Month: December 2015

HADIAH AKHIR TAHUN UNTUK MALAYSIA

Tidak ada perkara yang lebih “membanggakan”  yang boleh dianggap sebagai “hadiah berharga” di hujung tahun kepada negara apabila Malaysia diumumkan memenangi tempat ketiga dalam kategori “skandal rasuah paling teruk”  di dunia bagi 2015. Barangkali inilah pertama kali Malaysia berada di kedudukan “terbaik” itu dan sekaligus menjadikan tahun 2015 meninggalkan memori paling hitam bagi kita semua. […]

NAJIB MASIH ADA MASA SEHINGGA 12 MALAM INI UNTUK TUNAIKAN JANJINYA

Mudah-mudahan sebelum tibanya detik 12 tengah malam hari ini di mana tirai tahun 2015 akan melabuhkan episod suka dan dukanya, Najib Razak yang mungkin sekarang ini sama ada sedang berada di Dubai atau Hong Kong, akan segera tampil dengan janji yang pernah dibuatnya pada 14 Jun lalu. Dalam janji yang dibuatnya di hadapan kira-kira 1,500 ketua penerangan dan setiausaha […]

SEDARKAH AHMAD MASLAN, MENIAGA ONLINE PUN SUATU KESALAHAN JUGA?

Dalam mempertahankan hujahnya berkaitan isu #2kerja yang menimbulkan kritikan ramai, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan berkata, niatnya adalah baik tetapi telah disalahtafsirkan oleh orangramai. Kata beliau, cadangan asalnya bukanlah berkaitan melakukan dua kerja dalam satu masa, tetapi menyarankan selain melakukan kerja tetap, mereka boleh menjalankan perniagaan atas talian untuk menambah pendapatan dalam […]

DIVIDEN ASB RENDAH – INI SEMUA SALAH MAHATHIR!!

Beberapa hari lalu ada penjenguk blog ini yang bertanyakan mengenai dividen dan bonus ASB bagi tahun ini yang mereka dakwa agak lambat diumumkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagaimanapun, hari ini baru diumumkan oleh PNB bahawa dividen bagi ASB bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 ialah sebanyak 7.25 sen beserta bonus 0.50 sen seunit. Berdasarkan rekod perbandingan dengan tahun-tahun […]

KENAPA TIDAK CERDIK BOLEH JADI MENTERI?

Ketika berbual dengan kawan-kawan mengenai Ahmad Maslan yang didapati kerapkali mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal, pertanyaan seterusnya yang selalu kedengaran ialah bagaimanakah orang seperti beliau boleh menjadi seorang anggota pentadbiran kerajaan? Sepanjang  menjadi timbalan menteri sejak 2009, beliau merupakan pemimpin UMNO yang paling banyak diperbualkan dan menjadi persendaan rakyat berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya. Kalau […]

KESIAN MAT MASLAN, TAK TAHU BEZA ANTARA KERJA DENGAN JAWATAN

Apabila Ahmad Maslan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO, apakah beliau sebenarnya kelihatan lebih cerdik dan hebat atau lebuh teruk daripada sebelumnya? Semalam beliau menyebut bahawa mereka yang melakukan dua kerja dalam satu-satu masa bukanlah perkara luar biasa, malah katanya, kerajaan juga […]

MINGGU DEPAN – PENANTIAN RAKYAT TERHADAP SPRM DAN PEGUAM NEGARA

Apabila SPRM mengumumkan ia akan mengemukakan hasil siasatan berkaitan SRC International dan derma RM2,600 juta yang disalurkan ke akaun peribadi Najib Razak pada minggu depan, tumpuan kini tidak lain ialah mengenai keputusan penyiasatan tersebut. Apatah lagi SPRM turut memberi jaminan mereka akan  menjalankan siasatan secara bebas, telus, profesional dan tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak. […]

SANTAI HARI MINGGU – MENGHAYATI ANTARA CEBISAN SEJARAH DUNIA

Presiden Tunisia, Zine El Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat.  Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan diri ke luar negeri.   Gaya hidup dia yang gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan adalah antara faktor tumbangnya Presiden tersebut. Emelda Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad Romualdez menjadi wanita pertama […]

BILA UTUSAN TIBA2 JADI BAIK…

Semua orang tahu akhbar Utusan sentiasa memusuhi Pas, perjuangan dan para pemimpinnya sejak dulu. Disebabkan itu, Pas pernah melancarkan kempen agar ahli-ahlinya jangan membeli dan membaca akhbar tersebut yang didakwa hanya menyebarkan propaganda, laporan tidak tepat dan memburukkan parti itu sahaja. Lantaran itu,  masih ramai yang kekal memboikot Utusan sekarang. Salah satu sebab merosotnya jualan […]

NAJIB MAKIN TAK POPULAR

Menurunnya populariti Najib Razak di hati rakyat sebenarnya bukan lagi sekadar andaian atau jangkaan semata-mata. Ia adalah realiti yang semakin nyata serta boleh dilihat di mana-mana. Kekal berkuasa dan penyokongnya pula bangga kerana konon kepimpinannya masih mampu mengaut derma beribu-ribu juta, hakikatnya populariti beliau semakin ketara menurunnya. Sebaliknya, bekas timbalannya Muhyiddin Yassin yang dipecat dan […]

AKAR UMBI PAS TAK TERUJA KERJASAMA DENGAN UMNO

Jika sepuluh ahli akar umbi Pas ditanya mengenai kerjasama yang sedang diusahakan oleh sesetengah pihak antara parti itu dengan UMNO, barangkali agak sukar untuk mendapatkan lebih daripada seorang yang bersetuju dengannya. Yang seorang itu pun, jika kelihatan seperti bersetuju bukanlah pula setuju dalam erti kata yang sebenarnya, persetujuan itu tetap tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang […]

SIAPA PEMEGANG KATA MAAF?

Sejak timbulnya isu kerjasama antara UMNO dengan Pas, terdapat pihak tertentu dalam parti Islam itu yang dilihat “terlebih lajak daripada laju” dalam memberi pandangan dan seolah-olah  “sudah geli” serta tidak sabar benar mahu menjadikan hubungan itu sebagai realiti. Setelah Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menyatakan pihaknya sedia memaafkan kesalahan lampau UMNO terhadap parti itu, semalam […]

ANTARA DUA AMANAT

Bekas Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin Pas paling konsisten pendiriannya berkaitan hubungan parti itu dengan UMNO.  Amanatnya berkaitan perkara itu dianggap paling keras dan tidak ada sesiapa berani menyentuh atau mahu mengubahnya ketika beliau masih hidup. Sehinggalah meninggal dunia, beliau tetap berpegang kukuh kepada pendiriannya itu, namun terus menjadikan dirinya disanjung […]

MENGAPA KERJASAMA UMNO – PAS PERLU DITOLAK?

Dua tiga hari kebelakangan ini saya banyak ditanya mengenai kerjasama UMNO dengan Pas dan mengapa tulisan di blog ini seperti menjurus kepada menentang atau menolak perkara tersebut. Sementara ramai yang setuju bahawa kerjasama itu lebih bersifat politik dan banyak kesukarannya, beberapa rakan serta kenalan bertanya, tidak bolehkah ianya sama-sama disokong demi kepentingan Melayu dan Islam […]

PENOLAKAN KERJASAMA KIAN KETARA, APA PILIHAN HADI SETERUSNYA?

Semua orang tahu yang teringin sangat dalam Pas untuk berbaik dan menjalinkan kerjasama dengan UMNO tidak lain tidak bukan ialah Presidennya, Hadi Awang sendiri. Beliau bukan saja memperlihatkan sikap yang lebih lunak terhadap pelbagai kecurangan dalam UMNO dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Razak sejak kebelakangan ini, bahkan turut mempamerkan kemesraan di depan umum […]

JALAN GELAP "PERKAHWINAN" UMNO – PAS, TUAN IBRAHIM SENADA DENGAN MUHYIDDIN

Ini betul-betul potong stim – belum pun sampai seminggu selepas Najib Razak dan Hadi Awang duduk sepentas dengan masing-masing berbaju Melayu merah jambu yang kemudian diikuti dengan seriusnya mahu mewujudkan kerjasama atau “perkahwinan”  antara UMNO dengan Pas, segala-galanya kini bagaikan berubah menjadi “pelamin anganku” bakal musnah di pertengahan jalan. Dalam reaksi terhadap kenyataan sepupu Najib, […]

DUA-DUA POYO

Cuba kita amati dengan teliti kenyataan sepupu Najib Razak, Hishammuddin Hussein mengenai kerjasama UMNO dan Pas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. 1 – Pas digesa berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan UMNO sekiranya mahu memartabatkan Islam. 2 – Menolak dakwaan parti Melayu itu (UMNO) terlalu inginkan kerjasama, sebaliknya berkata usaha tersebut […]

NEGARAWAN SEJATI

Ke mana pun Tun Mahathir Mohamad pergi, beliau sentiasa saja menjadi perhatian ramai yang secara tidak langsung menggambarkan perasaan rakyat terhadap wibawa dan kepimpinannya. Semalam, beliau bersarapan pagi di The Loaf Pavilion dan lihatlah betapa rakyat tetap menyanjung dan menghormatinya. Mengambil gambar, apatah lagi jika dapat bergambar dengannya, seolah-olah mendatangkan kepuasan yang tiada tolok bandingnya […]