APA SUDAH JADI DENGAN LADANG ANGGUR SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN?

Beberapa tahun dahulu, menjadi perbualan umum mengenai kewujudan sebuah ladang anggur di kawasan Sendayan, Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Anggur Sendayan Fruit Farm.
Bagi yang biasa melalui kawasan Sendayan untuk ke Port Dickson, tentu tidak asing melihat sebuah kawasan bukit di tepi jalan yang dijadikan ladang tanaman itu sambil tertera tulisan besar “Anggur Sendayan Valley” di lerengnya.
Dikhabarkan terdapat kira-kira 6,000 pokok anggur ditanam di ladang itu, selain tanaman lain seperti buah nona, jambu, mangga, mata kucing, laici dan lain-lain lagi.
Ia bukan saja menjadi ladang anggur pertama di Negeri Sembilan, bahkan juga di Malaysia.
Ramai yang teruja dengan projek itu memandangkan cuaca panas negara kita sedangkan diketahui umum anggur lebih sesuai dengan cuaca Mediterranean dan sejuk saja.
Projek tanaman anggur itu diusahakan di sebuah kawasan bukit seluas kira-kira 10 hektar oleh sebuah syarikat swasta, A-Winn Global Market Sdn Bhd yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan, pimpinan Menteri Besar, Mohamad Hassan.
Dalam masa yang sama, ladang anggur itu juga turut dijadikan kawasan tarikan pelancong di mana orangramai boleh mengunjunginya dengan bayaran masuk RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.
Tetapi apa sudah sudah jadi dengan ladang itu sekarang ini?
Sejak beberapa bulan lalu, ia seolah-olah terbiar dan sudah dipenuhi semak samun saja?
Tiada lagi kelihatan sebarang aktiviti di ladang itu, pintu pagarnya pula sentiasa berkunci dan semak samun yang kian meninggi hampir menenggelamkan semua pokok-pokok tanamannya.
Tulisan “Anggur Sendayan Valley” di lereng bukit turut sudah tenggelam di sebalik semak samunnya.
Di sekeliling ladang pula rancak dibina rumah-rumah kediaman dan bangunan kedai, malah tidak berapa jauh daripada ladang anggur itu sedang dibangunkan kem tentera udara yang dipindahkan daripada Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Tanah kem tentera Sungai Besi yang ada sekarang sudah menjadi milik 1MDB dan dirancang untuk dibangunkan dengan nama Bandar Malaysia.
Apakah ladang anggur itu gagal dan sudah ditutup sekarang ini?
Kenapa dibiarkan semak samun meninggi sehingga menyakitkan mata pemandu yang lalu-lalang di kawasan itu?
Atau adakah bukit di mana terletaknya ladang anggur itu hanya menunggu masa saja untuk ditarah dan dibangunkan dengan rumah kediaman dan bangunan komersial seperti kawasan sekelilingnya juga? (SH 20/12/2015)

Tulisan “Anggur Sendayan Valley” pun tidak kelihatan lagi kerana dipenuhi semak samun.

Pokok anggur tidak lagi kelihatan, manakala pokok-pokok lain terbiar begitu saja.

Pintu pagar  sentiasa berkunci dan jalan masuk pula mula dipenuhi rumput liar.

Inilah papan tanda ladang anggur yang turut lusuh dan terbiar.
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

14
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHalbert magic Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Bila naik rumah kedai kita dah tau siapa pemilik nya .Itu lah kerja pemimpin skrg gadai tanah kat cha ya nun buat rumah,buat kedai,then pemaju cha ya nun jual dgn harga tak masuk akal.Last sekali melayu yg terpinggir.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah dua projek yang gagal. Satu lagi lembu kondo di Gemenceh.

Ada satu projek kolam ikan keli yang terbesar di Selangor, konon mampu membekal ikan sehingga untuk di ekspot, apa sudah jadi ??

Melayu cuma boleh tanam pokok ubi je. Yang main campak.

Orang cina tanam buat batas dan tutup dengan plastik. Mana melayu nak maju. Ubi melayu kurus panjang. Ubi orang Cina besar dan kekuning-kuningan..

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kalau kita pergi dekat kedai buah buahan pekan rantau tu kan banyak buah anggur beli je dah tentu buah tu datang dari kebun sendayan aku beli je bersangka baik

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kalau kita pergi dekat kedai buah buahan pekan rantau tu kan banyak buah anggur beli je dah tentu buah tu datang dari kebun sendayan aku beli je bersangka baik

Anonymous
Guest
Anonymous

Sama ja depa semua. PAS perintah pun rembat. PKR perintah pun rembat. DAP perintah pun rembat. Tapi yg paling jaguh dan paling champion dalam dunia tak lain tak bukan..Cuba teka?

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib & rosmah la tu….aku teka je..

Anonymous
Guest
Anonymous

macam-macam adaaaaaa @ macam-macam bolehhhhh… : LoL

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya rasa nawaitu mereka itu nak dapatkan tanah tujuan membina bangunan komercial dan perumahan, bukan untuk tanaman anggur. Mereka bukan buta tentang iklim tanaman anggur. Yang buta ialah kerajaan Negeri Sembilan.

albert magic
Guest
albert magic

Kerajaan pun tak buta tapi berpakat untuk merembat

Anonymous
Guest
Anonymous

Tanam ganja lagi baik….org umno ni elok kumpulkan semua di satu pulau Dan lepaskan bom atom!!!!cuba bayangkan kalau taik pun boleh buat duit….

Anonymous
Guest
Anonymous

Wak budin… kes yg sama di Taman Agro Teknologi Bukit Changgang. Hangus duit rakyat dengan projek2 separuh fikir ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Selagi Ada orang melayu yg mengusahakan selagi itu lah ladang jadi lalang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat2 heran pulak ko ni Buddin.. sia2 jadi ahli UMNO berpuluh tahun.. tapi x reti nak merembat!!

Ketua kampung yg x bersekolah pun reti buat duit jugak. Hari2 dok lepak kat cawangan.. dpt la projek longkang, jambatan dan mini tar. Projek 50k.. buat jambatan dgn 10 kok jer.. orang tanya, kok simen ni order dari Anerika katabya.. walhal kilang batu dan simen kat pekan terdekat pun..4km ja dari kampung..rezeki berkat!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Biaso la tew..kat Malaysia nih den kobaan..mano ado projek yg botui-botui monjadi..yang tontu jadi hah SAMUUUN la..apo laie..Mat Kassan eh..silap..Mat Assan..ko..Iso samed ko..tontu juo kayo-rayo..tu bolum masok si KJ..wa'ang ondak cayo..poie la tanyo..