UMNO, PAS PERLU BUAT REFERENDUM SEBELUM JALIN KERJASAMA

Antara Najib Razak dengan Hadi Awang pula, siapakah yang paling mahu jalinan  kerjasama itu?
Siapakah yang lebih mendapat manfaat jika kerjasama itu menjadi kenyataan – Najib dan UMNO atau Hadi dan Pas?
Adakah kedudukan Melayu dan Islam benar-benar mendapat untung daripada kerjasama itu?
Barangkal soalan-soalan diatas adalah pertanyaan lazim mengenai kerjasama UMNO dengan Pas yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Walaupun mungkin  ramai yang mengatakan Najib yang lebih ke depan penonjolannya dari segi inginkan kerjasama itu, terutama bagi menyelamatkan survival politiknya, terdapat juga sebilangan yang lain menyatakan bahawa Pas juga perlukan kepada kerjasama tersebut untuk masa depannya.
Dalam konteks Najib dan UMNO, keperluan kepada kerjasama itu sangat mudah difahami berikutan serangan daripada Tun Mahathir Mohamad yang berterusan sejak sekian lama dan pelbagai isu yang melanda negara lebih memungkinkan parti itu bakal kehilangan kuasanya dalam pilihanraya akan datang ini.
Berdasarkan perkembangan semasa, hanya dengan menjalin kerjasama bersama Pas sahajalah yang memungkinkan Najib dan UMNO boleh terus kekal menggenggam kuasa.
Bagi Pas pula, perlunya kerjasama ini hanya dilihat untuk memulihkan imejnya yang berpecah dengan kumpulan progresif sehingga tertubuhnya Amanah dan juga berikutan keputusannya tidak mahu menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
Hadi yang kepimpinannya paling dipertikaikan sejak kebelakangan ini sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada musuh-musuhnya bahawa Pas yang diterajuinya masih lagi menjadi buruan dalam penentuan kuasa dalam negara ini.
Cuma, dalam konteks keuntungan kepada Melayu dan Islam yang masih kedengaran pertikaiannya di mana-mana. Sementara ada yang mengatakan kerjasama itu akan melonjakkan maruah Melayu dan Islam, pihak lain agak skeptikal dengannya sambil menyatakan ia sesuatu yang masih kabur lagi.
Bagaimanapun, mahu tidak mahu, UMNO dan Pas mesti menyedari bahawa kerjasama ini adalah perkara besar kepada kedua-dua parti tersebut.
Ia bukan perkara main-main kerana implikasinya kepada kedua-dua pihak juga bukan sedikit.
Paling tidak, implikasinya kepada UMNO yang perlu diambilkira ialah dari segi penerimaan ahli di peringkat bawahan, hubungan dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN, kesannya kepada senario politik di Sabah dan Sarawak serta dari segi pembahagian kerusi dalam pilihanraya.
Kepada Pas, selain penerimaan ahli peringkat bawahan dan pembahagian kerusi dalam pilihanraya, kerjasama dengan UMNO tentunya membawa kesan yang sama kepada tahaluf siyasinya dengan PKR di Selangor sekarang ini.
Pas menolak untuk menyertai Pakatan Harapan kerana tidak sebulu dengan DAP dan Amanah, tetapi dalam masa yang sama kekal meneruskan pakatan kerjasamanya dengan PKR di Selangor.
Apakah jika memilih untuk “cium mulut” dengan UMNO, Pas sudah sedia berundur daripada semua kedudukan dalam kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali, daripada jawatan Exco, jawatan di pelbagai anak syarikat GLC hinggalah ke peringkat ketua kampung yang sedang dipegangnya?
Dalam hal ini, untuk membolehkan kerjasama itu benar-benar konkrit dan bukan merupakan keputusan pihak atasan semata-mata, adalah wajar UMNO dan Pas mengadakan referendum di kalangan ahli-ahlinya atau setidak-setidaknya mengadakan perhimpunan khas untuk mendapat persetujuan mengenainya.
Selain implikasi-implikasi yang disebutkan itu, harus juga disedari bahawa perbalahan politik antara UMNO dengan Pas bukan sekadar berbeza ideologi dan berebut kuasa semata-mata, tetapi rentetannya turut merebak sehingga adanya perpecahan dalam keluarga, kampung, surau, masjid dan di satu peringkat turut melibatkan tuduh-menuduh dari segi akidah.
Dari segi tekanan dan mangsa kuasa, bukan sedikit pula yang menderita, teraniaya dan sengsara, malah ada yang sehingga kehilangan nyawa.
Lantaran itu, kalau pun perlu sangat untuk UMNO dan Pas bekerjasama bagi menyesuaikan dengan keperluan serta realiti semasa, keputusannya tidak harus hanya melibatkan peringkat atasan saja dan memangsakan ahli serta penyokong di peringkat bawahan. (SH 19/12/2015).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

27
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
roslan othmanAnonymouskmlmustapa m saidNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu, dizaman Tun Razak, ahli-ahli cahap bukan Pas yang masuk Barisan, yang masuk ialah Asri!

Anonymous
Guest
Anonymous

Tun razak bagi tanah dan tubuhkan felda negara jadi makmur.
Najib jual tanah tubuhkan 1MDB negara jadi lebur.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yg duk cium mulut tu Najib, Hadi Dan peminat setia UG Harun Din.. Yg duk beromen kat blkg Wajdi, Nasha, Din Ayam, Zuhdi. Skang tokoh2 agama salam politik dah kena bius sindrom cash-is-king tengoklah Wajdi, Nasha, sikaki golf yg merudun bintang politik dan ulamak muda UMNO yg terperangkap dgn krisis id selepas gelojoh double barrel sebagai contoh. Rakyat bergelumang dengan isu realitis keperitan ekonomi dan kejengkelan salah laku kuasa dan ke tidakyakinan trust yg serious. Tak kira referendum keapa yg penting kerjasama ini mesti diutamakan. Apa2 pun jadi ke tak jadi rakyat mesti bulat tolak kedua2 di PRU nanti sebagai… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat sangat2 teruja nak tengok pas dan umno bersatu. Tolonglah dipercepatkan.

Rakyat sangat2 tak sabar nak berkompang menyambut peristiwa ini.

Lepas ni rakyat pun mudah buat pilihan. Nak sokong PH ke atau BN. Kan jelas buat pilihan nanti..

Anonymous
Guest
Anonymous

Bersatu bertambah mutu. Najib ada RM2.6 bilion. Hadi ada syurga

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 13.11-apa yang saudara paparkan bagitu bernas.Buat macam Serawak minta sesatu yang boleh menguntungkan Kelantan,ada telaga emas hitam ok,kalau kosong minta diri untuk beredar.Macam paparan SH yang lepas singboard umno nak tumbang hampa sokong slkit dengan buluh .Nanti apa yang dapat.Tunggu dan lihat.

kml
Guest
kml

Dalam masa sekarang tidak akan mungkin terjadi penyatuan umno dan pas cuma persamaan ideologi melayu dan islam je.Umno akan menarik pas dalam kerajaan perpaduan jika bn kalah dan memerlukan sokongan pas.umno akan membiarkan pas bertanding disetiap kawasan supaya dapat memecahkan pembangkang. Jika berlaku pilihan 3 penjuru kemungkinan besar bn akan dapat bertahan.

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Mungkinkah 'Amanah' akan menjadi pilihan alternatif untuk menggantikan UMNO dan PAS pada PRU14 di kawasan2 Parlimen dan DUN yg dipegang oleh kedua-dua parti Melayu ini sekarang?

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Mungkinkah 'Amanah' akan menjadi pilihan alternatif untuk menggantikan UMNO dan PAS pada PRU14 di kawasan2 Parlimen dan DUN yg dipegang oleh kedua-dua parti Melayu ini sekarang?

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak payah buat referendum, apa-apa ke …

Amanat Hj Hadi sendiri Hj Hadi tidak patuh ! Najib sendiri tidak ikut udang-undang !

Kitab Quran pun di guna bila perlu iaitu apabila ianya memberi menafaat kepada kepentingan sendiri.

Dua-dua kaki putar-belit. Penipu. Hipokrit. Pagi cakap lain, tengahari cakap lain. Janji cuma mainan mulut. Tulis lah amanat atau referendum atas batu besar sekalipun dan letakkan satu di PWTC dan satu di Marang, bila salah-seorang dapat sedikit keuntungan, segala yang di amanatkan dan di referendumkan … di ketepikan begitu sahaja.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Org Melayu dan Islam yg merempat di bandar di kampong tak untung apa dlm kerjasama Umno dan Pas yg untung org kat atas tu rakyat tetap ditekan dgn kenaikan kos hidup mereka kat atas tu senang lenang je yg prnting jangan undi parti Bn Atau Pas kerana tak jujur

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Org Melayu dan Islam yg merempat di bandar di kampong tak untung apa dlm kerjasama Umno dan Pas yg untung org kat atas tu rakyat tetap ditekan dgn kenaikan kos hidup mereka kat atas tu senang lenang je yg prnting jangan undi parti Bn Atau Pas kerana tak jujur

NASIR JOHAN
Guest
NASIR JOHAN

Tak ada niat lain bagi najib utk bekerjasama dgn PAS. Saya berani mengatakan bahawa kerjasama ini hanya utk kepentingan peribadi Najib utk terus berkuasa. Tentangan terhadap najib bukan sahaja bertambah dr pihak pembangkang malah dari dalaman umno sendiri. Bilangan pengundi umno yg berada di atas pagar semakin bertambah. Najib menjangkakan kumpulan atas pagar ini akan beralih kepada PAS. Perhitungan najib dgn adanya kerjasama dgn pas adalah utk meneruskan kepimpinan nya. Najib tahu seandainya BN tidak lagi memerintah, najib akan berhadapan dgn mahkamah. Najib dah bersedia dgn satu alternatif iaitu melarikan diri keluar negara (duit dah ada). Alternatif kedua adalah terus… Read more »

Nurul Saffiya
Guest
Nurul Saffiya

Ramai nanti yang keluar PAS dan ramai juga yang keluar UMNO dengan pakatan UMNO-PAS ini. Saya berserta keluarga dan rakan-rakan ahli PAS sedang menunggu masa itu..

Anonymous
Guest
Anonymous

YAA BETOOLL..taqbiiirr!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat Kelantan harus desak Hadi.
Kalau Pas nak bekerjasama dengan Umno,
beri dulu royalti minyak Kelantan.
Boleh gunakan untuk rakyat menderita banjir.
Kalau Pas bekerjasama juga tanpa royalti,
Dalam pru14 tolak Pas gantikan dengan Amanah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah kene la tu..sorang penipu..sorang pencuri..pengikut si penipu takkan la bodoh sangat nak teruih kene tipu..tapi yang paling terok..pengikut si pencuri..orang lain tu besa la kalo dicurinye tapi yang pengikut-pengikutnye sindiri pon dipau skali tu ape hal..itu pon tak sedor lagi..lembu dan kaldai tu lagi cerodek!

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS berkerjasama dengan UMNO sudah lama semasa PAS bersama-sama dengan PR. Jika tujuan PAS berkerjasama dengan UNNO kerana PAS tidak kuat adalah tidak tepat. Masalah PAS cuma tidak mahu Anwar jadi PM. Sedangkan Hj Hadi merasakan dirinya lebih sesuai sebagai PM. Cuma kebelakangan ini apabila pemimpin progresif PAS tinggalkan PAS baru lah PAS tidak kuat kerana di pimpin oleh bendul-bendul yang tidak berani dan kurang bijak. Keyakinan PAS pada perjuangan Islam telah hilang apabila membiarkan Hj Hadi dan Harun Din berkuasa menentukan masa depan PAS. UMNO cuma gila kuasa. Apa Najib nak buat, buat lah. Asalkan UMNO terus berkuasa. IPP… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

dalam pru13 rakyat pilih pas suruh
mereka bersama pr jatuhkan bn/umno.
bukannya suruh bergabung dengan umno.
punyalah khianat dan laknatnya pas ni.
ini macamkah parti islam semalaysia.
dalam pru14 rakyat akan ajar mereka.
silap-silap satu kerusi pun tarak.
di kelantan pun pas akan bungkus.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam pilihanraya kecil permatang pauh dalam diam diam pas buat taik kat umno

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa perlu referendum. Umno parti Najib yg punya. Siapa menentang dia, kena pecat dan gantung. Pas parti Hadi yg punya. siapa menentang..dia ckp jebun, pengkhianat, secularist, pil kuda supplier, baruah.

Harap Najib dan Hadi umum segera kerjasama ke, bersefahaman ke atau bermuafakan ke atau pengabungan ke…rakyat Msia khas nya melayu tk peduli pun. Najib perasuah yg paling keji dlm sejarah Msia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno perlu berhati2 dan waspada dengan tindak tanduk Pas sebelum memeterai apa2 pun perjanjian,..kerana umum sedia maklum dengan pendirian Pas sebelum ini y tidak konsisten dan sering melakukan pusingan 'u' atas alasan y kadang kala tidak masuk dek akal,…Pas sentiasa punyai agenda tersembunyi,…ini dapat dilihat dengan tindakan Pas sebelum ini ketika bersama Pakatan Rakyat,…atau mungkin Pas sendiri mempunyai agenda sulit antara DAP dan PKR untuk menjatuhkan Umno tanpa kita ketahui secara amnya,…apa y menjadi kerisauan adalah Pas itu sendiri y sering melakukan keputusan2 y tidak popular dan sering tidak bersetuju dengan apa y di putuskan parti kompenen lain ketika bersama… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak payah berhati2. Dua2 sama dan secocok. Bezanya cuma, satu pakai songkok tinggi, yg satu lagi berbalut kepala. Teruskan aja, tak akan ada yg berbeza. Rakyat sdg bergelut dgn kesusahan, jadi takda masa yg terluang untuk menonton sandiwara.

Anonymous
Guest
Anonymous

kah kah kah,..sandiwara bertajuk 'Telur Pas di bibir Umno',..kah kah kah!

Hata Ben Ross
Guest
Hata Ben Ross

bukan susah, umno boleh terajang pas bila kuasa stabil. perkara pernah berlaku dan pasti boleh buat

Anonymous
Guest
Anonymous

Dua dua pun tak betul. Dua dua pun gila kuasa. Pemimpin ke dua dua ni pun tiap tiap hari disumpah seranah oleh rakyat.
Yang pasti pas akan tumbang umno pun akan tumbang kalau dua dua pemimpin gila babi ini masih mengetuai parti.PAS sudah berpecah. Umno pun berpecah. Angkara siapa? Angkara hadi dan angkara najib.
I will never surrender. I will never retreat. Dalam hati dia berkata if l do so l akan ditangkap masuk jail…

roslan othman
Guest
roslan othman

Sebanarnya apa saja uasaha yang dibuat untuk selamatkan Najib tidak akan berjaya , saya bergaul dengan ahli PAS dan pernah jadi ahli PAS dari tahun 1985 hingga 2000 kemudian tidak terlibat dalam mana mana parti,tapi menyokong kepimpinan Tun M , Ahli PAS sudah hampir 40 tahun di doktrinasi minda untuk membenci UMNO yang dilihat kotor dan suka melanun , Ahli PAS terutama generasi muda lebih selesa dengan PKR dan DAP , sebarang usaha kearah bergabung dengan umno akan merosakkan undi PAS pada PRU 14 dan kemungkinan akan menguntungkan AMANAH dan PKR , sepatutnya kalau PAS nak menyapu undi orang melayu… Read more »