JANGAN SUSAH HATI – INI PELUANG MUHYIDDIN, SHAFIE BUAT SATU LAGI HIMPUNAN BERASINGAN

Mesyuarat khas MT semalam sah membuat keputusan hanya Najib Razak seorang saja dibenarkan berucap pada majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 tahun ini.
Bermakna, tidak lagi seperti tahun-tahun sebelumnya yang biasanya menampilkan seorang atau dua ahli MT, ketua-ketua sayap, Naib-Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya sekali oleh Presiden untuk memberikan ucapannya, tahun ini tiada pemimpin lain diberi ruang berucap sebegitu rupa.
Merasmikannya Najib dan menutupnya pula hanya Najib. Tidak ubah PAU tahun ini diadakan semata-mata untuk Najib.
Keadaan ini berlaku tidak lain kerana wujudnya perbezaan pendapat antara Najib dengan Muhyiddin dan Shafie berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang menyebabkan kedua-duanya diketepikan daripada kerajaan.
Dalam mesyuarat khas MT semalam, walaupun Muhyiddin dan Shafie membuat rayuan agar mereka dibenarkan menyampaikan ucapan sebagaimana biasa, tetapi ia tetap ditolak.
Ia akhirnya mengesahkan tanggapan Muhyiddin bahawa beliau hanyalah ibarat tunggul saja dalam perhimpunan tahun ini.
Sebelum ini, dengan tujuan untuk menyekat suara Timbalan Presiden itu, Muhyiddin juga dilarang daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Bagaimanapun sekatan untuk perasmian itu tidak membuatkan Muhyiddin berdiam diri, sebaliknya memilih untuk mengadakan program “Bersama Timbalan Presiden UMNO” di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 7 Disember lalu untuk menyampaikan amanatnya yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 penyokongnya.
Setelah dilarang pupa berucap untuk majlis penggulungan ini, apakah pilihan untuk Muhyiddin dan Shafie?
Sebenarnya inilah peluang terbaik untuk Muhyiddin dan Shafie menganjurkan satu lagi himpunan untuk mereka menyampaikan ucapannya sebagai ganti majlis penggulungan yang tidak dibenarkan itu.
Oleh kerana majlis penggulungan ialah pada petang Sabtu, 12 Disember nanti, Muhyiddin dan Shafie boleh memilih untuk mengadakan program himpunan itu pada waktu yang sama atau pada sebelah malamnya.
Ia juga boleh diadakan sama ada sekali lagi di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru atau dewan lain yang bersesuaian sebelum para perwakilan pulang meninggalkan ibukota.
Perlunya Muhyiddin dan Shafie mengadakan program himpunan untuk menyampaikan ucapan mirip penggulungan ialah kerana sudah tentu kedua-duanya akan menjadi sasaran kritikan, serangan dan mungkin ejekan atau “boo” yang sengaja diwujudkan oleh kumpulan pro Najib untuk memalukan mereka.
Tetapi, oleh kerana mereka tidak berpeluang berucap di majlis penggulungan, bagaimana mahu menjawab segala kritikan dan serangan itu?
Adakah mungkin Najib akan bersikap terlalu baik untuk menjawab segala kritikan terhadap Muhyiddin dan Shafie itu?
Atau Najib akan menggunakan kesempatan Muhyiddin dan Shafie tiada ruang bercakap itu untuk menambah lagi serangannya kepada kedua-dua pemimpin yang sudah dianggap musuhnya itu?
Berdasarkan perkembangan semasa serta pelbagai sekatan bersuara terhadap Muhyiddin dan Shafie, sudah pasti program himpunan itu akan mendapat sambutan luar biasa daripada ahli-ahli UMNO sendiri untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pemimpin itu.
Kepada Muhyiddin dan Shafie, sekarang adalah masa untuk melawan dan inilah kesempatan terbaik menganjurkan satu lagi himpunan besar seperti yang diadakan pada 7 Disember lalu. (SH 10/12/2015).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

23
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Miss VeeAnonymousMohamed NoorSang Wira BangsaKhairul Shamshi Mohd Hassan Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Miss Vee
Guest
Miss Vee

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebenarnya hukum karma utk Tun Mahathir. TS Muhyiddin hanya objek sebab musabbab shaja.
Konklusi: Lihatlah warisan peninggalan kamu wahai che det. Wayang yg pernah kamu mainkan sebelum ini, kini telah diulang tayang. APAKAH IKHTIAR KAMU SEKARANG? TOLONG JAWAB CHE DET.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kamu hidup susah ke zaman tun…maruah negara tergadai ke? Najib hanya menanggung beban peninggalan tun ke?
.

Mohamed Noor
Guest
Mohamed Noor

Untuk anon 19.07,
Mungkin hidup anon 18.26 tu susah di zaman TUN almaklumlah zaman TUN mana ada 2.6 bintang dalam akaun untuk dibagi pada penyokong fanatik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini bukan masalah susah atau tidak.

bebab macam-macam jenis beban dan beban yang paling berat dan dahsyat ialah apa yang di lakukan oleh mahathir. Selagi kita menafikannya selagi itu lah sukar untuk mengatasi masalah sekarang dan menyelesaikan beban yang di tanggung sekarang. Balik dulu ke pengkalan jalan.

Orang yang makan duit dengan cara yang salah hidup senang tapi kemudian dah kurang nafsu kerana badan dah lemah hidup mula susah. Atau anak yang susah sebab kesan dari tindakan si ayah (beban) Hanya dengan menyibukkan hal dunia, dapat melupakan beban tersebut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya nak bagi nasihat kepada Muhyideen. Mulai hari ini, pi mana2 mesti ada orang dan saksi2. Masuk bilik, mesti ada 2/3 org dan saksi2. Jangan berdua-duan2 dalam bilik, walupun untuk bincang isu Negara atau isu Najib. Jangan jadi macam Anwar Ibrahim, duk bincang dlm bilik 2 orang shj.

Manalah tahu, kok2 puak Najib nak rancang kes liwat3. Dengan RM2.6billion yg ada dng Najib, banyak laki2 munkin hendak mengaku mereka diliwat olih Muhyideen. Dengan Apandi, jadi AG, apa-apa bolih berlaku.

Ini nasihat saya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nasihat tak boleh dipakai.

Anwar tak pernah berdua dalam bilik pun kena jugak.
Jangan ambil pembantu yang masih muda.
Lagi pun Najib tak kan guna liwat terhadap Muhyiddin sebab sampai sekarang Muhyiddin tidak dapat memercik kan api menentang Najib.

Muhyiddin tidak berani bongkar rahsia Najib .Tak macam Anwar berani cabar anak siapa dapat apa dan berapa. Anwar bangkitkan juga isu keadilan dan kuasa yang di porak perandakan oleh ketua-ketua dalam jabatan kerajaaan seperti kehakiman dan pdrm.

Sang Wira Bangsa
Guest
Sang Wira Bangsa

Tiada guna. Muhyiddin Yasin bukan dan tidak setanding bekas Timbalan Presiden UMNO Anwar Ibrahim. Masih ingat berapa ratus ribu yang menyertai Reformasi membantah pelucutan jawatan dan penahanan Anwar? Pengaruhnya amat hebat di dalam dan luar negara pon terperosok ke penjara juga dia. Bukan sekali tapi dua kali! Terima kasih kepada sistem kehakiman Malaysia yang dibentuk Dr Mahathir Mohamad.

Segala kepincangan yang berlaku kepada parti Melayu terbesar itu yang kian melarat serta membarah ke atas negara ini penyelesaiannya hanya ada pada Dr Mahathir. Bekas Presiden UMNO itu tahu caranya, cuma beliau mahaberat untuk mengaku dan melaksanakan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau Sistem tun tak betul perbetulkan dr pandangan yang berkuasa sekarang…knp mesti tun Yg perlu dipersalahkan lg…kuasa ditangan siapa

Anonymous
Guest
Anonymous

tanam rumput masa kan tumbuhnya padi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau kita baca cara Zahid bercakap, sudah dijangka kehendaknya. Asyik najib akan buat keputusan, najib akan membersihkan parti, najib ini, najib itu ….. macam dia yang boss dan najib diberi arahan. Atau ada udang disebalik batu ….. ?

Khairul Shamshi Mohd Hassan
Guest
Khairul Shamshi Mohd Hassan

Apa la nasib UMNO. Ada presiden yg asyik mengharap orang lain tolong back up. Presiden pengecut.

Khairul Shamshi Mohd Hassan
Guest
Khairul Shamshi Mohd Hassan

Apa la nasib UMNO. Ada presiden yg asyik mengharap orang lain tolong back up. Presiden pengecut.

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Ahli umno banyak yang dah dunggu dari cerdik….gegak gempita bila ah jib gor bercakap….kena tipu berkali kali masih bangang

Anonymous
Guest
Anonymous

Iklan herba sikit…
Tunggul bkn sebarang tunggul.
Selaput tunggul mujarab utk penyakit darah tinggi..
Semoga bermanfaat…tkasih

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya sokong TSMY dan DSSA bangun bangkit lawan Najib. Inilah masanya. Jangan hanya tunduk akur dengan segala pijakan Najib. Penyokong Najib hanya perwakilan kat dalam dewan PWTC tu saja, itupun bukan semua. Yang majoriti kami rakyat tidak sokong Najib. Kamilah pengundi tapi kami diketepikan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Peluang TSMY nak gerakkan kebangkitan rakyat adalah pada himpunan di Kg Baru tempohari..selepas ini takde apa yang mampu TSMY lakukan untuk tumbangkan Najib/Rosmah..what a sad ending!

Malindo
Guest
Malindo

Kami diluar negara hanya mampu melihat live PAU dari live Astro Awani.Terima kasih Astro.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kasi gulung dengan karpet deepak.!!

Dah lah ajak berdebat pun takut, berucap pun takut.

Yang perwakilan pun tak kan tunggu dengar ucapan baru datang semangat. Akal dan iman dah tahu mana yang benar dan mana yang salah.

Mendengar dan menghadiri ucapan sekadar untuk ber sama-sama menghadapi situasi dan lebih ramai yang hadir lebih kuat untuk Muhyiddin mengatur langkah seterusnya.

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Aku nak tengok sebelum PAU 2015 melabuhkan tirainya..muhyidin dan shafie tunjukkan bukti mereka berdua bangun melawan. Kalo x..mereka telah mengkhianati rakyat marhaen seluruhnya dan layak lah mereka seperti " kain buruk shj" khalas

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Pok Din….buat majlis di sebelah malam sebelum ahli umno pulang.Kami nak lihat umno ni ahlinya bangang atau bengap…jangan takut

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib bagi je assalammuailaikum, perwakilan raba dalam seluar, kalau ada 'telur' tinggalkan je dewan ! Bila tanya semua mengaku UMNO ada masalah tapi bila bercakap Najib se orang, mana nak selesai masalah. Kalau Najib boleh dipecayai dan tidak banyak melakukan kesilapan lain lah. Pejaung apa ? Kalau setakat nak senang-lenang bersandar duduk dalam dewan besar tapi bila buat di dewan yang kurang selesa dah malas nak pergi dengan alasan boleh baca dari internat. Rasanya Muhyiddin kalau tegur pun tak melabel sesiapa pengkhianat atau bagi perumpamaan sebagai binatang. Muhyiddin cuma kata ambil cuti biarkan siasatan berjalan dan sudah tentu Muhyiddin ingatkan… Read more »

Malindo
Guest
Malindo

Buat sebelum perwakilan pulang ke kampong masing masing,mana tahu ada sebahagian perwakilan yang hadir semasa PAU,datang terang terang atau sorok sorok,pokoknya mereka datang dengar.TSMY boleh gunakan apa yang beliau tidak setuju semasa PAU untuk menggulungkan semuanya.