JAWAPAN MUHYIDDIN MENGENAI PERANAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN

Saya mendengar dengan teliti ucapan dasar Presiden UMNO.

Saya menghargai peringatan Presiden bahawa tugas Timbalan Presiden di bawah Perlembagaan UMNO ialah membantu Presiden. Tugas Presiden pula ialah menjaga kesempurnaan parti.

Itulah yang telah saya lakukan selama ini. Sebagai Timbalan Presiden saya telah membantu Presiden menerajui jentera UMNO dan BN dalam pilihanraya umum dan pilihanraya kecil menerusi peranan saya sebagai Pengarah Pilihanraya. Saya juga telah membantu Presiden memastikan kelicinan pengurusan dan pentadbiran UMNO menerusi peranan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO.

Saya juga telah membantu Presiden menangani pelbagai permasalahan parti.

Begitu juga ketika saya menjawat jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi. Amanah membantu Presiden tidak pernah saya abaikan.

Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh ahli, saya juga bertanggungjawab kepada parti dan ahli-ahli. Saya banyak mendengar suara akar umbi mengenai pelbagai permasalahan yang berkait dengan kepimpinan parti. Maka tanggungjawab saya ialah untuk memberikan nasihat kepada Presiden supaya mendengar suara ahli-ahli parti di akar umbi dan segera memperbetulkan keadaan.

Sebaliknya saya disingkir, disisih malah dihalang daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden.

Saya juga tidak dibenarkan berucap secara lazimnya dalam perhimpunan ini dan sudah tentu pandangan saya ini tidak dapat disampaikan kepada para perwakilan secara terus. Pentas dalam perhimpunan kali ini tidak sama rata.

Dalam Islam kita dituntut supaya patuh dan taat kepada pemimpin. Hal ini disebut oleh Presiden dalam ucapan dasarnya pagi tadi. Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar.

Saya berharap agar perbahasan yang berlangsung sepanjang perhimpunan agung UMNO pada kali ini, termasuk perbahasan mengenai ucapan dasar Presiden, menyentuh perkara-perkara penting yang dapat menarik semula kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Berbahaslah dengan jujur, ikhlas dan benar.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO.

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

14
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousZakaria AliDapatgajibukanpengorbananberasiamroslan othman Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Masih ramai yg bodo bodo dok dalam parti.Semua kerana cash is king….jiwa duit x dapat dipisah dalam umno….tengok pemimpin yg kuat kipas semua boroi boroi….ku nan n si rauf

Anonymous
Guest
Anonymous

Tengok muka dia pun dah tahu memang muka penipu
Tengok cara dia mengendalikan PAU kali pun pun dah tahu cara diktator atau kuku besi.
Ada pula pengampu yg berkata najib manusia anugerah tuhan terus kena booo dgn perwakilan.
Ini bukan PAU tapi Perhimpunan Agong Pengampu dan para Penipu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Org yg makan rasuah dan penipu nampak tenang dpn org ramai tapi hakikatnya jiwa mereka ttp resah dan gelisah atas dosa2 yg mereka sorokkan.Allah pasti bg hukum yg setimpal di dunia dan akhirat.

berasiam
Guest
berasiam

Tugas utama presiden ialah cari duit. Dapat duit masuk dalam akaun peribadi. Asal kantoi aja boleh cakap derma. Timbalan presiden kena bantu cover presiden la. Tak boleh soal apa2, cover aja. Barulah dikata menjalankan tanggung jawab dengan baik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Haha.. inilah budaya Melayu Islam yg taat kpd agama negara dan bangsa iaitu UMNO dan PAS. Time nak kluaqkan duit poket sendiri, tak boleh. Sumer pow duit rakyat dan duit ahli totok yg dimomokkan dgn balasan syurga nan abadi. Janji sesen pun duit ustat2 dan para penyamun ni terus selamat. MP Adun UMNO dan PAS sama 2×5. Pasal duit ja, kedekut nak mampos.

Rembat apa saja selagi berkuasa. Peduli apa rakyat jelata. Rezeki masing2. Menipu sajalah selagi mahu. Jangan takut jangan bimbang, tak ada karma tak ada balasan. Balun cukup2 untuk anak bini dan kroni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 6:57,

Balasan & karma itu tetap ada, cuma kita tidak dapat melihatnya dibelakang kedua2 bijik mata kita, diantara kedua2 telinga kita yakni balasan & karma itu terjadi keatas diri kita sendiri yang merelakan penipuan, rompakan & penindasan dibuat oleh pemimpin yang kita pilih..

Balasan & karmanya yg kita terpaksa tanggung termasuklah, kenaikan kos sara hidup dgn kenaikan harga barang keperluan, minyak, letrik, tambang pengangkutan, pembelajaran, cukai GST, penurunan nilai Ringgit dsb…

Bukan ke Hisab Tuhan itu TUNAI? Kalau kita dukong penipu, perompak & penindas, kita tanggung beban tertipu, dirompak & tertindas.

Khalas!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Indeed.

Anonymous
Guest
Anonymous

If i were a wife, a husband, a son, a daughter, or a grandson of any of those corrupt people, i would feel the shame; for being associated by blood, with someone who the power to govern fairly and sincerely; but yet not only being unable to do so, but has the courage to kencing the people pagi petang siang malam. But i guess they, and their entire family line, do not know shame after all. I am referring to the Kims of north korea. Kesian kan orang korea utara, dibangsatkan oleh pemimpinnya sendiri.

roslan othman
Guest
roslan othman

Anon 21.03 kamu ini pun telah dilembu oleh najib ke, atau kamu silap masuk blog ni , I just like to tell your pirates boss Najib the bugis , tell him that he can fool people like you for a lot of times but this najib bustard cannot fool all peoples all the time ,just remind you againt that ,you can be good to your corrupt boss but please to try to fool people with the shit he has done , a corrupt leaders(Najib) corrupt absolutely in everything.

Anonymous
Guest
Anonymous

To all kipas susah mati 2.6b… Matlamat tidak menghalalkn cara..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dear Tan Sri, There is no use to say what you say for so many of us know why you did what you did… As far as that guy is concerned, he is living in his own perfect world where he can hardly do any wrong and you and the rest are the bad guys. Really, it is a total waste of time and energy. Now, there are still two other things which I would like to share with you. First, it was you who got us all the Malaysians to know that there was in fact the amount of… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

TSMY is trying to fight for Malays and entirely for Malaysians,…and you said it's all just a waste of time?…you are really a coward,…You should go migrate to Timor-Leste,..

Anonymous
Guest
Anonymous

It is not fair for a thief to talk bad about the peer group.

Dapatgajibukanpengorbanan
Guest
Dapatgajibukanpengorbanan

Di blog Zamkata ada geng sebut laporan polis di Perak berkaitan RM1.2 TRILION. Mohon Shah dan rakan2 beri pencerahan…