CADANGAN NAJIB UNDUR SEMENTARA, TIDAK TERANGSANGKAH ZAHID MAHU MENYOKONGNYA?

Antara perkara yang dibangkitkan oleh Muhyiddin Yassin dalam butiran amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman semalam bagi menggantikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang tidak dibenarkan ialah mencadangkan agar Perdana Menteri, Najib Razak bercuti rehat seketika sementara siasatan mengenainya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta diselesaikan.
“Saya ingin mencadangkan agar Perdana Menteri berehat seketika. Biarlah siasatan berjalan dengan bebas, telus dan adil serta jangan timbul persepsi beliau campurtangan dalam siasatan.
“Ambillah cuti sehingga kes selesai. Jika siasatan mendapati Perdana Menteri tidak bersalah, baliklah semula dan sambung tugas seperti biasa.
“Dengan itu, saya percaya nama Perdana Menteri dan imej UMNO dapat dibersihkan”, tegas Timbalan Presiden UMNO itu sambil diiringi tepukan gemuruh orangramai.
Sebagaimana yang disebut juga oleh Muhyiddin bahawa cadangan itu bukan ada apa-apa niat tidak baik terhadap Najib, sesungguhnya sesiapa pun dapat merasakan ia memang suatu cadangan yang ikhlas demi kebaikan Perdana Menteri, UMNO dan juga negara.
Terlihat bahawa Muhyiddin melontarkan cadangan itu terbit daripada pancaran jiwanya yang mahukan kebaikan serta penyelesaian yang akhirnya dapat diterima baik oleh semua pihak.
Ini kerana, walau  bagaimana sekali pun cuba dinafi dan disanggah, hakikatnya selagi Najib masih duduk di kerusi Perdana Menterinya, keraguan serta kesangsian orangramai terhadap kebebasan, ketelusan, keadilan dan elemen campurtangan sukar sekali mahu diketepikan.
Dengan mencadangkan sedemikian, tiada apa-apa yang berubah kepada kedudukan Muhyiddin. Beliau tetap dengan situasinya yang ada sekarang – sekadar Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri.
Sebaliknya, yang mungkin meraih sedikit kenaikan dalam takuk kedudukan ialah Ahmad Zahid Hamidi yang meningkat daripada Timbalan Perdana Menteri kepada Pemangku Perdana Menteri.
Selama mana siasatan berjalan, selagi itulah beliau akan bergelar Pemangku Perdana Menteri. Jika siasatan sudah selesai dan Najib didapati tidak bersalah, beliau boleh kembali menjadi Perdana Menteri semula, tetapi sekurang-kurangnya Zahid merasa juga duduk sebagai Pemangku Perdana Menteri.
Kiranya Najib didapati bersalah pula, Zahid juga lebih berpeluang untuk terus menjadi Perdana Menteri kerana dengan kedudukannya sedia ada dalam kerajaan, beliau lebih mudah mendapat serta memutlakkan sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen BN memihak kepadanya.
Dalam keadaan yang sama, Muhyiddin barangkali hanya berpeluang menjadi Perdana Menteri berdasarkan konsep parti menguasai kerajaan dan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua, itu pun sekiranya UMNO dan barisan pemimpinnya yang ada sekarang sedia membuat keputusan yang memihak kepadanya.
Cuma soalnya, selepas agak lama berada di luar kerajaan, apakah UMNO sedia menilai semula Muhyiddin atau merasakan memilih serta menobatkan Zahid menjadi Perdana Menteri lebih wajar lagi?
Mengenali budaya dalam UMNO, ternampak bahawa kecenderungan untuk mereka memihak kepada Zahid nyata lebih tinggi berbanding memilih Muhyiddin.
Apa pun persoalan yang bakal berbangkit nanti, yang jelasnya ketika Muhyiddin melontarkan cadangan agar Najib bercuti sementara itu, beliau sebenarnya tidak memikirkan keuntungan untuk dirinya.
Niatnya benar-benar untuk menyucikan nama Perdana Menteri serta demi kebaikan UMNO dan negara daripada kemelut 1MDB dan wang derma yang masih menjadi pertikaian rakyat itu.
Jika ada yang mendapat untung melalui perlaksanaan cadangan itu tidak lain ialah Zahid Hamid – daripada pemimpin Perak pertama menjadi Timbalan Perdana Menteri, martabatnya naik lagi dengan orang Perak pertama juga bergelar Pemangku Perdana Menteri.
Andai ditakdirkan Najib bersalah, peluang Zahid menjadi Perdana Menteri juga lebih terang cahaya di hujung terowongnya berbanding Muhyiddin.
Oleh itu, tidak terangsangkah Zahid mahu menyokong cadangan Muhyiddin itu? (SH 08/12/2015)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:36 pm

15
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
SAM72Anonymousadzzam adzzamJudas iskariotZakaria Ali Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
SAM72
Guest
SAM72

Pada saya senang sahaja. Kita kenapa nak sangat ambil tahu pasal derma yang Najib terima? Apakah ada wang kita dalam derma tersebut? Kenapa kita yang mengaku diri kita cukup sukar nak menerima apa jua. Macam kita dengan masyarakat sekeliling kita. Apabila jiran kita membeli kereta baru, kenapa kita pula yang terasa iri hati? Bila kita berniaga tetapi kawan sebelah kedai lebih berjaya, kenapa kita pulak yang marah? Kenapa semua ini berlaku. Hanya satu saja penyakit yang merebak dalam diri kita semua yang masih tidak boleh kita buang dari dulu sehingga sekarang iaitu PHD( PERASAAN HASAD DENGKI). Pernah tak kita bertanya… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Hang ingat Zahid nak sokong TSMY ?? Tak payah mimpilah. Zahid ada agenda lain dan buat masa ni diperlukan Najib lebih dari TSMY. Tunggu jer TSMY disingkir. Dan sudah dijangka ahli Umno akan sokong Zahid sama Najib. Tunggu dan lihat yeaa !

Anonymous
Guest
Anonymous

Memang dari segi advantage tak di nafikan zahid berpeluang cerah sbg PM atas kedudukkan dia sbg TPM .Tapi persoalan nya penerimaan rakyat macamana? Dengan sikap Zahid yg yang playsafe enggan bersuara malah mati matian menyokong kemungkaran Najib.Apa kah rakyat reda dgn pemimpin yg semacam ini? Tak mengejutkan kalau Zahid mengetuai piliharaya BN 2014 BN tetap akan ditolak kerana rakyat melihat beliau tak da byk beza dgn Najib .

Judas iskariot
Guest
Judas iskariot

Tempeh ada duo kebaikan dan 1 keburukan…1..sodap..2….murah..keburukan eh pulak…..bikin pesakit jantung copek mampussss….kakkakakakakkakakak….tak caya..cuba makan hari 2….kakkkkkaaakakkk…tak cayo…torai test leee kalau nokkk….kakakakkak

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah ada macai Khairy gadong yang duk backup Najib konon2 jadi presiden 2 penggal tak cukup. Bodoh punya politik. Kau perasan macam bandar sangat belajar Oxford. Tapi perangai pondan bertanding kat kat area kampung. Wei bhai kalau kau rasa kau hero bandar sgt lepas ni bertandinglah kat Bangsar. Bodoh punya bodek belajar je tinggi.

adzzam adzzam
Guest
adzzam adzzam

Dio naik pun ikut pintu mano?
Pijak sumo kopalo2 pejuang2 lamo, lopeh tu banyaklah punya sembang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pada saya, dato seri zahid hanya perlu perhatikan saja pertarungan antara 3 pemimpin UMNO ini… menang mereka jadi arang, kalah mereka jadi abu… sama seperti zaman peralihan kuasa di zaman TUN Abdullah dulu, pemimpin2 yang menang pada masa itu terus kekal sebagai arang hingga sekarang…saya yakin dato seri zahid juga bijak mengatur strategi…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tu nama nya pemimpin yg tak bertangungjawab dan hanya mementingkan kedudukkan dia .tanpa mahu menegur apatah lagi menentang pemimpin yg mungkar seperti Najib.Dia lebih pentingkan jawatan dan kedudukkan dia bukan demi rakyat dan perjuangan parti.

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Doa rakyat biar umno hancur…..dari bumi malaysia

Anonymous
Guest
Anonymous

Harap-harap kesah 1mdb &2.6b jangan berlanjutan macan kehilangan MH370 sudahlah.Hangat-hangat taik ayam saja.Banyak kemungkinan menyebabkan pekara-pekara ini berlaku.

nick
Guest
nick

Adakah seharusnya rakyat rasa teruja bila Najib melepaskan jawatan, Muhyiddin atau Zahid akan menggantikannya? Adakah rakyat yakin kedua2 orang kuat UMNO itu mampu memulihkan keadaan negara yang sedang tenat dikerjakan oleh Najib? Adakah kedua2 tokoh UMNO itu mempunyai pengalaman serta kebijaksanaan yang mampu memandu negara keluar dari kemelut yang dialaminya sekarang? Rasa2nya jawapan yang ada dalam fikiran rakyat yang waras akan mengatakan bahawa tidak ada seorang tokoh UMNO yang mampu atau mempunyai kredibiliti untuk membawa negara keluar dari segala masalah yang diciptakan oleh Najib secara khusus dan UMNO secara amnya. Apa yang boleh di jangkakan apabila orang UMNO juga mengambil… Read more »

Amir Hamzah
Guest
Amir Hamzah

Kalau disokongnya si DS Zahid dan berjaya memangku PM, maka jawabnya bersalahlah DS Najib dibuatnya DS Zahid. Script wayang boleh dirombak dan diolah makanya.

Amir Hamzah
Guest
Amir Hamzah

Kalau disokongnya si DS Zahid dan berjaya memangku PM, maka jawabnya bersalahlah DS Najib dibuatnya DS Zahid. Script wayang boleh dirombak dan diolah makanya.

Amir Hamzah
Guest
Amir Hamzah

Kalau disokongnya si DS Zahid dan berjaya memangku PM, maka jawabnya bersalahlah DS Najib dibuatnya DS Zahid. Script wayang boleh dirombak dan diolah makanya.

berasiam
Guest
berasiam

Caca marba. Dalam kerajaan lain, dalam parti lain orang no 2. Bijak najib buat semua caca marba. Contoh pemimpin yang tidak tegas. Tidak mahir buat pertimbangan. Buat keputusan yang tidak tepat.

Janggal jika zahid jadi pemangku apatah lagi pm selagi tsmy kekal sebagai timbalan presiden umno merangkap timbalan pengerusi bn. Suka atau tidak, kelayakan masih di pihak tsmy. Ingat peranan ling liong sik ketika umno diharamkan. Apa kedudukan zahid dalam bn? Jadi orang yang sekapal dari perak janganlah seronok sangat. PM bukan dari umno tapi dari bn.