenomena biasa bagi Hadi & geng. Lagipun banyak pasangan bertunang dgn glamour masing-masing tapi akhirnya tak jadi nikah (kahwin).

Anonymous
Guest
Anonymous

Sudah tukarkah itu Hadi Awang punya fatwa,dulu lain bunyi sekarang apabila termakan budi dah nak gadai parti pula.Cakap tiada serupa bikin?kah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Syabas dan tahniah kpd Tuan Ibrahim dan Idris Ahmad kerana potong stim Najib dan Hadi. Patutnya yg utama disebut yalah usul Hudud Kelantan tu janganlah nak sandiwara lagi dgn JK Teknikal keapa, kalu ikhlas UMNO yg bawa gerenti masuk teratas dlm senarai usul2 dan Speaker akan bagi jalan.. Bukannya berbelit2 alasan usul2 kerajaan ada prioriti berbanding usul persendirian. Walla.. Cepumas! Yg jelas peminat2 UG dalam PAS semua terlior tengok habuan kemewahan Nasha gara2 baca doa dan jurupandu program diMakkah, Gaza , contact Hamas dan program2 proUMNO. Sekurang2 nya TI dan IA maseh menghayati prinsip dan tidak tunduk kpd desakan nafsu… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jgn salahkan HD. Agaknya, dia pun nak juga merasa jadi YB (Wakil Rakyat), walau dapat sekali pun jadilah. Para pemimpin PAS yg lain boleh dikatakan semua dah pernah jadi YB (Par/Dun).

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan kacau. Jangan bising bising Hadi tengah stim tu. Dia tengah horny sangat dengan UMNO.
Dah tak sabar sabar nak menikah. Dia sanggup jadi cina buta.
Dulu ni UMNO janda PAS.
PAS terpaksa ceraikan UMNO sebab UMNO kuat sangat kemut. PAS tak tahan lama sebab cepat pancit. Skrng ni PAS dah kena pill kuda. Hadi makin teransang terus teringat semula kisah malam pertama dengan UMNO. Itu lah separuh mati nak rujuk semula. UMNO pun gatal juga. Tertonggeng tonggeng bila nampak PAS.Manalah Hadi tak geram.Semakin hari semakin mencanaklah Hadi. Itu lah yang sedang mengurat sakan tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi tak de class dan manusia bangsat. Bolih dia sebagai pemimpin parti islam duduk satu pentas dengan penjenayah rasuah paling teruk dlm dunia yg ambik RM2.6billion dari perasuah Arab dan RM42million wang Pension fund.

Ini alumni al Azhar pun kurang islamik. Pi jemput penjenayah rasuah yg sedang dlm siasatan SPRM bagi key note address. Ini semua islam rasuah…

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Wahai pemimpin pas janganlah terperangkap dgn janji manis umno nanti org juga yg gigit jari umno tetap dgn egonya

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Wahai pemimpin pas janganlah terperangkap dgn janji manis umno nanti org juga yg gigit jari umno tetap dgn egonya

Anonymous
Guest
Anonymous

Ingatlah firman allah.. Wahai org beriman hindarilah dari pelbagai syak wasangka. Sesunguhnya sebahagian dari wasanka itu adalah dosa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Gilak punya Hadi main cinta yang terlarang.
Ambil pencen sajalah Hadi oiiii dok rumah jaga cucu lebih mulia lagi sebelum semua ahli pas terajang kau keluar daripada parti.
Dosa dosa lampau kau cukup banyak Hadi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Berambus Hadi… berambus…
Pergilah kau dan konco-konco kau
masuk dalam tong taik Umno…

Anonymous
Guest
Anonymous

Novel SHIT utk UMNO pun x ramai orang faham.. Budin…aku harap ada sesapa yg power (Budin kot2 la) tulis dan kluarkan Novel FUCK utk isu PAS-UMNO pulak dgn environment skang..

Dulu SHIT pun melayu x paham dan khatam lagi.. kluaq FUCK, al ostat wal mostat soheh bitau hukum kapiaq punyalah.. ada plan ka Budin..

asri adnan
Guest
asri adnan

PAS nak berpecah lagi. Lepas muktamar wujud Amanah, lepas perhimpunan Umno wujud apa lagi ni?

Anonymous
Guest
Anonymous

Selagi Hadi dan Din Ayam… serta kuncu2 UG dok ada dlm PAS..PAS akan dilihat seperti parti haramjadah saja..

Kami tau..kot Pantai Timur.. mmg anti bergabung dgn Cina.. tapi suasana Panyai Barat mmg lain.. Assabiyah Melayu x sebegitu..

Melayu Islam kini serba salah.. PAS mcm cilaka.. PAN baru sangat ditubuhkan.. PKR x berapa Islamik.. jadi ramai berdiam diri duduk atas pagar.. 2 yahun lagi.. gerenti PAS x lagi menjadi pilihan sewaktu PAS FOR ALL dilancarkan.. yg mana ramai org Cina berbondong2 sokong dan buat kelab penyokong.. lani..Cina sumer pakat celah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Aiyaaaa…Hadi…lu cakap tatak sama dengan lu bikin.
Lu cakap bohsia tapi lu sendiri pun bohtua
Lu ular..ma taik ayam candu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya rasa yang menentang penyatuan PAS dengan UMNO akan disuruh keluar dari PAS. Muktamar yang lepas telah membuktikan siapa yang menentang akan dihumban keluar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Silap tu kali ini hadi yang akan terkeluar,sebelum PRU 14,ingat ahli PAS dah disemai kebencian terhadap umno sejak berdekat dekat lamanya oleh mullah mullah PAS dan kejijikan umno hampir disama dengan khinzir ,pendek kata apa yang di kata kan oleh mullah ini dismakan dengan kata kata tuhan ,ini kenyataan ,tapi macam mana pun PAS tak akan menang besar dan UMNO semakin malap dan tak relevan sekiranya Najib masih PM dan presiden parti.